Followers

nuffnang

Aug 30, 2011

Selamat Hari Raya

Adakah aku slow sangat nak wish Raya?
Aku memang suka slow-slow bajet semua orang akan tunggu entry aku..
(mata ke atas)

Aku, Zuhana Binti Noh ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua umat Islam di dunia, maafkan keterlanjuran kata, maafkan segala kesalahan yang pernah aku lakukan, sama ada yang sengaja ataupun yang tak disengajakan, halalkan makanan yang termakan atau minuman yang terminum, semoga dengan setiap kemaafkan akan membuatkan kita semua merasakan diri dekat dengan Allah SWT, dan menjadi hambaNya yang diberkati setiap masa..

Maklumlah dalam dunia ni, tak ada manusia yang sempurna, semua orang ada buat salah, sama ada kita sedar atau tak sedar... Jadi marilah kita sama-sama berdoa supaya Allah membenarkan sedikit sinarNya masuk ke dalam hati kita, supaya kita tak lalai dan alpa dengan keseronokkan duniawi, supaya kita semua hidup dan mati keranaNya, supaya kita sentiasa berada di jalan yang dirahmati...

Sekali lagi Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin, semoga syawal kali ini memberi makna kepada kita semua...insyaallah :)

Aug 28, 2011

Adorable Muslimah

Dulu pernah dah cerita pasal blogshop ni kat SINI, tapi sebab da over excaited maklumlah nak raya, nak cite lagi sekali..

Macam biasa lah, dekat-dekat nak raya ni baru sibuk nak cari baju ala-ala sopan bak harum kasturi (okey tak ada kena mengena) , alah macam tak biasa kan, sebab apa suka cari baju last-last minit? sebab kalau beli awal-awal suka je nak 'eh terpakai pulak' 'eh macam nak pakai je' 'eh pakai je la baju ni raya nanti pakai la lagi, bukan ada orang kesah' begitulah ceritanya....so demi mengelakkan incident-incident tersebut, ambik keputusan beli last minit dah tentu pakai time raya nanti...

Beli last-last minit ni selalunya untung sebab mesti ada je kedai bagi diskaun...so bila jalan-jalan cuci mata kat online shop ni memang teruja habis dengan baju-baju muslimah dia..alah bulan2 suci ni korang jangan la pakai yang tergoda2 sangat, kesian umat lelaki kena tahan nafsu godaan..kehkehkeh!! So beli yang sejuk mata memandang pun dah kira alhamdulillah la...even ko tak ada la menutup aurat sepenuhnya, tapi alangkah baiknya kita menghormati bulan yang mulia ini.. (bila ustazah lantik sendiri berbicara)

So jom cekidaut baju-baju yang ada kat SINI

baju ni kalau pakai nak pegi Rumah Terbuka pun memang manis je...sopan, taqwa..eh? hehe!

Warna hijau ni memang dah cun sangat la ni.. kalau pakai hari Jumaat memang esoknya terus ada orang hantar rombongan merisik (over)

skirt labuh pun ada, kalau korang teringin nak feeling2 model boleh la pakai, beli pulak kasut tinggi gila, so boleh pakai skirt labuh ni sapa tau yang ko pakai kasut tinggi???? hanya bulu kaki dan rakannya yang tau...tapi kalau tak nak feeling model pun boleh beli jugak...macam aku nak feeling artis je.... (hehe)

Warna-warna lembut ni pulak sesuai pakai pada hari Isnin, eh pulak?? haha! sukati je... Sebab apa? Sebab adalah lebih baik kita pakai warna-warna lembut supaya mata tak stress, aku tau isnin semua orang pun stress kan...sebab semua kira-kira berapa hari lagi nak cuti... (jangan buat-buat tak terasa okey..huhu)

Kuning hari apa pulak??? ok tak payah nak berteka teki hari apa...tak ada hadiah beg pun...hehe! Selalunya kalau korang ada majlis-majlis atau yang macam aku cakap awal tadi, kalau ada rumah terbuka, majlis makan-makan, majlis reunion..apakah? warna terang macam ni memang sesuai..sebab nampak lebih meriah..

Yang ni nak kemana pulak sepet?? suka hati korang la nak pegi mana...yang penting baju mesti cun macam yang Adorable Muslimah ni jual...kalau tak tak payah nak feeling sangat...hehe!

