Followers

nuffnang

Oct 31, 2011

Sorry for the late reply :)

Okey, mula-mula sekali nak minta maaf atas keterlambatan meng-reply kesemua email customer Sepet Shop atas sebab-sebab email tak dapat dibuka dari Khamis sehingga lah hari Isnin, tak tau kenapa setiap kali bukak Yahoo kata sorry your account bla bla bla...eh pernah terjadi ke kat korang?  So hari Isnin baru terkial2 nak reply semua email yang agak pening aku nak baca sebab dah terlalu banyak. Ada yang tanya pasal nak beli borong tu okey saya dah reply, kalau tak dapat, minta jasa baik cek dulu folder spam, mana tau termasuk sana kan...

Erm yang dah bayar beg semua saya pos 25 hari bulan haritu sebab saya tak dapat nak cek alamat customer since email yang problem tu...minta maaf sebab lambat pos, memang tak disengajakan..

Aku ada update Sepet Shop semalam, mai la kita tengok... :)






Ada banyak lagi beg, boleh la jenguk-jenguk Sepet Shop ye :)

Okey, saya bagitau awal-awal pasal penghantaran beg untuk customer Sepet Shop...

Penghantaran dibuat selewat-lewatnya seminggu selepas pembayaran..
Sekiranya barang dah SOLD OUT, dan customer meminta saya membuat re-order, maka perlulah menunggu dalam lebih kurang seminggu dua untuk saya memastikan barang tu masih boleh di re-order atau tidak..bergantung kepada stock supplier..

Di minta tidak menulis kata-kata kesat di dalam email sebab saya boleh sakit jantung membacanye..hehe! Kalau saya lambat dalam seminggu tu tak bermakna saya menipu...saya juga tak boleh nak paksa abang posmen untuk dahulukan parcel yang mana dulu sebab bukan kerja saya...Dont worry, kalau beg tak ada saya tak akan suruh bank in. Dan kalau beg rosak boleh pulangkan dan saya akan pulangkan duit customer. Harap semua customer dapat memberi kerjasama. Bahasa melambangkan bangsa. Bahasa juga melambangkan keperibadian anda.

Eh tapi takpayah la pulak korang nak cakap bahasa buku teks dengan aku ye..hehe! seperti 'bolehkah saya mengetahui cara pembayaran melalui kaedah yang bagaimana?' oh pitam daku nak membalasnye...hehe!

Setakat ni semua customer adalah polite belaka..Terima Kasih kerana membeli di blogshop Sepet Shop.. Muah!

Oct 30, 2011

My Family yang tak funny...............

Nak bercinta kat fesbuk pun nak sibuk tauuuuu.....susah la camni der.....

Okey just terangkan kalau korang macam blur2 tak paham apa yang terjadi, Qery kan cikgu, so sekarang ni kan baru je lepas musim peperiksaan, so haruslah pening nak tanda paper...



Tiba2 cincin tanda...tak ada kena mengena langsung kan..tak funny~~~~


Semua tempat pun dorang adaaaaaaaaaaaa....baru nak jiwang2 dorang dah potongggg......choi...haha!


Eh tiba2 kak jem pun nak join...benci.....

Nasib ai tak kisah uols.....ke? huhu! darling nanti la kita bercinta...fesbuk susah la ai ramai mata-mata... *mata ke atas sambil hidung kembang-kembang* eh kak jem pun hidung  nak kembang2....kenapa? *tahan gelak*

Oct 25, 2011

Dia baca diari aku... cis!

Haritu kemas kotak dalam bilik aku, kotak tu dah lama gila aku tak usik, sejak 2 tahun kot.. sebab memang aku tau dalam kotak tu ada sijil aku, ada barang2 penting, so tiba2 tergerak hati nak kemas la..boleh? 2 tahun baru sekali tergerak hati...hahaha! Atau pemalas...ok tak payah nak fikir lebih-lebih nanti makcik sentap....

Tengah syok-syok asingkan buku, tiba2 terjumpa diari 2 tahun lepas...perghhh...baca balik la kan...kelakar kan aku ada diari..hahaha! tiba2 macam tak bersifat technology, tiba2 tulis2 buku..macam orang lama...padahal orang sekarang ni taip simpan dalam pendrive je kan..tapi takpe la.aku memang suka menulis...walaupun tulisan tak cantik...aku sorang je yang baca pun...

Bila aku tengah baca dengan khusyuk, tiba2 aku nampak tulisan Qery dalam diari aku...eh???????

Macam mana boleh ada tulisan dia ni??? aku rasa buku ni aku simpan dalam kotak ni je...refresh refresh refresh.......erk...time temuduga keje KPJ dulu...aku bawak resume dengan sijil semua mintak tolong Qery fotostat almaklum lah manja kan, semua nak orang siapkan, yang aku tau siap je...hehe! time tu qery nak cepat, aku pulak slow sangat nak pilih sijil mana, susun macam mana..ha aku bagi sekali kotak-kotak tu suruh dia buatkan semua...perangai adalah sikit2 macam najis...tapi kesah pulak aku...huhu!

