Followers

nuffnang

Jul 28, 2011

Spa bersama adik beradik/rakan karib

Okey, bgtau awal-awal gambar adalah dicuri bulat-bulat dari blog Ceera, kerana dia kakakku, maka dia takkan saman saya kalau saya tak minta izin..hehehe! Mesti korang dah baca kat blog dia yang dia ajak kami adik beradik perempuan (adik beradik lelaki sila makan hati sekarang..hehe) memggedikkan diri bersama-sama padah hari jumaat lepas..

Ceera dah mesej aku sebulan lepas untuk aku meng-free-kan diri sehari untuk dorang, maklumlah dalam ramai2 adik beradik aku yang paling susah nak free kerana aku memang feeling timbalan Perdana Menteri kata ko....so aku pun dah sound ceera awal2 sila bagitau tarikh awal 2 minggu sebab aku nak apply cuti kan..tempat kerja aku ni bukan macam kau boleh cuti, then kerja tu boleh sambung bila kau naik cuti..jangan lah kau mimpi itu akan berlaku...

kerja aku ni sangat stess sebab everyday pun bermain dengan nyawa orang..tak boleh silap sikit, silap banyak apetah lagi..so bila sorang cuti pun akan memberi effect kat orang lain sebab tak cukup staff bla bla bla bla bla bla..so bila aku nak cuti aku bagitau mereka awal2 untuk mereka membuat persediaan mental dan fizikal..hehe!

So Jumaat lepas aku dengan Ceera dah janji nak bertolak jam berapa semua lah...dia kena datang ambik aku la kan..dia kan kakak...hehehe! Kitorang ada la membuat ketupat sikit2 dalam kereta, maklumlah dah nak raya.. :P

Sampai2 sana tunggu kakcik sebab aku ceera dan kakcik sesi petang, akak, kaklang dengan kak ida sesi pagi, jemah pun sesi pagi tapi disebabkan dia ada hal lain so tak dapat attend, jumpa2 kakcik sangat terkejut sebab dia dah kurus sangat...

Aku : kenapa kakcik ni kurus sangat, tetek pun dah tak ada
Kakcik : eh ada lah, sukati korang je..huhu!
Aku : Kakcik macam anak dara dah (saja nak up-up kan dia..haha)

So bila dah sampai tu kami lepak dulu kat papa rich sebab kakak aku yang sesi pagi tu tak habis2 lagi, tak kuasa nak tunggu kat tempat spa tu..so lepak makan sebab kakcik tak makan lagi..

Ini budak yang membelanja adik beradiknya..hehe! semoga dimurahkan rezeki :)

aku pulak sibuk main facebook, eksaited la bukan senang nak keluar dengan perempuan-perempuan je kan..selalu keluar dengan qery je...hehe!

lepas habis makan minum terus berdesup pegi spa...

masuk2 sini terus isi borang...

komen untuk spa kali ni, tang spa okey, tang urutan kaki okey, tang dia buat treatment telinga pun okey, tapi tang dia urut kat belakang aku tak boleh bla..sakit gila..maybe sebab aku tulang je kot, dah la urut pakai batu kan..so apa rasa kau kalau tulang kau kena gesel2 dengan batu panas...erghhhhhhhhhh!! mula2 okey lagi, tapi kalau dah sampai 30 minit, memang 3 malam tu aku tidur tak tenang...huhu! malam pertama tu, aku nak taip SMS pun aku paksa jari aku push...tak larat gila..aku ingat macam dah nak demam..demam urat kot, tapi aku rilex lagi la..esok aku kerja pun jalan pelan2 je...tapi lepas 2 3 hari tu dah okey sikit...hehe!

tapi yang lain semua okey, tak perlu bogel2...jangan risau ye..hehe!

ini adalah kakak2 ku yang sesi pagi..akak dan kaklang...
kaklang bersama kak ida...

okey tu je la buat sementara waktu ni..banyak cerita tapi aku malas nak cerita...dasar pemalas..kadang2 aku tau aku eja salah..tapi aku malas nak betulkan balik...ini pemalas tahap kronik...lantaklah..bukan masuk exam pun..hehe!

Jul 27, 2011

Apa yang saya suka tentang Khairi Fizairi

peringatan, entry ni adalah saja2 nak taip kerana bajet ini adalah diary, mana tau esok aku hilang ingatan, so Qery boleh tunjuk balik entry ni kat aku yang betapa aku ehem2 kat dia (gelinya nak taip sini) hehe! kalau korang agak2 nak muntah baca tu..tidak dapat saya menolongnya..hanya boleh suggestkan nama ubat muntah sahaja.. =p

Khairi adalah seorang lelaki yang baik + bertanggungjawab + tidak berkira + penyayang +penyabar + mengambil berat + berfikiran jauh + pendengar yang setia + suka membantu rakan-rakan + amanah dan paling penting dia adalah seorang yang pembersih

mari kita cerita satu2 perangai Khairi ye...

1. Baik

Kenapa aku kata dia baik? lelaki yang baik kat mata aku adalah dia tak membuat2 benda-benda yang jahat, apakah?? hehe! Khairi tak pernah merokok, dia kata dia tak teringin langsung nak merokok, dan aku memang tau family dia semua jenis tak merokok, sebab dia pernah kata kat adik2 dia 'KALAU ABANG TAK MEROKOK, KORANG JANGAN MENGADA2 NAK MEROKOK, KALAU NAK ABANG LEMPANG BUAT LA' ergh....dia memang seorang ABANG yang tak FUN....hehe! dan seangkatan dengannya la, dia tak pergi Club, dia pernah pegi la, time tu dia teman kawan dia saja nak tengok aweks cun plus teringin la kot nak tengok keadaan dalam club...dia kata coke mahal dan taknak pegi sana lagi...hehe! dia tak seksi, tak pernah pakai seluar pendek, tak pernah bukak baju depan semua orang , pakai kain pelekat pun dalam tu mesti ada seluar, okey tu bukan kategori baik kot, tu kategori geli..haha!

