Followers

nuffnang

Nov 30, 2011

Aku dah agak dah....

Ahad minggu lepas...Qery call aku..
Q : Kita baru lepas potong rambut...
S : oh...okey...
Q : Tapi orang ni salah potong rambut kita la...
S : Takpe la..muka tetap macam tu jugak..
Q : Semua orang tegur kita nampak jahat...

Aku macam terfikir macam mana la yang tersalah tu eh...
sebab Qery ni jenis yang memang suka berfesyen, k-pop katanya...
benci bukan?

So aku pun malas nak layan dia..
tiba2 dia mesej aku lagi...

Q : Esok kamu snap gambar rambut baru kita eh..
S : Erm, okey..betul ke orang tu salah potong?
Q : hehehe.....

Pelik kan...kata salah potong, tapi macam excited sangat pulak...huhu! 
Esoknya masuk-masuk kereta je....


Perghhhh..............
menyampah pulak daku melihatnyeee....huhu!
Sudah la kau salah potong pulak..padahal sendiri yang mintak
mentang-mentang la dah tak sekolah..
mula lah buat perangai...

S : Kenapa kamu buat patern macam ni?
Q : Sebab patern ni huruf Z, nama kamu kan Zuhana...
S : (malas nak layan sambil mata ke atas)
Q : Suka lettew....


aku rasa dia nampak jahat sikit, aku kan nampak gedik... gedik bersama dengan jahat... eh tak kenaaa lah...

Nov 29, 2011

I update la youuuuuuuu.....huhu!

Walaupun perasaan malas menebal dalam diri ini...
fikir 5 6 kali nak update ke tak.. 
Ish malas gila kalau dah ada blog ni..
kenapalah aku buat blog ni...
terpaksa aku update jugak.. 

Erm, sebenarnya aku nak bagitau aku dah update beg kat Sepet Shop
so ada banyak jugak la beg yang baru nak upload..
boleh usha sana...
tapi jangan la hampa sangat..
sebab model tu tetap aku..
hehe!

tunggu next year aku publish model lain eehhhh....
antara beg-beg yang ada...






Sila tengok beg sahaja...
jangan tengok muka..
sebab aku tak mekap..
sebab aku malas...

erm, peluang masih terbuka untuk sapa nak jadi model SS,
hantar kan gambar korang melalui email aku,
zack_uhana@yahoo.com
ciri-cirinya boleh tengok SINI

Okey lah...selamat mencuba... :)
dan selamat bershopping! hehe...

Mencari Photographer?

Sekarang ni, kebanyakkan orang ada camera DSLR kan..semua kaya-kaya mampu beli camera..
tapi sejauh mana kreativiti atau pun seni seseorang tu terletak kat sifat atau kelebihan dalam diri masing2 lah...

Ada orang tu camera mahal tapi bila nak snap gambar angel takde..
Ada orang tu camera murah tapi gambar side semua marveles..
Ada orang tu camera handfon je, tapi angel terbaik...

Tapi itulah, kalau ada kelebihan yang semulajadi tulah yang kita harapkan..
bukan semua orang yang ada camera mampu snap gambar yang cun...
Sekarang ni aku nak promote sorang ni.. hehe!
Dia ni Encik Qery kita.. :)

Sebenarnya memang Qery ada buat photoshoot dekat luar,
cuma aku tak berani nak promot sebab takut dia tak berapa nak handal lagi..
tapi setelah beberapa lama..
baru sekarang aku rasa nak promot..hehe!
Kalau korang nak kawen ke, nak buat pre-wedding ke,
nak amik gambar birthday ke, nak buat saja-saja ke...hehe!
boleh la email Qery -----> kqery@yahoo.com

Jangan risau, 
sebab aku tak join sebab aku memang tak ada angel langsung bab-bab snap gamba..
ini hal dia dengan geng-geng photography dia..
aku tukang promosi je..
yang gambar kat bawah ni gambar paling latest yang dia pernah amik..
so cekidaut...












Okey lah..yang atas ni semua indoor, kalau nak tengok outdoor tu...nanti la aku tepek..kalau yang biasa-biasa Qery snap macam dalam Sepet Shop lah..tapi yang tu tak edit langsung..sebab buat apa nak edit kan..hehe!

