Followers

nuffnang

Sep 30, 2011

Muka Gemuk Vs Muka Kurus

Dalam family harus lah ada muka gemok dan muka kurus...

contohnya, abang aku muka kurus, aku muka gemok...

*sebenarnya diri sendiri gemok tapi tak nak terima kenyataan...

kami adalah anak yang tak laku itu..okbai!

Sep 29, 2011

Tak boleh focus

rasa dah lama sangat tak update blog, sekarang rasa janggal pulak...baiklah...tak ada apa nak bgtau, nanti lah kalau ada kekuatan dalaman, aku akan update sepenuh hati...

boleh ke korang focus 25 hours per day? nonsense)(*&^*%

i hate my job now! membuatkan aku stress! fakyu!

Sep 26, 2011

Ini makannyaaaaa!!


Ok sebenarnya tak ada mood nak update, tapi sebab nak tunjuk bini aku kat sekolah dulu...tu dia yang tengah2, kawan baik aku dari darjah 3, selalu lepak rumah aku..aku pun selalu lepak rumah dia..memang dah macam laki bini, kalau ada anak dah masuk universiti dah...eh??

dah la befday sama, kalau befday tukar2 hadiah, lepas tu kelas samaaa dari darjah 3 sampai form 4, duduk sebelah2 pulak tu, pastu pisah sebab masing2 masuk teknik...dah tak boleh gomol2 macam dulu...tapi bila dah masuk teknik masing2 tak nak kalah bgtau markah matematik berapa..coi...hahahaha!

muka aku takyah la korang nak buat sebelum selepas... sentap tak sudah aku ni kang..haha! aku rasa macam aku hot je dulu...ni mesti camera murah ni..wahhh?? salahkan camera... *mata ke atas*

tapi yang tu bukan la geng aku..itu masa form 4 kelas sains perakaunan...itu lah kawan kelas..nak tau geng aku ada kat bawah ni..

yang paling poyo yang buat peace tu..kenapa?? aku pun tak tau..itu makannyaaa kalau buat peace tiba2...hahaha! yang perempuan baru nak up dua orang tak pakai tudung tu jugak orang yang aku sayang sampai la sekarang....walaupun baru nak up tapi aku maafkan..haha! yang pakai baju biru tu cool...paling senyap dan pemalu dalam kumpulan..eh bukan aku ke yang paling pemalu?? eh??

heheheheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...

betapaaaaa poyo nya muka aku dulu...tapi takpelah..aku redha...huhu! bye!

Sep 23, 2011

Assalamualaikum

Hari ni Jumaat? Cepatnya maa berlalu....makin hari makin tua...tapi aku tetap 18 tahun...fine..

Ok setelah dah gelakkan gambar aku kat bawah ni, sila lah jemput ke Sepet Shop :)

Muah!

Sep 22, 2011

Thanks Sai

Setelah merayu2 kat Sai (kawan baik), terus dia upload gambar aku time sekolah dulu...tapi dia kata dia crop gambar dia sebab dia kata muka dia macam harem....oh habis kalau kau harem aku apa?????? huhu!

Aku dah puas gelak, kelakar gila kot, dengan hitam baru lepas kawad kaki pengakap tak silap aku..belakang tu Saiful Azizi kawan kelas, aku tak deting eh, sebenarnya ada lagi kawan2 aku tapi macam aku kata tadi Sai dia crop...tak patut sungguh...hehe!

tengok muka sendiri pun aku rasa ngeri...pulak tu macam lawak gila..tang hidung memang tak berubah..terima kasih

p/s : Sai, ada lagi tak gambar kita berlima...aku tak ada la gambar, aku kan orang miskin...kau kan kaya....upload la gambar...huhu!

Filem Pendek?

Korang rasa aku pandai berlakon ke? Aku rasa.....LANGSUNG TAK...hahahahaha! Aku memang tak pandai buat muka jatuh cinta ke, buat muka terpana ke...ha sangat lah geli, tapi aku akan cuba sebaik mungkin....Tapi kalau depan adik beradik aku memang pandai gila berlakon, berlakon berpura2 sakit supaya dorang tanya 'eh ana kau okey' ha memang tak la dorang akan tanya..kalau dorang tanya aku akan pitam..haha! aku mampu buat muka yang menyampahkan mereka...hehe! Okey dah kata adik beradik, kita selesa dengan dorang, so nak buat apa pun tak malu...tapi kalau shoot dengan orang lain...peluh-peluh

Masalahnya.....artis ke kau... *sambil mata ke atas*

Jangan lupa ke Sepet Shop :) , intai mana tau kot2 beg yang korang nak tu dah sold pulak, makcik tak tanggunjawab...hehe!
STICKY MODE : Entry baru di bawah :)


Pernah dengar PREMIUM BEAUTIFUL CORSET ? Tak kan la tak tau, sekarang ni bukan main popular lagi..Sekarang nie CORSET adalah satu fenomena dan menjadi KEGILAAN setiap wanita .Banyak orang duk sibuk citer pasal produk ni.. dengan Premium Beautiful (PB) memang cepat boleh turunkan berat badan especially yang lepas bersalin. Kalau pakai sekali pasti nak pakai berkali-kali ;)


Apa itu PB CORSET?

Sebenarnya PB ni adalah PAKAIAN DALAM No 1. Di Malaysia yang mempunyai teknologi FIR yang membantu setiap wanita yang memakainya menjadi lebih cantik, langsing, sihat dan SEXY!!!
Ianya terbahagi kepada 3 jenis bahagian iaitu LONG GIRDLE, WAIST NIPPER dan juga LONG BRA

Ciri-ciri nya :

· Meningkatkan perederan darah dan metabolism dan secara langsung membantu kita untuk SHAPE kan badan ( suami makin sayang!heeeeeeheeeee)
· 360 degrees elasticity- tak menggangu la aktiviti harian.. nak membongkok ke, solat ke, baring ke .. sangat SELESA !!!
· Mengandungi Far Infrared Rays techonology (FIR) – tenaga yang memberi positive effect kepada manusia dan selalunya digunakan sebagai alternative therapy untuk pelbagai penyakit.
· Fabric Lace yang sangat lembut dari German
· Technology dari Jepun
· Jahitan yang kemas dari US

Siapa yang PERLU pakai ?