2. Bertanggungjawab

Dia memang TERLALU BERTANGGUNJAWAB. Dia tau semua rumah anak murid dia, setiap kali ada function libatkan anak murid dia, kompom dia akan hantar anak murid dia sampai rumah, walaupun kadang2 budak merayu2 suruh hantar sampai sekolah je, tapi sebab dia rasa tanggungjawab dia pastikan keselamatan anak murid dia..so dia memang akan hantar kat rumah budak tu.. dengan aku tak payah cerita la, korang semua dah tau la kot macam mana dia jaga aku kan..aku pegi balik kerja, even aku nak pegi mana-mana mesti dia yang hantar sebab dia tak percaya kat sesiapa pun atas dasar banyak kes kat KL ni, so dia rasa aku ni tanggungjawab dia even kami tak ada apa-apa ikatan lagi..phewwwww

3. Tak Berkira

maksudnya sama macam tak kedekut la, kalau dia ada duit lebih, dia mesti akan ingat orang yang dia sayang, seperti adik dia...dia belikan jam, belikan beg baru, belikan kasut bola adik dia, belikan selipar ayah dia, belikan baju ayah dia... untuk aku? kebanyakkan barang2 aku dia yang banyak belikan..hehehe! aku tak mintak okey, dia yang bagi...tiba2 masuk kereta ada je plastik kat sit belakang, even tak balut kan, kalau beli kat giant pun dengan plastik giant lah..hehe! tapi aku tak kisah pun dia beli kat mana sebab aku rasa happy bila dia ingat kat aku..

4. Penyayang

hehehehe...malus las kites naks citessss....dia penyayang kat family dia, kenapa?? dia kan abang sulung, so bila adik dia kena buli, memang dia backup habis-habisan la..dia kata dia sayang adik-adik dia, tapi dia pun sayang kat awek dia yang mengada2 itu.. apakah?? okey dah cukup2, biarlah aku sorang je yang tau dia tu penyayang tahap macam mana...heeeeeee

5. Penyabar

Sebenarnya, dia ni sangat-sangat penyabar, cuma kadang-kadang kalau dah terlalu tension tu, dia luahkan kat aku je la, dia tak pernah marah kat orang yang dia nak marah tu....perangai aku adalah amat meng-tensi-kan dia..hehe! walaupun begitu..dia tak pernah mintak putus, tak pernah sekalipun, aku je yang selalu malas nak fikir panjang dan selalu mintak clash..hehe! teruk jugak la dia kena pujuk sampai kena datang rumah aku semua kan.. tapi selalunya ayat dia memang boleh lembutkan hati aku..kadang2 tak tau salah siapa, tapi dia mesti akan cakap

Khairi : kita perbaiki kesilapan kita sama-sama
Aku : Erm
Khairi : betulkan balik mana-mana yang perlu k
Aku : Erm
Khairi : Jangan main erm erm je, buatnya tidak...

hinshinshins.... :) sebenarnya aku la yang jahat dalam perhubungan ini, tapi Khairi yang selalu mempertahankannya...begitu...tapi dia tak pernah cakap yang aku ni salah, dia yang betul, tak pernah, at last mesti dia kata masing2 ada kekurangannya...kena belajar dari kesilapan..

6. Mengambil Berat

Kalau aku tengah kerja, tiba2 aku rasa tak sihat, mesti dia yang datang ambil aku bawa pegi makan, dah bawa aku balik rumah...mesti belikan aku makanan kalau aku tak sihat sebab dia tau aku ni pemalas nak masak kalau duduk rumah, memang kalau aku kata lapa, tak sampai setengah jam tiba2 dengar engine kereta dia depan rumah..hehe! kalau family dia yang sakit?? lagi kabut la dia...

7. Berfikiran Jauh

Dia kadang-kadang buat benda yang aku tak fikir pun akan terjadi...bila dia nak buat samting..alasan dia mesti akan bermula dengan perkataan 'NANTI kalau jadi macam ni so bla bla bla bla' begitu..sikit2 nanti kalau nanti kalau nanti kalau...mesti ada lebih dari dua plan, jangan ada satu plan je, nanti kalau plan yang pertama tak jadi..boleh la guna yang no 2..kadang2 aku malas jugak nak dengar..hehe!

8. Pendengar yang setia

Aku ni kuat membebel, kalau ada problem kat tempat kerja, sakit hati dengan someone, mesti cerita kat dia punya...dia dengar je apa yang aku bebelkan, then dia mesti last2 akan nasihat aku balik, selalunya dia mesti suruh aku fikir dulu before buat something, dia akan cakap 'masalah jangan cerita kat kawan2, jangan cerita bukan2 kat kawan2, jangan percaya sangat kat orang, jangan terlalu baik dengan orang, jangan itu jangan ini' nak cerita pun cerita kat dia je, sebab dia takkan cerita kat orang lain apa yang aku bebelkan, qery memang dia jenis tak cerita kat orang kalau dia ada problem, sebab dia anggap itu PNC, so dia pun tak suka kalau aku ada masalah dan cerita kat orang, dia kata nanti orang tu cerita pulak masalah aku kat orang lain, sebab bukan semua orang boleh simpan rahsia...begitu..