Kalau korang berminat atau nak tanya-tanya harga atau nak tengok gambar lagi boleh email kqery@yahoo.com harga boleh runding...Terima Kasih :)

Nov 27, 2011

Status Putus Facebook macam-macam adaaa



Okey lah harini aku nak cerita pasal putus..... Aku tak kisah la korang pernah kapel ke, pernah kawen ke, sebab putus ni ada macam-macam penterjemahan..tak semestinya putus dengan balak kau je annnn...Amboiiiiidiaaaaatuuuuuuuuu ... huihuihui!

Aku pun pernah putus apa..putus hubungan dengan kawan-kawan, ada kawan yang dah meninggal...maka terputuslah persahabatan..pernah putus hubungan dengan kakak angkat, sebab aku putuskan aku pun tak ingat..

poyokan..memangla aku ada ramai gila kakak kan..ha tibe2 kat sekolah ada kakak ni nak jadikan aku adik angkat dia..sob sob sob..aku tade la rapat atau manja + mengada dengan bekas kakak angkat aku tu macam mana yang aku gedik dengan kakak aku sendiri.. walaupun kakak aku tu layan aku baik gila, serius baik sangat, birthday aku dia sambut, bagi hadiah, terharu... tiap kali dia balik kampung dia mesti belikan samting untuk aku.. aku pulak balik la 10 kali pun langsung tak pernah beli apa2 untuk dia..hiks!

So bila aku rasa aku adalah teruk, aku amik keputusan untuk stop kan hubungan tu..siap tulis surat...formal bukan...hahaha! sebab aku tak sampai hati nak cakap, padahal boleh je tak putus pun, tapi sebab aku tak boleh bla la..aku tau aku ni jenis yang jarang menghargai pemberian orang..aku rasa orang lain yang patut dapat benda2 tu, lagipun aku rasa janggal dengan perkataan 'angkat-angkat' ni, biasalah aku kan bajet brutal je dulu... (grrrrr)

Bekas kakak angkat aku tu tanya kenapa pun aku tak tau jawab...sebab aku bukan jenis yang boleh jawap secara spontan..sebab aku akan fikir dulu apa yang aku nak cakap..otak aku kan slow...huhu!

Lepas tu putus dengan pakwe-pakwe (wah pakwe-pakwe heibat kan saya! haha) yang  tu tak kisah sangat sebab aku tau dorang tu pun stok main-main je tak de la makna bajet nak buat bini ke apa kan...sebab time tu muda lagi, dua-dua pun muda ranum (eh..huhu) memang takde la hajat nak berkekalan sampai ke anak cucu kannn...setakat penghibur hati boleh laaa....

Lately ni aku ada baca status kawan-kawan kat facebook, ada yang emosi tu bunyinya macam ni la

'ada aku kesah ke, single lagi bagus kau tu menyusahkan hidup aku je'

yang ni aku tak hairan sangat sebab aku tak tau cite kan...hehe! biasa la kalau putus pun...kalau tak laki dajal, maknanya perempuan la dajal, sama ada laki curang atau perempuan..sama je masing-masing..

ada yang pasrah bunyinya macam ni...

'saya harap awak bahagia bersama pilihan awak'

memang la sedih jugak...macam pasrah sangat kan..tapi bagi aku..kalau orang tu tinggalkan kita sebab dia pilih orang lain..tak payah nak sedih..kau boleh pilih yang lagi kebabom okey...hanya perlukan taktik sajaaa...hahaha! nak tips ke?? =P

ada yang macam putus sebab salah sorang tu tak serius...bunyinya macam ni la..

'saya sangka awak setia, kalau saya tau saya tak akan berikan 100% hati saya..'

yang ni pun boleh tahan sedih...sebab yang sorang tu bukan main lagi sayang, tapi yang sorang tu tak serius pun...eh tak baik macam tu tau....biasaaaaaaaaaaaaaaadiatuuuu....huhu!

ada yang cinta terhalang...oh ni drama sikit...bunyinye pulak macam ni...

'kerana tiada persetujuan..cinta kami terhalang, demi keluarga...berpisahlah kita'

sob sob sob...ada jugak okey...sebab family yang tak terima menantunya...kemonnnn laaa...tak syiok betul kalau kes macam ni...mau tak kawen sampai bila2 kannn...