Ini lah makannyeeeeeeee!!


Gambar atas ni aku tulis puisi...eh jangan lah begitu...hahahaha! Aku kalau bosan camni la..suka tulis dan simpan sendiri..sendiri baca je jadilah...mana tau kumpul2 boleh hantar kat dewan bahasa dan pustaka... *berangan* hahaha. Mana tau Qery pegi baca siap komen.. hampehhhhhh...


Lepas tu suka salin lagu yang aku suka.....ye aku tau memang tak ada kerja kan..kalau belek-belek balik, terkejut aku ada lirik lagu sejarah mungkin berulang pulak...okbai...hahaha!


Dan aku suka kutuk Qery dalam diari...eh bukan dalam blog je aku suka kutuk dia..mahupun fesbuk, malah di dalam diari juga..ini dinamakan pakej mustika....berbaloi-baloi...hehe! Qery baca ni aku rasa memendam rasa je...kekekeke! Part ni yang aku ingat...aku cakap pasal Qery dah tak main futsal sebab badan dia dah expired, boleh main badminton je...tu yang dia tulis 'OIT' tu..huhu!


Yang atas ni pulak kalau mood jiwang, aku tulis la love miss muah dan sebagainya..hahaha! eleh tu yang kemain banyak love love tu...nyampah aku...tapi aku juga akan maki dia....pun dalam diari..sebab tu aku jarang marah qery depan-depan, sebab aku kalau marah aku tulis....lepas tu dah setel..hehehe! Memang tak sangka dia baca....bukti?



HAHAHAHAHA! kau tengok abang korang tu balas balik okey....time ni aku marah dia sebab dia amik aku lambat, janji pukul berapa tapi datang lambat gila...tu yang hangin satu badan...tapi bila dia dah sampai aku tak marah la sebab dah tulis dalam diari...tinggalkan marah dalam diari...yang bawak hanyalah senyuman...erk?


Berapa tahun ni baru aku tau dia baca diari aku...boleh tak??? So aku tanya dia...

S : Hoi kamu kuang asam kan baca diari kita?
Q : Eh dah lama la baru perasan ke...
S : Yela! Teruk la kamu ni! Mana boleh baca diari orang!
Q : Kamu ada tulis tajuk kat depan tu diari ke..tak de kan...hehe!
S : Tapi kalau kamu tengok ada tarikh-tarikh tu mesti la kamu tau tu diari!
Q : Tapi tajuk tak ada diari kan...hikhik!
S : Sekarang ni kita dah malu!
Q : Eh 2 tahun lepas punya pun boleh malu sampai sekarang ke?
S : Sukati kita la nak malu bila....
Q : Tak kisah...kita tau dalam tu kamu banyak tulis kamu **** kite...olololoooooooo sweet sangat..

perghhhhhhhh!!

Binatang lebih penyayang


haihhh......

Oct 24, 2011

Macam mana acik tak tekanannnnnn....noks...hehe


Semalam aku tengok vokal bukan sekadar rupa...first time la tengok, tapi bukan dari mula.. aku tengok time calon ketiga tengah nyanyi... eh kalau korang tak tengok nanti minggu depan tengok ek..bukan aku excited sangat nak dengar suara dorang, tapi minggu lepas Qery kata juri awam dia siti nurhaliza, kebetulan anak buah aku tengah tengok cite tu..so aku join la..syok2 join anak buah tengok tv tiba2 dia bla..udahnya tengok sorang2, tapi kesah pulak aku? haha!

calon ke tiga aku dengar suara boleh la, ada mirip2 Farah brit2 sikit, brit2 ke brip2..mana2 lah ye...sedap je aku rasa..kalau telinga aku okey2 la sebab first time nyanyi dah okey, maksud aku lagi okey la dari first konsert AF...ehem.... kalau AF semua harem... ke laut, ke laut okey jugak, ada jugak arah tuju...ini dah kemana2...huhu! pulak.....

Lepas tu dengar Hattan komen...dia tak pilih sebab dia kata ramai sangat yang suara macam tu..tone macam tu ramai dah ada..tapi aku rasa better lagi suara perempuan ni dari suara Mila yang dia pernah pilih time kat AF, yang konon balik boleh termimpi2 tu...aku bukan tak suka Mila, okey je..tapi Mila suara dia tak konsisten, kadang okey kadang ke mana-mana...eh aku over ke? hahaha!

Lepas tu dengar komen kak Erra, dia suka suara perempuan tu..so dia pilih..Hattan tak pilih, so dah satu sama la. tinggal pulak Azmir, eh Azmir kot nama dia, aku tak suka sangat komen dia sebab macam Poyo gila..Azmir terus kata tak suka, alasan dia sebab mula2 pitching dah lari...aku tak tau la mula2 sebab aku dengar pun dah tengah2. tapi macam over sangat okey azmir ni sebab macam bagus..eh kau nyanyi pun bukan bagus mana, Mentor kau dulu pun pitching berlari2 anak...tapi kesah pulak aku...hehe!