9. Suka Membantu Rakan-rakan

memang dia suka bantu kawan2, kalau kawan dia perlukan bantuan dari segi kewangan, dia akan sedaya upaya toling, kalau kawan2 dia perlukan bantuan tenaga, dia kompom akan bagi sehabis kudrat dia, kadang2 buat kerja kat sekolah balik rumah jam 3 4 pagi semata2 nak hias sekolah..padahal kerja tu bukan part dia, tapi bila kawan2 mintak tolong, so dia adalah salah seorang yang akan melibatkan diri even dia sibuk mana pun.dia mesti tolong..

10. Amanah

Kalau barang yang orang bagi dia simpan, dia akan simpan macam barang dia, dia akan jaga elok2..sebab tu aku tak risau kalau dia simpan barang2, mesti takkan hilang...hehe! kalau hilang pun jarang2 la...dan dia mesti ganti balik..

11. Pembersih

dia memang pembersih, kalau masuk kereta dia macam kereta perempuan, wangi je...dia mesti bawak baju spare dalam kereta, sebab dia takut kalau dia berpeluh banyak sangat so dia ada spare, dia mesti bawak kasut dan sandal jugak, dia tak pernah keluar pakai sandal @ selipar. dia kata tak kemas, dia mesti pakai kasut. dia tak pernah bau busuk..hehe!

okey tang manja + mengada2 +kelakar tu takyah cite, itu kompom la semua orang laki pun kalau dengan awek mengada2 manja terover dose kan..hehe!

Sebab tu bila bergaduh, jangan fikir sangat...fikir kan 10 kebaikkan pasangan, dan fikirkan 10 keburukkan kita...nescaya korang akan rasa...dia boleh terima keburukkan kita, takkan kita tak boleh nak terima keburukkan dia...bak kata Khairi..

'perbaiki kesilapan bersama-sama'

masing2 lelaki ada kelebihan mereka sendiri, cuma kita yang perempuan ni kena tahu di mana kelebihan mereka, jangan asik membezakan pasangan kita dengan pasangan lain, cuba kalau meraka membezakan kita dengan pasangan orang lain..adakah korang suka??? Jadi, sayangilah mereka dengan ikhlas..

ok dah habis geli...

*aku harap, kalau betullah aku hilang ingatan, bila qery tunjuk entry ni aku tak muntah..hehe*

potong potong potong

mari potong rambut..

kenapa kena potong rambut?

1. style?
2. rambut rosak?

3. dah boring panjang?

4. Malas nak sikat

5. nak jimat syampoo?

6. muka nampak matang kalau rambut panjang?

masing2 ada alasan sendiri...alasan aku...

AKU RIMAS.....

hehehe!

Jul 26, 2011

Mahukan Lelaki Yang Kacak?


Perlu ke lelaki kacak? tak perlu langung bagi aku, buat apa lelaki kacak kalau perangainya tak kacak kan..tapi ada sesuatu yang Allah janjikan kepada kita, Lelaki Kacak sehingga ke syurga..

***************************************

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung

************************************************************

Semoga kita semua berada dijalan yang dirahmati Allah SWT :)

Jul 25, 2011

Tersalah cakap jeee...


Aku ni suka tak plan bila nak cakap, kiranya main cakap je la mana yang terlintas dalam kepala...takpi tak ada la maksud aku cakap lepas, cakap lepas adalah lain sangat2 dengan main cakap okey..huhu! Selalu kawan2 aku gelakkan aku sebab aku cakap main hentam je mana yang terlintas...

contoh 1 :

Aku tengah telefon Amylia nak tanya Jijie dah makan belum, sebab kalau Jijie nak makan aku boleh cover kerja dia..so aku pun telefon outpatient...

Aku : Hello ni sapa?
Amylia : ni amylia, Hana nak apa (dia dah kenal suara ala2 tok ti kita..kahkahkah)
Aku : Amy, Jijie dah makan ke belum?
Amylia : dah, dia dah makan roti tadi..
Aku : MUAT ke?
Amylia : muat?
Aku : eh eh salah cakap..hehe! nak tanya KENYANG ke?
Amylia : hahaha..muat muat..dia muat makan roti tu..

grrrrrrrrrrrrrrrrrrr.......macam mana boleh salah cakap ni...

contoh 2 :

aku tengah buat kerja2 pemfailan..hehe! so selalu memerlukan gunting, pembaris, stapler dan rakan-rakannya

Aku : Eh, mana pegi nye ni.......
Judith : mana apa?
Aku : Aku punye ketek ketek
Judith : apa ketek ketek?
Aku : ketek ketek la (sambil buat gaya tengah pucher)
Judith : hish ketek ketek pulak..
Aku : yela..aku lupa nama dia (puncher)

sama la kan ketek-ketek dengan pucher..hehehe!

stess je mereka2 sebab terpaksa paham apa yang aku cuba sampaikan..hahaha! ada lagi tapi aku lupa la...so balik kerja tu aku cite la kat Qery aku ni selalu main cakap je apa yang lalu kat kepala otak..so qery pun ejek2 aku la...time tu lalu kat tempat jual kereta, so ada macam banyak gila hiasan kat kereta tu..

Qery : eh banyaknya bunga2, kenapa ada banyak bunga? kereta ni dorang jual lelong ke?
Aku : (mencari2 bunga tapi tak jumpa..) mana bunga?
Qery : eh salah..belon la..hehehe!
Aku : hehehe...yela, banyak nya bunga tu..
Qery : ejek kita...
Aku : kamu tu yang ejek kita dulu, kan dah salah jugak..
Qery : jangkit ngan kamu..

eleh dan dan tu salahkan aku..padahal dia pun selalu je salah2 cakap..contoh kan...

satu haritu, kitorang makan kat teppanyaki, so selalunya kan dorang provide chopstick dengan sudu kan...