Macam-macam status la...tapi kalau aku yang putus...bunyinye mungkin macam ni..

'inilah saat yang paling heibat! saya tak sabar nak add kawan-kawan lelaki saya kat fesbuk, hello guys! come to mamaaaaaa!

hahaha! tapi saya tahu itu tak mungkin berlaku.... (nanges sendirian)

Nov 25, 2011

Pencarian Model SS (Sesi 1)

Macam poyo kan pencarian lah sangat, haha..tapi adakukesah ke...asalkan aku bahagia.. huhu.. Okey haritu aku ada offer siapa yang nak jadi model untuk Sepet Shop kena email aku gambar korang kan, so ada la beberapa orang yang email aku, tengok2 gambar dorang ni aku pun rasa happy sebab semua pun comel sekali.. 

Ramai kawan2 aku yang sibuk nak jugak jadi model SS, tapi aku tak layan..booo booo...Sibuk je dorang ni,aku dah agak dah kalau aku tak terhadkan umur sampai 21, habis semua pun kawan2 aku je...kakak2 aku pun sibuk jugak...malas nak layannn...hehe!

So bawah ni adalah calon2 setakat ni...

Calon 1, 



Eh detail tak payah tau sebab detail aku je yang boleh tau..hehe!

Calon 2,



Calon 3,



Calon 4,


Calon 5,



Calon 6,



Okey, sapa2 nak berminat boleh la hantar gambar ye, kalau macam yang first time datang sini macam tak paham je pebenda la model2 ni, boleh tengok Sepet Shop, kalau korang terpilih korang la yang akan menggayakan beg2 tu, aku dah bosan gila jadi model syok sendiri...jadi nak ajak korang perasan bersama2..hahaha!

Jangan lupa email ehh... zack_uhana@yahoo.com

Apa yang penting dalam hidup?

Selain payung dengan purse, benda lain yang penting dalam hidup aku mestilah laptop, eh bajet blogger tegar sangat konon2 hari2 nak update..kalau laptop tak ada, memang aku rasa sangat down sebab nak kena cek email, nak kena bukak facebook.. nak kena bukak blog, nak kena bukak nuffnang, eh..hehe!

Lepas tu barang penting yang lain adalah buku nota, sebab aku nak catit lepas ni nak pegi mana, customer order beg apa, mana yang dah bayar, mana yang dah bagi deposit, mana yang nak book dulu. mana nak salin alamat customer, eh kalau aku tak bawak memang pending semua kerja.. itu pun nak boleh buat aku stress...

Lepas tu pulak benda penting adalah MP3 sebab aku ni jenis tak ramai kawan, so tak boleh nak lepak minum kopi ngumpat meja sebelah, tak dapat nak bahan kawan secawan dua..huhu! Makanya, dengar la MP3..

Selain itu, (hehe) benda penting dalam hidup aku adalam camera...biasalah perempuan kan suka snap gambar, 100 kali snap tapi yang jadinya 5 je, sedih...

Tapi baru-baru ni, baru aku perasan yang beg-beg baru aku semua kecik2, apa pun tak boleh...camne nak masukkan laptop, camera, buku nota, mp3 semua..aku bising2 kat Qery, senang je jawapan Qery..

Belilah Samsung Galaxy Note, Nota Galaxy Samsung SEMUA PUN BOLEH..hehe!



Samsung Galaxy Note ni hanya dijual untuk pelanggan Celcom sahaja..Samsung Galaxy Note ni adalah smartphone dan tablet. jadi tak payah la nak sumbat laptop, camera, buku nota, mp3 kat dalam beg kecik aku tu..kadang-kadang aku pegi kerja bawak 2 3 beg, satu beg tangan, satu beg laptop, satu lagi beg letak file2 dah macam apa entah..ramai kawan2 yang perli aku kata aku nak balik kampung ke bawak beg banyak2..ada yang tanya aku lari dari rumah ke, ada yang nice sikit cakap aku nak tidur spital ke bawak beg banyak..sentap sangat..

Jadi aku rasa macam berbaloi jugak kalau beli Samsung Galaxy Note tu...sebab apa tahu?

