Followers

nuffnang

Jun 30, 2011

Saya Pandai Ambil Hati?

Walaupun aku bukan doktor surgeon, tidak bermakna aku tak pandai ambil hati orang lain (tak paham? aku pun tak paham sangat). Dalam dunia ni tak ada orang yang sempurna pun sifatnya, ada orang yang emosi, ada yang panas baran, ada yang cengeng (suka mengalirkan air mata), ada yang sensitif, ada yang cepat putus asa, ada yang happening all the time, ada yang rasa dirinya tidak berharga..

Sebab tu kalau kita tengok kat status FB macam2 luahan yang mereka taip tanpa mereka sedari, kita boleh menilik beberapa sifat mereka..wah ada macam manisnya kurma itu tak? haha! okey sila fokus apa yang cuba aku terangkan ni...

Pernah tak korang rasa badmood secara tiba2? walaupun tak ada apa2 yang terjadi tapi korang rasa tak ada mood nak melayan kawan-kawan..please, atleast jangan layan kawan-kawan korang macam gampang kerana itu membuatkan mereka menyampah nak layan korang next time..huhu! kalau korang rasa badmood, terus terang dengan kawan-kawan seperti 'harini aku badmood tau, korang jangan kawan dengan aku harini je, nanti aku dah mood okey aku miskol korang'. berterus terang lagi baik daripada korang layan kawan korang nak tak nak tanpa kami ketahui punca mengapa engkau sebegini rupa..

atau kalau korang rasa harini nak marah je...mengaku je.. 'harini aku piyed, hari first biasalah bulu singa aku kembang lain macam, tunggu aku piyed hari ke 5 baru aku jadi kucing parsi korang ye, sebarang kesulitan harap dimaafkan'

Kita semua ada bahasa yang melambangkan bangsa, kalau ko tiba2 nak mengamuk, tiba2 jadi sawan, bukan setakat orang je tak nak kawan, sila hari bulan semut pun tak nak tumpang lalu...hehe!

adakah anda suka melihat muka di atas ini, muka masam dan macam sombong , malas nak tegur kalau muka orang macam ni sebab macam tak best... walaupun muka dia cute... (masih di situ..hahaha)

atau anda suka melihat muka orang yang manis seperti contoh di atas, (berusaha gila nak buat muka semanis kurma ituwwww..haha) Okey la...saya bagi beberapa tips untuk anda mengawal mood anda...walaupun ini bukan tips yang di study oleh sesiapa pun..ini adalah sukahati saya sendiri...

1. bila awak rasa marah, then let it go...kerana awak yang mengawal kemarahan itu, bukan kemarahan mengawal awak...

2. bila awak rasa sedih, let it go...kerana itu akan membuatkan diri anda penat, you knoe how kesian your body yang asik melayan kerenah hati dan perasaan anda sedangkan hati dan perasaan tu tak kesiankan badan awak, padahal perasaan itu boleh di kawal

3. bila awak rasa apa sahaja yang negatif, just let it go, kerana semua yang terjadi ini adalah proses pembelajaran di mana kita tidak tau apa kesannya apabila kita terlalu mengikut perasaan kita.

4. Smile bukan sahaja manis, tapi smile juga adalah salah satu treatment untuk penyakit sakit jiwa dan raga..hehe! tak ada sorang pun dalam dunia ni tak pernah ada perasaan sakit hati dengan orang lain, tapi buat apa kita nak sakit hati lama-lama, biarkan orang tu dengan tidak berapa kepandaiannya..huhu!

5. Cuba cakap yang perkara yang baik2 ketika sakit hati, contohnya....

'Hana, kau tau tak kau salah label, letak mata kat mana? lain kali tengok elok-elok, muka je cantik (ini point tambah sendiri) tapi kerja entah apa-apa)

dalam hati ~watd ef ak~

'sori, lain kali saya cuba untuk jadi tak cantik dan mungkin kerja saya sebaik awak'
(ini pun bukan! jangan perli ketika sedang kerja kerana akan mengundang notis berhenti kerja 24 jam..huhu)

'sori, saya dah cek tapi tak perasaan tersalah tampal label, lepas ni saya try to be uncareless person ever :P'
(sama ada nak buat ~tangan di dada mata ke atas~ atau tidak lihat kepada keadaan..hehe)

My colleague selalu berkata yang aku ni ayat manis, suka cakap benda yang happy-happy (feeling badut menceriakan kanak-kanak yang berduka), pandai cakap dengan orang tua, dan yang paling penting, dorang cakap...

'Mesti bakal mak mertua Hana sayang Hana sebab dia BEGITU PANDAI layan orang'

okey, motifnya saya amat berharap Qery baca entry ini...hahaha!

ingat ya, ambil hati dengan kaki kipas adalah sama sekali berbeza..kalau anda seorang yang suka mangambil hati orang lain, please jangan salahgunakan sifat anda itu dengan mengipas bos anda, itu sangat meloyakan...huhu!

Be Proffesional...Not Emosional..
Anda mampu mengubahnya :)

Manisnya Kurma itu :)

aku pun tak tau kenapa tajuk sebegiturupa, yang aku tau, aku lagi manis dari kurma itu...


ianya terbukti...apakah?

Tahniah to Qery sebab dapat anugerah guru cemerlang,
Tahniah to Nazihah Husnita sebab dah selamat bertunang,
Tahniah to adik beradik sebab your impian menjadi kenyataan...
Tahniah tu diri sendiri sebab dah berjaya habiskan oncall dengan perasaan saksama,
Tahniah kepada semua yang membaca kerana habis membaca entry aku dari dulu sampai sekarang, tanpa korang..blog aku tidak bermakna.. :)

Semakin teringin nak berhenti kerja, semakin sayang dengan kawan-kawan...
inilah kehidupan...