Aku : nak kita amikkan garfu untuk kamu tak? kamu bukan reti pakai sangat
Qery : tolong sikit, kita tau la pakai lipstick ni...
Aku : LIPSTICK???!!!! KAHKAHKAHKAH!

tak boleh bla...selalu je tersalah cakap...lepas tu main cakap je...memalukan diri sendiri betul...

Cukup Menyampah


harini nak emosi sorang2 tapi macam tak best je..nak ajak korang emosi sekali...hahahahaha!

sebenarnya kalau nak cerita benda-benda yang buat aku menyampah ni memang la tersangatlah banyaknya...*buat muka serius*

menyampah pertama-tama adalah bila tengok orang eja mengada-ngada...

-nanak lew, itew cepak kang, cukew jew wat itew camniw, tak indu kew?

like wat the.....susahnya aku nak baca kan..terbelit2 lidah den...haha! itu yang aku taip tu aku masih la boleh paham kan, ada yang aku langsung tak paham...aku tak tau mana dorang explore bahasa2 macam ni..hehe! setakat nak buat short form macam

-skrg xblh la, mgkn nnt ok, aku xkesah....jimat ruang plus kredit =p *even merosakkan bahasa*

tu biasa la, aku boleh terima lagi..kalau dah meleret2 sampai aque cayunk kowunk pegi la mamp kan..hahaha! susah okey nak membacanya, tapi takpe, kalau korang bercakap dengan orang yang paham tu aku boleh terima la lagi, tapi kalau korang nak berinteraksi dengan aku, silalah cakap atau menaip dengan penuh2 sebab aku payah sangat nak meng-eja-bahasa-engkorang-yang-penuh-dengan-wwwww-itewww.. eh..heheheheh!

kepada sesiapa yang terasa, alalalalalalalalala...boleh teruskan eja macam tu..tapi asalkan Bahasa Melayu kau tak dapat B dah la..malu kepada bangsa dan negara tau.. (mentang2 dapat A kan..kahkahkah) suka berlagak-lagak dengan korang..manyak syiok ooooo..

itu menyampah pertama-tama, yang kedua pulak...

bila orang kita ni mengutuk2 negara sendiri...hak alaaaa...

contoh yang senang di fahami...kan bola Malaysia lawan Singapura adalah kelaut kan...memang la kelaut pun, tapi tidak bermakna la kau boleh mengutuk mereka sebegitu kejam sekali...adalah lagi bagus kalau korang bagi kata-kata nasihat seperti

-takpe bro, lepas ni boleh usaha lagi...kalau kau usaha lebih mungkin akan ada sinar yang hadir menerangi (perghhh) huhu!

mana kita tau kot2 dia ada masalah ke, masalah family ke, masalah negara ke, perut sakit ke, pening kepala ke..kan...korang mana tau semua tu, tau nak kutuk je, time kutuk tu bukan main lagi, macam la korang boleh membanggakan negara..walaupun korang pun lagi hampehhhhh...tapi di sebabkan korang kutuk2 tu...korang rasa korang macam STAR la kan..kehkehkeh!

cuba korang yang kena kutuk, tak sentap hati mak nak? sentap jugak kan...eleh tak yah nak menipu, dulu time sekolah-sekolah cer orang kutuk kau, nangis jugak mengadu kat mak kan kan (aku tak eh...jangan buat provokasi di sini) hehe! lepas tu kalau orang kutuk-kutuk kat blog ke, kutuk kat mana sahaja lah yang boleh dikutuk, ko sentap kan kan kan...tak lalu makan kan kan..hehe! atau korang dah selalu kena kutuk macam aku...aku ni ko kutuk la 'pasu bunga' ke, 'muka penyek' ke...adakukesah...hehe! tapi tolong la jangan menjatuhkan orang lain..sangat syaitan okey perangai ituuu..

aku paham sangat dah dengan perangai orang yang suka kutuk2 ni..dia gong gong gong sana sini, menyalak sana sini, (bukan nak kata macam anjing, hehe) tapi bila dah habis gong gong, dia bla....buat muka taik...perghhhhh...terbaik la korang kalau kutuk...agama entah kemana dah..huhu!

okey la, bukan maksud aku kutuk ke arah bola sahaja...paham2 sendiri la siapa yang suka sangat mengutuk orang tu...tak tau la sebenarnya siapa yang dia nak kutuk tu..atau dia sendiri adalah di kalangan orang2 yang terkutuk..wallahualam... :)

okey setakat ni itu je la yang aku ingat..hehe! tapi aku rasa macam banyak lagi je dalam kepala otak aku yang aku tak keluarkan lagi ni sebab aku ada rasa pening2 sikit la..selalunya kalau aku pening tu mean ada banyak lagi benda tak keluar dari kepala otak aku ni..hehe! takpe2,jangan menyampah sangat, walaupun aku tau pun begitu ramai orang menyampah dengan aku...lalalalalala~~

ala menyampah sikit2 je okey la tu...kalau tak menyampah langsung tu adalah sangat SESUATU okey...tapi kan, jangan la menyampah dengan blogshop aku tu..hehe! =P


Sepet Shop ada banyak barang2 baru seperti telekung dewasa, telekung umur 12 tahun ke bawah, purse, beg, dan jam tangan.. kalau korang malas nak keluar bulan2 puasa ni, boleh la singgah blogshop aku tu ye...dan lagi sekali...boleh mintak no fon kalau nak service yang lebih mudah dan cepat... sebab aku tak on internet time kerja..terima kasih... :)

Jul 24, 2011

Sekali lagi :)

Saya meminta maaf sekiranya entry yang di pos sejak kebelakangan ini tak habis2 dengan beg beg beg..hehe!