-kelajuan yang tinggi dengan Android 2.3 Gingerbread dan 1.4GHz dual-core processor. kelas kau maria...

 -skrin yang luas 5.3 oh nak main game pun gila puas kan..mesti berebut main doodle jump dengan anak buah.. (aku score 45,410..motip) haha!

-boleh salin nota dengan S Pen stylus, tak payah bawak buku lagi...heibat sangat!

-lepas tu boleh snap gambar dengan 8 mega pixel pakai camera belakang, 2 mega pixel dengan camera depan..syiok...

-dah tu boleh simpan banyak2 dalam tu sebab storage dia besar, ada yang 16GB, ada jugak yang 32GB

Yang paling excaited, boleh dapat dengan harga SERENDAH RM1368 dengan Celcom Exec. takyah fikir terus beli... jangan risau..coverage celcom setakat ni memang ada di serata Malaysia..Eh banyak lagi kalau nak cite, tapi kalau nak lagi detail...boleh KLIK SINI

aku pulak akan membuat percubaan untuk merosakkan handphone yang aku pakai sekarang ni..hehe! Hai Samsung Galaxy Note :) Saya minat awak...awak minat saya tak?? (angkat-angkat kening)

Nov 23, 2011

Saya bukan Blur


heeeeeeeeee....dari sekolah dulu ada jugak kawan2 kata aku ni slow, atau pun blur, ataupun perlahan..atau pun traffic, ataupun siput, ataupun kayu.. sebab aku ni jenis tak paham sangat bahasa pasar ataupun bahasa modern..sebab dulu aku ni nak kata kampung tu...tak de la sangat, mungkin sebab aku berkawan dengan budak2 baik jadi aku paham bahasa tu je la..

bila aku dah dapat kawan kelas semua lelaki, lepas tu cara dan bahasa dorang cakap eh bukan main heibat..hahaha! selalunya aku tak paham dorang cakap apa..sebab tu dorang cakap aku blur, perlahan dan sebagainya.. lepas tu kalau nak cakap benda tak elok pun dorang akan cakap macam ni..

'eh jangan cakap depan zack-u dia kecik lagi' memang bubby kan mereka..hahahaha!

tapi bagus juga sebab aku tak suka dengar perkataan2 yang tak elok sebab kat rumah aku paling heibat pun boleh cakap

'bengang betul la'

bila marah je

'bengang betul la'

bila sakit hati pun

'bengang betul la'

sebab mak abah aku dah praktiskan tak boleh mencarut dalam rumah..no way! bodoh apatah lagi..tak boleh cakap, kalau tak kena lempang..kalau mak tak lempang, mungkin ceera akan lempang..haha!

Bila anak buah mencarut dalam rumah aku la akan lempang dorang, mak dorang tak lempang biar aku yang tolong lempangkan..haha! tapi yang bagusnya anak buah aku ni..dorang jenis yang dah kena lempang lepas tu okey..hahaha!

Bila kawan2 cakap aku slow pun aku tak marah..yela, dah dorang nak advance sangat, bukan salah mereka...takpe la aku slow bab-bab tu asalkan bab belajar tak berapa nak slow...huhu!

Baru2 ni bos aku ada buat appraisal, dia ada la komen aku itu ini kebanyakkannya memangla yang positive, tapi yang aku tak boleh bla...

'kadang2 dia sedikit blur'

terus aku rasa nak tergelak, sampai bos aku tanya kenapa gelak..sebenarnya aku jenis orang yang suka kerutkan dahi...sebenarnya aku bukan blur, tapi aku berfikir..

Maksudnya kalau kita buat meeting, lepas tu bos cakap u should do like this, cannot do like that. tapi dalam pemikiran aku 'what's wrong if i do like that, why i have to do like this' ha begitu..haha! dok paheeeee??

contohnya...bos cakap bila angkat telefon kene cakap macam ni..

'hello, farmasi service, hana speaking may i help u'

jangan cakap macam ni..