· UNTUK ORANG YANG BERSALIN /BERPANTANG


· ORANG YANG INGIN DIET/KURUS
· UNTUK MEREKA NAK NAIK PELAMIN/KAHWIN
· ORANG YANGMEMPUNYAI SAKIT BELAKANG ATAU SLIP DISC
· ORANG YANG MEMPUNYAI ASTHMA
· UNTUK HILANGKAN STRETCH MARKS ATAU CELLULITE
· MEM’PUSH’ BAHAGIAN YANG DAH TIDAK BERADA DI KEDUDUKAN NYA (ini mmg penting !)
· MIGRAIN ATAU GASTRIC
· MEREKA YANG MEMPUNYAI MASALAH KEPUTIHAN
· MEREKA YANG INGIN MENDAPATKAN CAHAYA MATA

TESTIMONIAL yang telah berjaya:


Orang yang sama eh atas dan bawah nie





Okey, kalau korang berminat nak tau lebih lanjut pasal PB, mungkin korang boleh log in terus ke website ni - http://iamrynn.blogspot.com/

Atau nampak banner PREMIUM BEAUTIFUL – LATEST PROMOTION di sebelah kanan??? click saja disitu.

Nama dia RYNN. So korang boleh terus dapatkan personal consultancy dai RYNN.
atau boleh contact or call direct ke this number 0122900084 or email di iamrynn@hotmail.com

Now ada PROMO dan HARGA RUNTUH!!
So..cepat2 terjah ke blog mai sementara PROMO masih ada.

FREE TRIAL, CONSULTATION dan SPECIAL OFFER

RYNN
0122900084
http://iamrynn.blogspot.com
Facebook : RYNN ESHAK

Sep 21, 2011

Betul ke aku yang berubah?

Satu hari aku terserempak dengan kawan sekolah menengah, masa Form 1 , aku ni nak kata pendiam tu tak de lah sangat, aku dengan geng-geng aku je, kalau dengan geng kompom lah huru hara kan...tapi bila dengan orang lain tiba2 jadi pensopan..apakah?? Tapi kalau dengan kawan sekelas tu okey la lagi, tapi aku tak rapat dengan lelaki sangat, kalau perempuan tu rapat la..Sebab aku ni jenis malu sikit kalau ramai sangat laki (sebab sedar diri hidung kemek), pulak tu geng2 aku tu ada yang cun comel semua, so dalam 5 orang geng aku..semua tu cantik kecuali aku..kalau ada orang nak ngorat dorang ber-empat, so aku akan berdiri sorang-sorang sambil sedih...huhu!

Time aku Form 1, aku dengan geng-geng aku satu kelas, dan susunan kelas time tu adalah baris depan laki baris belakang perempuan...macam tu...Aku kompom duduk dengan kawan baik aku nama dia Saifatul, yang geng lain duduk selang satu meja kat depan..depan aku laki nama dia Izdham dengan Azmil. Time tu pulak popular cite WWF yang wrestling tu, aku dengan geng2 aku panggil Azmil tu Rikishi sebab dia gemok.. *okey aku jahat atas pengaruh kawan sila percaya* dan panggil Izdham tu Kurt Angel, sebab dia pendek... he he he *geng2 aku yang jahat aku bekap dari belakang je .. lalalalalala~~

Form 1 aku cuma kawan dengan dorang je la, boleh kira... Syikin, Fazila, Izzah, Saifatul, Izham, Azmil, yang ni je la yang rapat pun...dan aku ingat aku selalu suruh Izham tutupkan cermin tingkap sebelah aku,(aku duduk tepi) sebab tingkap aku punyelah ketat, dah berkarat tahap gaban...dan selalu puji2 Izham kata dia kuat macam Kurt Angel, terus Izham tutup sambil hidung kembang2...hehehe!

Okey sekarang jangan tanya mana dorang semua pegi sebab aku tak tau..haha! Dan ada sorang laki ni (laki ni hot la jugak time tu tapi dia pindah sekolah aku tak tau sebab apa dan malas nak amik tau pun), Form 1 dia dah bla...aku ingat dia sebab hari2 time nak balik sekolah sambil tunggu bas sekolah (boring gila naik bas sekolah, fine) , nampak dia balik dari sekolah naik basikal.. So ramai la antara perempuan2 kat situ time dia balik je akan bisik2 sok sek tapi aku boleh dengar la dah kata pun tunggu bas sama2, 'eh itu ***** kan, hensem lah dia bla bla bla bla bla bla* Aku masa tu tak tergolong berminat dengan benda2 macam ni so aku pun buat tak tau je...kau dengan kau punye hensem boleh la bla...begitu...

So bila dah habis sekolah, dah habis belajar Farmasi, tiba2 ada sorang laki ni aku macam kenal...dia tegur aku...

Y bukan nama sebenar (macam haremm je..huhu)

Y : Hai, kau satu kelas dengan aku time Form 1 dulu kan?
S : (ofkos la aku kenal, kau kan antara yang femes dulu) Ha yela, kau ingat aku ke?
Y : Ingat la, luas lagi otak aku ni nak ingat kau...Tapi apa nama kau eh?
S : (tadi kata ingat, sentap aku) Zuhana, eh bukan kau tak sampai seminggu dah berambus ke?
Y : Ye la, mana aku tak ingat kau, dulu time aku bergaduh dalam kelas sampai ke meja kau kot.
S : (sumpah aku tak ingat kejadian ni) Yeke? Kau gaduh dengan sapa?
Y : Dengan Syafiq la..bodoh syafiq time ada cikgu pun nak gaduh dengan aku. Sampai kat meja kau lepas tu siap duit syiling aku jatuh2 kat tempat kau
S : (Memang aku tak ingat, tapi aku cuba ingat) Mesti kau malu kan time tu, dah la gaduh, duit syiling jatuh, mesti kau kutip dengan perasaan malu kan...
Y : Mana ada aku kutip kau yang tolong kutipkan untuk aku...
S : (erk?) Yeke?
Y : Yela, kau baik kot dulu...diam je kat tepi dinding tu..
S : Sekarang kau nak kata aku tak baik la..
Y : Eh mana ada...nampak dulu lagi baik la..
S : (bubby)

Tehkanan tak aku...

S : habis ni kau tengah nak lepak dengan siapa?
Y : Syafiq

eh kau? gaduh dengan syafiq, lepak pun dengan syafiq..tak paham haku...

