Guru, seperti kita tahu adalah ibu bapa kedua dalam proses pembelajaran kita, tak kisahlah guru tadika, guru sekolah rendah, guru sekolah menengah, tutor, lecturer, professor.. Mereka semua adalah GURU untuk kita menimba ilmu. Tapi di mana kuasa seorang guru untuk mendidik jika ibu bapa sering menyalahkan guru?
Mungkin kerana Qery seorang guru, jadi aku lebih terdedah kepada cerita atau masalah di dalam malah di luar sekolah. Yang membuatkan aku terfikir, benarkah GURU membuat tugas seorang GURU, atau GURU disuruh membuat kerja-kerja seorang KERANI sehingga sedikit sebanyak ALPA tentang tugas seorang GURU..
Ya Allah, aku kesian sangat dengan guru-guru, serius.. mereka terpaksa membuat failing, terpaksa menggunakan laman web (internet untuk key-in markah) adakah itu tugas mereka? Aku tak tau pulak failing tu salah satu SKOP kerja untuk guru-guru, kalau betul alangkah kasihannye melihat mereka..hehe!
Ada satu entry Qery yang buat aku tertarik untuk baca..tapi bukan Qery yang tulis..tak tau mana dia dapat..kalau anda adalah seorang GURU, bolehlah berikan pendapat, adakah betul apa yang dicoretkan..dan di mana silapnya?
________________________________________
copy paste from kheru2006
Punca pelajar menengah gagal membaca, menulis
* Jan. 16th, 2012 at 6:01 PM
SAYA ingin merujuk kepada tulisan Hassan Salleh bertajuk 'Di Manakah Silap Guru' di ruangan ini yang menyentuh soal wujudnya pelatih-pelatih PLKN lepasan sekolah menengah yang masih tidak boleh membaca dan menulis.
Jawapan saya sebagai seorang guru yang telah lima tahun mengajar di sekolah menengah ialah:
Di maktab perguruan, kami diajar bahawa murid yang tidak mengikut peraturan perlu dihukum. Tapi hakikatnya di sekolah, semua jenis hukuman ditangguhkan. Hukuman terbesar seperti buang sekolah pun boleh dibangkang oleh murid kerana kita ada dasar pendidikan wajib 11 tahun. Jadi semua murid boleh melanggar semua peraturan sekolah, seperti ponteng kelas dan tidak perlu menyiapkan kerja sekolah kerana tidak ada satu peraturan yang boleh menyentuh mereka. Murid boleh berjalan keluar dari kelas ketika guru sedang mengajar dan tidak ada siapa boleh menghalang mereka.
Di maktab perguruan, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan murid berbanding sekolah. Tapi hakikatnya di sekolah, guru disuruh bertungkus-lumus membuat kerja perkeranian sehingga tidak ada masa untuk mengajar. Terbaru di negeri Johor, pertandingan dibuat di antara sekolah-sekolah untuk mencari siapakah guru yang paling cekap membuat kerja perkeranian dan mengurus fail. Tentunya guru yang menang itu akan diberi anugerah dan dapat mengharumkan nama pengetua. Tapi kebanyakan guru yang menang itu tidak pernah memenangkan murid dalam apa-apa pertandingan pun.
Di maktab perguruan, kami diajar supaya memikirkan cara bagaimana hendak mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid yang pelbagai kerenah boleh dibantu. Tapi hakikatnya di sekolah, yang dipelbagaikan ialah jenis jawatankuasa, borang dan fail, bukan teknik pengajaran. Akhirnya setiap guru akan memegang 10 hingga 15 jawatan dalam pelbagai jawatankuasa, dan murid kadang-kadang satu buku pun tidak ada.
Di maktab perguruan, kami diajar supaya 'buat apa yang betul untuk murid'. Tapi hakikatnya di sekolah, pengetua hanya mahu mencari nama dan hendak cepat naik pangkat dan naik gaji. Oleh itu semua guru mesti berhempas pulas mengurus hal-ehwal sekolah. Kadang-kadang guru terpaksa meninggalkan kelas untuk hadir mesyuarat kerana pengetua mahu semua fail lengkap dan terkini.
