Followers

nuffnang

Dec 28, 2011

Perempuan Mulut Jahat Ittew


Untuk pengetahuan,
mulut aku memang jahat,
tapi tengok kepada tempat yang memerlukan..
eh? macam mana tu?
hahaha..sukatije...

Masa balik dari oncall,
dah lama dah aku oncall,
harini baru teringat nak cerita,
punyelah lapar sebab tak makan lagi,
yela lunch pukul 12, turn aku pukul 12...
ada yang turn pukul 1.
lepas tu nak menungggu sampai pukul 9 tak dapat makan,
so balik tu adalah sangat lapar,
bukan aku tak nak makan kat rumah,
aku paham sangat kadang2 takde apa nak makan,
kadang2 mak aku masak tapi dah habis,
kadang2 mak aku tak masak,
takkan aku nak tepon mak aku tanya dah masak ke tak kan,
mak aku tu bukan boleh,
kalau tau aku tak makan mesti dia nak masak jugak,
sebab aku tak nak susahkan mak aku..
aku pulak jangan harap la nak masak,
punyelah pemalas..
so baik makan kat luar je..
pegi kedai nasi kukus tiba2 tutup,
singgah pulak char kuew tiaw peneng penuh...
last-last makan kat KFC,
tak suka..tapi dah tak mampu lagi nak cari kedai makan,
cari-cari jam dah pukul berapa kan..
pukul bpe pulak aku nak balik..
begitulah...

Aku tak tau la KFC sebenarnya tutup pukul berapa,
tapi aku bajet 9.30 tu dah nak tutup kot,
sebab setahu aku KFC takde 24H kan..

S : Kita pegi KFC ni kena maki tak?
Q : Kenapa pulak?
S : Dia bukan tutup pukul 10 ke?
Q : Tu ada anak beranak baru datang tu..boleh kot

Kebetulan ada la macam makcik2 baru sampai jugak, dalam 5 6 orang..
lega sikit aku..
aku ingat aku orang yang last datang,
kompom kena maki dengan orang KFC..
hehe!

Aku kalau KFC ni tak reti order lain,
mesti makan set no 2,
pastu order satu tart,
sebab nampak sedap..
masa tengah syiok2 makan..
sekali ada satu pasangan couple ni masuk..
(hikhik..berlakulah satu umpatan yang sangat berdosa..haha)

Sebenarnya, (ececece dan-dan tu nak sebenarnye)
aku adalah orang yang tak amik tau hal orang lain,
orang tu nak pakai apa ke,
orang tu nak buat apa ke,
sebab aku memang tak amik port,
tapi sebab Qery ni api-api kan aku..
macam syaitan dah..haha!
jadi aku pun terjebak sekali...

Q : Perghhh perempuan ni, pandang kita lepas tu jeling..

Aku pun curi2 la pandang,
alah macam jeling2 sikit,
macam yang korang selalu buat tu...haha!
kena la cover line kan,
nanti dia tau la aku cakap pasal dia..kuikuikui!

S : Perempuan yang pakai dress sampai lutut tu ke?

Meh aku bagi korang bayangkan macam mana perempuan tu k,
hehehe....
dia pakai dress, jap aku lukis..


sori la lukisan aku macam horny sikit..haha!
baju dia memang ohsem lah,
beg dia pun ohsem,
aku suka beg dia tu..
tapi sebab dia rendah je sebenarnye,
beg dia terlalu panjang untuk dia,
sepatutnye dia kena pendekkan sikit tali tu,
tapi mungkin sebab dia dah pakai heels,
oh memang tinggi,
yang macam aku nak beli kat previous entry aku tu..
so mungkin dia dah feeling dia tinggi..

masa tu dia tengah beratur nak beli makanan,
tu yang aku boleh observe sampai semua sekali tu..
hahaha! macam makcik2 kepochi dah aku ni..
so bila dorang dah setel order,
dorang pun pegi la duduk,
duduk pulak selang semeja dengan meja kami...
takde la selang sangat,
jap aku lukis lagi...

oh beginilah keadaannye ketika itu..
so lepas dorang dah pilih sit,
Qery dengan perempuan tu boleh saling berpandang-pandanganlah kan..
takpe bagi can dia nak lihat keindahan ciptaan tuhan..
*TDDMKA

Q : Orang perempuan makan ayam memang pakai dua jari je eh?