Dulu, lepak dengan kawan-kawan Teknik, kawan Form 4 sampai Form 5, kat asrama dulu aku rapat dengan geng2 aku je, dengan orang lain aku kawan jugak tapi tak rapat la, lagi2 dengan senior sangatlah tak berani nak pandang sebab takut..hahaha! Kau bayangkan setiap 2 hari ada role call, pastu salah sorang geng aku mesti kena shoot, kadang2 tempias kena jugak la kat aku..dah kalau dorang kata BUDAK ARIF BUDAK ARIF , kompom lah dorm aku tu...sampai dorm kena rombak..hehe! Memang aku jarang cakap dengan kakak senior, cuma dulu aku pernah kena rogol sebab dorang paksa aku cakap macam gaya zahnita yang dalam filem yusri tu... sayang sayang sayang sayang eh aku pun tak tau sebab aku tak pernah tengok pun...so bila aku tak penuhi hajat dorang, dorang naik katil aku nak raba aku..macam celaka tau..haha! Tapi dengan kekuatan yang ada aku tendang senior aku sampai dorang jatuh katil, dah la aku tingkat atas...best nye jatuh..hehe!


Pulak tu baju amali adalah semua orang pun sama, warna biru kolar kuning..time tu pulak ada perbarisan, satu baju amali nak kena bagi senior jahitkan samting untuk pakai time perbarisan nanti..so semua orang kene letak nama kat kolar supaya baju tak bertukar..so aku letak la nama 'ZACK-U' , kau tau?? sampai ke aspura (asrama putera) baju aku pegi..hahaha! sampai dorang tak tau tu baju sapa, last-last dorang pegi bilik ke bilik nak cari nama tu..so sampai kat dorm aku dorang tanya 'aku nak tengok sikit la siapa nama zack-u ni, ni mesti combine nama pakwe ni' aku pun selamber je datang depan 'kak tu nama saya' dan dorang semua jerit, 'LAH ZAHNITA NI NAMA ZACK-U KE?'


fakyu.....celah mana zahnita aku rasa dorang perli aku dalam diam...takpe aku pura2 senyum... So bila berborak dengan senior dalam facebook ke, borak dengan kawan-kawan yang tak berapa rapat tu, dorang akan cakap macam ni...

'zack-u, kau ni banyak cakap kan sekarang dulu senyap je, pendiam pemalu gojes' ok gojes tu tipu...hehe

Yeke aku ni pendiam dulu? Aku musykil lah... kenapa tak perasan ni? tapi yang aku paling sentap...

'dulu kau baik je'

kau dengan kau punya baik boleh bla...

Sangat menjaga hati mak hencik...

Okey, mula2 sekali terima kasih kerana memuji suara ala2 tok ti kita #TDDMKA, hahahaha! Korang ni memang pandai jaga hati tau tak, tapi takpe, aku tau dalam hati korang sebenarnya...sentap okey...huhu!

Tapi kalau bab suara Qery, pergh....dia punya konfiden memang tak boleh lawan, tapi kalau dia dah bukak mulut memang aku orang pertama yang pitam...huhu! Walaupun aku ada banyak video karaoke, tapi cukuplah tunjuk kat korang yang tu...nanti korang termimpi-mimpi aku pulak...susah tu.. oh pelis...hahaha

Malam ni otak aku kosong bukan hati yang kosong eh..cecece..gelis aku.. *aku update waktu malam je...aku buat auto publish, so semua idea nak dikerah pada waktu malam je...sungguh tak boleh bla...tapi arini otak aku nak rehat la..serius satu badan nak rehat..tapi nak balut beg dulu..oh yang dah bayar beg tu, saya akan pos Rabu (harini) ye, diharap semua menanti dengan penuh kesabaran...

Singgah Sepet Shop, kalau tak Sentap....huhu!

Sep 20, 2011

You tak focus ke?

Sejak Qery dah jadi student balik ni, selalu jugak la aku dengar dia cakap stress kena belajar anatomy, physiology, pasal mucolator pasal assignment...hehe! kesian jugak la, sebab kalau aku pun rasa malas sangat nak study balik...tapi dia kata demi masa depan dia, dia memang nak habiskan Sem dia dengan keputusan yang berbaloi-baloi...

So aku curi2 tengok buku nota dia..aku tengok yang sem-sem lepas punya nota..so aku nampak ni...


Nampak tak???? meh aku zoom kan..


Eh kenapa ada nama aku di situ? halah halah halah, ni mesti rindu aku ni...hahahaha! macam aku sekolah-sekolah dulu...kalau tengah tulis2 nota tulis nama pakwe kat tepi bajet buat semangat lah...nyampasss sangat kan...hahahaha! lepas tu kalau clash tampal nama tu, letak nama mak ayah...terus insaf...huhu!

Lepas ni kena bagi semangat lah, eh korang kalau study apa yang boleh buat korang hilang stress? aku nak try kat Qery, aku bukan apa, sebab time blaja dulu aku memang tak stress..haha! so aku tak tau...bagi coklat eh? ke bagi penampar? atau kedua-duanya sekali?

Video syok sendiri Qery & Sepet feeling artis kata ko


Ini cerita karaoke awal bulan kot, sebenarnya aku nak publish lama dah tapi aku ragu2 kena kutuk sebab bajet artis sekaligus bajet suara macam tok ti (hahaha...walaupun....) tapi ada aku kesah kerana dah tau memang agak macam harem, tapi saja nak korang gelak tanpa rasa bersalah.. aku bukan nak tunjuk aku nyanyi sangat, tapi aku nak tunjuk Qery yang sangat poyo..hahahaha! maaflah Video ni senget sebab Qery dia rakam secara arah melintang..dimintak jangan kritik sebab sebenarnya kami sedar diri..kahkahkah!!

video

jangan bayangkan betapa sengaunya...hahahaha!
bawah ni video Qery, jadi aku sarankan korang sediakan panadol, mana tau nanti pening2 pulak kepala tak boleh buat kerja..

video

oh sangat sedapkan suara Qery #TDDMKA

Sep 19, 2011

Mimpi Itu

Sukati je Qery cite pasal mimpi aku kan...Sebenarnya cite dia macam ni..tapi sebelum aku cite, korang kene tau dulu butir2 penting..over macam lah kalau tak ingat gagal ujian memandu...

* Hanis = dah lama pindah asrama

okey tu je..hahaha! poyo sangat kan...

Aku biasanya tidur tak tutup lampu atas dasar tak nak ada gangguan2 mistik *mistik lah sangat* , so 2 hari lepas aku tidur tak tutup lampu, okey fine bukan dua hari lepas je, memang hari2 aku tidur tak tutup lampu. So aku pun terus peluk bantal peluk aku, secara automatiknya aku telah mengiring ke kiri.. dan aku tau selalu kalau aku mengiring ke kiri memang malam tu akan mimpi bukan2...tapi aku tak pedulik aku terus tidur...biasanya aku tidur memang baca doa sekali...tapi tak tau lah kenapa aku mimpi.....