Sejak beberapa hari ni aku banyak lepak dengan mak aku, sebab mak aku tak sebosan qery, qery buat masa ni agak membosankan, stended la tu, dah 3 tahun mula la bosan2..kahkahkah! tapi takpe, saya tetap sayang dia, adakaukesah? tidakkan...hehe!

aku paling tak suka bila nak naik kedai sebab akan lalu rumah2 orang asing yang aku tak kenal lansung, nanti ada 'budak-budak rempit' nak say hai la, sorang je ke? tak pernah nampak awak sebelum ini. fak gila..even aku dah buat muka paling tapir dalam dunia pun dorang masih nak mengorat..nampak sangat aku hot..apakah?? hahaha!

makanya, bila aku naik kedai bapak aku, aku akan jalan cepat-cepat (tapi ayu), dan mebiarkan mat-mat rempit itu tertanya2 siapakah gadis sunti itu... (muntah), lepas habis lalu mat rempit, ada pulak mamat jual satey, tiap kali aku lalu mesti dia akan cakap 'kak satey kak, kak minum kak, hadui...dah la sebelah kedai bapak aku, tak kan kau tak tau aku ni anak pakcik taukey perabut (tangan di dada mata ke atas dengan nada angkuh gila..ahahahaha) ~perabut la sangat~ then bila aku lalu tu selalunya aku akan buat tak tau je, senyum pun tak sebab dorang laki, nanti kalau senyum kata aku gatal pulak..so senang tak payah pandang..

bila sampai kedai bapak aku, mula2 sekali mesti akan tanya abang aku (dia jual topup kat tepi tu) 'mak ada kat dalam tak?' , kalau mak ada bagus, kalau mak tak ada pun bagus..maksudnya??

mak ada dalam kedai, atau mak tak ada dalam kedai, aku tetap syok sendiri... :)

sebenarnya aku selalu naik kedai sebab nak snap gambar2 beg baru. telekung baru, purse baru, so kat Sepet Shop ada barang baru yang korang belum tengok :)

Jemput datang meh meh meh..hehe!

Jul 23, 2011

Moh la kiteeee

aku, eh saya baru upload beg, purse dan telekung... :)

ada telekung untuk budak bawah 12 tahun dan telekung untuk orang dewasa, nak puasa ni lagi afdal pakai yang baru2 nak sembah Allah :) takkan la baju raya je nak baru kan kan kan..hiks!


beg raya dah beli? :P

Jom ke Sepet Shop!

Jul 22, 2011

Harini der... :)

tak sabar nya nak tengah hari :)

P/S : beg-beg akan di upload secepat mungkin dan yang sold-out tu pun saya akan remove secepat mungin sebab kawan2 dah sound, dorang makan hati tengok gambar yang dah sold-out tu..hahahaha! okey semuanya...selamat berhari Jumaat!

Jul 21, 2011

Esok adalah hari bermanja-manja

esok punya cerita esok la cite kan (kalau nak cite..hehe!)

Eh eh, siapa yang dah booked beg-beg kat Sepet Shop tu, boleh tengok balik sama ada beg tu dah sold ke belum sebab aku dah tak tau nak cari siapa yang nak beli beg itu dan ini..hehe! hanya sempat tengok siapa dah bayar so cepat2 boleh balut dan pos..hehe!

maaf lah ye..kalau dah sold tu tak dapet den nak nolong.. :P

Tapi kalau korang agak-agak rasa aku ni slow gila nak reply email korang..time order tu terus mintak no fon aku ye...so bila aku tak dapat nak mengadap laptop tu korang boleh terus mesej dan bgtau yang korang dah bank in ke, atau nak tambah beg lain ke, atau nak tukar alamat ke..bla bla bla...sebab aku ni kerja kat spital adalah sangat serius (poyo), tak ada masa nak tengok laptop, balik malam baru lah terkial2 nak reply..hehe!

so cara senang aku bg no fon je...then kalau korang boleh tunggu takpe la, tunggu aku reply, kalau rasa tak boleh tunggu..sila mesej aku terus ye...mesej je, selain dari mesej aku tak dapat nak layan..heeee!


Jangan lupa singgah Sepet Shop...sayang korang!

Jul 20, 2011

Badan Sedap-sedap


pagi tadi memang best...sebab aku sebenarnya masuk kerja jam 9.30, tempat kerja dekat gila dengan rumah, 5 minit naik kereta dah sampai kan...tak yah poyo2 nak gerak awal bagai..so aku selalu dah set la nak bangun pukul8.30, siap2 mandi semua, lagi 15 minit masuk kerja baru aku bertolak...kehkehkeh!

tiba-tiba pagi tu pukul 8.15 chia mesej aku...

'morning Hana, hari ni ada dispensary meeting, jangan lambat ye, pukul 9 start'

perghhhhhhhhhhh!! kelakar siut mesej tu...terus aku macam dapat kejutan letrik laju gila jalan masuk bilik air, eh aku jalan ke aku terbang, aku pun konfius.. mandi gosok gigi sabun badan semua, okey tak sempat mekap, jangan kau mengada2 di situ..memang muka yang entah apa-apa la pagi tadi tapi tetap cun di mata sendiri... (mata ke atas)

alah tapi aku rilex je sebab dekat dengan rumah katakan...so kompom la sempat sampai before jam 9 kan...so meeting tak ada apa sangat, bincang pasal benda2 yang membosankan je pun...meeting kan memang bosan...tersangatlah bosan..tiba2 dapat berita tak gembira bahawa petang tu kitorang ada LUNCH TALK lagi..aku rasa nak pitam..semalam pun ada lunch talk, hari ni pun ada..sampai dah tak ada perasaan nak menyampah dah,..huhu!!

semalam makan pizza, harini makan ayamas..nasib baik esok punya lunch talk dah cancel..kalau tak aku kompom meroyan...

bila dah habis kerja, balik-balik tu jumpa qery..ayat pertama qery...

