Dulu masa sekolah tadika, aku sekolah kat tadika Al-Islah... vasvasvas sangatlah alhamdulillah kan..
hehe! Kat kawasan rumah aku dulu ada dua tadika je, satu tadika KEMAS, satu tadika Al-Islah. So kalau yang budak-budak yang masuk tadika KEMAS ni dia macam uptodate sikit, baju kotak-kotak warna merah, tak pakai tudung, dan sedikit popular la sebab tadika KEMAS memang popular time tu, kalau macam orang cakap, 'anak kau tadika mana?' 'tadika KEMAS' 'Oooooooooo' .
Kalau dulu aku tadika Al-Islah takde la popular sangat, tadika tu pun buat kat bawah surau... kiranya macam atas tu surau, bawah dia budak-budak macam aku ni belajar...kalau solat Jumaat ustazah akan bawak kita naik atas blaja sembahyang. Kompom la dulu-dulu aku pakai tudung kan..baju pulak baju kurung warna purple.
Paling aku tak boleh tahan, ada la satu hari tu, nak pegi skolah tiba2 cari tudung tak jumpa. Nangis-nangis dah lambat, aku tak nak pegi sebab takde tudung. tapi mak aku tegas, bukan macam mak-mak sekarang ni, emak bapak kursus anak-anak tak pegi sekolah..hujan sikit tak payah pegi sekolah.. Walaupun tudung aku takde, mak aku suruh jugak pegi sekolah, tapi tak bermakna aku tak pakai tudung, eh memangla aku tak pakai tudung, tapi aku pakai serkup je...yang macam opah-opah tu..punyelaaaa aku malu gilaaaaa...pagi sekolah pakai baju sekolah dan serkup opah..kau mampu? huhu!
Aku ni jenis bendul jugak, nak kata lurus tu tak jugak, lebih kepada bodonpiang kot. Dulu aku ada la sorang kawan perempuan ni, memang dari tadika aku tak suka kat dia, dari tadika sampailah aku darjah 6, perempuan tu mesti satu kelas dengan aku.. dia tu suka buli aku.. mungkin sebab dulu aku kecik dan penakut..hehe! Dia tu anak orang kaya jugak lah, semua barang-barang yang uptodate dia tau, aku ni pulak semua pun tak tau..yela dulu hidup susah...mak abah banyak anak nak kena tanggung lagi, anak pulak 9, cuba kalau anak 2 3, aku rasa kaya jugak dah mak aku..hehe!
Satu hari dia bawak la makanan dengan tupperware baru dia, semua orang kata cantik, aku pun rasa cantik je bekas makanan dia tu, semua semua orang belek-belek aku pun nak belek la jugak, sebab dia suruh aku tengok bekas makanan dia..korang tau tak bekas makanan yang dia macam ada selak tu, yang nak bukak tutup dia kena turunkan selak tu dulu, then baru naikkan selak tu balik, baru tutup dia boleh keluar, aku cari kat google tak jumpe pulak, nak lukis tak reti, tapi selalu selak tu banyak kat balang2 kuih raya. aku rasa korang paham kot..hehe!
Aku first time tengok benda tu, dia suruh aku try bukak, jadi aku try-try la, sekali selak tu terbukak, dia kan macam bunyi kuat, macam nak patah tapi tak patah pun..kawan-kawan aku tu terus takutkan aku, dia kata bekas makanan dia yang BARU tu dah ROSAK sebab aku yang buat. Dia suruh aku ganti balik..Ya Allah, kompomlah aku takut gila kan, kawan aku tu dah la badan dia besar, lepas tu dia kata dia tak kira dia nak bekas baru warna yang sama design yang sama esok jugak...nak terkencing mak hencik dengar..
Aku mana ada duit, aku bukan orang kaya. Malam tu tak boleh tido. Terfikir-fikir macam mana nak pegi sekolah esok..nak pegi sekolah tu aku nangis..Bapak aku hantar naik motor aku duduk dalam raga macam biase, sampai kat depan pagar. Aku usha mana kawan aku tu..dia tak sampai lagi..aku dah nak nangis dah sebab takut, kawan aku kata kalau takde dia nak pukul aku..sob sob sob, lepas tu aku tengok bapak aku dah bla, aku pun jalan kaki balik. Sepanjang aku jalan kaki tu aku menangis..hehe!
Sampai-sampai rumah, kakcik dengan mak aku tengan borak2 kat dapur, dorang TERKEZUT la macam mana la budak ni boleh balik rumah sendiri. Sebab aku baru 5 tahun, dan macam mana aku boleh ingat jalan balik rumah...Kakcik aku tanye aku kenapa nangis...aku cakap kawan aku nak pukul..Tapi tak nak bgtau sapa..takkan la aku nak cakap yang aku rosakkan tupperware kawan aku kan..nanti mesti kena marah lagi..So aku diamkan je..aku nangis2 tak nak sekolah lagi.sebab takut nak jumpa kawan aku tu..
Tapi terpaksa bgtau jugak sebab dorang paksa-paksa..benci..Time tu jugak kakcik aku hantar balik pegi tadika, dan jumpe kawan aku tu..rupanya tupperware dia tak rosak pun..dia saja je nak kenakan aku..mangkuk ayun gila..keji sangat 5 tahun dah pandai nak buli2 orang..mentang2 gemok...sampai sekarang aku taksuke...huhu!
Tapi yang aku paling ingat, Amir Hamzah dengan Qayyum, sebab masa tadika dorang ni pandai sembahyang, tiap kali ustazah ajar cara sembahyang, mesti dorang gilir-gilir volunteer nak tunjukkan. Dulu adalah macam konfius jugak nak Amir Hamzah ke nak Qayyum untuk dijadikan bakal suami..eh? hahaha! Okeylah bye!
5 comments:
tadika sekarang dah macam-macam.Pilih je ikut saiz dompet...
hahahha! last-last dpt qery jugak! kuikuikui. errrrr qery rajin tak tnjuk cara nak sembahyang? ;P
hahaha kecik2 pun dah tergoda yer
aku dulu pon belajar kat taski al-islah...
tapi.....
tapi kenapa aku x ingat oh kenangan2 kat sana..kau siap ingat nama plak tu..HAHAHAH
skang nak recall balik...sape amir hamzah? sape qayyum? *thinking
:)
Post a Comment