Jun 27, 2011

Madam Kwan's

Bapak bosan la kalau tiap2 minggu ada Talk, rasa macam tak nak attend je, tapi sebab semua orang wajib pegi, ku gagahkan jua la...lagipun dorang sponser makan tengah hari, jangan la bajet kaya dan tolak rezeki, tang rezeki tu aku mampu lagi nak hadap, tang nak dengar talk tu, mata aku ni tak boleh bla mengantuk..hadui, dah la kena duduk depan sekali...tu kalau aku duduk belakang kompom lena...huhu!

Entah tiba2 dorang kata nak order makanan dari Madam Kwan's..alamak macam tak pernah dengar je..kampung sangatkah daku?? Kenapa ni semua pun tak pernah dengar? kesiannn sayaaa..hehe! Rupanya2 banyak lagi nama restoran yang aku tak pernah dengar..hehe! Bukan tak nak try, tapi aku ni jenis yang cepat kecewa tau...kalau aku try makan then sedap takpe, kalau makan lepas tu tak sedap tu terus spoil, so terus takut nak cuba makanan lain...nanti rasa rugi je duit order makanan lepas tu tak sedap...kalau tau tak sedap baik makan kat kedai mamak kan.. :P

ini nasi lemak Madam Kwan's ...

tadaaaaaaaa...yang kat mangkuk luar tu rendang ayam, dalam mangkuk kecik tu ada sambal ikan bilis, lagi satu tu macam arca(ops..haha, aku main sebat je asalkan ada bunyi sikit2, hehe! okey sebenarnya acar :P), aku tak makan arca, dan nasi dia sangat berlemak...aku tak berapa nak suka sebab santan dia pekat sangat, maybe tak kena dengan tekak kot..

Maybe next time boleh cuma menu lain, tapi rendang dia memang macam nak raya, eh sebenarnya tu bukan rendang, tapi kari..hehe! eh apa2 je la...

nasi lemak Old Town lagi best kot.. eh Old Town aku tau...yang tu aku bandar sikit...he he he :P

Jun 26, 2011

Memang Kami Tengah Gaduh..

Jangan tanya kenapa wujudnya video entah pape ni..hehe! Boleh tengok tapi jangan komen apa2..awas kau di situ..huhu!

video

S : kitorang tengan gaduh (muka yakin ke tidokkkk)
Q : (tiba2 qery buat #TDDMKA ~tangan di dada mata ke atas)
S : hahahaha (gelak secara gedik)
Q: (tiba2 dia cover macho..apakah?)
S: erm, gaduh pasal apa??
Q: (tiba2 dia tak nak cakap...tak paham kan?? huhu)
S : cakap la.... (paksa..haha)

tapi sebab dah malu nak teruskan..terus bye...haha! motif? Qery sangat tak funny bila aku tengah rakam tau...cakap je la apa2 kan...tiba2 terus control macho..

dari tak gaduh, terus gaduh sebab dia tak nak cakap...hahaha! nak gaduh pun susah...

My Sunday

Bersiaran secara langsung dari tempat kerja yang paling indah aman dan makmur dengan masakan makcik kitchen yang lazat tiada bandingannya, dan tidak lupa kepada doktor-doktor yang seronok mendiscaskan pesakitnya dari pukul 8 pagi tadi sehinggalahpukul 1 tengah hari, syabas kerana pesakit anda sudah kembali pulih, kepada misi yang sedaya upaya melayan kerenah pesakit, kepada pesakit yang tidak lagi sakit, saya ingin memberitahu, saya kerja hari ini dengan happy sekali walaupun dari tadi makan tak tentu, tapi kerana tugas kepada rakyat (oh tiba2...huhu!), saya rasa sangat bangga sekali kerana hari ini hari Ahad......

Setelah saya menyorokkan loceng pintu farmasi selama 3 jam dan mungkin sampai saya pulang nanti, saya rasa aman sekali kerana saya sangat stress bila dengan bunyi 'tinggggg' 'tingggg' namun tiada siapa di situ. ini bukan persoalannya siapakah yang menekan loceng, namun begitu perkara sedemikian rupa kerap berlaku kerana pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang 'gatal tangan' telah melakukan jenayah kecil itu. Walaupun ianya amat menyukarkan saya fokus terhadap kerja saya, itu bukan alasan saya untuk tidak buat kerja seperti yang ditugaskan.

Sedar tak sedar hampir setahun jagung saya berkhidmat dengan syarikat ini, walaupun ramai yang menganggap saya senior di sini mungkin faktor muka saya yang agak dimamah usia, ataupun cara saya bekerja yang sangat berlagak dan macam dah tahu semua itu membuatkan mereka rasa saya selalu 'bajet pandai macam lah kau dah 10 tahun kerja'.

Sepertimana yang tidak diketahui oleh semua orang, saya telah memesan makanan dari dapur hospital 'nasi putih dan tomyam campur' ,rasanya memang lazat pedas sangat menepati citarasa cucu negeri perak yang sejajar dengan kata-kata ibunda saya 'tak pedas tak boleh telan' dan telah dieksperimenkan oleh saya sendiri, memang tak boleh telan kalau tak pedas, maka saya harap makcik dapur hospital ada anak lelaki (okey ini sudah terpesong).