Malam tu aku naik kereta dengan Qery, pegi sekolah teknik, tapi masuk asrama, aku tak ingat ada apa kat asrama, macam ada makan2 kot, so qery drive lalu macam ada roundabot, kelas kau asrama ada raoundabot..hahaha! first round Qery tegur..

Q : Eh perasan tak ada perempuan tengah duduk kat tepi tu...
S : Ada ke? Pusing lagi sekali
Q : Jap kita pusing lagi.. (kali ke dua)
S : Eh tu kawan kita Hanis (terus fikir Hanis dah lama pindah), Jap pusing lagi
Q : Dah tiga kali pusing ni...
S : Eh bukan la...kamu ni pun semua benda pun nak tegur...
Q : (tiba2 Qery pusing lagi kali ke empat...choi...)
S : Apsal kamu pusing lagi...

*perempuan tadi tengok je aku dengan Qery*

So aku rasa dah lain macam, tengok kat cermin tepi nampak perempuan tu terbang belakang kereta....terus aku tutup mata baca ayat Kursi, baca banyak kali...tapi aku perasan kalau baca mesti macam tersalah2 sikit lepas tu mulut berat sangat bila nak baca...aku baca2 sampai terjaga....

lepas terjaga tu aku perasan bilik aku gelap, tapi mulut aku still baca ayat2 kursi...aku pun pelik, eh bila masa aku tutup lampu...so aku bangun aku bukak lampu..tapi lampu tu tak nak on pulak...aku dah pelik...aku bangun...aku nak keluar bilik nak pegi bilik mak...dalam hati aku, kalau aku keluar pintu ni nampak hantu tadi pun aku redha je...hehe! time aku nak keluar tu pintu tu berat gila macam ada orang tahan aku bukak dari luar...aku tarik kuat-kuat, lepas tu tak nampak pulak hantu tu, alhamdulillah..hehe! tiba2 dari lorong nak pegi hall tu aku nampak abang dengan ateh tidur kat hall, tapi abang terjaga, dia merangkak2 jalan kat aku..aku pun gerak la abang..

'abang bangun bangun, bangunla...abang bangun lah..'

aku ketuk pintu bilik mak sebab aku takut, tapi pintu dia tak boleh bukak, ketat sangat, masa aku gerak-gerak abang tiba2 aku terjaga lagi sekali....hoi! rupanya tadi pun mimpi....! tapi time aku terjaga tu memang aku istigfar panjang la...sebab memang macam real okey..aku bajet tadi dah terjaga tu dah real, rupanya mimpi lagi...terus aku tengok jam..lah baru pukul 1.40, tadi last aku mesej dengan Qery pukul 1.15...kejap je dah macam2 mimpi...aku pun ingat Qery tak tidur lagi, terus aku kol dia...tapi aku letak sebab aku dengar suara perempuan...dan aku perasan kaki aku sakit...macam ada benda baru lepas bangun dari kaki aku..paham tak???

pastu Qery mesej2 aku cakap aku buat dia terkejut..hehe! malam tu aku tak boleh tido sebab aku takut kalau aku tido nanti aku mimpi balik....tapi dalam 10 minit je..aku dah terlelap...huhu!

Tak guna betul la mimpi2 syaitan ni..

Hai Yuna

Kesian aku, aku ni kan dah tua..selalu kalau orang tengok aku dengan Qery pun mesti dorang fikir 'pakcik dan makcik sedang berjalan-jalan di jusco nak beli susu anak lettew' . Ok sentap..

Tapi takpe, aku macam dah dapat terima kenyataan yang agak pedih itu, walaupun sebenarnya aku tau kalau aku jalan dengan kakak-kakak aku, boleh je aku nak feeling anak dara tengah tunggu result SPM *pitam . Tapi kalau jalan dengan Qery terus nampak macam makcik, sebab Qery = gemuk. Selalu kalau terserempak dengan kawan2 dia mesti kawan2 dia ingat dia dah kawen, sekali gus membuat aku sentap...badan aku macam orang dah kawen? how dare u...huhu!

nak dijadikan cerita, haritu adalah masa free sikit, Qery ajak tengok wayang cite Final Destination, so aku pun buat rilex je la walaupun aku tak berapa minat nak tengok cite2 macam tu..bukan aku takut okey, tapi lepas tengok cite2 macam tu aku rasa nak muntah, cite apa eh yang orang tak pakai baju tu, cannibal eh? yang orang potong orang tu aku tengok jugak lepas tu rasa nak muntah pening semua ada...aku boleh je nak tengok, lepas tu start la pening rasa mual...entah pape je...huhu!

Before tengok cite tu, ada lah ramai gila manusia kat tempat nak beli air tu..adalah satu kapel dengan ada sorang laki yang tak ada makwe, kiranya 2 laki satu perempuan la, tak tau la sorang laki tu baru lepas clash ke, atau gay ke, atau tengah tunggu awek ke, atau dua2 laki tu memang pakwe perempuan tu, atau laki tu saje teman kawan dia dating ke, tak tau pulak aku, lupa pulak nak tanya *macam ler berani..huhu! Aku bukan nak tengok dorang sangat eh..pelis la...hehe! tapi sebab laki yang tak ada awek tu usha aku (perasan cantik) dari aku nak beli tiket sampai lah aku dah beli tiket, yang aku hairannya, dia tak nampak ke Qery yang penjelez itu ada kat sebelah aku...ke Qery invisible? pelik...

So nak tak nak aku pun buat tak tau la sebab adalah jangan dibuat main kerana Qery sangat garang disitu...kan sempit bila ramai orang kan, so Qery jalan depan aku jalan belakang, time nak lalu kat tempat lelaki tadi, aku pun buat tak tau jalan macam biasa, tiba2 dengar dia bisik

'Hai yuna'

perghhhhhhh!! aku dah tak boleh bla...bukan nerves ke apa..choi...hahaha! aku takut Qery marah sebenarnya...so bila dah depan sikit baru aku tanya Qery..