Tapi memang over tau..bila ada calon last nyanyi...memang bagi aku tak sedap dan boring, padahal untuk first nyanyian kau patutnya bagi impak, pilih lagu yg boleh tonjolkan diri kau...kalau pilih lagu macam wali band boleh la bla, anak buah aku pun boleh nyanyi tanpa salah tone..eh? hahaha! Hattan dengan Erra memang tak pilih, tiba2 azmeer kata da pilih...eh? kau ni kenapaaaa? aku stress walaupun bukan aku yang tak terpilih tu...hehe! lepas tu boleh pulak kata nak bagi peluang..bila turn orang lain kau tak nak bagi peluang pulak..time laki tu kau nak bg peluang...aku konfius.....

Korang tengok tak? melampau okey....walaupun aku bukan juri, helo? yang nak dengarnya pendengar macam kita ni, kalau setakat kat telinga kau je okey, kat telinga kami ni tak okey...apekeheinyeee..aku rasa dorang ni tak layak la jadi juri... patutnya yang kena jadi juri adalah orang yang berjaya dalam nyanyian, seperti ziana zain, siti nurhaliza, fauziah latiff, amy mastura...hikhik! barulah best...ini hattann....azmeer...erghhhhhhhh... semua kelaut la...

Tak suka la juri dia, boleh tak tukar juri? juri pun dah tak menarik.....matiklah peminat hattan dengan azmeer membenci diriku..hahaha! eh mila jugak..okey la bai...

Oct 21, 2011

Gila Facebook

sebab tak ada idea, kopipes je dari facebook, walaupun macam tak aci, tapi adakukesah...hahahaha!

*********************************************

SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK!!!

Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”

Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”

Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”

Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”

(Saya petik keseluruhan maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12)

Kepada rakan2 ku yang merokok, moga kita tidak rasa tersinggung hati dengan hadis ini - B.B.Bangi.
By: Zeid Akhta
*************************************************

Aku baru tau...terima kasih :)

Oct 20, 2011

Wordless Wednesday yang merunsingkan


Selalu macam ni, tiba hari Khamis je mesti tak ada idea nak buat entry..why? Tau? Tak tau? Selalu aku tengok blog orang lain ada tulis Wordless Wednesday...ada ke Wordless Thursday? eh aku pun tak paham kenapa nak kena wordless wednesday? Adakah korang semua tak ada idea pada hari Rabu? Eh kenapa awal sehari dari aku? kuikuikui!

Tak kisah la korang tak nak cakap setiap hari rabu, tapi kat blog je korang wordless kan, kat twitter kemain lagi masing-masing, kat fesbuk apatah lagi..wordless konon...hahahahaha! Kadang2 kalau korang perasan kita ni suka ikut musim...cane nak terangkan kat korang eh....

Contoh la...bila musim semua orang nak pakai baju kurung modern, ha semua makcik2 tukang jahit pun dah boring asik nak jahit baju kurung modern, bila turn baju kurung pahang, semua orang nak pakai baju kurung pahang, bila turn orang pakai baju tshirt besar-besar era 4U2C, kemain semua baju labuh tak nak kalah...

bila musim TDDMKA, semua pun nak TDDMKA, eh? hehe.....

Selalunya akulah orang yang ketinggalan...hehe.. Kalau orang dah tau pasal K-Pop, bila zaman K-Pop dah habis pun belum tentu aku tau kewujudannya..kalau Qery tak bagitau memanglah harem aku nak amik tau...Kalau korang tau apa punca wordless wednesday tu...aku sampai sekarang pun malas nak amik tau hal itu..kenapa Wednesday? Suka la buat aku terfikir-fikir...huhu! Serius, aku kan, selagi tak dapat jawab pertanyaan otak aku ni, memang aku tak boleh duduk senang...

Contohkan...eh contoh lagi..hehe! Kenapa hari kita bermula pada hari Isnin, kenapa tak hari Selasa, Rabu...padahal kalau ikut Islam hari Pertama adalah hari Ahad.. Tapi kenapa hari Ahad adalah hari yang paling akhir.. kadang-kadang aku terfikir jugak memang orang kafir ni nak memesongkan ajaran Allah sampai hari yang pertama tu dia buat hari yang paling akhir..dan kita pun ikut je...

Kenapa wordless wednesday, siapa yang menciptanya? kenapa ramai yang ikut? kenapa? ohhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

Sebab aku selalu fikir benda2 yang tak patut....atau korang pun sekarang terfikir apa yang aku fikir...hehe! Kadang-kadang Qery suka mengeluh, dia kata aku suka fikir benda yang aku tak payah fikir...eh sukati aku lah kan...otak aku...hehe! kalau aku diam kan..mesti dia akan cakap..

'haih fikir apaaa lah lagi makcik sorang ni'

sentap...

tapi...kenapa hari Rabu? Pasar malam rabu aku boleh la terima... *mata ke atas*

Dua-dua curang, adakukesah?

