Followers

nuffnang

Oct 5, 2011

Kawan yang berubah


Dulu, aku ada sorang kawan....bukan la maksudnya aku ada sorang je kawan..gila looser kalau begitu. yang aku nak cite ni pasal sorang kawan aku ni, yang banyak buat question mark kat kepala aku...kot-kot la korang boleh bagi pendapat kenapa perkara seperti ini berlaku...

Aku kenal dia tak lama la, kira tak sampai setahun, nak kata rapat tu tak de lah, kawan biasa-biasa, kalau setakat nak cite-cite lepak-lepak je, belum sampai tahap nak tidur sebantal peha kenan kena cubit peha kiri terasa tu memang tak la, aku tak akan cari kawan yang sampai macam tu, sebab aku rasa tak perlu pun.. kalau sampai nak cite yang personal aku akan cari family aku macam ceera ke, jemah ke..baik aku cite kat dorang je kalau ada problem kan..family is the best FREIND EVER..

So nak dijadikan cerita, kawan aku ni berkawan dengan sorang laki setelah sekian lama dia putus dengan ex-boy dia, bila dah 3 tahun dia putus dengan expakwe dia, nak kata dia sayang pakwe dia tu aku tak tau la sebab itu life dia, aku tak ambik kesah pun, tapi yang aku nampak lepas dia berkawan dengan pakwe dia tu, dia TOTALLY CHANGE! dia jadi muram, selalu tak ada mood, tak nak bercakap, pemarah dan selalu penat, tak cukup tidur katanya...tapi tu bukannya masalah aku...

Yang menjadi masalahnya kat aku...dia dengan tiba2 tak bertegur dengan aku, langsung tak bercakap, aku tanya elok-elok pun dia cakap nak tak nak. Akulah sebagai orang Islam still tau hukum kalau tak bercakap lebih dari 3 hari kau akan berdosa, seolah-olah kau memutuskan hubungan sesama Islam...kan, aku bercakap jugak dengan dia kalau ada benda penting, yelah kalau korang, tengok muka kawan kau macam muka muncung 40 darjah, mesti korang pun mati kata nak cakap kan, elok-elok nak berborak terus angkat kaki bla je...macam tu la jugak aku hari-hari, aku nak cakap tapi bila tengok dia, muka dia macam tu, aku diam je la..lepas tu kalau terserempak dengan aku dia buat-buat main mesej, lalu sebelah aku pun tak pandang...serius..kenapa????????

Aku pun pelik dengan perangai dia, tiba2 dia berubah jadi macam tu...lepas dia tunang dengan pakwe dia tu, langsung dia tak bercakap dengan aku...tapi kenapa? aku ada buat salah? kawan-kawan aku yang lain cakap mungkin dia cemburu, sebab aku rampas kawan baik dia? eh?? aku tak tau la bila aku rampas? aku tak boleh kawan ke dengan kawan baik ko tu? aku tak ada jarum-jarum kawan baik kau tu pun supaya tak kawan dengan kau..kita kawan je la sama-sama, tak boleh kongsi kawan dah ke? Aku pun tak ada kata kawan baik ko tu kawan baik aku...kawan baik ko tu kawan aku macam biasa-biasa je..aku tak paham la perangai perempuan kenapa eh macam ni? cemburu?

kadang-kadang kalau dia gaduh dengan pakwe dia tu, dia akan jadi badmood dan kena tempias kat kawan-kawan yang lain. Aku takpe lagi la kalau dia tak nak cakap dengan aku.. aku tak kesah sangat sebab aku bukan kawan baik dia, tapi kesian jugak kat kawan baik dia, dengan kawan baik dia pun tak nak bertegur. Siap kena block kat facebook. hehe. Aku kena block pun aku tak kisah sebab lagi bagus, mata aku tak payah pandang dia, aku tak tau apa masalah dia, dia ajak kawan-kawan dia block aku sekali. Tapi takpe, kalau dia rasa apa yang dia buat tu betul, buatlah..

Cuma sampai sekarang ni aku pelik, kenapa dia berperangai macam tu? Yang pastinya, sejak dia berkawan dengan lelaki tu, dia terus dia suka marah-marah, aku dengan kawan baik dia dulu selalu dengar dia kena marah dalam fon..pakwe dia maki dia cakap dia bangang, bodoh, lembap, kadang2 nampak dia nangis sorang-sorang, aku kesian kat dia, ada satu hari tu nampak kesan lebam kat pipi dia, what should i think? nak percaya yang dia jatuh dalam bilik air? aku bukan budak tadika yang nak percaya muka lebam sebab jatuh okey..