S : Dengar tak?
Q : Dengar apa?
S : Tak ada apa lah..
Q : Baik cakap
S : Perasan tak ada laki yang dengan kapel tadi, dia kata kita macam Yuna..kita pakai tudung pun ada orang nak ngorat oh *terus feeling Yuna, maafkanlah*
Q : Oh kita dah perasan dah dia pandang2 kamu..kita rasa kamu lagi tua kot dari dia..
S : kita pun rasa...
Q : Jum patah balik...kita nak gi tumbuk muka budak tu
S : hehe..poyo gila..
Q : Nanti kalau jalan situ kamu pegang tangan kita..jangan degil
S : Alah........kita rimas la...
Q : Hoi.......pegang tangan cepat!
S : Kuku je dah la...
Q : Jangan degil eh..melawan-melawan kita jentik hidung tu kang
S : *boring boring boring

Sampai2 tempat tadi tengok laki tu dah tak ada...hahahaha! bengang je Qery, eh dia bukan nak tumbuk pun, dia saja buat lawak..

Walaupun aku rasa perbezaan aku dengan Yuna memang tak terkata, tapi adalah bangga sikit2...hehehe!

Sep 18, 2011

Beli Borong macam mana?

Okey, kepada yang berminat untuk membeli secara borong, boleh email aku detail peribadi korang..

Nama Penuh :
Alamat :
No Telefon :
Nama Syarikat : (kalau ada)
Url blog : (kalau ada)
Url Facebook : (kalau ada)

So yang ada facebook aku boleh add terus, yang ada blog pun aku boleh usha2 baik punya...kalau yang tak ada apa2, baiklah jangan kecik hati, aku terima jugak cuma susah sikit la nak komunikasi..huhu!

Tapi kalau tak bagi detail lengkap aku akan buat2 tak layan je...hehe!

Buat masa sekarang ni aku dah siapkan price list untuk beg yang BERJENAMA SAHAJA.. Itu kalau korang yang interested untuk jual beg berjenamala, kalau yang nak tak ada jenama mintak masa tunggu sebab aku kena take time buat price list tu..

Kepada yang nak beli biasa-biasa je pun boleh, silalah ke http://sepetshop.blogspot.com

Kalau saja-saja nak tau price list tak payah email eh, kalau yang betul2 serius nak beli borong sahaja boleh email...hehe! Sebab aku malas nak reply email yang saja2 je nak tau harga borong, dah la internet aku lembap...nak attach file tu lagi..last2 dia reply email begini,

'ok la tq saja je nak tau harga..bye..'

Fine..

Nak email mana? ------> zack_uhana@yahoo.com

Sep 17, 2011

Sorry

Terfeeling lagi..tapi apakan daya...meh ada banyak beg baru

----> Sepet Shop :)

Sep 15, 2011

Macam -macam la emak ni


Satu simptom emak kalau boring adalah tengok chanel 703, lepas tu malam buat trial...hehe!
emak dia suka try-try masak sebab memang dia suka masak..

So pagi2 aku bangun nak pegi kerja nampak la mak dah landing depan TV punya lah focus..macam esok keluar exam..tak paham sangat, tapi takpe....

Pastu lepas aku gosok baju TER join la sekali emak tengok chanel tu sebab nampak mak begitu eksaited sambil cerita2 dengan aku...sebenarnya aku malas nak dengar sebab aku tak paham sangat cerita masak-masak ni, tapi sebab nak bagi semangat kat mak supaya boleh la try masak malam ni kan...so layan....

Tiba2 mak aku cakap...

'Aneh la masakan dia..kan Na?'

pelisss la mak...tak boleh ke kata 'pelik' mengapa perlu aneh??? hahaha!

Aku sangat HAIRAN...

kenapa aneh? kenapa anehhhh?? oh aku tak patut join sekali , sampai sekarang aku macam tak dapat terime kenapa ANEH...huhu!

Sep 14, 2011

Muka sama ada jodoh?

Selalu sangat dengar orang cakap-cakap

'kalau ada jodoh mesti muka pun lebih kurang je'

SENTAP MAK NAK....

Kenapa cakap camtu tak pandang kiri kanan ha?? katakan?? katakannn???? huhu!

Pastu pulak tiba2 Qery mesej...

'Muka kita macam adik beradik kan?'

perghhhhhh!! aku bukan apa, tak sanggup nak cakap TAK..so nak tak nak terpaksa jugak iya kan..

'muka kita memang macam tak boleh beza sangat kan. eh ni Qery ke Hana? #TDDMKA'

coi...............

Sapa Nak Jadi Model Sepet Shop?

Erghhh.....kadang2 boring jugak tau bila jadi model sorang2 ni...sudah la perasan model, lepas tu feeling sendiri....kalau ada kawan boleh sama2 feeling best jugak kan..tapi aku tak ada kawan la..sobsssssss

Aku mintak siapa yang dah beli beg dengan Sepet Shop tu kalau ada update gambar dengan beg boleh la email gambar tu kat zack_uhana@yahoo.com dan aku nak publish sini..mana tau muka korang ada pulak jadi model kat Sepet Shop kan...hehe!


Mamat ni aku dah malas nak guna jadi model, dia kalau jadi model habis tak nampak dah beg aku..nampak kegemukkan dia je...lalalalala~~

So siapa2 yang dah beli tu, tak ada blog pun takpe, kalau nak add gambar kat facebook tapi aku tak approve lagi tu boleh la email eh..hehe!

Aku harap sangat, boleh la aku tukar gambar2 aku jadi gambar korang pulak...so takde lah orang boring, masuk Sepet Shop je asik muka kauuuu...malas lah nak beli beg...sentapppp..

jangan lupa singgah Sepet Shop walaupun begitu..hehe!

Baju Sopan...apakah?? *Pitam*

Haritu, time aku tengah syok-syok layan facebook, tiba-tiba ada la salah sorang kawan tegur kat chat, selalunya kalau korang tegur kat chat memang aku layan...jadi tak payah la nak ngades buat terperanjat 'eh sepet balas komen kita!' 'eh sepet layan kita! terharu' 'eh sepet, kawan kita jelez sepet reply chat kita' Ok fine...lalu aku pun tertanya-tanya 'eh aku situ nurhaliza ke' *pitam*

So selalunya kalau chat mesti first sekali

'Hi..'

eh ni bukan virus 'hye how are you' okey...huhu! itu virus memang suka mengkucar kacirkan perhubungan orang..mana taknya, selama ni musuh selalu intai2 dalam facebook tiba2 tegur kat facebook hye how are you.....mendapat lahawauuu je lah kan...sentap.....

then yang paling tak boleh tahan...kawan aku tu tanya soalan yang aku tak mampu nak jawab dengan ikhlas...hehe!

'Sepet beli baju SOPAN-SOPAN kat mana..?'

Erk....aku ada eh baju sopan...yang mana satu ni????? huhuhu! Terus membelek2 blog, mana satu baju yang sopan...

