Followers

nuffnang

Jan 25, 2012

Buat masa ni ayam bukan makanan kegemaran..

Disebabkan Selasa aku tak oncall, maka aku telah merancang untuk dating kerana setelah sekian lamanya tak dating, idea yang sangat bernas bukan? dating bagi aku adalah keluar rumah dengan mekap..hew hew hew... Sebab selama ni memang pemalas lipas nak pakai mekap, jadi Qery adalah sedikit sebanyak komplain kata muka aku suram....

Q : Kamu dah berapa lama tak pakai mekap?
S : Erm, nanti kita pakai lipstik eh...
Q : Tak maksud kita mekap, lipstik, yang warna-warna kat mata, pemerah pipi..
S : Oh, pemerah pipi tak payah sebab muka kita akan merah kalau kena panas, pedas dengan malu. (muka konfiden sebab bajet gila lepas pakai TABITA hahaha)
Q : (tangan didada mata keatas)

Jadi semalam aku pakai mekap, itu pun pakai foundation, eye brow, maskara, lipstik, okey lah tu... Lepas tu masuk-masuk kereta Qery tengok muka aku, dia nak cakap cantik lah tu..tapi dia senyum-senyum je, macam la aku tak tau kan.. kahkahkah! Bila dia tak cakap aku cantik, mulalah aku tak puas hati..biasa lah..perempuannn....

S : Muka kita macam makcik-makcik kan (ceaaaa..ayat pancing)
Q : Tak lah, cantik je... (akhirnyaaa...haha)
S : Yela la..kita tau la cantik, maksud kita macam makcik2 yang cantik...kan?
Q : Iyek.....

Sukeeee, walaupun dia cakap macam keadaan terpaksa...tapi aku tak kisah...huhu! Kitorang keluar dalam pukul 11 lebih macam tu, terus plan pegi Mid, mak aku lagi best..sebelum nak keluar rumah tu aku kiss pipi dia dulu kan, dia buat muka pelik sambil cakap..

Mak : Eh, semalam kata nak benti kerja...harini nak kerja lagi?
Aku : Tak la, semalam kata nak benti..harini nak keluar dating... *mak nak ikut ke?* (cakap dalam hati je..huahuahua)

Sampai-sampai mid nak cari parking memang puaka sangat, padahal aku rasa KL ni lengang je...tapi kan, kalau nak tau berapa ramai je orang KL ni sebenarnye adalah time raya, erghh...kalau ada pun yang tinggal adalah mat bangla jual karpet, mamak teo o onne,negro kat konot, indon lorong haji taib..erk..huhu! Nak cari parking memang macam bercinta, nasib baik mood dating ada mari (sebab pakai mekap).

Perut pulak ngam-ngam lapar je bila masuk Mid, cari-cari tempat makan, aku tak kisah sangat sebab aku semua pun boleh masuk, tolak kayu dengan batu dengan besi dengan timun masin (aku tak suka) hehe! Pastu Qery tiba-tiba mengidam Nando's, aku tak suka sangat, tapi layankan je. Aku ni kurang sikit la makan benda-benda macam ni, KFC, MacD, Burger King, Carl Junior (ni ke ejaan dia), aku tak minat sangat, aku lagi suka makan kat food court sebab ada macam-macam pilihan, tapi Qery dia bajet artis tak suka makan tempat yang pek. Terpaksa la aku pun feeling artis sekali..makan kat tempat yang tak berapa nak ramai..kebetulan time tu Nandos tak ramai orang, so boleh la..


Erm, biase je makanan kat sini, alah sebab dia ayam je, rasa ayam kan sama je, kau masak ayam kat rumah pun macam tu jugak rasa dia, sedap lagi kentang yang aku goreng (pernah ke masak, haha) salad tu beli je kat pasaraya, sos dia pun beli je, sos KFC tu lagi sedap. Tekak aku tak boleh sangat la peri-peri ni, pedas dia tak ikut selera aku, maklumla aku orang kampung, pedas sambal belacan aku boleh la telan..


Paling sedap adalah air dia..


Korang takyah tengok aku mekap, karang korang kutuk sentap mak nak, sebenarnya tak cantik mana pun, aku kan suka up diri sendiri, suka cakap diri sendiri cantik la apa lah..haha! Alah Qery kata cantik tu dah cukup la tu kan..