Aku ni dulu tak ada la baik sangat, aku kalau stick dengan sorang tu memangla aku setia (pui), tapi kalau aku dah bosan, memanglah aku tinggalkan je... Begitu juge dengan si Qery, dia kalau tinggalkan perempuan, tanpa sebab okey, kalau ada sebab pun macam tak masuk akal..oh dia lagi teruk...hahahaha! Tapi bukan maksudnya kitorang je tinggalkan ex ex, kitorang pun pernah ditinggalkan... sob sob sob..huhu!

Semenjak dua menjak ni suka tengok gambar lama...adalah tengok gambar ni, gambar Qery curang dengan exgf dia yang meroyan tu...eh? hahahaha! Time ni Qery tengah ada konflik, terus dating dengan aku, memanglah harem perangai dia..dan aku pun sama jugak...sedang curang dengan exbf, tapi exbf aku takdela meroyan..lalalalalalalala~~


Ha cincin yang dia pakai tu adalah cincin dia dengan ex-makwe dia..siap inai lagi...choi...hahaha! tapi adakah aku kesah? perangai dua-dua pun sama je... dua-dua pun bajet setia, tapi curang...eh? hahaha!

Sebab tu bila sekarang, aku tau perangai kau macam mana, kau tau perangai aku macam mana.. So kalau kau cari lain, jangan la harap aku akan merayu.. dan kalau aku curang, janganlah harap kau merayu.. sebab kita dua sama je..haha! Sebab tu aku dengan Qery ni macam dah malas nak fikir dah..kalau berperangai begitu sampailah kesudah pun macam celaks... but we **** each other... ehem...

Paling tak tahan...kalau gaduh,...cara Qery pujuk tu mesti lawok...


macam budak-budak.. :)

Korang rasa antara aku dengan Qery siapa yang paling playgirl/playboy? cer la teka...hehe!

Oct 19, 2011

Adakah Info ini betul atau salah? Kepada sesiapa yang pandai agama boleh bagitau ke tidok?

*tambahan entry atau senang kata jawapan yang dicari-cari atas kekonfiusan ku ini adalah, perkara yang disebarkan dalam fesbuk ni adalah tidak boleh dipercayai....aku dah agak dah..tak mungkin sesenang ini.. boleh KLIK SINI http://terfaktab.blogspot.com/2011/10/troll-tunang-tanpa-sedar.html

Aku jumpa ni kat facebook, so copy paste masuk sini je...dah alang-alang tak ada topik nak cite ni kan..

*********************************************

Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.
By: Jannati Baiti

************************************************************

Okey...habis tu aku ni dah banyak kali putus tunang la ehhh???? Oh titak..............eh kalau macam tu tak payah la tunang adat melayu...cakap2 jer, merisik terus nikah...aci kan...kahkahkah!

Ada siapa-siapa yang pandai agama, untuk komen sikit pasal ni, sebab bukan semua yang kita baca kita boleh percaya, bukan semua perkara yang disusuli hadith kita boleh percaya, orang sekarang ni banyak yang dah tak betul, hadith tu maksudnya dalam, bukan boleh di elaborate dengan kata-kata orang yang ilmunya tak cukup. kadang-kadang orang yang tak berilmu ni yang bukan main explain, padahal maksud dia lain.. Sebab kalau korang belajar Arab dan pahamkan, bila terjemah jadi Bahasa melayu, bukan 100% sama maksudnya.... Sebab tu kalau nak beli buku pasal Agama pun kena pandai pilih...jangan korang main beli je.. Sedangkan isi Al-Quran pun dorang boleh ubah..inikan pulak buku pasal Agama..

So aku harap sangat, kalau ada perkara yang korang baca pasal hukum hakam, jangan terus percaya, tanyalah Ustaz, tanyalah Ustazah...Kalau tanya aku...em kelaut jugak la jawabnya.... Tapi yang ni aku confius sikit...

Zaman Belajar , Zaman Praktikal , Zaman Kerja

Belek-belek gambar lama, hak ala...gila remaja baru nak up, geli pulak aku tengok gambar2 lama aku tu...huhu! Zaman study dulu tak payah cite la, semua orang nak tonjolkan diri masing-masing, termasuklah aku...haha! Mulut muncung-muncung, eh kenapalah berperangai begitu? Sungguh tak kusangka...hehe!


Zaman study haruslah nota berkepuk-kepuk, tapi kalau jenis aku..memang la aku buat nota, tapi aku takkan baca punye..nota pulak panjang tak hagak...bajet makin panjang makin la paham..harem...makin tak paham ada...tapi harus psycho kat kawan-kawan konon2 dah study la bukti nota panjang...walaupun....kekeke!


Bila exam je kau nampak aku pakai formal macam ni, kalau tak pegi kelas pakai suar jeans, pakai tshirt dengan seliper, ada orang kesah? Pakwe pun tak ada time tu...so nak control cun kat sapa pun tak ada idea, walaupun aku tau aku hot dulu *erk?*


Yang amik course Pharmacy....aku lah yang paling sopan pakai baju kurung, dengan harapan nak ngorat lecturer, tapi lecturer semua perempuan..sedih.....