Sedang saya menikmati hidangan itu, tiba2 pesakit datang mengambil ubat, saya sambung makan, ada pesakit datang, saya sambung makan, ada pesakit datang lagi, lalu telah membuatkan perasaan mahu makan itu hilang dan saya telah membuang nasi itu tanpa rasa bersalah.

dan sekarang, saya rasa nak muntah sebab minum air terlalu banyak dan rasa perut sangat comel (motif?)

oh entry ni memang tak ada motif, cuma mengisi masa lapang yang boring di tempat kerja...terima kasih kerana sudi membuang masa bersama2 saya..hehe!

Good Sunday to you!

Jun 25, 2011

Pending!

aku ada banyak benda nak update, tapi disebabkan masa tidak mengizikan (tak habis2 alasan yang sama) maka aku rasa nanti baru aku update ye..

- hadiah tunang
- kedai akan di buka
- video
- saya nak kawen

okey itu adalah point2 yang tertunggak itu, yang point last tu tipu...

sekian terima kasih

Jun 21, 2011

Black XS For Couple :)

Bila orang tanya aku eh perfume apa yang wangi...kat hidung aku ni banyak nau yang wangi..

ini ikut apa yang selalu customer beli kat aku lah ye...

1. CK Eternity for Woman & Man
2. Nina by Nina Ricci
3. Bvlgari Essential Rose
4. Hugo Boss
5. Flora by Gucci
6. Ralph Lauren Blue
7. Estee Luader Pleasure

dan banyak lagi tak ingat nama..huhu! kadang2 takut hidung orang lain tak sama bau macam aku...tapi aku memang suka bau yang sweet manis2, tak suka yang pekat pening kepala hotakku..

Jadi semalam aku jalan2 tengok perfume ni, tak boleh jadi...bau2 memang wangi...bila promoter tu kata perfume ni limited edition terus beli...huhu!

Kenapa la ye, bau dia sangat sedap sekali...korang pernah bau tak? sedap ke tidok? hidung aku memang bau dia sangat mengghairahkan..hehe!

ini aku beli untuk aku...

dan yang ni beli untuk qery...terus jadi miskin, huhu! perfume punya pasal :)

tapi encik qery kita ni dia tak berapa suka yang ori...sebab dia kata sayang nak guna...boleh? kalau macam tu u tak payah pakai la..i pakai je dua2 ni...hehe!

tapi bau for woman ni ala2 nina by nina ricci sikit la aku rasa...wangi.....!! kepada yang suka perfume nina ni baik korang try pakai black xs ni, mesti korang rasa best gila....

aku still ada jual perfume lagi..

KLIK SINI untuk order :)

dan jangan lupa eh ke Sepet Shop, saya tunggu awak semua kat sana...daaaaaaa =P

Jun 20, 2011

Cuba Jangan Tolak Kerja Dan Jadi insan yang Bertanggungjawab!

Berapa ramai antara kita yang bila salah tapi menunding jari kat orang lain?

Berapa ramai antara kita bila ada masalah suruh orang lain setelkan?

Berapa ramai antara kita yang bila kena marah lalu tak dapat terima?

Berapa ramai antara kita yang bila kerja banyak, mula nak badmood?

Berapa ramai antara kita bila bergaduh dengan seseorang dan tunjukkan perasaan dan muka marah kat orang lain?

Berapa ramai antara kita yang bila kawan perlukan pertolongan dan kita tolong?

Berapa ramai antara kita yang bila ditegur, terus tak nak kawan?

Berapa ramai antara kita yang seronok tengok kawan-kawan buat kerja dan kita duduk goyang kaki sahaja?

*************************************************************

Saya sangat bersabar selama ini.....dan saya akan bersabar, saya tau kalau marah baik saya diam, sebab kalau saya bukak mulut, saya takut perkataan yang tak patut dikatakan terkeluar dari mulut saya, Qery dah pesan banyak kali jangan baik sangat, jangan baik sangat, protect ur self bcoz no one will protect u...saya suka protect orang, tapi bila masa saya...tak ada sorang pun nak protect saya...i wish dunia ni adil, maybe tuhan akan balas kat mereka dengan cara atau dugaan yang lain...bukan kerja saya untuk balas dendam..im not that type of person...the very not me..

Okey dah cukup-cukup...bila fikir benda-benda macam ni lagi buat saya rasa nak makan, tapi badan dah naik...serius!

badan saya ni dah mula ada bumper2 di mana-mana yang dia rasa dia suka nak ada...tapi kebelakangan ni memang saya makan banyak pun...maybe sebab senang hati la kot, hidup tak perlu kemewahan, tapi cukup kasih sayang pun dah okey je... (itu mak saya ajar)

eh penat la cakap saya saya..haha! sangat stress juga ye jadi lemah lembut ayu ni walaupun saya memang lemah lembut..auw!

okey dah dah. sebenarnya gambar adalah tak ada kena mengena langsung tapi adakukesah? aku tak berani la nak timbang berat badan sebab aku rasa memang badan dah naik, bila pakai seluar/baju mesti rasa dah gemok sikit walaupun orang kata nampak biasa je tapi aku tak nak percaya cakap dorang, kebanyakkan orang akan jaga hati kita dan akan cakap 'eh biasa je, nampak okey je' tapi aku tak nak percaya sebab kalau percaya nanti aku akan jadi gemok tapi feeling kurus...ha bagaimana?

so saya percaya diri ini dah gemok, bukan gemok sangat la, tapi badan ada lemak tambahan yang tidak diundang...lemak sila pulang kerumah anda dan jangan datang lagi..tapi.....

nasi lemak ini sedap...ok lemak sila pulang esok atau lusa..hehe!

nampak sangat iman tak kuat...hahaha!

susahkan nak kurus kalau macam ni..ada je dugaan mendatang..hidup ini memang banyak cabaran...betul ke tidoooookkk??