Tak habis-habis dengan camera dia tu..last2 aku jugak yang snap gambar pakai camera cokia aku ni...


Telefon ni memang yang paling aku sayang sampai bila2, telefon pertama yang Qery belikan..pernah fon ni tertinggal dalam taxi, korang tau aku kejar taxi tu...hahaha! Lucky taxi tu stop sebab lampu merah... Kalau tak nangis tak berlagu la aku...


Yang pink tu fon aku, pengsan kan sebab warna pink..haha! Qery lah..aku cakap kat dia belikan warna kuning sebab aku selalu kalut cari fon dalam beg, yela selalu casing aku mesti warna hitam, dalam beg dah la gelap, selalu cari mesti tak jumpa, lepas tu gabra..Dia kata ada warna merah dengan pink je. Mula-mula Qery kata dia nak warna pink, tapi dia cakap nanti kawan-kawan dia nganjing dia, so dia tukar fikiran amik merah..Pink pun pink lah..comel jugak..


Ha samakan fon kami...kuikuikui! Tiba2 cite pasal fon, tak paham kan, dah sebab snap gambar fon.. Lepas makan tu kitorang jalan-jalan je kat Mid sementara nak tunggu pukul 4, sebab pukul 4.40 kitorang dah beli tiket wayang cite Awakening kat Jusco Balakong..

Cite tu boleh la...cite pontianak, walapun mengarut, tapi orang tetap nak tengok, takde pulak orang bising2 komen pasal moral ke apa ke kan..Cer cite melayu buat mengarut2, ada je tukang komplainnye.. Tapi aku tak suka la makcik2 yang nak tengok cite 18SX bawak anak dorang yang bawah 18, tak suka bukan sebab apa, sebab dorang yang bawah 18 ni bukan boleh fikir sangat, takut dorang tiru aksi-aksi ganas pakai pisau semua..orang yang kerja kat wayang ni pun bagi je masuk. tak paham haku...

Balik-balik tu badan dah penat, memang dah macam makcik2 je tenaga aku ni... sikit2 penat, sebenarnye bukan penat la, lebih kepada mengantuk...rasa macam nak tidur je.. Sampai2 rumah tengok mak aku pun baru balik lepas shopping barang dapur kat Jusco dengan The Mines...amboi mak aku ni..sihat ke? hahaha! mak aku beli periuk masak nasi tu, kecik je, comel sangat, sebab dia kata yang nak makan nasi mak dengan abah je, tak payah la pakai periuk besar tu...Bapak aku ni dia tak ikut, dia pesan kat mak aku suruh beli kasut je..

Abah : Na, emak claim duit kasut kat abah la..kalau abah suruh kau beli takde pun kena claim..
Emak : Eh abang yang kata nak ganti balik duit Has..

Haha! Bapak aku memang, kalau suruh aku belikan kasut dia senyum-senyum je..lepas tu dapat la kasut, alah berapa hinggit je kasut bapak aku tu kan..daripada dia tanggung aku dari kecik sampai sekarang..tak terbalas...

Banyak jugak mak aku beli...sayur buah penuh peti ais rumah aku tu...peti ais dah la besar..

Aku : Emak ni tinggal dua orang pun penuh peti ais tu..hehe!
Emak : Mak ni jarang keluar shopping, tapi kalau dah pergi tu, rasa semuanya mak nak bawak balik..
Aku : Haah, mak bawak balik pasaraya pun boleh je, muat kereta tu... (tangan didada mata keatas)
Emak : Hahaha

Lepas tu syok-syok sembang kencang, terus aku dengan mak bukak TV3 sebab ada cite Vanila Coklat, aku suka tengok Izara Aishah dengan sapa eh laki tu nama dia, comel sangat dorang berlakon.. tapi nak menunggu hari Selasa tu...macam nak tunggu dapat gaji...tsk tsk tsk

Jangan lupa, tinggal beberapa je beg kat Sepet Shop dengan harga promosi :)

3 comments:

Aida Effarina said...

alaaa mana pic sis yg bermekap tu. nak tengookkkk :P

Wahidah said...

sehati sejiwa tau..:) so sweet both of u

nadila azhar said...

betul..tgu citer vanila coklat tue cam tguu nk dpt gaji ajer...naseb comel..hehe..