Ini gambar hari yang aku nak amik result, penuh dengan kegabraan...tapi aku selalu gabra pun tak de la gabra mana pun...sebab aku tak kesah sangat pasal result, aku pun tak paham apa perangai aku ni...semua pun tak kesah...Sebab aku tau, result tinggi pun tak kemana. percayalah cakap aku.... Tak caya? tunggu kau habis belajar nanti....lepas tu kau nak cari kerja...tengok la dorang nak result bagus atau dorang nak orang yang ada pengalaman... Time tu kau akan rasa... sebab kebanyakkan orang yang interview kat tempat kerja aku..yang pandai tak diambil pun...yang biasa-biasa yang dorang amik...serius...tapi kalau kau dah pandai sangat apa salahnya kan...mampu la nak bangga2 kau 4 flat...eh aku tak mampu...hahaha!


Ni la zaman paling aku rasa POYO, aku rasa ni pengaruh rakan sebaya la..sepatutnya aku tak berperangai sebegitu...huhu! Nasib la Qery kongkong aku..kalau tak apaaaaaa lagi la gambar yang bukan2 kan...hahaha! tak siuman betul...


Zaman praktikal, harus buat yang terbaik, belajar la time praktikal.. Kenapa? Sebab time kau praktikal la kau nak tau apa yang perlu kau buat, ini tak...malas nak belajar time pratikal, bila dah dapat kerja baru terkial-kial nak tau tu tau ini... Apa kau ingat semua orang senang asik nak ajar kau je..basic patut dah tau.. camtu baik tak payah praktikal kan... *eh kenapa emosi?* aku pun tak paham..huhu! Kalau pandai pun tapi kerja kelaut, silalah berenti dan jangan menyusahkan orang lain.. eh over lagi...haha!


Eh tiba-tiba ternampak gambar ni, time Ceera kawen, Qery kiri sekali dengan adik Qery yang tengah-tengah tu datang.. Time ni Qery single oh tidak... dan dia kurus... sibuk tanya aku mana boifren mana boifren...sibuk nak tengok boifren aku... helo? aku tak pernah kot bawak boifren datang rumah..

Ok lupakan cite tu.... eh ada orang email aku tanya susah sangat ke subject belajar farmasi? Aku rasa dulu aku pernah la buat entry pasal subject Pharmacy ni...tak susah sangat der, senang mak enon... malas dengan rajin je... kalau malas macam aku susah la..hahaha! Jap aku cari entry tu dan kopipes je...

*************************************************************

Title : Mahu Anak Belajar Farmasi?

Korang ada anak yang form 5? tuanya korang...hakhakhakhak!
Ok la semula semula....korang ada anak form 5? atau umurnya 18 tahun?
atau anak buah yang tengah terpikir-pikir nak masuk course apa?
atau ada kawan-kawan tanya course apa yang sesuai?
tak tau? tak tau tak apa..tak berdosa besar pun..tak payah nak rasa bersalah sangat pulak...
huhu!

Aku? Korang bajet aku suka farmasi ke? HA MEMANG TAK LA...kannn...huhu!
budak-budak sekolah teknik kata aku MURTAD MEKANIKAL..tapi hade haku khesah?
lalalalalala~~ wa tau memang wa pandai subject mekanikal...habis wa memang pandai belajar apa pun wa boleh bawak punya (ini tipu..hahahaha!)

So, disini, aku saja nak eksyen buat-buat pandai, nak kasik tunjuk jalan, sebenarnya bukan tunjuk jalan yang benar ye..ni nak bagitau korang apa yang korang kene belajar kalau amik jurusan farmasi..begitu...alah kalau ko amik science tulen, subjek dia korang dah tau kan bio, kimia, add math, fizik, dan lain-lain...So di sini aku nak roger apa subject yang ada dalam farmasi :)

1. Micobiology

(tau? Microbiology tu kacang goreng je, ala korang selalu tengok orang teropong2 tengok mikroorganism ye kecik molek tu sama ada streptokokus, streptokines, atau pun apa-apa je la kan..tidak la ku tahu..hahaha!)

2. Anatomy dan Physiology

(ni pulak pasal sistem dalam badan kita semua lah...proses nak buang air besar, air kecil, ejakulasi, begituuu...muahahahahaha! seronot boleh lukis ehem-ehem kamu ye... :P )

3. Physical Chemistry

(ye atom atom yang korang belajar masa kat sekolah kan kene hafal 2 baris je kan, bila belajar farmasi kene tau yang beberapa ratus lagi di bawah sana ye..lepas tu sambungan atom atom i like...hahahaha! jadi la pentagon-h-o-oo-h, ke? gulp!)

4. Mathematics For Medical Science

(kacang goreng...pedih tak pedih tak? hahahaha!)

5. Experimental Design And Special Topics

(ha eksperiman lah kau di situuu....)

6. Biochemistry

(adakan kita mempunya chemistry...jangan perasan...kita tidak sehaluan..)

