Semalam malam, abah dapat call dari Pakcik Momait, pasal sepupu dia koma. Punyela dia kelam kabut, aku dengar dia cakap kat fon...kehulu kehilir, aku dengan emak dah rimas dah..hehe!
Lepas dia cakap kat tepon, dia pun cerita la sepupu dia tu dulu time akak-akak aku kawen dia mesti datang, cuma kawen jemah dan ke bawah tu tak datang sebab abah kata hilang no fon dia. Tup tup dengar dia dah koma, itu pun tau dari orang lain. Bapak aku cite lagi sepupu dia tu koma sekarang kat spital universiti, masuk ICU dah. Aku fikir-fikir...spital U mana ni..
Aku : Hosiptal Universiti tu HUKM ke?
Abah : Bukan, Kalau HUKM orang panggil HUKM, orang tak panggil spital Universiti
Aku : Habis mana?
Abah : PPUM, Pusat Perubatan Universiti Malaya
hewhewhew, aku yang bahagian perbuatan ni pun tak tau..malu....
Bapak aku nak pegi malam tu jugak, aku pun cakap la kat dia, kalau pegi spital pun bukan boleh melawat, lagi2 ICU, esok tak boleh ke kan..Tapi bapak aku dah gelisah tu, terus dia call Ode, dia cakap kat Ode nak pegi rumah anak-anak sepupu dia je, nak tanya pasal sepupu dia tu...
Aku pun pesan macam2 kat dia, suruh makan ubat dulu, makan panadol, makan ubat selsema, sebab dia tu bukan sihat sangat, dah seminggu badan tak sihat, tapi still kerja kat kedai. Pastu emak pun bukan sihat sangat, aku mula2 tak bagi emak aku pegi, suruh duduk rumah je, tapi abah cakap dia takde kawan kalau mak tak ikut, ishhhh...mak pun cakap kat aku rumah dia tak jauh... (yelatu). Aku adalah membebel sikit-sikit, sebab dah malam kan. Dua2 pun tak sihat. Haih....
Tapi dorang pegi jugak...dorang pun risau jugak tu...sepupu sendiri kan.. kalau sepupu orang lain kesah pulak dorang..huhu!
Kepada family ku (kepada semua orang juga) , kalau ada masa (kalau bizi takpe ye), tengok-tengoklah emak abah di rumah, selagi mereka masih ada...Walaupun mereka tak paham kita memang bizi takpelah..asalkan kita paham mereka, ingatlah suatu masa kita akan tua..
Sometime kita tak sedar, sewaktu anak-anak kita kecil, kita tinggalkan mereka untuk bekerja leka mencari duit, kita pesan kat mereka 'wahai anak,bukan kami (ibu bapa) tak sayang, tapi kami mencari rezeki untuk kamu hidup senang' tapi ketahuilah..apabila kita tua, anak kita pula akan berpesan kepada kita 'wahai ibu bapaku, kamu duduklah dirumah, anakmu keluar mencari rezeki untuk membeli ubat-ubatan mu, untuk kamu terus hidup' percayalah..itulah hukum karma, bukan duit yang di cari, tapi kasih sayang yang abadi..ecewah
Aku memang sayang mak bapak aku, walaupun dorang selalu membebel kat aku..hehe! tapi aku berusaha untuk tak menjawab...sebab once dia dah kecik hati, kita dah berdosa, tapi kalau kita yang kecik hati dengan emak bapak, tak memberi apa2 makna pun...huah huah huah!
Azam aku tahun ni, i'll try to listen to them, their advices, ideas, being understanding person, make them happy and make them worry (little bit) kuikuikui!
Okeylah bye!
1 comments:
lol, kenapa tak telepon atam.. boleh atam pergi hantor
Post a Comment