Tapi warna-warna macam ni memang ramai orang suka sekarang...aku la tu yang suka sebenarnya, lepas tu sukahati cakap semua orang suka..hehe! cantik kan?

Putih ni memang cun habis..tak ada orang ke nak hadiahkan kat aku baju putih?? Rasa nak rembat je baju ni...

Dress pun ada, kelas kau jah....memang mencemburui kalau nampak orang pakai dress..huhu! boleh la cari dress lepas ni =P

Okey, sebelum korang nak pegi tengok dan usha barang2 kat Adorable Muslimah, ada samting yang mesti korang amik tau..

Ade dua offer sehingga 30 Sep

i. Ramadhan promotion: Buy umayra telekung OR purchase more than rm200; get free crystal bracelet worth RM 25.
*While stock last

ii. Raya2011 Sale. Sale on selected items for limited time only from 22nd aug until 30 sep .

Ada macam-macam yang korang boleh beli dari Adorable Muslimah ni...antaranya..

Blouses (Blouse Type: Embroidered, Babydoll, Chiffon, Modern & Chic, Plus Size, Printed)
Tudung, Long Dress, Innershirts, Telekung, Skirts, Belts, COACH handbags dan Victoria's Secret

Adorable Muslimah ni dah memulakan online business sejak June 2009, lama kan, so tak payah nak rasa was-was untuk beli...servis mesti tip top punye :)

Official Website : http://adorablemuslimah.com/
*Pembelian melalui cart system.

Kalau nak tengok update yang terkini, boleh terus ke laman facebook @ twitter @ blog

Adorable Muslimah
Kami menjual product2 yang sesuai untuk muslimah pada harga yang berpatutan.
"Adorable Muslimah is an online shop that offers young women contemporary fashionable blouses and apparels to suit modern women needs, at very affordable prices"


Aug 24, 2011

Sebenarnya....

aku ni tak suka buat entry pendek-pendek, kemudian (wah kemudian pulak..poyo), entry aku sebenarnya penuh dengan ilmiah dan info-info padat yang sukat didapati dimana-mana (bercakap sambil buat mata juling)

tak caya? sudah la...ada aku suruh korang caya??ada? ada? huhu!

nanti ada masa aku cite panjang lebar eh...sekarang ni mata dan ngantuk, ni kalau aku tak tidur jugak, esok muka macam panda la gamaknya...

esok akan pos beg lagi (untuk beg yang urgent, kepada yang nak buat payment harini, sila email saya< saya boleh pos petang esok) TQ

----------> Sepet Shop

DISKAUN AT SEPET SHOP!


DISCOUNT UNTILL 24.8.2011 ----> CLICK SINI untuk beg-beg yang ada diskaun :)

Aug 23, 2011

Lauk Berbuka Paling Sedap #TDDMKA

Aku tak tau kenapa, time aku kerja memang suwey sangat, patient time tu la nak balik secara beramai-ramai, doktor pulak rajin nak discas kan patient...slip inpatient pun banyak, semua nurse nak ubat stat, patient dari emergency pun banyak, billing selalu telefon nak tanya pasal vitamin cover ke tak, coi..................

walaupun muka ada senyum, tapi hati siapa yang tau...cewahhh

aku tak sempat nak berbuka secara aman, sempat minum air ni je..

minum dan makan sambil buat kerja..sob sob sob..

makan ni je...dah la tersalah beli megy, aku nak maggi, terbeli super pulak...bau dia lain, terus spoil...

tak caye keja aku banyak? ini yang sempat aku snap..yang tak sempat tu korang anggap je aku memang tak sempat nak snap..hehe!

nampak label tu? semua ubat tak sempat nak amik lagi...aku hanya sempat key-in, refund ubat....yang lain tunggu dulu...

ini ubat refund tu...dua troli, lepas refund aku kena simpan balik ubat2 ni..memang aku rasa nak nangis, kalau kerna 30 orang takpe, ni kerja sorang.. porsine gila...huhu!

slip inpatient, kalau dah doktor M tu, tak ada lah yang sikit ubatnya, satu patient kompom la 11 ubat, tak menang tangan aku ni...

sepanjang oncall ... inilah makanan berbuka aku...sangat sedap...ok itu je nak ngadu..bye :)

----> Sepet Shop (Jangan lupa singgah)

Aug 22, 2011

Sempat ke tak beg sampai ni???