Sekarang ni apa yang aku perlu buat? Aku nak diam tak payah bercakap dengan dia atau cakap macam biasa, tapi macam cakap sorang-sorang, benda ni dah berlalu dalam 2 3 bulan macam tu lah, aku bercakap, tapi dia tak nak cakap, pandang muka aku pun dia tak nak, then kawan dia pun sama jugak, mungkin dia ada buruk-burukkan aku kat kawan dia, then kawan dia pun dah tak nak cakap dengan aku...tapi aku tak kisah sebab kawan dia bukan Islam, so kalau tak nak cakap dengan aku itu masalah kau, yang masalahnya sekarang kau kawan aku dan kau Islam..

Aku tak tau kenapa dia jadi macam tu, aku tak ada perasaan marah kat dia, tapi bila dia buat macam ni, aku rasa menyampah dengan dia, macam budak-budak tak matang, macam tak profesional, emosi sangat, aku tau dia tak boleh control dan tak boleh manage emosi dia, tapi perlu ke sampai tak nak bertegur dengan kawan kau yang tak tau apa-apa, tiba2 kau bersikap begitu...mengapa?

Korang rasa kenapa dengan kawan aku ni? adakah dia ada dalam masalah dia sendiri? atau dia cemburu dengan aku sampai nak kena block aku? kenapa perlu nak burukkan kawan sendiri kat orang lain? one more thing, dia pernah cakap dia lagi sayang bakal family in law dia dari family dia sendiri...like what the? ingatlah kawan, siapa yang membesarkan kau, siapa yang memberi pelajaran, siapa yang mendidik kau dari kecik, siapa yang memberi kalau kau meminta, siapa yang bersusah untuk kau bersenang, siapa yang berjaga untuk kau tidur lena, siapa yang berdoa untuk kau hidup sejahtera...

bila perangai dia dah switch macam ni, aku terus macam tak nak rapat dengan dia, tapi aku bersyukur, Allah tunjukkan aku contoh yang TIDAK BOLEH DIIKUTI, Allah tunjukkan aku supaya pilih orang yang hormatkan aku, hormatkan family aku, Allah bagi aku kesedaran yang family adalah segala-galanya...

Tapi bila aku fikirkan, buat apa aku nak fikirkan, dia sendiri yang pilih jalan tu...dia sendiri yang tak nak bertegur, dia sendiri yang lebihkan bakal family in law dia, dia sendiri rela di caci di maki di pukul, dia sendiri yang pilih... tapi kalau aku... aku tak kan buat diri aku sebodoh tu..

Kalau korang ada idea apa yang jadi kat kawan aku ni... Qery kata ada dua kemungkinan...

1. Dia dah terlanjur cinta (ehem)
2. Dia tak matang (uhuk)

aku dah tak nak fikir dah, dia tak ada dalam hidup aku pun aku tak kisah, tak memberi apa-apa faedah mahupun kaedah..hehe! Selama aku hidup tak pernah lagi dapat kawan macam ni, tiba2 dapat kawan macam ni, eh? kau ni kenapa?

9 comments:

LiYaNa.MaZLaN said...

maybe dia masih dalam proses pemBESARan kot? hahaha....

Aida Effarina said...

maybe dia ada masalah personal, tak pandai kawal emosi sampai org lain yg jadi mangsa.

org macam ni biarkan je sis, one fine day dia akan sedar silap dia. kalau dia tak nak kawan, sis tak rugi pape pun. just mind your own business is better. :)

Roxy zai said...

u dont care bout her but yet u still sap buat satu post bout her..u baik,tp dia rugilah persiakan kawan baik mcm u..setel!

izzad b* said...

nomb 1 kot.kekekeke, chill ok, kwn2 mcm 2 xde pon xpe

R.R.Z said...

biarlah zack_u, actually memang wujud 'kwn' mcmni.

bg kita, de jeles ngn kamu. Bia lah de, kamu ade ramai kwn...
:-)

cik nur said...

scary aku kalo kenal dengan manusia mcm nie tau tak boleh aku hehehe

keCik said...

dl time skolah pn kwn yg perangai cm nie...ish3...wt xtau je...coz kt xde pape slh pn...

rarizzar said...

mesti ada sebab, sebab yg dia sndri jer yg tahu. dan mesti dia ada mslh, mslh yg dia malu nk kongsi dgn kwn2 kot. mungkin dia takot kalau baik ngn kwn2.. nnt bila dia emosi kwn2 sibuk tny apa mslh dia dan dia termalu nk cerita. eh masuk akal ker?

fatiha said...

mungkin jgk dia terlanjur cinta..huk3..sbb ade kwn jgk mcm ni..