Semalam aku adalah menyampah sangat, korang tau je la aku ni pemalas, bukan sahaja pemalas nak kemas bilik, malah malas jugak nak masak. ok tak yah nak buat muka mata ke atas sambil fikir aku ni anak dara apa..huhu!
Mak aku balik kampung seminggu sampailah Ahad ni, dulu-dulu mak aku balik kampung aku tak heran sangat sebab abah aku macam sihat je kan, sekarang ni mak aku balik kampung, abah pulak macam tak sihat asik batuk-batuk teruk je, aku pun kesian sangat kat dia sebab dia bukak kedai dari 7 pagi sampai 10 malam. Sebab dia dah terbiasa masa mak ada kat rumah, memang tiap kali magrib dia akan balik sebab mak dah masak, makan sama-sama.
Kebetulan Isnin tu memang aku ada pegi Giant beli barang-barang dapur untuk aku masak nak bawak bekal gi kerja. tapi aku tak plan pun nak masak untuk family aku, sebab aku memang JARANG gila masak.. bila sampai rumah (maghrib) aku nampak bapak aku kat dapur tengah batul-batuk..
Abah : Kau beli barang dapur banyak-banyak nape? Mak kau kan kat kampung
Aku : Abah dah makan ke?
Abah : Mak kau kat kampung, abah tak makan lagi la..Ko nak masak ke?
hishhhhhhhhhhhh!!!!! Sebab aku rasa kesian sangat kat abah, yela dia lapar kot..balik rumah nak solat, pastu lapar sambung kerja balik...
Aku : Sardin boleh? (dasar malas..haha!)
Abah : Boleh!
Okey, aku masak untuk abah dengan ayie, sebab aku memang tak lapar sebab aku dah makan kat luar. Lantaklah..masakan orang malas memang ini je la lauk dia..
sardin, telur dadar, sayur bendi. memang pemalas sangat, memang nampak sangat, kalau rajin lauk apa agak-agaknye? aku rasa selama ni aku memang masak lauk orang pemalas je..sebab aku tak pernah rajin pun time masak..thanks..
Lepas masak terus ambik baju kat ampaian, sedih sangat..baju aku ni dari hari Sabtu aku sidai, tapi sebab hujan tak benti sampai ahad, Isnin ni baru dia okey, tu pun baju aku sejuk-sejuk jeee...tapi tak basah la..
Baju aku ni memang banyak, itu pun dah bagi satu guni kat Qery suruh dia bagi kat budak2 yang lebih memerlukan (ewah), lepas tu yang buruk suruh dia buang terus..tapi masih banyak, biasalah perempuan...
Kalau adik beradik tengok aku lipat baju mesti dorang pitam..atau pun buat kenduri kesyukuran..tsk tsk tsk
Tingkat atas baju kat rumah, tingkat 3 baju jalan-jalan, tingkat 2 baju gi kerjeee, tingkat 1 seluar kerja dengan jeans..dalam almari takyah tengok..tu semua sweater, baju kurung bla bla bla bla..
Okey, tu je..
Harini aku gi kerja termenung...sambil pandang Kew...sebenarnye aku tengah fikir...
'harini nak masak apa ye'
oh hell, memang dah macam makcik-makcik, excuse meeeee *mata ke atas*






7 comments:
dah boleh jadi suri rumah dah ni sepet..
praktis2 nnty sonang nak masak ntuk Qery..opss...hihihi..
tapi memang sepet...kalu thinking makcik2 ni..pkr mcm2..masak, lipak kain, basuh baju, kemas itu ini..hehe
hahaha. so sweet nak pikir masak apa. anyway, ni first time kot akak komen. so hai sepet :)
konfem qery nak masuk minang jap lagi.. hahaha
hahaahhaha.. ada 'hell' lagik.. lol
::cik asha::
hahaha! praktis pekebendenyeee.. menangis mak kalau tau ni..
Nur Hawa Mohd Zin
Kan....ye la sebab runsing kepala fikir dalam peti ais ada apa, nak masak apa, bukan fikir nak masak untuk malam ni je, siap fikir untuk hari lusa..benci
Reena Kamarudin
Hai kak! tak de la sweet sangat, tapi saya kalau tak fikir apa2 pun memang nampak sweet, eh? haha!
kazmyra afkar
Qery nak masuk meminang tu mungkin la, tapi kejap lagi tu tak mungkin la..huhu!
Vicc. ™
Hell tu tak sengaja taip.. (mata ke atas)
makanan yg simple tuh la yg plg sedap sebenarnya....mkn bertambah2
Post a Comment