Ada yang tertanya-tanya, eh sempat tak beg nak sampai? sempat ke tak ni? takut la beg tak boleh sampai...ekceli, aku pun takut beg tak sampai ke apa kan...yela, orang dah harap nak pakai beg tu time raya nanti, tapi beg tak kunjung tiba...sedeh tak??? memeyyyy la....

Jadi, minggu ni aku ada buat 3 kali penghantaran, ISNIN (Setle), Rabu (yang ni aku konfem boleh sampai before raya) dan Jumaat (yang ni aku dah tanya kat pejabat pos, dia kata dorang akan pastikan Sabtu beg sampai, tapi kalau sabtu tak boleh jalan, dorang akan pos Isnin) Tapi, untuk nak selamat, aku sarankan korang bank-in la awal sikit supaya aku tak dipersalahkan dalam hal beg tak sampai nanti...hehehe!

Sebenarnya aku ada beg-beg baru, tapi aku tak sempat nak snap gambar kerana waktu sangat mencemburui kita (alasan) , So kalau ada sapa-sapa nak tengok beg dengan mata kepala sendiri boleh la datang kat Kedai beralamat

Lot 200, Jalan 50,
Kampung Cheras Baru,
56100, KL

oh biasalah gambar syok-syok sendiri je...maafkanlah perempuan itu...


muka semalam yang tengah tunggu nak berbuka...so kepada yang nak track no tu boleh email aku eh, sebab aku hanya bagi orang yang nak je, biasalah aku kan suka buat-buat bizi bajet tak sempat nak balas email semua orang..pui....huhu!

Okey, aku dah buat keputusan, paling last bank in untuk dapat beg before raya adalah hari rabu..hehe! sebab saya tak nak kena marah dengan awak-awak semua kalau beg tak sampai...huhu! TQ atas kerjasama kamu semua :) comolot sikit.... lelaki sila tepis... (duduk menggoda sambil buat jelingan manja) manja ke?? hahaha!

----> Sepet Shop , anda keutamaan kami :)

Aug 20, 2011

Sorry, Dah Sold La...

Aku saja update sini terus, hehe! aci la eh eh eh...sebab dalam satu hari tu, kadang2 ada 2 orang isi form nak barang yang sama...contoh... A nak beg LV1, tiba B pun nak LV1, so aku akan reply yang first tu dulu aku punya acc number, bila si A ni dah 3 hari tak ada apa2 feedback, so aku akan reply pulak no acc aku kat B, dan B terus bayar, tiba2 hari ke 4 si A ni pulak transfer duit dia kat acc bank aku, ha caneee tu?? hehe!

Perkara-perkara begini sering terjadi, kadang2 isi form, tapi langsung tak ada apa2 feedback,itu aku rasa sebab dia jarang online, so bila dah jadi macam ni, aku slalunya akan tranfer kan balik duit mereka..yang paling senang adalah orang yang isi form dan esok terus bank in..mudah kerja aku..

So aku macam nak buat syarat yang baru je...dah isi dorm kena bayar dalam masa dua hari sahaja, kalau tak aku jual kat orang lain ye..bunyi macam kejam gila, takkan la sekejap pun tak boleh tunggu kan...memang boleh tunggu, tapi kalau tak ada orang nak beg yang sama okey la boleh tunggu, tapi kalau beg yang sama, ada 2 3 orang nak jugak. feninglah saya...hehe! Saya dah la tak ada simpan stok tu sampai 5 6 7 kan..tunggu bisnes dah berjaya baru simpan banyak camtu..hehehe!

Yang kat bawah ni semua yang dah di jual, so siapa2 yang dulu2 pernah isi form dan beg tu ada kat bawah, sila jangan tranfer duit ye...hehe! sebab beg dah tak ada, kecuali awak email mintak saya re-order ke...itu saya boleh try try... :)





















Okey, sekian... Thanks to pembeli, isnin saya pos kan barang-barang ye, kepada pemenang c0ntest pun Isnin saya pos kan jugak..saya pakai pos laju, harap2 sampai lah sebelum raya..