Baju ni sopan? sebenarnya tak..tapi aku ada cara nak bagi dia nampak ala-ala sopan..

pakailah pashmina..ahahahaha! Selalu baju2 aku yang leher dia besar ke, atau ketat ke, aku akan pakai shwal atau pashmina untuk cover mana yang perlu..


baju ni sexy kot beli kat butik ceera dulu, tapi aku bagi pakai inner la baru nampak ngam ngam ho...kau agak Qery bagi aku pakai sexy...dalam mimpi pun belum tentu

Kemeja biasanya standard la...aku selalu beli yang lengan panjang, so nak pakai tudung nanti senang, tak payah nak pakai inner lagi..

Baju ni beli kat sh0ppink.com memang cantik, kalau tak silap ada lagi beberapa helai kat sana..pegi la tengok...

Baju ni pun beli kat sh0ppink.com aku tak tau ada lagi stok ke tak, g cekidaut sana..


Baju ni beli kat butik ceera...hehehe! apakah semua pun beli adik beradik punya je...


yang penting, aku rasa kelakar sangat bila orang kata aku pakai baju sopan...eh ada eh? hehe~

Baju sopan2 banyak la kat Adorable Muslimah...sana konfem sopan lagi santun..hehe!

Sep 13, 2011

Sedih Dan Penat Dan Kuat Mengadu

Harini aku on-call, adalah benda yang paling bangang sekali bila time on-call sebab aku memang tak suka oncall, macam harem jugak atau pun macam porsine... Huh!!

Wa tak de hal sangat la der kalau oncall, tapi disebabkan wa kerja sorang-sorang tu yang wa buat macam wa banyak hal...nasib judit ada, dia kebetulan ada banyak kerja kat store ingat nak spend sejam dua je la untuk siapkan kerja dia, bila dia tengok kerja aku macam tsunami, dia pun terpaksa spend 3 4 jam pulak..hehe, oh baik sunggu hati nya itu...sayang kau lebih la dith...

Korang bayangkan lah, aku tengan buat discas, tiba2 ada stock sampai (stock dari pharmaniaga kot, ataupun pfizer) stock sampai macam tak nak banyak lagi pulak kan, nasib judith ada...kurang sikit beban aku..lepas tu tiba2 ada 8 discas serentak, aku memang rasa dah hilang kesabaran, buat dengan tekun, time tu jugak wawrd A2 mintak stock morphine dengan ephidrine, hadussssss...tehkahnan...lepas tu staffnurse datang nak ubat stat, pulak tu nak nak ubat discas sekarang jugak, aku rasa nak buat-buat pengsan je...hehe! nak lari dari buat kerja, tapi kalau buat-buat pengsan pun susah, nanti bangun still kena sambung buat kerja jugak, so tak jadi..teruskan buat dengan perasaan redha...

dengan time tu jugak patient datang nak amik ubat, lepas tu telefon berdering doktor tanya pasal ubat telinga yang ada steroid...hadui...............dengan emergency telefon kata ada fax ubat, boleh??? boleh??? memang la boleh....hehe! ish....dah la lapar ni, aku makan jugak spital ni kang...kedekut nak amik staff, mintak staff macam mintak naik pangkat je, gila...lepas tu kan...bila dah banyak kerja macam ni mula la salah bagi ubat la, tersalah tampal sticker la, nak injection terbagi tablet la..kan??? lepas tu marah kita kalau buat salah....

memang kesabaran menebal betul...nak pegi kencing pun kena tunggu kerja semua habis..memang celakaaaa je...nak buang air besar? jangan lah kau harap sangat ada masa...kalau dah tak tahan sangat tu buang je kat farmasi, esok call cleaner suruh bersihkan... coi....

aku kadang2 melawan jugak, sebab geram + sakit hati + menyampah, tapi sebab kenangkan jadi kuli je, maka aku hadapkan jugak la...tapi alhamdulillah, Allah bagi aku kesihatan yang memberangsangkan untuk lalui semua ini.. (tiba2 rasa insaf) hehe!

Dah la nak berbuka pun tak ada orang cover (puasa enam...erk), kadang2 tengah bunyi azan pun cepat2 minum air, lalu terus membuat kerja...nak makan pun tak lalu, nasib balik jumpa Qery, boleh mengadu...motif???

Qery pun akan cakap macam ni..

'kalau tak boleh siap, tak payah siapkan, buat apa buat cepat-cepat, biar dorang tau kudrat kita sampai mana je, ni kita push diri kita buat 10 orang punya kerja, buat apa? diri sendiri penat, hati pun sakit, orang lain bukan hargai pun'

iye la..kalau tak siap, aku jugak kena siapkan tu...tsk tsk tsk

okey dah tak payah cita pasal kerja yang menyakitkan hati...nak cita pasal kerja memang stress je memanjang, balik rumah pulak terus balut beg-beg, salin alamat bagai tidur lewat semua..dan paling seronok..bila customer cakap "parcel dah sampai"

hehe..sejuk hati aku mendengarnya..Okey la..cepatlah pukul 4.30, aku nak balik!

Blog ikut peredaran zaman

Dulu-dulu, zaman aku tak ada kerja..zaman study la bajet nak hilangkan stress...boleh bla....
Kemain lagi aku update, sehari tu kadang-kadang 5 6 entry tak nak kalah... ada je benda nak di pok pek pok pek kan..dasar mulut diam tapi tangan jalan...apakah???? Tak paham eh? camni...dulu time study kita kan stress study walaupun aku tak berapa nak stress sangat alah bukan susah sangat anatomy clinical pharmacy chemistry (boo boo booo) tutup mata boleh jawab (tinggal repeat atau tak jela..kahkahkah), tapi sebab bila orang lain kata tension study aku pun sibuk jugak la nak tension jugak.nak sama-sama..begitu....

Serius aku pun tak tau apa la yang aku sibuk update kan...kadang2 pegi kolej jalan kaki penat pun boleh jadi satu entry panjang..hallah hallahhh hallahhhh kelas kau jah....standard gila buat entry main taip-taip lepas tu pos..Tapi jangan la kau tanya sama ada entry tu berwibawa atau bertamadun atau mensampahkan...Ok sentap...

Sepanjang aku study + praktikal dulu memang entry macam celaka sampai la ke harini pun lebih kurang tahannya...hehe! Tapi takpe, aku dah maafkan diri sendiri tentang entry-entry lalu.... (mata ke atas). Sampai sekarang aku tak dapat terima , time study aku gila punya free asik update je, tapi bila korang update dengan banyak macam sehari ada 4 5 6 entry, pastu tau pulak korang still study..dan aku sangat memahaminya...hehe! Dulu aku pun macam tu jugak..