'nasib kamu pakai baju kurung gi kerja harini,kalau pakai seluar kita nak marah dah'

apakes kan aku pakai seluar kau nak marah2 an an annnnn...hehe!

Aku : kenapa pulak?
Qery : kamu suka ke orang lain tengok bentuk badan kamu...

fineee... kalau ayah-ayah membebel memangla tersangat boring...

so harini perkara-perkara yang terjadi kat aku kesemuanya TERSANGATLAH BORING...huhu!

last ayat qery yang membuatkan aku rasa menyampahhh...

'kalau badan tu sedap2 tak pe la jugak, hehehe'

fakhhhhhhrul....

Last Day...Pelissssss


Entry pendek... Tolong Vote kakak saya. sikit je lagi dia nak menang tu..hehe! dia nak pergi bali...selama 7 hari berturut2...mesti korang macam tak percaya kan yang viruspadu yang lemah gemalai dan lembik tu nak buat samting advanture kat sana..dia tu memang la lembik sejak2 dah kawen...ala tu bukan lembik sebenarnya..itu manja + mengada2, sebenarnya dia adalah yang paling STRONG time kat sekolah, dari sekolah rendah, menengah sampai la kat UUM dulu...

yang aku tau dulu...viruspadu ni dia aktif main hoki, setakat kaki lebam2 terkena kayu hoki tu biasa dah kot, memang dia main hoki la power, sebab dia tak berapa gemar main bola jaring, dia kata macam terlalu perempuan (boleh??)

then time kat UUM dulu, dia aktif main kayak, siap dapat piala emas okey, bukan satu, tapi banyak kot...aku tak sure la kenapa sekarang ni dia lembik semacam..hahaha! mesti korang tak caya an an annnnnn...

okey kalau tak caya, boleh la vote viruspadu, dan kalau dia menang, dia boleh buktikan sendiri kat korang betapa gagahnya dia dulu....harini last day tau..pelis pelis....

aktiviti advanture kalau bagi kat lelaki tak best, sebab dah tau dorang mesti boleh buat punya..so mintak sangat bagi peluang kat akak aku buktikan yang perempuan pun boleh buat aktiviti yang mencabar....kan kan kan...

Jom la vote, kalau dia dapat pegi bali...then balik, kita boleh pau dia barang2 dari bali....pastu suruh dia buat kontest menang barangan dari bali...kan..ahaks!! takpe nanti kalau dia menang, aku yang akan paksa dia beli samting untuk korang naaa :)

Vote tau jangan tak vote!!

macam mana nak vote..klik SINI SINI atau SINI

Love uolssss!

Jul 19, 2011

Macam Pasu Bunga

Ada sorang perempuan (H) ni datang kat aku...

'u ni sangat cute tau..i suka sangat tengok muka u, kalau i boifren u i tak sampai hati nak marah u, sebab u everytime pun senyum je, manis je serius la..u ada boifren tak? hensem tak? u keturnan cina ke? putih sangat la, dari putih dari saya tau...bla bla bla bla...'

secara peribadi...aku tak suka orang puji aku...serius...semakin banyak orang puji..semakin aku rasa takut....bukan apa...sebab aku takut nanti jadi riak, jadi bangga diri..padahal aku ni mekap je lebih...bedak sekilo...betul tak tipu.... (walaupun aku suka cakap aku cantik, tapi aku sebenarnya aku buruk..begituuuuuuuuuu)

lepas H memuji2 aku yang konon2 cun tu..H pergi kat kawan chinese dia (S), so cakap chinese bla bla bla..aku tak paham...then dia bla....

lepas tu kawan chinese aku yang lain panggil aku....


Kawan : Hana, kalau i bgtau u jangan marah ye..
Aku : kenapa?
Kawan : Tadi H datang puji2 u kan?
Aku : haah. i tak suka sangat la...nanti i kena pura2 gelak dan malu2..hehe!
Kawan : u tau dekat S dia cakap apa? dia cakap u ni macam pasu bunga
Aku : pasu bunga?
Kawan : u tau tak maksud pasu bunga dalam chinese tu apa?
Aku : untuk perhiasan?
Kawan : lebih kurang la..maksudnya u ni cantik..tapi untuk perhiasan kat hospital ni..semua orang suka tengok, tapi u ni tak ada apa-apa makna...
Aku : coi....takpe la..asalkan dia kata i cantik tadi..yang pasu bunga tu i maafkan je..hehe!
Kawan : i tak suka H, H memang mulut jahat tau...depan lain belakang lain...

pasu bunga dia kata aku....sangat coi okey...takpe la jadi pasu bunga pun..daripada jadi lalat...kehkehkeh!!

tapi dia kata aku tak ada function tu aku tak boleh bla...dia tak tau aku ni orang penting.. (hahaha) hello....kalau setakat jawatan yang u pegang sekarang...lagi la tak membawa apa2 makna kat i...mencik..hehe!

bila aku cite kat qery, bila aku kelam kabut nanti dia cakap kat aku..

"sayang ni macam pasu bunga la"

perghhhhhh...memang bermain dengan api kemarahan wa kata sama lu...hahahaha!

Why and Lets Think :)

aku tak berapa nak sure perangai budak2 sekarang ni yang berbunuh-bunuh, yang berogol-rogol, yang berasid-asid, yang berompak-rompak, dan yang berlain-lain lagi..hehe! Tak tau nak cakap la..why la ha? Why a children nowadays so different to when we was child (seems like my ages going to 40 rite, im not that old for ur information, please la..hehe)..they got the worst attitude in the world, Ya Allah, they are really really bad..Please Help them...

