Dua minggu lepas, kawan tempat kerja aku, ada jual pulut panggang dengan karipap.. bukan yang dah masak tu, tapi yang belum masak. Tinggal kita nak goreng je..
Mula-mula, kawan satu department nak beli pulut panggang, satu set ada sepuluh..harga dia RM3.50. Dia tinggal sorang..jadi dia tanya aku nak share tak kita bahagi 5-5 la. tapi dia bayar RM2, dia suruh aku bayar RM1.50 je. aku tak kisah la..aku okey je..
Kakak yang jual tu dia takde la bawak awal-awal karipap dengan pulut panggang, time kitorang nak balik lebih kurang 4.30 tu baru dia suruh hasben dia hantar..dan agih-agih kat sapa yang dah order.. Kawan aku ni pun pegi la ambik kat kakak tu..bila masuk farmasi dia pun nak bahagi2 la, aku 5 dia 5. Dia bagi aku yang buruk-buruk okey, Yang daun pisang dia dah tak cantik...benci...
Aku : Hoi ko amik yang cantik-cantik je kan, bagi aku yang buruk..
Kawan : Ye la, syukur la..aku bayar RM2 dapat la yang cantik..
Aku : *menjeling dengan penuh makna*
Okey, boleh terima la alasan dia..aku pun redha je..huhu! Balik tu aku letak kat dapur, kebetulan mak aku baru habis masak..aku bagi dia pulut panggang tu, mak aku terus goreng. Lepas tu aku terus on laptop buat kerja semua..aku turun-turun dapur dah takde pulut panggang tu..sob sob sob..
Esok gi kerja semua orang cakap pulut panggang tu sedap...benci sangat...tunggu punye tunggu kakak tu takde pun call tanya nak order ke apakan, sampai la hari Isnin lepas..dia kol tanye aku..nak order tak..
Aku : Kak, saya nak pulut panggang satu set lah...
Kakak : Tu je ke? Karipap nak tak?
Aku : Karipap ada perisa apa?
Lepas tu aku dengar dari belakang kawan-kawan farmasi gelakkan aku..
'Perghhh...perisa apa..dia ingat aiskrim ke ada perisa-perisa..inti la..haha' *seiringan dengan gelakkan yang memenyampahkan...huhu!
Kakak : Ada inti kentang dengan ayam
Aku : Saya nak dua-dua lah..
Kakak : Ko nak 3 lah? Kawan-kawan ko ada yang nak order tak?
(Lepas tu dorang pulak berebut nak jawab telefon sebab nak order)
Salah eh cakap perisa.. Aku tak ingat la nak cakap inti.. hew hew hew!
Esoknye kakak tu bawak la karipap tu, karipap satu set ada 10 = RM3
So aku punye RM9.50. Memang kakak tu dah siap-siap dalam plastik tinggal nak bawak balik je..
Balik tu..aku macam biase letak kat dapur, tapi kali ni mak aku baru lepas makan..
Dia selongkar plastik tu..aku biarkan je dia tengok...
Beberapa minit lepas tu..
Mak : Kau ada pegi rumah Qery ke?
Aku macam terpinga-pinga, apehal pulak aku nak pegi rumah Qery kan..terus buat muka pelik..
Aku : Takde, kenapa?
Mak : Ni bukan mak dia yang bagi ke?
Aku : Mak ni kita beli lah...
Mak : Yela tu...
Cis, saya beli okey mak ni teruk tau..fikir bukan-bukan..huhu!
Saya tak kawin lagi ha cane pulak boleh pegi rumah Qery, pegi rumah dia setahun sekali je sebab rumah terbuka...huhu! Itu pun tahun lepas tak pegi sebab kerja..lagipun malu la..nanti kena soal siasat dengan jiran-jiran kawan-kawan dia...
Beberapa minit lepas tu..
Mak : Habis mana dapat ni? *tak puas hati lagi*
Aku : Kawan kita jual, ramai orang beli kat dia, dorang kata sedap..kita letak kat fridge dulu la, lagipun bukan nak masak sekarang kan..
Mak : (senyap.......)
Aku : Okey lah mak bye.. (Naik masuk bilik...lebih baik aku lari dulu dari menepis soalan-soalan yang bakal tiba nanti..huhu)
Pergi rumah Qery? Aku bukan jenis yang begitu...dan family Qery pun bukan jenis macam tu..kalau tak de pape tak payah la berharap nak tandang bertandang ye..kau duduk rumah kau..aku duduk rumah aku..hew hew hew!

2 comments:
kesudahannyer dpt ke makan pulut panggang sedap tu? hehe~
ITU PELAMIN KAT RUMAH KITE.
HIHIHI,MOTIF TULIS CAPSLOCK SEBAB MALAS NAK TUKAR FONT
Post a Comment