Tapi bila start kerja, aku dah kurang update...mungkin sebab faktor dah banyak cakap kat tempat kerja...lepas tu bila dah banyak cakap tu, nak repeat balik benda yang aku dah cite kat kawan-kawan, benda yang aku dah cite kat Qery, aku jadi malas..Dulu2 aku jenis tak cite kat orang benda yang aku cite kat blog.. Semua aku simpan, bila sign-in blogger terus aku curahkan idea yang tak berapa berfaedah tu kat blog. So sekarang ni bila aku dah setel cite kat Qery dengan rakan sebaya, nak cite balik kat blog...mungkin la dalam mimpi kau..ataupun seminggu lepas tu baru aku update...

Sekarang ni update sehari paling banyak dan berjaya pun 3 entry, kalau rajin tu dua entry, kalau terpaksa update tu satu entry cukup, kalau malas nak layan,seminggu adalah 2 3 entry..semput....

Tapi bila tengok orang lain punya visitor sampai puluhan ribu, tengok la berapa kali sehari dia update, tengok pulak semuanya comelote, tengok pulak tulisan semua macam kiut-kiut, tengok pulak tak ada boifren lagi, tengok pulak rumah dia cantik...ok fine, sentap...terus malas update blog, terus salahkan Qery kenapa mengorat aku dulu..kalau tak aku mesti hot je... (ok ni tak kelakar)

So sekarang ni redha je bila sehari tak update, dua hari tak update pun redha..seminggu tak update pun redha....tapi mengenangkan Sepet Shop, aku gagahkan jugak..Bos Sepet Shop bising la, telinga aku tak boleh tahan...Dulu-dulu kan aku jadi bos Sepet Shop (sangat geli), lepas tu aku rasa aku macam tak boleh la jadi bos sebab sifat bos kan macam mahmudah je...aku kompom la banyak mazmumah..so Qery kata bagi dia jadi bos... lelaki jadi bos lagi bagus la dari perempuan..aku tau tu...huhu! So bagi je la dia jadi bos..walaupunnnnnnn....huhu!

Eh tiba2 cite Sepet Shop. dah alang2 tu mai la singgah Sepet Shop..

Aku rasa kalau aku kawen nanti mesti tak ada orang nak tengok blog aku dah...sebab dah tak gojes (macamlah sekarang gojes...pitam adik beradik aku baca) sebab dah jadi makcik-makcik, pastu dah gemok. pastu dah cite pasal macam mana nak diet je...ok bai!

Sep 12, 2011

Aku tak boleh main Angry Bird

Alah fon aku cokia je, so tak mampu nak main angry bird...sedih sangat kan cerita aku ni, tapi aku selalu jugak intai-intai Qery main Angry Bird...aku tengok bukan main lagi macam handal..lepas tu kalau main dengan badan-badan dia sekali melambung...aku kagum sebab badan Qery gemok so macam mana pulak dia ada inisiatif nak angkat-angkat badan dia..membanggakan...huhu!

So satu hari ni Qery dia tak lepas-lepas stage tu, dia cite kat aku dah semalaman dia main kat rumah tapi tak lepas-lepas..dia bagi aku main, tapi start dari mula la, dia kata kena bagi main dari mula so aku boleh tau bird warna merah power dia macam mana, warna kuning macam mana, warna biru macam mana..aku pun try la.....

Susahhhhh noks......mula2 senang la...aku jeling-jeling Qery sebab main permainan budak tadika ni kan..Sekali aku main, keluar semua bubby, cib**, celaks, mana maunyaaa....ish terus tak ayu okey, selama ni aku tak pernah sebut benda-benda macam tu kecuali dalam blog je, tiba2 aku main Angry Bird dah hilang kesopanan dan kesusilaan aku...kan dia kena tembak babi tu bagi mati kan....alah korang kan tau kalau kita tak dapat bunuh semua babi tu dia sengih kat kita..kurang ajar gila kan...terus aku mencarut...

'Buybby betul la babi ni, ko gelakkan aku eh, celaka gila..kau tunggu sana'

Qery sampai tergamam dengar aku mencarut...huwarghhhh...terus aku tak nak main lagi...tapi sebab dah sampai stage yang Qery tak lepass tu..aku try-try lepas pulak...Qery pulak mencarut...

'babi ni kurang ajar la..pompuan main dia mati pulak...time aku main liat betul nyawa kau...dasar bubby'

Hoh! Apakah? Dah tak boleh la main Angry Bird, sakit jiwa aku...baik aku main tetris..sejuk sikit hati....

Facebook/Blogspot/Twitter/Friendster/Tag

Tiba-tiba cerita facebook, nak cite dari mana ye? Aku ni tak de lah lama sangat buat Facebook, adalah dalam 3 tahun macam tu kot. Baru lagi sebab yang aku ingat, aku buat Facebook sama-sama dengan Qery,dan aku ingat lagi, aku layan Blogspot dulu. Time tu tak ramai lagi buat blog, bukan tak ramai, tapi ontheway nak ramai la kot. hehe!

So bila kakak-kakak paksa buat Facebook baru la hegeh-hegeh nak buat, Mula-mula buat dulu adalah macam bengong jugak, sepatah haram tak paham, pun hentam-hentam lepas tu kalau tak paham start la call Jemah takpun Ceera, dorang pun start jugak la maki aku, sikit punya hal pun tak reti..hahahaha! Aku memang slow sangat la bab-bab komputer ni, dah tu aku tak belajar kan time kat sekolah, si Jemah Ceera memang dulu amik Degree IT, konpom la dorang pandai, pastu nak maki-maki aku...nasib kakak...coi.....huhu!

Lepas dah pandai sikit aku buatkan Qery punya facebook, time tu kalau orang add aku memang aku approve je sebab aku rasa tak ada apa hal sangat lah setakat tekan button approve, pastu setel lah kau kawan dengan aku. Lagipun aku fikir, kalau orang yang aku tak kenal tu maybe la baca blog aku (bajet gila), pastu approve sebab tak nak orang kata sombong kan...So aku approve je la..Lagi-lagi kalau aku tengok mutual friend ada ceera atau jemah tu aku anggap je la, oh ni kawan-kawan dorang kot... hinssss

Setahun lepas tu, aku start delete kawan-kawan aku, dari ribu jadi ratus..sebab aku rasa aku tak kenal dan profile yang mengarut-ngarut. aku rasa susah nak cari kawan aku.. Lagipun Qery kan macam poyo tak bagi aku approve lelaki...oh pokcik tu memang boringgg....Semua pun tak boleh tapi takpe, itu yang saya sayam lebih..hehehe! Abaikan pokcik tadi..So sejak dua tahun lepas, aku memang jarang accept orang, sebab..