(aku ada beg baru, kira macam beg2 yang design yang dah jual tu, aku ada stock warna lain pulak..nanti aku upload eh) :)

Aug 19, 2011

Pemenangnya adalah.......

motif letak gambar sendiri dulu????

Aku dah siap2 balut dah beg tu, tinggal nak tanya alamat je...siapa yang menang tu boleh la kembang2 hidung time raya nanti ye....tapi jgn kembang sangat pulak, takut orang tak dapat beza cimp**** ke apa ni?? (huhu)

Okey, first sekali nak ucap terima kasih kepada semua yang join contest ni, bersungguh2 suruh orang like, bersungguh2 jugak nak buat entry ni, berani mencuba, tak pernah patah semangat, yang mana tak menang tu takpe, kalau bos Sepet Shop baik hati nak buat contest sila lah join lagi tanpa rasa serik ke apa eh...

Okey, thanks to CitraFuza, TQ sebab baca semua blog-blog ahli keluarga saya, walaupun saya tau blog saya tak ada la seberapa sangat nak dibandingkan dengan taiko-taiko blog yang lain, tapi sudi jugak join contest ni, Warna blog pun dah ala-ala Jemah juge Pink nyeee...hehe!

CitraFuza : Like = 1

Kepada Asya Zain, walaupun kecik hati sebab before ni tak sempat nak join, jgn lupa join lagi next time eh, mana tau rezeki murah time tu kan kan kan :)

Asya : Like = 6

Untuk adik Azry pulak, dia ni adalah satu-satunya peserta lelaki yang niat dia murni nak belikan beg untuk mak dia...hehe! Takpe lah nanti ada contest boleh join lagi, kali ni kena kempen besar-besaran baek punye dafi okey...huhu!

Azry : Like = 7

Kepada Cik Neexz, besday tahun depan boleh cuba lagi..hakhakhak! Jangan Putus Asa, Putus lain takpe...huhu!


Cik Neexz : Like = 22

Kepada Ummi (kepada anak-anaknya) hehe. TQ jugak sebab sudi singgah baca blog saya, baca syarat-syarat nya, sanggup pulak nak buat entry nak menang, terharu tau.. =P

Ummi : Like = 30

To Bitter, sukati je panggil orang bitter, hehe! boleh la eh eh eh, Tq banyak-banyak sebab join, gila beg ke???? susah hati saya sebab tak dapat bagi beg kat awak ni...hehe!

Bitter : Like = 33

Kepada Innz . dah ramai kot orang like kat entry tu..memang kagum jugak la melihatnya..huhu! Takpe, nanti boleh cuba lain contest Sepet Shop yang lain eh :) TQ

Innz : Like = 106

Kepada Azzyyati, alamak, sikit je lagi nak menang...mesti frust gila babeng kan? ke tak frust?? haha! ish kalau kempen sikit lagi tu menang dah tau...sob sob sob

Azzyati : Like = 147

Kepada Kak Emo, kena happy lah walaupun tak menang no 1, tetap dapat hadiah kan..hehe! Nasib akak dapat hadiah, nanti budak2 teknik kata saya buli kak emo pulak..ahaks!! Love u!

Emo : Like = 271

To Natrah, Natrah ni memang suka like page orang, so saya rasa semua orang pun ringan je tangan nak like page dia...dan sangat cute..hehe! Tahniah menang no 2, dapat lah hadiah beg putih itu :)

Natrah : Like = 380

Dan PEMENANGNYA ADALAH...................................






jatuh kepadaaaaa.....................

WINNASHINTA!!!!

perghhhh...memang hebat okey, tak sia-sia dia puji2 aku sikit. erk?? huhu! Okey lah fine, bukan sebab dia puji dia menang tau, sebab ramai kot orang like kat blog dia...Jangan lupa peragakan Beg dari Sepet Shop tuuuuu..ahaks!!

Winna : Like = 565

Okey, dah setel dah pengumumannya, yang mana yang memang tu, sila lah email alamat di zack_uhana@yahoo.com

Nama Penuh :
Alamat Blog :
Alamat Rumah :
No telefon :

Tahniah kepada yang menang, yang tak menang jangan sedih2, boleh cuba lagi ye :)

Jangan lupa ke Sepet Shop, ada banyak beg baru untuk diperlihatkan :) (oh ayatku.pelis la.huhu)