Di maktab perguruan, kami diajar supaya mengajar mengikut tahap murid. Untuk itu, murid diasingkan mengikut kelas. Murid yang pandai dan cekap akan diletak di kelas pandai, supaya guru boleh mengajar dengan pantas. Jika kurang cekap dan lemah, akan diletak di kelas kurang pandai supaya guru boleh mengajar perlahan-lahan dan murid boleh dibantu.
Tapi hakikatnya, ibu bapa menuduh guru menganggap anaknya bodoh jika diletak di kelas hujung, jadi ibu bapa akan bawa wartawan, bawa ahli politik dan bawa ketua kampung untuk serang guru di sekolah. Oleh kerana sekolah tidak suka orang politik mencari populariti dalam sekolah, sekolah pun beralah dan murid kurang pandai ini pun diletakkanlah di kelas pandai.
Ibu bapa pun baliklah dengan bangga dan berceritalah kepada jiran-jiran, kononnya anaknya di kelas pandai. Tapi akhirnya anaknya ketinggalan kerana tak mampu mengejar murid pandai yang lain dan guru akan diserang lagi kerana tak pandai mengajar.
Di maktab perguruan, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan klien. Tapi pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran tidak pernah anggap guru sebagai klien mereka. Guru sekolah hanya 'kuli' pihak PPD dan jabatan semata-mata. Jika PPD dan jabatan minta data, guru mesti sediakan secepat mungkin. Kalau boleh dua saat selepas diminta, data mesti sudah sampai ke pejabat.
Dua hari selepas data dihantar, PPD dan jabatan akan telefon sekolah untuk memarahi pengetua kerana guru tidak hantar data. Pengetua pun marahlah kepada guru dan guru pun terpaksalah meninggalkan kelas untuk menghantar lagi data buat kesekian kalinya kerana PPD dan jabatan memang tidak pernah simpan apa-apa data pun. Setiap kali mahu apa-apa mereka akan minta dari sekolah, sehingga data yang sama boleh dihantar hampir sepuluh kali ke pejabat. Tanyalah kepada Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, berapa kali agaknya data enrolmen murid dihantar ke pejabat dalam setahun.
Saya fikir kesilapan pihak guru ialah, lain yang diajar di maktab, lain yang perlu dbuat. Pengetua, PPD, jabatan dan ibu bapa, semua membuli guru sekolah. Kalau maktab perguruan mahu membantu hapuskan buta huruf, ajarlah guru pelatih bagaimana hendak 'mengajar' orang atasan.
**************************************************
aku pun rasa, kerana ibu bapa terlalu pandai...sehingga mereka mengajar GURU, kalau dah rasa diri pandai dan rasa anak anda tidak layak diajar oleh GURU, jadi ajarlah anak anda sendiri..tak ada siapa yang kisah...hehehe!
6 comments:
ini adalah kritikal
Guru mmg dibuli..dibuli dan dibebani dgn kerja2 pengkeranian..update file..itu ini..sampai terabai ms utk memikirkan apa yg nk diajar kat murid2 setisp hari persekolahan..mmg kesian kami..nk bt camne..kami yg menurut perintah..
blajar di institut perguruan mmg bnyak teori.. (mana2 pn g2 kan)..hehe
tapi bila g skolah, len plak jadinya..aishh
_baru ku tahu tugas guru e2 sangat xmudah__
Belajar di IPG memang banyak teori. Ada macam2 cara pihak BPG buat utk bagi kita pengalaman utk belajar menjadi guru yang baik, bukan sekadar seorang guru atas nama.
:)
Wah!wah!WAh! Guru dipertabatkan!! harap2 lepas habis pengajian di IPG (lepas 3 thun) SY xda masalah macam ni kat sekolah...takut siot!hahaa
true..
Post a Comment