'farmasi service, hello, hana speaking may i help u'

so aku ada pertanyaan di dalam hati, kenapa tak boleh cakap macam tu..kenapa kena cakap macam ni..sedangkan dulu aku pergi course cara yang ke-dua tu yang betul...tapi yang pertama tu pun tak salah..so why like this and why not like that..ohhhhhhhh! bila aku selalu kerut dahi bos ingat aku tak paham...sebenarnya aku paham...cuma aku ada sedikit argument yang aku malas nak bentangkan..haha!

Dan aku jenis suka nak tanya banyak kali..bukan sebab tak paham..cuma nak kan double triple confirmation..kalau salah..korang tak dapat bayangkan makian yang korang akan dapat selepas tu...hehe!

Tapi semenjak dua menjak ni Qery pun kata aku ni blur, sebab bila dia cakap aku macam tak dengar...sebenarnya bukan aku tak dengar, tapi malas nak dengar...kahkahkah! tapi aku memang dengar apa yang aku nak dengar je..kalau aku tak nak dengar aku akan buat2 tak tau....so orang anggap aku blur..dan aku tak kesah pun...

yang penting aku tau aku tak blur... :)

Sekian terima kasih...

Nov 22, 2011

Tahniah Harimau Malaya :)


Semalam aku bukan main lagi tengok bola, semata-mata Asra main...oh lawok...
Dulu-dulu time remaja (ehem) aku kawan jugak dengan Asra ni, tapi takde la macam yang korang bayangkan..kawan biasa2 je..alah budak2 baru nak up..mesej2 3g webcam2..kahkahkah!

Tapi terus tak contact dengan dia selepas satu peristiwa...di mana Qery, aku dan Allah je yang tau..haha! semata2 nak tengok dia main..tak kisah la kan..bukan ada apa2 pun..saja je...aku nak sokong dia pun macam takut2 sebab before ni dia main tak de la heibat sangat, siap pernah gol kan jaring sendiri.. *mungkin korang tak ingat tapi aku kompom ingat sebab aku selalu jugak tengok dia main walaupun...* hahaha!

Semalam mula2 perlawanan aku tengok pemain Malaysia macam frust sikit sebab indon dah gol dulu..tapi lepas tu terkejut sebab Asra yang gol kan..eh terus rasa bangga walaupun... Eh heibat dah dia tu..bagus betul orang Kuala Selangor ni..hikhik! Kuala Selangor kan? kalau tak silap aku la dulu dia pernah cakap dia dari KS.. kalau salah tu maap lah mak cik dah tua tak ingat dah...lepas gol pertama tu baru dorang semangat sikit nak main...

Terus aku mesej Qery..

S : Asra goal kan...
Q : kita main lagi star
S : yela tu
Q : Kita kalau training lagi hebat dari dia

*cemburu lettew, aku rasa Asra dah tak ingat aku kot, sebab dia memang ramai peminat dari dulu lagi..so kalau korang kenal Asra ni takyah la tanya dia kenal tak sepet kenal tak sepet..eh dia tak panggil aku sepet dulu ye..dia panggil i baby..eh..hahaha..perasan la kau di sana..Asra if awak baca ni just wanted to wish u congrats n have a good life :)*

tak kesah der...habis cite Asra, banyak pulak dorang zoom muka dia, eh eh eh...berdebar maks noks..hahaha! ok tak pun...lepas tu aku harapkan gol sebab macam banyak gila peluangkan..tapi hampa..sikit lagi nak gol tapi offside, eh offside ke outside..entah la aku pun tak tau..haha! aku bukan tau pun pasal game bola, bola ada first half dengan second half pun baru 2 tahun lepas aku tau..hahaha!

Sekali panalti pulak..aku dengan abang aku dah risau2 sebab takut kalah kan..betapa punya syiok laaaa bila gol...wohoooooooo...yang kat fesbuk semua macam2 status termasukla aku..hihi!

habis tertinggal nak tengok 30 minit ustaz don..takpe ustaz harini saya tengok rancangan ustaz ye..pomis (eh gedik) huhu!

belakang rumah aku ni ada orang indon sewa...panas je aku dengar dorang sorak2...tapi Malaysia gol pun dorang sorak...lagi tak paham..murtad sudah ka? hahaha! dua2 gol pun dorang happy...tengok bola ni apa pun tak boleh....