First Time : Subway

Tempat kerja aku memang selalu buat Talk, apa itu Talk? Talk tu macam kita bincangkan sesuatu la, contoh macam ada satu jenama ubat ni, ubat darah tinggi la kan...so dia akan buat talk pasal brand dia...apa yang bagusnya brand dia compare dengan yang lain, keberkesanan, cara pengambilan, bla bla bla bla...

Actually talk ni kitorang kena attend sebab jual ubat kena la tau pasal ubat ye tak..so selalunya Sales Rep akan buat talk dan akan bagi kitorang makan free tiap kali talk, antara makanan yang dorang bagi...

- Kenny Rogers
-MacD
-KFC
-Ayamas
-Pizza
-Dominos

dan kitorang akan request nasi kalau kitorang rasa muak gila makan benda2 alah ni...

di sebabkan semua staff farmasi dah bosan makan yang kat atas ni, tiba2 dorang kata nak order Subway, aku macam terpinga-pinga..apakah Subway? tak pernah dengar pun...macam jenama Cosway je...huhu! so aku pun tanya la dorang ni Subway tu apa....dorang kata burger2 dan terkenal jugak, kat Mid ada jual. bila dengar burger, oooooooooooo patut la aku tak pernah makan, sebab aku tak suka burger..hahaha!

tapi sebab benda ni free, so aku makan jugak...

oh ni la rupanya subway, boleh la...sebab aku tak minat roti2 ni..hehe!

Subway....lepas ni kalau korang sebut aku dah tau la..hahaha! dasar kampung.....


WELCOME TO SEPET SHOP

TQ

Malu..................

aku ada satu video tapi Qery tak bagi upload sebab dia kata aku gedik sangat...eh memang makwe kau n gedik, kau baru perasan ke ha?? huhu!

nanti la kalau dia bagi upload aku upload k...hehe! tapi video tu memang entah apa2 la...saja nak bagi korang menyampah... :)

lama dah tak promote Sepet Shop, meh la datang sini ye...ada beg baru coach yang original :)

kalau berminat tu macam biasa isi form, kalau ragu2 nak beli takyah isi form tau...hehe! yang serius buyers saja isi form...isi form dan aku terus akan mesej korang untuk reconfirm adakah korang mahu...

okey? macma biasa first come first serve...welcome to Sepet Shop guys!

Jun 19, 2011

Ahad yang biasa-biasa

Ahad aku biasa-basa je la noks...tak ada benda yang superb pun..aku terjaga pun sebab jemah , bigmouth n gapteeth ni masuk bilik aku, dorang tengah bersiap2 nak pegi beli barang untuk kedai yang dah nak bukak nanti.. So aku bangun2 terus mesej qery tanya dia pukul berapa nak amik aku kat rumah...sebab qery dah janji nak belanja aku tengok wayang...walaupun aku tak suka tengok wayang, tapi asalkan aku boleh keluar...tak kesah la...huhu!

janji pukul 2.30, dekat pukul 3 baru hegeh2 sampai rumah aku...ingat nak marah tapi tak jadi sebab aku rasa kalau perempuan cantik tak elok marah2.. (motip?huhu)

so tiba2 masuk kereta qery kata benda yang sangat membuatkan aku geli...

Q : kamu cantik hari ni...
S : erm....kamu okey ke ni?
Q : kena sayang kita je k
S : (alamakapaperlukukatakan?) nanti kita fikirkan
Q : hoi....
S : hehehe

Mr Qery, mesti la i sayang u sorang je....kalau ada 5 orang macam u pun i sayang u sorang je...

lelaki ramai boleh dicari...tapi untuk saya hanya satu saja...kamu la abang ku sorang...

maigod....geli sangat lah...haha!

Setelah sekian lama...

Nak tau tak last aku pegi luar negeri adalah tahun lepas...bapak lama gila...itu pun awal tahun lepas...tak suka tau bila ini berlaku kepadaku....huhu~~ okey malas nak cite pasal melancong sebab akan menyedihkan diri sendiri...

semalam aku stok take, so macam biasa la kerahan tenaga untuk mengira ubat-ubatan, macam tak ready je persiapan nak buat stok take, tapi takpe la setahun dua kali which is better than tempat kerja lama setahun 4 kali boleh tekanan darah rendah dibuatnya....

so sabtu punya patient pun sangat polite tak ada yang macam singa jadian atau pun macam karektor kerek seperti detektif conan yang tau semuanya....huhu! tapi yang aku bengang dengan seorang doktor yang terlebih pandai....

situasinya begini...

ada dua orang patient..cucuk botox, then seharusnya mesti la ada dua prescription kan..but doktor tu gave only 1 prescription...so kita kol doktor suruh tulis lagi satu prescription...tiba2 doktor tu marah dia tanya kita balik kenapa dia kena tulis lagi satu prescription? boleh tak? psycho ok....pegi jumpa psychiatrist la...buat aku berdosa je kutuk kau tau semalam...huhu! kalau saya bawak masuk court pun awak kalah tau....sangat membencikan..tapi takpe sebab hari sabtu tu ada patient kata aku pretty, dah buat hati aku sejuk dan beku selama seminggu..motif?

so stok take habis jam 4.30 petang macam tu..bagus gila...tak payah balik malam2, lepas balik tu makan-makan dengan kekasih tercinta (gelimatmatmat) dan balik terus update Sepet Shop

berapa harga dia? boleh KLIK SINI untuk banyak lagi warna yang menarik :)

dan KLik Sini untuk beg yang ni..

banyak lagi tau boleh KLIK SINI...yang lates tu semua original...kalau tak nak yang ori sila ke page belakang2..hehe!

