Jan 11, 2012
Tukar Kelas adalah tidak menyeronokkan...
Semalam, kawan aku cerita..anak dia kena tukar kelas sebab pencapaian dia menaik, yang mana kena tukar kelas yang lebih pandai lah, kalau aku jadi mak bapak dia memang bangga gila..huhu! Tapi sebenarnye korang tak tau apa perasaan tukar kelas tu... Meh aku cerita... ewahhhhh..
Aku dulu sekolah agama kat Sekolah Rendah Agama Kampung Cheras Baru, yang mana satu-satunye sekolah agama yang ada kat kawasan ampang, kalau tak silap aku la, aku main cakap je ni..haha! sebab budak pandai indah, taman muda, pun sekolah kat situ, aku lucky sebab sekolah tu memang dekat je dengan rumah aku,jalan kaki 5 minit dah sampai ..
Bangga sangat okey, dulu Ceera kalau rehat siap lari balik rumah..makan kat rumah..hehe! Nak pegi sekolah,10 lagi minit masuk pun rasa awal.. Okey takde kene mengena.. Masa aku darjah 4, aku masuk kelas Saiyyidina Uthman (kelas no 3) Erghhh, time tu memang agak bodoh sebab aku tak hafal tajuid, asik kena pukul dengan Ustaz Salim (bapak Mumtaz - satu kelas dengan aku kat sekolah kebangsaan) Aku selalu pesan kat Mumtaz bgtau ayah dia harini jangan bawak rotan, tapi macam takde hasil je..hehe!
Sekolah agama aku, nama kelas dia ikut turutan khalifah islam @ sahabat Nabi Muhammad SAW,
1. Saiyyidina Abu Bakar As-Siddiq ( Khalifah Pertama, Teman setia yang banyak bekorban)
2. Saiyyidina Umar Al Khattab r.a (Khalifah Kedua, Membezakan Antara Haq dan Batil)
3. Saiyyidina Uthman Bin Affan r.a (Khalifah Ketiga)
4. Saiyyidina Ali Bin Abi Talib r.a (Khalifah Keempat, Singa Allah)
5. Saiyyidina Harun al-Rasyid (sama nama dengan atuk aku, huhu) Khalifah Kelima
Masa tu ada 5 kelas je, budak tak ramai sangat, tapi aku tak tau la sekarang kot-kot ada tambah Daulah Abbasiah ke apa ke kan, sebab masa aku darjah 4 macam tu ada jugak kelas Hassan, Hussien bagai..budak makin lama makin ramai katenyeeee...
Lepas aku bertekad taknak kena rotan lagi, aku belajar tajuid dengan Hamizah dan Bazliah (duduk satu meja dengan aku, time tu sambung2 meja satu kumpulan ada 4 orang, aku ni kira beruntung kawan satu meja pandai tajuid, so aku belajar dengan dorang, alhamdulillah next year kita 4 orang lonjak naik satu kelas, masuk lah kelas 5 Umar.
Kelas aku time tu budak2 dia semua maintain la, tak ada yang bijak sangat, tak ada yang bengap sangat, tapi kalau kelas Abu Bakar semua bijak dan bijaksana, dan dorang punye geng pun tak satu kepala dengan aku, sebab kebanyakkan budak pandai semua bukan budak Ceras Baru..hehe! Semua budak sekolah lain..tu yang tak geng sangat..
Darjah 6 pun still masuk kelas 6 Umar, (mesti korang rasa pelik kan kenapa aku boleh ingat, aku pun tak tau, tapi aku ingat lagi..hehe!) Lepas peperiksaan pertengahan tahun, aku pegi Umrah dengan Emak, Abah, Opah, Ateh.. dalam 3 minggu jugak la pegi sana, 22 hari kot kalau tak silap.. Aku tak tau berapa markah exam aku, bila balik umrah..masuk-masuk sekolah agama, rilex je masuk kelas Umar, tapi semua pandang aku muka macam penuh pertanyaan..huhu!
'Zuhana, ni bukan kelas kau la, kau kena masuk Abu Bakar'
'Ha?'
'Kau dengan Saifatul masuk kelas Abu bakar lepas exam haritu, pegilah..tahniah'
Aku pun masuk kelas Abu Bakar dengan perasaan malu..sambil tercari2 Saifatul, aku tengok dia duduk belakang sekali, mungkin sebab dah takde tempat kosong kat depan..Sai memang la dah cop kan tempat aku... Masuk kelas Abu Bakar aku nampak Qayyum (budak tadika yang aku suke time tadika tu, hew hew hew) Sampai-sampai kat meja Saifatul bisik kat aku..
'Kelas ni tak best kot, semua tak nak kawan dengan aku, nasib ko dah balik..dorang ni boleh tahan berlagak jugak, jawapan tak nak share'
hahahaha!
Lawak sangat, masa kelas Umar, orang yang memberi jawapan kepada rakan-rakannya adalah Aku, Saifatul, Bazliah, dengan Hamizah, kitorang memang takkan bagi kawan-kawan simpan kertas kosong, kitorang kalau boleh nak share sama-sama jawapan..sebab nak sama-sama berjaya.. Dulu kalau kawan angkat jari 4, maknanya dia tanya soalan no 4, lepas tu pakat beli pemadan putih, kat setiap bucu pemadam ada tulis A B C D, so kalau dia pandang kita bagi tunjuk la pemadam tu.. hahaha!
Jahat sangat, tapi bila masuk kelas Abu bakar, semua nak pandai sorang-sorang, masa belajar pun tak fun, Ustazah dengan Ustaz pun ajar ala kadar sebab tau dorang semua pandai..cepat pick up, tapi aku slow sikit, aku lagi suka duduk kelas no 2. Macam sedikit funny dan tak sress.. hehe!
Aku mintak tukar kelas Umar, tapi cikgu kelas tak bagi..sob sob sob.. Lepas tukar kelas..aku langsung tak berminat nak balajar. Sepatutnye bila naik kelas kita lagi bersemangat, tapi percayalah..kalau kita selesa dengan persekitaran, rakan-rakan, guru yang mengajar, tak kisah la kelas yang keberapa, kita tentu boleh berjaya..tapi kalau kita jenis pandai dan advance, masuk kelas yang stress, kawan-kawan yang tak best, guru2 yang tak tanya pun kita paham ke tak, yang tak nak fahami student, kita tentu tak boleh buat, sebab stress..
Aku tak stress, tapi aku tak suka.. bila aku tak suka..aku tak nak blaja, aku tak gembira..hehe! Nak belajar pun terkenang2 kenangan kelas sebelah..haha! Mungkin aku je kot yang feeling macam tu..Memang masuk kelas Abu Bakar, aku dengan Sai langsung tak study, dan result adalah sedikit turun, bila cikgu tanya kenapa...eh? perlu ke tanya kalau dah tau jawapannye...ewah..haha!
Tapi guru-guru sekarang ni dah bijak, dorang lebih peka terhadap kualiti anak murid mereka, cuma ada segelintir je la asal makan gaji. Kalau tukarkan kelas anak murid, pastikan bila dia tukar kelas, prestasi dia bertambah naik..kalau bertambah turun, tanyalah...asking lah.. hehe! there must be something wrong somewhere...
Konklusinye, tukar kelas adalah tidak fun...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comments:
siotla kau nih!!.hahah.. jatohlah martabat aq bergosip psal dak2 6 abu bakar.. *diorg mmg sombong*.. tak suke pye psal,result hancor.hahahah
Post a Comment