Mencari model

Dari budak-budak lagi, aku obses untuk tengok perempuan cantik..dulu ceera suka tengok cite smallville, perasan tak dia punya heroin tu cantik sangat...Kristin Kreuk eh nama dia..so cantik la dia.. aku memang suka perempuan yang kulit dia sawo matang, tak putih sangat, tak gelap sangat..kalau ceera tengok cite tu aku join semata2 nak tengok heroin dia je...



Lepas tu naik form-form pun aku suka tengok perempuan yang cantik, aku tak perasan sangat orang lelaki..perasan perempuan dulu..kalau perempuan tu cantik aku akan rasa nak tengok je muka dia..aku rasa ceera pun sama la..ceera pun suka tengok perempuan cantik..

Masa mula2 buat myspace, aku yang add perempuan..pantang nampak cantik aku terus add, lepas tu hari2 tengok muka dia walaupun dia tak ada upload gambar pun..gila..tapi suka...masuk teknik pun aku ada suka tengok muka perempuan ni..hari2 nak tengok..sampai orang fikir aku lesbian...dan aku suka kawan dengan orang yang cantik2..serius..

Kawan2 aku kebanyakkannya semua cantik kat mata aku..so bila masuk kolej..ada jugak budak teknik aku (lelaki) yang sama2 kolej dengan aku..siap bgtau kawan perempuan aku yang lain yang aku ni pilih perempuan cantik je jadi kawan..sentap...hahaha! sukatije...

'ala hana tu dia kawan dengan perempuan cun2 je time sekolah..yang tak cun macam korang dia tak nak kawan'

choi...........haha! saja la tu nak naikkan api kemarahan..tapi nasib baik dia cakap sambil buat lawak..aku anggap macam gurauan semasa...huhu!

Tapi memang aku suka sangat la dengan perempuan cantik..rasa aman je mata ni..lelaki? aku dulu tak suka laki hensem..tak suka laki putih..tak suka laki kaya...tak sukaaaaaa..walaupun laki tu tak ada salah pun dengan aku..kadang2 laki tu duduk sebelah meja aku je..pun aku tak suka..payah betul...

mungkin sebab persepsi aku kat laki dah tak okey, aku anggap laki hensem ni semua berlagak perempuan suka kat dia..so aku tak suka..kalau laki kaya mesti sombong, pun tak suka..kalau laki tu putih mesti dia lembik macam perempuan..haha! tak tau la kenapa boleh fikir macam tu..kalau ada laki yang nak berkenalan dengan aku dan mempunyai type2 dia atas..memang aku tak pandang..

Kawan baik aku kat kolej pun perempuan. si fara tu..berkepit 24 jam..sampai orang kata lesbian pun kitorang ngaku je..

Sekarang ni..aku nak cari model untuk Sepet Shop..perempuan yang cantik kat mata aku..hehe! susah kan...

kriteria anda haruslah.

1. Comel (perasan comel pun boleh....perasan macam saya)
2. Saya tak kisah bertudung ataupun tak, asalkan pandai bergaya dan uptodate... (tapi takyah nak ladygaga sangat) hiks!
3. Simple and humble
4. Yang boleh tahan panas (incase kalau cuaca panas tak terhingga kerana ini selalu terjadi..huhu)
5. Tinggi 156 - 165, berat ideal..lalalalala~~~
6. kalau boleh area KL/Ampang senang nak berurusan
7. Low profile..

wah banyak sangat ke? tak kan..sebab aku dah boring tiap kali tengok muka sendiri..lagipun kalau aku tak ada masa, so qery boleh deal sendiri dengan model..sebab kadang2 qery free tapi aku bizi, aku free qery pulak bizi, jadi beg2 tertunda banyak tak tangkap gambar. kalau ada 2 3 orang model sapa2 free boleh la snap gambar kan..hehe!

Jangan risau..kalau qery gatal boleh roger saya..tapi taknak roger pun takpe..hahahha! gatal lah kau orang disana..macam la saya kesah...erk..hehe!

*sebab saya percaya qery, tapi kalau dia curang bagus juga..saya boleh buat senarai baru..kahkahkah~

Okey, kalau rasa korang adalah calon2 yang sangat patut saya ambil, boleh la email saya beserta beberapa keping gambar korang, kalau ada yang full lagi bagus..banyak2 pun takpe..email macam biasa zack_uhana@yahoo.com :)

Terima kasih...