Selamat BerShopping!

Jun 18, 2011

Tabiat atau Tebiat

ramai dikalangan perempuan perasan cantik macam aku akan ambil gambar dalam toilet. tapi aku jarang la nak buat macam ni sebab aku rasa susah la nak posing depan cermin....tapi aku telah berjaya melakukan ini atas dasar...

1. mengantuk di tempat kerja tahap gaban... mata aku tak boleh tahan ngantok walaupun tengah buat kerja tapi mata tak memberi kerjasama...

2. teringin nak feel remaja bila buat macam ni, kan selalu budak2 remaja suka posing dalam toilet...so keputusannya...boleh la...tak ada la best mana pun...huhu!

sebenarnya aku just nak tengok sama ada combination warna tudung aku dengan warna baju adalah tak ada kena mengena..haha! tapi boleh la...tak ada la teruk sangat...cuma memang tak ada kena mengena la...

okey tu la tabiat perempuan dan aku yang dah buang tebiat snap gambar dalam toilet...aku tak biasa buat...tapi mungkin lepas ni boleh buat lagi..hehe!

Jun 17, 2011

Happy Blongging Blogger :)

Sejak tahun 2010, ramai yang buat blog, ada cerita pasal masak-masak, ada cerita pasal fashion, ada yang berbisnes melalui blog, ada yang cerita pasal kenegaraan, pasal personal life, pasal info artis, gosip, ada yang saja nak lepaskan perasaan, ada yang nak jadi popular, ada yang nak tunjuk dia lawa/hensem,ada yang nak jual produk, ada yang nak tunjuk dia cool ada yang nak semua orang minat kat dia, ada orang yang saja buat blog untuk suka-suka sebab ikut kawan, ada yang sebab nak dapat duit dari pengiklanan, ada yang buat sebab nak keep in touch dengan kawan2, ada yang buat sebab rasa dia suka menulis, ada sebab dia rasa dia boring tak ada buat apa2 so saja la buat blog, ada yang buat sebab dia ikut trend terkini, ada yang buat sebab dia tak nak rasa keseorangan bila orang cerita pasal blog dan dia duduk tak tau apa2, ada orang buat sebab dia baru lepas clash dan nak tunjuk kat ex dia yang dia makin hensem/lawa. hehehe! ada macam2 sebab la kan....


dan aku tak kesah pun apa sebab korang berblogging, tapi satu je aku pesan...berblog ada baik dan buruk, kalau kita pandai manage diri kita, baiklah jadi nya...kalau kita tak pandai manage diri kita..buruk la jadinya...

maksud aku...

aku tau ada beberapa geng geng budak2 yang ada blog, yela sebab aku tak berapa nak campur dengan orang, dan aku tak berapa nak peramah dengan orang kerana aku tak biasa...tapi bukan semua orang macam aku...ada orang yang bila jumpa kali pertama dah boleh cakap macam 10 tahun tak jumpa..padahal baru kenal..hehe! so bila dah kenal2 ni macam2 la benda yang akan dikatakan..

benda baik seperti....

'eh saya suka baca blog kau..kau cari idea dari perpustakaan ke? lepas ni kita plan buat gathering lagi nak tak? kita kumpul ramai2 dan buat game sikit, bawak la anak kau sekali.anak aku minat dengan anak kau.. jom la..kita nak fun-fun je....'

benda tak berapa nak baik seperti...

'eh kau tau tak blog sepet tu? akak meluat la tengok dia...nak tayang pakwe je...dia ingat dia sorang je ada pakwe...mulut dia tu boleh tahan...kalau akak dapat akak cilikan terus..alah kakak2 dia pun bukan bagus mana...perasan popular je. akak dengar lagi sepet tu muka dia banyak jerawat, dalam gambar bukan main lagi..edit la tu...ala akak dengar lagi sekali dia tu gatal, korang tak tau ke, ni info akak korek dari orang yang boleh dipercayai okey'

sentaphatimaknak...hehe! itu adalah yang tak berapa nak baik....

dalam blogger, jangan buat fitnah....kalau tak tau diam je...kalau tau pun diam je...hehe! aku memang tak berapa rapat dengan mana2 blogger, life aku tersangatlah boring, aku ni tak fun...serius..hehe! kalau sehari jumpa korang boleh tengok aku diam je..senyum...diam balik...tak payah korang la..aku ni tiap2 minggu kalau ikut Qery main bola pun, budak2 perempuan kat situ memang aku tak bercakap sangat..hai hai bye bye je..

aku buat blog bukan sebab nak popular pun..aku buat sebab kakak-kakak aku buat..haha! so aku ikut je la untuk memeriahkan majlis walaupun aku tak kisah tak ada blog pun lagi aman hidup aku...huhu!

kadang2 tu bercita2 jugak nak tutup blog, sebab aku rasa macam hampeh je blog aku..tak ada apa sangat pun....tapi sebab tak nak kena maki dengan adik beradik , hadapkan jugak sebab kadang2 blog ni fun jugak...cuma bila kita dah ada komitmen dengan blog, kita akan rasa stress..bila unique visitor kita dah capai tahap 2ribu lebih sehari...kita terpaksa menten kan dia..terpaksa update hari-hari, terpaksa buat orang gembira dengan entry2 kita...kalau boleh tak nak orang bacab blog kita tu boringnyeeeeeeeeeeeeeee...begitu..ha yang macam sekarang korang baca ni kan bapak boring..haha!

bukan aku tak minat blog ni, tapi aku cepat boring tau...dah berapa tahun dah aku berblogging...baru la jugak, baru 3 tahun...eh korang tau tak...selalunya..bila dah sampai 3 tahun..mesti aku dah boring..serius. dengan Qery ni sikit lagi nak 3 tahun...lepas tu kompom boring...i cari lain la..hahaha!

hari ni Jumaat kan...esok stok take...Oh Em Geee

boringgg giler, boleh tak kerja tak payah ada stok take...penat la nak count loose tablets, kira ubat dah macam bercinta...tsk tsk tsk

okey last! Selamat berblog kepada sesiapa yang baru berjinak-jinak nak buat blog tu, semoga korang happy dengan dunia blog...dan yang dah lama buat blog pun...semoga korang terus success....