7. Pharmacology

(indication pasal ubat ye...apa yang interact bila ubat dah masuk dalam badan bla bla bla bosan)

8. Alternative Medicine

(contoh, saya tak suka makan ubat, boleh tak saya ambil apa-apa makanan tambahan untuk gantikan ubat??

jawapannya, tak suka amik syrup duphalac untuk buang air besar yang senang, maka jangan lupa ambil sayur dalam pemakan..begitu..so, sayur is alternative madicine :) :) tak paham udah )

9. Instrumentation And Research Methodology

(tahukan anda bahawa saya lupa subjek ni wujud..hahahaha!)

10. Communication Skill For Medical Science

(cakap banyak-banyak, bayar kurang)

11. Drug Therapy

(yoga..ye saya hanya ingat yoga..hahahaha!)

12. English For Science

(saya tak paham kenapa ini wujud, sama macam kita belajar kat sekolah-sekolah dulu je)

13. Human Behaviour

(Perangai manusia memang pelik-pelik dan aku membencinya..lalalalala~~)

14. Pharmacy Practice

(WAJIB LA ADO....kata pun belajar farmacy..)

15. Malaysian Studies

(saya sayang Malaysia, tapi saya tak suka subjek ini kerana saya memang budus sikit bab2 ini...jadi sebab saya tak suka subjek ni saya terpaksa baca betul-betul tak boleh tinggal sepatah ayat walaupun noktah..sila percaya)

16. Introduction to Pharmacy

(bla bla bla bla)

17. Public Health

(buka public phone ye)

18. Islamic Studies

(jika anda orang islam...huhu!)

19. Clinical Training

(itu namanya praktikal!!)

Biochemistry II, pharmacology II, III, Introduction to pharmacy II, III, dan ada banyak lagi yang ada II, III ye...haha!

Amacam? dah sedia nak amik kos farmasi? senang je...nampak je nama macam garang...tapi dia suka gelak..hoh!

kalau nak amik kat MSU,

anda mesti lah.

PALING cikai dia nak 5A, subjek BM, MATH, BI, FIZIK, KIMIA, BIO, ADD MATH...ha ada beran??????

ha kalau tak ada, menangis lah kau di situ....huhu!
jangan risau aku teman korang nangis..hahahaha!
ha kepada emak-emak sekalian, pesan kat anak...

*nak, kau nak jadi farmasi tak? dapat la A semua subjek kau ye..*

ha lupa, kalau kau nak sambung belajar nak jadi PHARMACIST! kene target cgpa:3.8,
dan sekarang saya pulak yang nangis..hahahaha! hoi mana nak sampai woi........!! kalau tak dapat macam tu, sila redha...jangan salahkan pakwe sebab masa exam dia curang dengan perempuan lain, tapi salahkan tukang kasik markah sebab mungkin dia salah letak markah..huahuahua! ada hati lagiii...


jadi ni lah wajah2 durjana ketika mengetest air kencing.. :)

COMEL kan??? ye bikar tu memang comel...tsk!

**************************************************************

Ok sekian terima kasih.. :)


Oct 18, 2011

Tu diaaaaaaa........


Ingat tak yang aku cite Qery ada game bola under PSKPP seluruh Selangor yang dia wakil Hulu Langat tu..eh dia Johan tau....pelik sangat kan...hehe! Tapi tahniah la buat beliau atas usahanya...kalau aku memang la tak pernah nak bagi dia semangat pun...hehehe...eh tak kuasa la aku, dah la asik main bola je...lepas tu bizi...eh mana bolehhhh.....huhu!

Eh aku takde la teruk sangat sampai tak bagi semangat, aku cakap kat dia, kalau dia menang aku hadiahkan dia kasut bola...kemain happy, habis game dah menang terus kol aku...

Q : Sayang bie menang!
S : Iye la, nanti belikan kasut...
Q : Yeay! Nak Nak!

eh over......

kesian...dah lama tak belikan dia kasut..apa kata belikan dia kasut kan..tapi takpe sebab dia jarang menang..kahkahkah! kalau dia selalu menang tu susah la kan..tiap kali menang hadiahkan kasut, miskin terus..huhu!


Tu diaaaaa....berat jugak medal dia...bukan senang nak dapat medal berat2 ni, selalu dapat medal pun ringan..baling siput pun belum tentu siput tu heran....


Q : Bestkan dapat medal
S : Eleh tak heran...
Q : Heran tak heran belakang kire...cite dia sekarang 'KAU MAMPU?' (sambil buat muka belagak)
s : *pfffttttttttt*

Boleh tahannn jugak perangai mamat ni.......nasibla dot dot dot.... *ayat tapis untuk family* kahkahkah!

Sepet Dah Kawen???

Eh aku ingat entry salam perkenalan kat bawah tu dah complete, rupanya masih ada yang tertanya2...pulak tu ingat aku dah kawen..sentap tau....muka cam dah kawen ke...cis..semua salah Qery sebab nampak macam ayah-ayah...eh? hahaha!

Ok untuk menjawab soalan MSFIT tu...saya tak kawen lagi, gambar yang kat sebelah tu sebenarnya gambar saya jadi model pengantin untuk Pameran Pengantin...tapi saya bukan model...saya tolong kawan je...