Nov 21, 2011

Cepat - cepat !


jangan lupa datang Sepet Shop, tengah ada clearance stock tu

:)


Anak-anak Noh yang biadap kadang-kala..huhu!

Bulan lepas mak aku memang ada suruh belikan beg + purse + kasut + baju kurung + tudung untuk makcik intan..makcik intan tu adik mak. Makcik intan ni guru besar so tahun ni dia nak bersara. Tema pulak warna pink. so emak kata nak hadiahkan barang2 tu semua kat cik intan.. Aku konfirm la amik tender (tender katanya..haha) purse + beg. dan yang baju kurung tudung semua kat kedai kakak2 aku..

Lagi seminggu nak buat majlis bersara..mak aku bising sebab baju yang kakak aku belikan tu kecik..dia kata tak muat la cik intan nak pakai..So mak aku pesan kat aku suruh belikan baju cik intan warna pink yang cantik... OMG, aku mana reti pilih baju kurung kan..semua pun aku nampak cantik je..tsk tsk tsk

So apa lagi malam tu ajak qery survey mana yang okey, cari kat carefour balakong, cari sampai tesco kajang..agak la tak boleh bla..sebab yang nak cari tu mestilah warna pink bersaiz 46..susahhhh tauu..ada pulak warna lain..ada warna pink cun tapi takde saiz tu..tertekan jugak la..tapi takpe..sampai tesco balakong tu ada jugak la warna pink yang saiz 46.. call mak aku tapi tak angkat, tak berani nak beli takut mak aku tak suka..mak aku pun taste tinggi okey..

Sebab selalu kalau beli baju mak aku..kalau tak cantik dia akan cakap je tak cantik..perangai macam aku..hahaha! tu yang takut nak beli..kalau beli dia cakap tak cantik harus sentap tauuu..aku pun macam tu..kalau qery beli baju untuk aku tak cantik aku terus cakap baju tu tak cantik, tak jaga hati langsung kan..kuikuikui! So balik tu bg emak tengok gambar je sebab aku ada snap gambar beberapa helai baju kot2 la kalau mak aku kata cantik so esok aku beli je..

Tiba2 mak aku kata nak ikut..aku okey je la..esok kita pegi la sama2 dengan Qery kan..ater nya sapa nak bawak aku dengan mak aku pegi sana..aku adalah tak tau jalan..dah la kajang..aku tau jalan sampai tempat kerja aku je...hehe...

So haritu mak aku duduk belakang dalam kereta jadi mem besar..adalah borak sikit2 dengan qery, aku layankan je..dorang gelak2 buat lawak pun aku join je..siap ada bincang pasal buku la apa la eh tak tau la saya...hahaha!

pilih punya pilih..tiba2 mak aku pilih baju yang qery dah pilih semalam..suka la qery..dia kata pilihan dia memang pilihan yang tepat.eh ada aku kesah..huhu! malas nak layan..lepas tu pegi makan..pastu balik rumah..terus aku balut nak pos kat cik intan...so malam tu keluar la status ni kat facebook...huihuihui!
 

Semua pun pakat nak cakap beli barang tunang la kawen la..sentap sayaaa...beli barang untuk cik intai iolsss....suka tuduh2 tauu...tiba2 beberapa hari lepas akak aku tag aku kat status dia...

baca secara perlahan..tak paham sudah..huhu!



*memang tak pernah lagi mak keluar dengan pakwe anak dia sebelum jadi apa2, tapi sebab dah terpaksa kan..huhu*


*masa aku form 2 mak, aku panggil qery budak sewel...hahaha*


*baru2 ni aku ada kosongkan bilik sikit, lepas tu beberapa menjak ni jerawat naik2 banyak gila macam buat reunion..benci gila*


*biadap kan suruh aku belanja beg..huhu*




*akak2 aku yang lain..kalau dorang ada hal tak tau nak hantar anak kat mana..selalu kaklang la jadi mangsa.haha! mesti hantar rumah kaklang, tapi kaklang memang suka..dia suka jaga budak2...lagi2 baby...*


apalah..tiba2 cite beranak pulak...nerves sayaaa.... hoihhhh!