Tak shukeeeee tau.. :P

kita ada sedikit perbincangan di dalam kereta tentang perihal budak-budak zaman sekarang..

Qery : Agak-agak kenapa dorang perangai macam ni? Salah didikan ke?
Sepet : tak sure, kadang-kadang sumber rezeki kita tu kita kena ambil berat jugak
Qery : maksudnya?
Sepet : halal haramnya duit yang kita bagi anak kita makan, haram yang mengalir dalam darah anak-anak kita, mungkin kita dah ajar dia sehabis baik, tapi perkara-perkara macam tu kita terlepas pandang, pun tak ada gunanya..
Qery : Itulah, kalau yang MAKAN RASUAH tu, ish takutkan..mintak dijauhkan la
Sepet : kamu jangan cari duit haram tau..jangan makan rasuah...kesian kat anak kita nanti (erk?)
Qery : pandaila kamu ajar kita ye...isyaAllah, kita cuba yang terbaik, kamu doakan je lah..

Qery is a good person, kalau dia kena saman dengan polis, dia lagi sanggup bayar saman tu dari kena bayar polis tu duit rasuah..mungkin awak semua tak ingat, bila kita bagi seseorang rasuah, kita membenarkan orang tu membuat dosa sekaligus kita pun berdosa..dosa tu pulak mengalir dalam darah setiap manusia yang kita langsung tak kenal siapa..biasalah benda kita tak nampak depan mata, kita tak mungkin nak fikir semua tu..kan kan kan..

biarlah hidup sederhana pun....saya tinggal rumah papan je...kalau budak-budak berlari..rasa nak bergoyang rumah ni...hehe! mana kan budak berlari..kadang2 saya pun berlari jugak..kahkahkah! lagi nak roboh kot, tapi happy je....serius happy...

tapi benda yang buat aku happy berganda adalah...bila anak buah yang cute-cute datang rumah..rasa best gila sebab dorang ni sangat suci...hati bersih..dan super cute!

alalalala, Keisha demam ye...demam pun still nakal...tak paham betul..hehe!

alamak, rindu pulak kat anonoi :)

Berfikiran Positif Setiap Hari

Aku mengaku, tak ada setiap sorang manusia tu dikurniakan hati sesuci Nabi Muhammad SAW, aku sendiri selalu ada rasa dengki, iri hati, cemburu, tak suka, marah, (bad feelings la katanya pun), maksudnya dengan lebih terang dan jelas = Package Emosi (hehehe)

Tapi perkara2 tu tak boleh bawa ke mana pun...sudahnya kita yang makan hati dengan perangai kita sendiri, walaupun benda tu bukan berpunca daripada kita, mungkin daripada orang lain, tapi secara faktanya kita memang tak boleh nak ubah orang lain untuk berfikiran positif seperti kita, kita hanya boleh ubah diri kita untuk berfikir secara positif..

kita tak payah nak marah-marah, tak payah nak berkira..selalu jugak aku dengar 'asik aku je mengalah, asik nak kena ikut je perangai dia, kali ni biarkan dia, dia ingat dia sorang je ada angin?' lebih kurang macam tu la kan..aku rasa ayat-ayat ni memang selalu sangat dah korang dengar, bukan takat dengar, korang pun pernah cakap kan? hehe!

Ketahuilah, bersabar itu perbuatan mulia...mulia u know, mulia di sisi Agama, mulia di sisi Allah, aku tau aku tak berapa nak baik sangat lah kot, kita cuba berubah ke arah kebaikan, cuba tak sakitkan hati orang, aku sebenarnya takut nak nasihatkan orang sebab aku tau aku ni bukannya baik mana pun...Its Human Behavior lah..its normal kalau kita bersikap kehulur kehilir, hehe! but fair lah dengan masa dan keadaan kan..

biasalah, kalau bukan gambar beg, mestilah gambar muka aku yang syok sendiri itewwww...haha!

Tak payah cari ramai musuh...dan tak semestinya kena ada ramai kawan, perlu jujur dengan diri sendiri dan sentiasa bersikap positive, Itulah Kunci Kejayaan :)

Saya sangar serius bukan. lately ni entry penuh dengan perasaan serius..mengapakah?? hehe!
Tak kisahlah..yang penting kalau korang sayang aku, Jom singgah Sepet Shop, saya sentiasa menanti anda dengan hati terbuka..hye guys! will treat u nicely there.. :)

Thanks Alot Guys!

Okey, firstly saya nak saya thanks kat semua pembeli Sepet Shop, tanpa korang semua siapalah Sepet Shop..hiks! Kesemua bag yang kat bawah ni semua dah SOLD OUT, ada yang suruh aku repeat order, boleh...tapi tunggu dalam seminggu ye...insyallah, kalau ada lagi stoknya, saya akan tunaikan hasrat korang :) ~kejap aku kejap saya..hei tak paham betul..hehe~

yang ni boleh re-order..email aku mana yang korang nak re-order..tapi sebelum tu tanya aku dulu boleh re-order atau tak, sebab certain beg tak boleh re-order :)

yang ni boleh re-order jugak :)

beg ni pun boleh re-order :)

beg ni tak boleh re-order :(

beg ni pun tak boleh re-order :( tapi kalau nak secara bersungguh2 saya sanggup cari and try the best..hehe!

yang ni pun tak boleh re-order, yang ni feveret saya..serius cute!

yang ni boleh re-order :)

Okey ada lagi banyak before SOLD OUT, cepat-cepat...saya memang tak boleh nak booked untuk korang, jadi first come first serve lah ye...