Ha ada nampak tak soalan dan kekonfiusan yang ditujukan itu? huhu... Ok first aku nak bagitau korang. Mula-mula aku jadi model untuk Pameran Pengantin tahun 2009, time tu sepatutnya kawan aku dengan pasangan dia yang jadi model, tiba-tiba ada personal problem dan dorang mintak tolong Qery dan aku gantikan dorang untuk jadi model Pameran Pengantin...so sebab nak tolong kawan, kitorang ni setuju je la..sebab yang mintak tolong nye kawan baik Qery... Maka tiba2 je..sebenarnya bukan model sangat pun... *selalu je perasan model....walaupun...*


Time ni first time buat kerja ni,tak nerves sangat sebab Qery ada sebelah...lagipun masa perkarakan ni ramai orang, macam jalan kat Low Yatt je, jalan ramai-ramai...tapi yang lainnya muka kena senyum..kalau jalan kat Low Yatt gila kau jalan sambil senyum...sangatlah sesuatu....


Model yang kedua kalinya pun sama jugak, dengan Pameran Pengantin...

Memang la muka aku macam dah makcik2, tapi tak kawen lagi...huhu!

 
Tengok gambar je la eh...
Dan yang paling last sekali...pun under Urban Vibe Pameran Pengantin...huhu!
Poyo la sebenarnya...Ok kawen dah 3 kali, tapi nikah belum lagi...kasar bunyinya...hahahaha!

Ok, yang pasal muka ada mix tu..aku rasa dulu aku ada jugak buat entry pasal tu...kalau nak tau boleh la Klik SINI je....cikgu cakap sekali je... (feeling cikgu)

Oct 17, 2011

Baru upload





Jangan lupa singgah blog Sepet Shop ehh....ada banyak beg baru....huihuihuihui!! Tapi model lama...

boring.....

Kepada yang baru pertama kali baca blog Sepet88


Oh, tiba-tiba rajin nak taip entry suai kenal...entah apa-apa..tapi lantaklah, mood rajin mali maka buat je, nanti dah malas satu entry pun kemain susah nak taip...huihuihui...bukan apa, semenjak tiba-tiba ada muka muka baru yang baru follow blog aku ni, saja la nak bagi senang kat dorang, kesian pulak nak suruh dorang baca dari mula, aku tau bukan semuanya berminat nak baca kan..kalau blog cite best jadahnya takpe jugak, ini cite pun suam-suam kuku...kekeke!

Ok hai (lambai tangan sambil mata kecikkan sikit tanda excaited), nama blog aku ni Sepet88, so tapayah la nak panggil 'hai sepet88' , tapayah la sampai camtu sekali pun...panggil je sepet, kalau lebih sopan boleh panggil cik sepet... *hahaha* tapi kalau rasa korang lagi tua dari aku boleh la panggil dik sepet, atau yang feeling muda nak panggil kak sepet pun aku tak sentap walaupun....huhu! tapi kalau nak panggil kau aku pun makcik izinkan...ada yang dah kenal lama tu panggil aku zack-u (z-u), yang zaman-zaman gegurl panggil aku Hana, yang zaman skema panggil aku Zuhana...so pilihla yang mana satu, cuma kalau korang panggil aku Sepet aku tau la korang kenal aku dari blog...begitu...

Umur aku this year 17 tahun, tengah tunggu nak SPM...nerves lah kan...Oklabai...hahaha! Itu hanyalah perasaanku sahaja...Umur muda lagi, baru 23 tahun...Dulu tadika kat Tadika Al-Islah..lepas tu sekolah kat kampung cheras baru, lepas tu masuk sekolah menengah Taman Seraya, lepas tu masuk Sekolah Teknik Dato' Lela Maharaja, Lepas tu masuk Management And Sciense University (MSU). Jangan la korang tanya aku best tak MSU, bagus tak MSU, eh aku dah tak ingat lah...tak menikmati pun keindahan time kat MSU, tau nak cepat habis je...hahaha! Atau yang pernah sekolah kat sekolah yang aku pernah sekolah tu...jangan lah ingat-ingat aku ni siapa sebab aku kat sekolah memanglah tak popular pun...Sukan memang tak main..muka pun tak berapa nak cantik, so duduk diam-diam je...

Kerja, okey sekarang ni aku kerja bahagian Farmasi, baru kerja dalam 3 tahun macam tu..tak sampai pun..2 tahun setengah je..tapi dah start boring macam harem nak kerja..so plan nak berenti kerja...hahaha! Kalau korang nak tanya pasal ubat tu boleh la..tapi jangan la menaruh harapan aku akan jawab dengan detail sebab aku pun bukan pandai sangat.. kadang-kadang dah datang bodoh tu kelaut la jugak...hehe!