'ingatlah....jangan bangga sangat jadi blogger, kita hanya blogger, tak ada benda yang nak dibanggakan...'

hai...im blogger....! WTfakkkkhhhhhrul....

Jun 16, 2011

Nak Pergi Konsert Incubus? Dan Menang?

(STICKY MODE : ENTRY BARU DI BAWAH)


Siapa-siapa yang rasa dia mengidam/mengharapkan/termimpi-mimpi/teringin gila nak tengok konsert Incubus LIVE kat Stadium Negara 23 Julai 2011 ni tapi tak berapa nak mampu pulak nak bayar ticket, korang boleh dapatkan ticket free dari radio Fly FM & Hot FM. Ada dua jenis ticket yang korang boleh menang...

1. Rockstars Ticket (Ekslusif) : pemenang akan mendapat pemandu kereta yang akan mengiringi korang ke tempat itu (macam diva...diva ke? haha), menjadi orang yang pertama masuk ke konsert (agak istimewa memandangkan tiada tempat duduk disediakan dan tempat terbuka) , pre-cocktail, berjumpa dan beramah mesra dengan band :)
2. VIP Ticket (Limited) : pre-cocktail, masuk awal ke konsert

Pastikan korang sentiasa update dengan Tune Talk's Facebook Fan Page mungkin ada surprise yang menanti...so stay tune! (http://www.facebook.com/tunetalk)


*********************************************************************************

Okey...kepada sesiapa yang ada music band dan teringin gila nak ketengahkan korang punya kumpulan...INILAH MASANYA! takkan korang tak teringin nak buat persembahan time Konsert Incubus nanti? bangga mak seh...tak mahu ke..kalau korang menang, korang boleh buat performance time pembukaan Konsert Incubus nanti okey....gila popular...nanti kalau dah popular boleh la aku mintak sign.... (jangan sombong tau..muahahaha!)

Sila masuk contest ini...nama contest ni adalah "The 4 Incubus". Macam mana caranya Sepet? Apa syarat-syarat dia?

Okey....mari saya explainkan satu persatu...

1. Contest "The 4 Incubus" ni terbahagi kepada 3 bahagian..

i. Penyertaan sah dari 13 June sehingga 24 June SAHAJA. So cepat! Masa dah tak banyak!
ii. 10 band undian tertinggi (undian hanya sah dari 4 Julai sehingga 10 Julai)
iii. 5 band undian tertinggi (undian hanya sah dari 11 Julai sehingga 16 Julai)

2. Pertandingan TERBUKA kepada semua orang!

3. Syarat-syarat penyertaan :

i. Interested participants are to register themselves via Open 4 Incubus Facebook application at Tune Talk’s Facebook Fan Page.
ii. Each band is only allowed 1 submission.
iii. Bands need to upload either a music video or an audio recording of their vocal performance onto www.youtube.com and share the link via the application during the Entries period.
iv. By submitting your entry and in the event a band is shortlisted to The Top 5, they consent to attend the Finale Ground Event. Failure to do so will result in instant disqualification.

(maksudnya di sini, siapa yang berminat hendaklah daftarkan diri melalui Open 4 Incubus Facebook di Tune Talk's Facebook Fan Page. Dan setiap band hanya boleh menghantar satu video ataupun audio. Korang mesti upload dulu korang punya video/audio tu kat youtube, then linkkan video/audio korang tu kat Open 4 Incubus yang korang register tadi... 5 pengundi terbanyak perlu menghadirkan diri di Finale Ground Event! Kepada band yang tak dapat berbuat demikian akan diisytiharkan tidak layan memasuki pertandingan.

4. Pada 26 June 2011, Tune Talk dan beberapa hakim akan memilih penyertaan 10 band yang mendapat undian tertinggi dan band itu akan diumumkan pada keesokkan harinya 27 June 2011 di Tune Talk's Facebook Fan Page.


5. 10 band yang mendapat undian tertinggi tadi akan dibantu oleh Astro Hitz, dan akan diberi masa seminggu untuk menghasilkan video mereka. Dan video itu akan di muat turun di Tune Talk's Facebook Fan Page pada 3rd Julai untuk di undi :)

6. Cara-cara untuk Pengundian Top 10 dan Top 5 :

i. Undi melalui Tune Talk's Facebook Fan Page (satu undi per use)
ii. melalui SMS (Hanya untuk pengguna Tune Talk, vote SMS "Band Name" dan hantar ke 7777. Satu SMS dikenakan rm0.20. Tiada limit untuk SMS)

7. Selepas waktu mengundi Top 10 tamat, 5 pengundi terbanyak akan mara keperingkat seterusnya...undian sebelum ini akan dihapuskan dan undian untuk peringkat seterusnya akan di kira dari kosong.

8. 5 band yang mempunyai pengundi terbanyak perlu membuat persembahan di Grand Finale ground pada 16 Julai di Klang Valley (Venue TBA) Travel. Segala penginapan dan sebagainya adalah tanggungan sendiri..