1. Malas
2. Tak ada tujuan
3. Tak kenal
4. Lelaki (mata ke atas)
5. Musuh dalam selimut (ini jarang ditemui)

Ok malas nak fikir dah kenapa, bagi aku kalau orang nak baca blog aku, bacalah di blog je sebab aku rasa facebook aku macam privacy aku dengan kawan-kawan aku je...nanti lah kalau aku nak buat Fan page...euw...hahahaha! Aku sendiri geli nak taip Fan page, sebab sekarang aku belum perasan artis lagi, so tak ada la lagi Fan page tu..karang kalau dah ada Fan page, korang paham-paham lah ye. time tu aku dah rasa artis la kot..kahkahkah!

Ada jugak yang aku tak kenal tapi aku accept jugak, itu sebab kalau dia terlalu banyak mutual friend dengan aku, contoh macam 46 mutual friend ke, 79 mutual friend ke, tak tergamak pulak aku nak ignore kan...hahahaa! mungkin lah kawan aku tapi aku tak ingat siapa, maklumlah aku memang susah sikit nak ingat muka orang..maafkan saya lah kawan..huhu!

Tapi, ada orang jenis yang accept semuanya, alah facebook masing-masing hak masing-masing la kan, sukati korang la nak buat apa dengan facebook korang, ada tu yang siap kena buat 2 facebook sebab ramai sangat yang nak add...hehe! kagum aku sejenak...

Aku bukan tak nak kongsi facebook aku dengan readers kat blog, tapi aku rasa cukup lah apa yang korang dah tau kat blog, kat facebook tak ada apa sangat, aku membebel sana memang tak ada faedahnya..serius, kat blog ni lagi banyak faedah walaupun....ahaks! Kepada yang add aku tapi aku tak approve tu maafkan aku ye...aku harap korang paham... (poyo sangatlah ayat kau) haha!

Alah tapi kalau dah hari-hari kau komen kat blog aku, dah aku tau nickname korang, konfem aku approve kat facebook. Tade lah aku kejam sangat kan...kawan blogger yang aku tau aku approve la, yang tak pernah tegur so aku tak tau la...yela aku pun boleh tahan sombong jugak kat blog, orang komen aku tak reti nak reply, baca blog orang tak pernah nak komen..itu perangai aku...*pitam* eh tiba2 pitam..tak sesuai...

Twitter? langsung aku tak aktif, hahaha! tak reti main pun sebenarnya. yang tu memang aku main accept je sebab aku tak reti main...gila kau...dulu main facebook pun tak reti, tanya Jemah dengan Ceera dah kena maki, inikan pulak nak tanya cane nak main twitter, kang tak pasal2 ceera buat tutorial macam mana nak main twitter sambil maki aku...coi...hahaha!

Blog? semua orang boleh baca kan, tak kesah la kawan ke, tak kawan ke, makcik ke, musuh ke, sebab aku tak private, so boleh la korang baca...bacalah tak ada benda yang menarik pun...kalau menarik pun mungkin la cekak aku tu je....

maafkan muka di atas

Myspace? Hello? itu zaman budak-budak boleh la...sebab dulu time aku join myspace, memang semua muka budak tak cukup umur termasuklah aku, dah la semua mat-mat rempit, takpun perempuan2 tak cukup kain..., memang banyak la kat situ tayang tetek la, tayang ehem-ehem la. ish tak berkenan aku terus delete myspace aku...aku ada myspace sampai umur 20 je, lepas tu aku dah tak boleh terima lagi.. Situ macam laman web yang sangat so-sial...tak suka....huhu!

Frienster? Aku ada friendster, tapi aku tak aktif, sebab aku rasa macam tak nak aktif, sebab semua orang buat facebook, so aku pun lupakan friendster..kat situ aku kawan dengan kawan-kawan aku je, yang tak kawan memang aku tak approve...

Tag? itu lagi lah, tempat tak senonoh...laki tunjuk kau punya, perempuan tunjuk kau punya, lepas tu profile lagi harem...apa lah nak jadi sorang-sorang perangai baik sangat #TDDMKA
yang tu aku tak ada....

So buat masa ni aku ada Blogspot, Facebook dan Twitter, yang lain tak ada....Kalau lah tiba2 kau tengok ada pulak gambar aku kat Tag ke, kat Myspace ke, sila lah maki orang itu tanpa belas kasihan...hehe!

Last, jangan lupa singgah Sepet Shop :) TQ

Feeling Model 5 Star *pitam*

Setiap kali ambil stok baru, mesti la nak kena snap gambar beg kan..dan setiap kali nak snap gambar, konfem lah aku je yang jadi model tak berbayar dia kan...sedeh...

Ceera dia selalu la tengok cerita The Next Top Model, so dia ada jugak bagi cadangan kat aku cara-cara nak snap gambar terlampau, bapak la over, bukan bapak aku yang over, bapak aku tak ada kene mengena pun, tapi over sangat la ceera ajar aku..aku try-try buat gak, tapi bila tengok balik gambar tu adalah jugak macam harem...mungkin sebab hidung aku tak mancung macam ceera, ceera buat cun je, turn aku memang hidung yang terserlah, beg dah tak nampak dah...celaka....huhu!

So terpaksa la buat-buat sopan santun macam perempuan melayu terakhir walaupun.............

Dah la time nak amik gambar tu aku tengah hangin dengan Qery, tapi sebab nak nampak cun (sudahlah sebenarnya tak cun), aku tetap senyum....begitulah nampaknya...

Okey tengok beg je, cantik sangat kan...ada dua warna je beg ni, pink dengan biru, korang boleh la cekidaut kat Sepet Shop eh...


Beg ni ada satu je, so siapa cepat dia dapat..

Posing dah okey, tengok hidung...ok keluar dari sini...

Beg sulam-sulam, mak aku dah rembat satu..hehe! Apa kau ingat mak aku tak suka beg macam ni...dia lagi la beg ngalahkan aku...nasib emak...huhu!

Okey cukup lah gambar-gambar yang terlebih feeling ni, kalau korang rasa sanggup nak tengok lagi..boleh la ke Sepet Shop, situ banyak lagi aku feeling...hehe!

=)