lepas tu dia terus padang jari aku..semua pun kotor,
hahaha..aku memang kata aku makan macam makcik2 dalam entry INI,
lepas tu perempuan tu pegi basuh tangan kat sinki sana,
aku tak tau kenapa dia perlu jalan sebelah meja aku...
tapi time dia jalan tu..perghhhh..
vontot dia memang kiri kanan la kan..
hahaha!
korang jangan buat2 tak paham eh..
korang dulu kat skolah selalu ejek kiri kanan kiri kanan kan..
aku paham la mungkin dia pakai heels,
tu yang dia kiri kanan,
tapi kiri kanan dia macam over gila,
macam dibuat-buat,
aku rasa model pun tak jalan macam tu..
tapi aku diam je,
aku tengok dia pegi kat sinki sambil basuh tangan,
ini kali ke dua dia pegi sinki tu,
so maksudnye dua kali jugak dia ulang alik kiri kanan sebelah meja aku..
huhuhu!

Masa dia cuci tangan,
kan ada cermin,
aku pandang cermin tu,
rupanye dia tengah pandang aku..
eh? mesti dia nak tengok aku sangat kan,
tapi tak dapat sebab muka aku tak menghala ke dia..
kenapa? nak sign ke..
aku tak de la artis tapi boleh la feeling2 sikit..
kahkahkah!

Lepas tu masa dia duduk,
Qery dia punye observe tu memang over dari aku tau..

Q : Muka dia tade la bersih sangat kan..
S : Kamu ni teruk la sampai ke kulit muka pun pandang
Q : Sapa suruh dia jeling kita, macam bagus je..
S : Cantik ke dia?
Q : Tak la, kulit dia tak cantik, mesti dia tak pakai TABITA...

hahahahaha! lawok sangat,
korang tau kan entry TABITA tu..
kalau belum baca boleh baca lah..

Q : Tapi dia sexy, best la laki tu..
S : Alah, sexy-sexy pun makan kat KFC..
Q : hikhik!
S : Yela, baju macam gaya nak makan kat hotel-hotel, sekali makan kat KFC jugak..

Jahat kan mulut aku..
kebetulan time aku nak keluar tu,
dorang pun nak keluar sekali tau..
saja la tu nak saing-saing,
nak sign mintak jela kan...
huihuihui!

Tiba-tiba Qery pulak mulut jahat,

Q : Hak ala...pakai kereta ****** je....tension mak nok..
S : hahaha..kamu ni teruk lah...biarlah dia nak pakai kereta apa pun..
Q : Kamu tau tak cara dia jeling kita tu macam berlagak gila..

Haih lelaki memang kereta yang dorang pandang dulu kan..
tak paham aku...

Malam tu memang berdosa je la aku dengan Qery..

S : Dah kamu jangan cite lagi pasal perempuan tadi, banyak dah dosa kita,
Q : Okey...

5 minit selepas tu...

Q : Kamu nak tau tak perempuan tadi bla bla bla bla...

haih....memang tak boleh bla...hahahaha!

7 comments:

Gua said...

haha. kelakar betul. punyalah excited nak cerita, siap lukis-lukis lg. tapi best la dgr citer ni. (dasar perempuan, suka mengumpat je kita ni kan.) hehehhe

marinahunny said...

Hahahahahaha qery plak hover..hahahacomel la korang ni dik..

♥ FeRra ♥ said...

hahahaha! lawok gile qery tu. by d way sepet, KFC ad yg 24 jam. dkt PJ , sesyn 14. so agk2 lapo teringn mkn KFC pg2 bute boleh le dtg sini ;) hehehhe

Nor_Emylin said...

alo lo lo sepet...KFC ader la yg 24Hour....hehehe..ha, dulu kami ader jugak nampak gang yang "kiri kanan kiri kanan" ni...sumpah lawak okeyh!!!! mmg ader dosa nya, tapi dah benda tuh depan mata + tertengok + termengumpat la kan...manusia....biasalah..:-)

Tcey said...

Memang xpenah boring ar baca...adader je.. XD b.e.s.t!

ceera said...

sebbaik atam takde sekali, hahaha

♥CIK SHA♥ said...

apa ni heret aku sekali buat dosa ni..ahahaha..

sengal betol la korang berdua ni..hadoi..(-_-")