9. 5 peserta terakhir akan dijadualkan semula selepas proses pengundian Top 5 berakhir and it will constitute 60 peratus keseluruhan markah..contohnya :

i. Band A Mendapat 100 undi dari fan page dan 100 undi dari SMS , jumlah adalah 200
ii. Band B mendapat 90 undi dari fan page dan 90 undi dari SMS, jumlah adalah 180
iii. Band C mendapat 80 undi dari fan page dan 80 undi dari SMS, jumlah adalah 160
iv. Band D mendapat 70 undi dari fan page dan 70 undi dari SMS, jumlah adalah 140
v. Band E mendapat 60 undi dari fan page dan 60 undi dari SMS, jumlah adalah 120

Band A mendapat undian tertinggi, jadi Band A mendapat 6 point
Band B 5 point
Band C 4 point
Band D 3 point
Band E 2 point

10. Incubus akan membuat keputusan terakhit untuk memberi baki 40% (iaitu 4 point), Band yang mendapat markah tertinggi akan memenangi contest ini.In the event of a tie, Tune Talk reserves the right to select the winning band based on the most SMS votes received.

11. Incubus akan mengumumkan pemenang contest ini pada sidang media pada 22 Julai (Venue TBA)

12. Pemenang akan mendapat peluang untuk membuat persembahan pada pembukaan konsert Incubus pada 23 Julan 2011 bertempat di Stadium Negara. No other remuneration will be given to them.

*******************************************************************************

APA LAGI...JANGAN SIA-SIAKAN PELUANG YANG MASIH ADA :)

GOODLUCK GUYS!

Tak Habis2 Aaron Aziz

Aku pun tak paham kenapa aku minat dia sangat-sangat , dulu aku rasa dia biasa-biasa je, maybe sebab dulu tak segagah sekarang kan...sekarang perghhhhhh....badan dia macam raksasa idaman okey...grrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...

tapi takpe..aaron aziz tak layan aku....apron aziz ada...tu diaaaaaaaaa..

walaupun tak segagah mana,...mak tetap sayang noks!

perangai dia tak macam seth, aku akur....kahkahkah! mana mauuuunyeeeee....Seth adalah tak cemburu...tapi Qery...kim salam...apaaaa pun tak boleh...

Qery sangat tak fun! apa boleh buat....hadap je la..tak ada sapa paksa kau pilih dia...sob sob sob.....

Tapi persamaan Qery dan Seth, dia sangat menyintai aku.....ni aku agak je...hahaha!

feeling sorang-sorang lagi la aku malam ni....sebab sebelum aku balik tadi Qery kata aku comel, eh aku tak paksa dia tauuuu.....korang fikir aku paksa dia..memang la sebelum ni selalu paksa dia..haha! tapi harini dia rela hari sebab..dia kata dia lagi sweet dari aaron aziz....apakah? tapi.....

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaadakukesah? hahaha!

Jun 15, 2011

Ichiban Ramen , Lazat sekali! Bukan Dua Kali!

Kalau bab-bab makan, selera aku dengan Qery memang tak sama... dia tu selera bajet orang putih....putih ke? huhu! dia suka fast food, suka Mac'D, kehepsi, Kenny Rogers, dan seangkatan dengannya la...aku tak berapa suka sebab tak sedap, tekak aku boleh makan, tapi hati i tak rela okey..huhu!

Aku pulak jenis suka makan nasi berlauk, suka makan kat gerai-gerai, restaurant melayu, food court, tekak orang kampung...so bila nak makan...selalu gaduh...dia nak makan situ aku nak makan sini...lepas tu aku je la yang selalu mengalah pun...mencik!

Demikian, aku terpaksa menuruti kata lelaki bajet ada kuasa veto itu dengan rela terpaksa...sob sob sob...

senyuman tak berapa nak ikhlas...hehe..

dia suka gila makan kat Ichiban Ramen tu...aku pulak suka makan kat Johny...so bergaduh macam mana pun aku jugak yang kalah..sebab dia kata kalau makan kat johny dia tak nak makan..cibaissss....huhu!

sebab dia tau aku ni bagi apa pun telan...memang la aku telan tapi aku tak suka tau...paksa paksa paksa...hehe!

Korang pernah makan sini? tekak aku rasa biasa-biasa je...cuma presentation dia memang la cun, makanan dia tak kena dengan aku..aku suka pedas...dorang masak tak pedas...

ni semua abang kau la..dia ayat aku baikkkkk punya sampai aku tergoda lalu makan di sini...
tiap kali dia goda mesti aku tergoda..ha cane? dasar......

lihat muka dia sangat berpuas hati dapat menggoda saya..dia suka udang...memang dia makan habis tau...semua pun habis...bagus la.tapi ichiban ramen ni staff dia semua nya peramah...dan comel, dan muka nak stok jepun je...

aku tak tau apa nama makanan aku...tapi boleh tahan la....cuma tak ada la SEDAP GILA tu...sedap la jugak, tapi tak ada la sampai termimpi2 ke watever...huhu!