Nov 20, 2011

Selamat Pengantin Baru Fendi & Leen


Aku nak upload gambar ni pun rasa macam bercinta...internet ni bela saka ke apa..slow gila..sangat tertekan...

Nanti aku update pasal kawen kawan aku ni..sekarang ni macam mengantuk jugak...baby tido dulu ye...hikss

Nov 18, 2011

Clearance Stock!

Erghhhh..aku sebenarnya memang malas gila nak update blog ni, ada jugak bercadang nak tutup blog je..sebabkan aku rasa macam masa aku terhad, *ewah bajet sangat berbakti kepada negara sampai takde masa*, kerja aku sekarang ni adalah sedikit rilex sebab duduk outpatient, ada masa patient ramai..ada masa patient suam2 kuku...alhamdulillah la ada jugak ruang nak duduk..kalau kerja kat inpatient memang mengucap panjang...taksuka..

Kadang2 sebelom tido tu macam terfikir2 jugak nak tutup blog sebab aku rasa macam dah tak ada apa yang aku nak kongsi dengan korang, cerita life aku bukan best mana pun..best lagi life korang..tapi tulah terfikir Sepet Shop ni..hadoi kena la update jugak walaupun..... huhu!

Jangan tak tau uolsss i ada buat clearance stock kat Sepet Shop...ha agak2 beg dah nazak tu boleh la singgah eh...hehe! Senang je...korang klik kat link yang aku bg tu..bukan semua aku buat clearance ye..mana yang aku rasa tak boleh bla je...bukan tak boleh bla ke apa..sebenarnya beg kat aku banyak sangat, sampai aku dah boring tengok alih2 beg tu, order lagi beg tu, repeat order pun beg tu..sampai menyampah dah tengok beg..mana yang aku menyampah tu aku buatlah clearance stock..keji tak iolsss...eh tak biasa cakap iolss uolsss tapi ada rasa sedikit diva2 jugakla...kuikuikui!

Ok takyah melalut, teruskan promosi blogshop sendiri..hehe! lepas korang klik kat blog Sepet Shop ,
untuk kesenangan korang..boleh la terus cari label seperti gambar di bawah...

Klik kat clearance tu, so semua items yang aku buat clearance stock tu akan keluar la. takpayah la korang susah2 nak cari mana satu yang nak setel, mana satu yang tak nak setel...hehe! contohnya kat bawah ni...korang akan nampak kat tilte ni clearance stock...begitulah...



Okey, lepas tu..ada banyak lagi info lain yang korang kena tau....seperti dalam gambar kat bawah ni..



kang tiba2 ada yang tanya aku..makcik, no stock on hand ni tak ada diskaun ke? eh takde la sayang...sebab barang pun tak ada macam mana aku nak bagi diskaun kan...itu tunggu bos besar pulak menyampah dengan beg..aku rasa kalau bos besar menyampah dia bagi free je kot..huhu! tapi yang no stock on hand ni, korang still boleh order, cuma ambik masa sikit aku nak order untuk korang, nak pegi amik barang nak inform korang pulak, korang pulak nak bank in, aku pulak nak balut, nak pos..mungkin mengambil masa paling slow 2 minggu...tapi kalau sanggup tunggu takde hal...

yang currently not available ni, takyah tanya aku boleh order ke tak..sebab memang tak boleh order..supplier pun tak ada barang...aku nak dapat dari mana pulak beg tu kan..tak mungkin aku nak jahit sendiri...huhu! so tak boleh order, tapi mungkin lepas sebulan supplier akan ada stock beg tu balik..so aku akan tukar title dia...

Buat masa ni, beg yang aku nak clear kan bukanlah sampai bila ye..beg yang aku nak clearkan tu ikut kepada mood aku dan bos..elok mood sampai bila2 la...tapi kalau tak berapa nak elok, lusa dah harga biasa balik...boleh? sukati aku lah kan...hahaha! tak berbudi pekerti langsung kan...okeyla bai...

*sebenarnya clearance stock sampailah akhir tahun ini...dan mungkin tiada lagi beg berjenama pada tahun hadapan...mungkin la..so siapa nak beli boleh la beli cepat2 ye*