Blog aku kalau korang perasan asik la ada nama Qery, korang nak tak nak terpaksalah biasakan sebabnya aku tak ada idea nak letak nama siapa..hahaha! Siapa Qery?  Dia tu bukan penting sangat bagi korang, so aku terangkan sikit-sikit je lah..Qery tu teman lelaki (iyek) aku... So kompomlah aku pun boleh tahan macam lipas kudung..eh lipas kudung pulak..hahaha! boleh tahan macam belangkas dengan si Qery tu..kenapa? Yang tu nanti aku terangkan di perenggan lain.. *poyo ke tidok*

Aku ada satu blogshop yang ber-url kan http://sepetshop.blogspot.com, jualan utama aku adalah beg, so kalau korang bukak blog Sepet Shop tu nampak muka aku tapayah la nak fikir bukan-bukan, takut orang lain guna muka aku la, guna nama aku la dalam blogshop tu..eh eh jangan begitu..hehe! Itu aku punye jugek....tapi Bos Besar dia Qery, Haaaaaaaaaaaaaaa...sebab tu la aku asik berkepit je dengan dia..kena beli beg sama dia, kena bincang beg dengan dia, nak amik gambar beg pun dengan dia..dating pun dengan dia..eh?

Selain nama Qery, akan ada banyak nama adik beradik aku yang lain, sebab aku ada 9 orang adik beradik, so korang mungkin akan terkonfius sikit lah mana satu yang aku sebutkan..kakak yang mana abang yang mana..tak payah pening, yang penting aku anak bongsu...tu je yang aku cuba nak sampaikan..hahaha!

Lagi apa yang korang perlu tau? Ha cukuplah tu...kalau ada penambahan tu, tengok la setahun dua lagi aku buat entry baru..hahaha! walaupun tak ada siapa yang kesah.... *mata ke atas*


Oct 16, 2011

Rushing , Penat dan Redha


Haduyai, sebenarnya harini memang tahu plan kelam kabut, yela..harini Qery ada game PSKPP, ala kejohanan bola, semua daerah Selangor main tu...Qery wakil dari Hulu Langat, kira satu sekolah satu wakil la..dari minggu lepas asik training je... petang je bola petang je bola. aku pun bosan...hehe! Aku doa-doa team dia tak menang, so tak payah la dia main Ahad, tiba2 suku akhir menang, separuh akhir pun menang...ish!! tiba-tiba dia jadi STAR pulak...tapaham haku...

So pagi Ahad ni dia main Separuh akhir kat UPM kot, eh aku pun tak tau kat mana...tapi ke arah sana jugak la...habis main pukul 11, terus mesej aku suruh siap-siap pukul 11.30 dia sampai..malaun sungguh...aku dah la baru bangun tido..terus sentap sekejap...ye la aku kan memang suka sentap..sentap2 pegi mandi..hehehe!

Ok tak sempat mekap Qery dah sampai..padahnya tengok je la muka buruk aku.ele kalau mekap pun macam cantek jeee pulak kan...hahaha! Jadi terus angkut beg bawak masuk dalam kereta Qery, sebab Qery plan nak amik gambar beg, sebab begnya memang dah lama ada, tapi tak ada masa nak amik gambar...hoihhh.....

Snap gambar cepat-cepat, paham2 la pukul 12 tengah hari matahari tak segan silu nak bagi cahaya..Qery dah komplain peluh2..terus aku perli dia..

'ooo kau main bola peluh macam hujan takpe pulak...ni peluh sikit2 dah mengada eh'
'hehe, itu main bola, keluar dengan awak kena la wangi-wangi...'

jeling sikit kat Qery...macam la dia takut...hahaha!

Memang panas tak hengat...so lepas je amik gambar makan kat Linda Onn Asam Pedas..ha gambar kat atas tu makan kat situ ler...gambar kat bawah ni pulak artis-artis yang penah makan kat Asam Pedas Linda Onn

So lepas makan, Qery hantar aku balik, dia sambung pagi main bola...Akhir katanya...tak tau la tahun ni juara lagi ke tak...dia kata dua tahun lepas dia join, Hulu Langat juara, dia Star sebab jaring 2 gol..yela tu...iyekan je...hahahaha! Mungkin sebab aku tengok dia main, dia tak boleh fokus kot...kehkehkeh!
Ok lah, ada beg-beg yang baru upload kat Sepet Shop, meh la singgah :)

Oct 15, 2011

Romantik salah timing?

eh ye la....hehe! tak payah lah nak sweet sangat bangun pagi pukul 3 semata-mata nak cakap i love u.. tak boleh ke tunggu esok je...mengantuk hokey....huhu!


Nasib baikla tak pernah terjadi lagi...kalau kol pun aku tak angkat..tak kuasa mak hincik...
Cek stock adalah perkara yang tidak menyeronokkan...percayalah...


tapi masuk OT memang menyeronokkan...! hahahaha!


jangan percayakan gambar, sebenarnya memang bosan...huhu!

cuba rendahkan diri supaya kew tak kecik hati...oh yang tengah tu kew, yang kiri sekali tu judit..yang kanan sekali tu perempuan gojes...ehemm....

 
 kepada sesiapa yang berminat nak apply farmasi, sila fikir pat belas ratus kali... dalam hospital, anda adalah orang yang paling dekat dengan semua penyakit.. tapi kalau korang ada kesabaran yang meninggi seperti saya.. *ehemmm*, so welcome to the club :)