Alhamdulillah...Doakan Sepet Shop melangkah lebih maju..Thanks semua tak henti2 support..
Love u More n More!

Jul 18, 2011

Korang dah ke belum?

Aku dah, beberapa orang pun dah...hehe! kalau belum tu udah-udah kan la ye..
bukan apa...tak ada la rugi sangat kalau belum...tapi rugi jugak la..hiks!

tak paham ke? takpe2..memang saja nak bagi tak paham pun... =P

nampak gambar kat atas ni mungkin boleh dapat rasakan aura Sepet Shop kan..hahaha!

HA KORANG DAH SINGGAH KE BELUM?? =P

Ahad bermakna ke tidok?

Kalau ikut aku : nak pegi pameran bunga kat Putrajaya
Kalau ikut Qery : beli stok beg (bapak bosan)

Okey fine Qery menang..hampeh betul..dah la Pesta bunga..eh pesta ke pameran..eh lantak la..dah la last kan semalam..berbulu je hati aku..tapi takpe..cari stok beg pun tak ada la aktiviti boring sangat..best jugak bila tengok banyak gila beg cute2..hehe!

Setel amik stok adalah jam 5..dan aku baru nak makan..kesian kan..huhuhu! tapi muka tatap ceria (sebab pandang camera..kalau tak, tak mampu aku nak ceria2 dah..hehe)

makanan sampai...terussss...

gelojoh tu biasala..tapi tak lupa bacab bismillah (baik konon) hehe!

eh malas nak cerita panjang2 sebab dah penat dah ni...jangan lupa singgah Sepet Shop eh..

ada banyak lagi beg, jom jom click sini

http://sepetshop.blogspot.com... :)

ADV : Coway Water Spa - Dijamin air yang Bersih dan Menyihatkan!

Sticky mode : Entry baru di bawah :)

Korang kenal gambar ini? tak boleh cam kat mana??

tak boleh ingat? okey kita bagi hint lagi...

erm...yang ni boleh teka tak? apakelembapnauni..hehe! Ini jam dari Sunway Lagoon..tapi aku bukan nak cerita pasal betapa bestnya Sunway lagoon, tapi aku nak cerita pasal Betapa Best nya Produk Coway yang sekarang ni ada kat Sunway Lagoon untuk korang try selama 3 bulan..wohoooooooo!!

kami sangat happy mendegar berita baik itu..hehe! Kalau rasa macam nak cuba-cuba kehebatan Pelembut Air Spa Coway ni sila la datang ke Sunway, atau rasa rumah jauh tu.boleh la beli produk Coway..

lagi sekali info pasal harga..

For rental unit, customer only needs to pay RM70 monthly rental and entitled free product maintenance every 2 months up to 5 years.

Or outright purchase is RM1,900 with free 1 year maintenance (for every 2 months)

Coway is giving the public the opportunity to try out the Spa Water Softener (1,000 units) for FREE in the comfort of their homes with Coway’s exclusive 14 day trial period.

Absolutely free & no hidden charge.

Cepat telefon 1800-888-111 atau logon to www.coway.com.my

Untuk mengetahuan korang semua, hari Sabtu 9 julai lepas. Coway ada buat pelancaran kat Sunway Lagoon, dan ada 48 unit yang telah di pasang kat sekitar Sunway lagoon untuk para pengunjung try dan rasakan kehebatannya...banyakkan..so tak payah rebut-rebut, semua orang boleh rasai keunikkan air ini dan perubahan setelah menggunakannya...serius memang ada rasa okey...ini tak tipu punyeeee

Untuk pengetahuan korang semua, 9 Julai lepas Coway ada buat pelancaran kat Sunway Lagoon.mari kita lihat serba sedikit gambar pelancaran :)

from left: Ms. May June, Ms. Ning Baizura, Mr. Andy Kim Ja-Joong, Head of Strategy Planning Department, Mr.Hoe Kian Choon, Senior Sales GM of Coway Malaysia, 988’s DJ Sam and Ms. Vanidah Imran.


from left: Mr. Andy Kim Ja-Joong, Head of Strategy Planning Department and Mr.Hoe Kian Choon, Senior Sales GM of Coway Malaysia together with Coway promoters at the launch of the Coway Spa Water Softener.

Kebaikkan Produk Coway ni macam biasa...

- meningkatkan tahap kelembutan kulit korang sehingga 69%
- mencegah dari hilang kelembutan kulit anda
- melembutkan kulit, rambut dan kulit kepala
- mengurangkan kelimumur
- reduces chlorine bersama effectnya
- reduces skin friction up to 20%

korang perasan tak ada artis kita tu kulitnya lembut sekali dan berkali2..hehe! siapa???

Ms. Vanidah Imran shares some insight on Coway’s new Spa Water Softener while Ms. May June, Ms. Ning Baizura and 988’s DJ Sam look on.

Mesti la Kak Vanida Imran kita dan Kak Ning kita...oh nasib baik lah rumah aku dah pasang ni..sekarang pun dah lembut-lembut seperti bayi... (hehe)

Apa lagi korang, jangan malu-malu kalau nak kulit lembut dan sihat..cuba dulu..belum cuba belum tahun..rugi kalau tak cuba..bukan senang kita nak jaga kebersihan satu family kita...dengan persekitaran kita yang sekarang ni, jerebu...asap2 kereta kat jalan raya..semua tu ada effect kat skin kita...so bila korang menggunakan Produk Coway ni..dah tak payah risau lagi la pasal kulit korang.. :)

Air yang bersih amat penting dalam kehidupan..percayalah :)

Siapa-siapa yang dah cuba Coway tu mesti setuju dengan apa yang saya tulis ni..kan kan kan :)