Okey....itu je aku nak bgtau...makanan dia okey, cuma bukan tekak aku....so lepas ni aku harap dapat fikir ayat nak pilih johny dari pilih ramen...aku harap lepas ni aku menang..korang doakan aku...huhu!
Please vote kakak saya yang lemah gemalai lembik dan sopan itu...Dia masuk Bloggers 30 days of Challenge tu...saya memang la tak tau apa2 pasal benda ni sebab bukan saya yang masuk, tapi atas dasar2 adik beradik dan tak nak dikatakan adik durhaka, maka saya mempromotekan kakak saya..mintak tolong korang yang baik hati, rajin, suka menolong orang sewaktu kesusahan...huhu! pelis vote kakak saya...kalau dia kalah mungkin dia akan salahkan saya sebab tak support dia...

nak tau cara2 nak vote dia...senang je...

boleh KLIK SINI

dia ada ajar okey...pelis pelis...vote boleh sekali je...setakat ni memang dia no 1, tapi saya takut kalau dia tak memang dia boleh bertukar...menjadi raksasa berwarna pink...sangat annoying....

jadi supaya dia tak bertukar kerana kekalahan dia..saya mintak tolong sangat2 korang vote dia, dan dia tak perlu bertukar menjadi warna itu yang sungguh tidak menyelesakan jiwaku ini...huhu!

Thanks kalau vote..
Thanks jugak kalau tak vote tapi sentaplahhatimaknak..huhu!

Enjoy your day blogger n silent readers... my heart is yours :)

Jun 14, 2011

Sangat geli...

Before ni memang aku perasan Qery dia cepat penat tau...mungkin la satu sebab dah gemok, satu sebab dia dah kurang active, dulu2 dia terlebih active, hari-hari main sukan, bila dah dengan aku dia sendiri kurangkan sukan dia..mungkin tak sanggup nak dengar perlian cacian dari aku..haha!

Jadi bila badan dah biasa aktif, tiba2 kurang aktif walapun memang dia main sukan seminggu 4 kali...badan dia tetap lemau...cepat penat la apa la..aku dah suruh dia pegi SPA berurut kat sana segarkan badan, tapi dia tu degil...suka ikut cara tradisional..

ada satu hari, tiba2 dia send MMS kat aku..dia bagi gambar ni..


SANGAT MENGGELIKAN..aku tak boleh bla la....bintik2 macam sakit apa entah...macam ladybird pun ada, sangat SANGAT sangat geli....tapi aku tak sure sangat la motif dia tayang badan adakah nak tnjuk dia dah kurus sikit??????

NAK TAU PEGI LA TANYA DIA SENDIRI...tak kuasa aku nak tanya dia...huhu!

Review KL Gangster By Sepet88

Sebulan sebelum cite KL Gangster ni keluar, aku memang dah terlebih gedik nak tengok cite ni, sebab dia punya iklan tu menarik tertarik tengok aksi dorang gaduh2 kan nampak real la dan badan2 mereka yang begitu menggiurkan...nasib iman ada sikit2 kat dada walaupun macam dah rasa tak boleh bla je...haha!

Dicampur pulak aku tengok cerita Nora Elena, lagi bergedik-gedik la nak tengok sebab ada Aaron Aziz pulak kan....so aku dah cakap kat Qery nak tengok KL Gangster ni walau apa pun terjadi...wayang keluar 9 haribulan...aku dah beli ticket 8 haribulan sebab kalau beli 9 haribulan memang dalam mimpi je la nak tengok..konfem SOLD OUT, aku tengok-tengok pun sampai harini SOLD OUT, kaya laaaaaaa mereka semua yang terlibat..huhu!

Balik-balik kerja terus gagahkan diri ke Jusco Balakong, aku tengok memang ramai gila orang beratur nak tengok KL Gangster...aku datang lambat tapi tatap ada ticket..hidung kembang2 sebab berlagak *walaupun kalau tak berlagak pun hidung tetap kembang kerana faktor keturunan, tapi saya bukan orang jawa terima kasih..haha*

Qery dia menyampah dengan aku sebab lebihkan Aaron Aziz dari dia..hello? Ofkos la....kenapa nak sentap2 kan....terima je la qada' dan qadarnya..haha! terus dia suruh aku beli air sorang2...romantik betul perangai dia....huhu!

Okey meh nak cite pasal KL Gangster (baru nak start cerita ke setelah berjaya membebel dengan successnya..haha)

Cerita ni mengisahkan pasal seorang lelaki yang baru keluar dari penjara (Malek/Aaron Aziz) yang dah cuci tangan (dah jadi baik) walaupun semua kawan-kawan dia yang syaitan tu ajak dia masuk balik geng dorang...

Jai/Adi Putra selaku adik kandung Malek pun adalah salah sorang ahli kongsi gelap yang digeruni...tapi hubungan dorang tak berapa nak baik faktor2 duit, latar belakang keluarga...

Zizan/Fadhil/AbangLongDil (macam syial la) haha! selaku kawan baik Malek yang ditugaskan untuk menjenguk emak dan adik Malek sewaktu Malek di dalam penjara...

Syamsul/akutakingatpulaknamadiadalamcitetu. Anak angkat dari salah sorang Ketua kongsi gelap, mencemburui Malek kerana kekuatan Malek yang sangat osem...huhu! Target dia nak jatuhkan semua orang dan nak jadi Ketua kat KL...

Banyak aksi yang korang boleh nampak, memang real gila dorang berlawan, cara dorang cakap pun kelakar, semua nak budget otai gila...ada part sedih tu sedih sangat, ada yang kelakar tu kompom la terbahak-bahak aku dibuatnya....sampai tiap kali aku excaited Qery akan cemburu..hahaha!

Memang best gila, badan Malek tu buat aku tak keruan sampai ke hari ni...........nak suruh Qery buat badan macam tu...dia kata dorang tu inject steriod...ala tak kesah la inject ke tak, mak tetap giur nak...

Korang dah tengok? best kan! aku rasa nak tengok lagi la...tengok sekali macam tak puas....tunggu time dah reda baru boleh tengok..kalau tak memanjang SOLD je....mencik!