Oct 17, 2011
Kepada yang baru pertama kali baca blog Sepet88
Oh, tiba-tiba rajin nak taip entry suai kenal...entah apa-apa..tapi lantaklah, mood rajin mali maka buat je, nanti dah malas satu entry pun kemain susah nak taip...huihuihui...bukan apa, semenjak tiba-tiba ada muka muka baru yang baru follow blog aku ni, saja la nak bagi senang kat dorang, kesian pulak nak suruh dorang baca dari mula, aku tau bukan semuanya berminat nak baca kan..kalau blog cite best jadahnya takpe jugak, ini cite pun suam-suam kuku...kekeke!
Ok hai (lambai tangan sambil mata kecikkan sikit tanda excaited), nama blog aku ni Sepet88, so tapayah la nak panggil 'hai sepet88' , tapayah la sampai camtu sekali pun...panggil je sepet, kalau lebih sopan boleh panggil cik sepet... *hahaha* tapi kalau rasa korang lagi tua dari aku boleh la panggil dik sepet, atau yang feeling muda nak panggil kak sepet pun aku tak sentap walaupun....huhu! tapi kalau nak panggil kau aku pun makcik izinkan...ada yang dah kenal lama tu panggil aku zack-u (z-u), yang zaman-zaman gegurl panggil aku Hana, yang zaman skema panggil aku Zuhana...so pilihla yang mana satu, cuma kalau korang panggil aku Sepet aku tau la korang kenal aku dari blog...begitu...
Umur aku this year 17 tahun, tengah tunggu nak SPM...nerves lah kan...Oklabai...hahaha! Itu hanyalah perasaanku sahaja...Umur muda lagi, baru 23 tahun...Dulu tadika kat Tadika Al-Islah..lepas tu sekolah kat kampung cheras baru, lepas tu masuk sekolah menengah Taman Seraya, lepas tu masuk Sekolah Teknik Dato' Lela Maharaja, Lepas tu masuk Management And Sciense University (MSU). Jangan la korang tanya aku best tak MSU, bagus tak MSU, eh aku dah tak ingat lah...tak menikmati pun keindahan time kat MSU, tau nak cepat habis je...hahaha! Atau yang pernah sekolah kat sekolah yang aku pernah sekolah tu...jangan lah ingat-ingat aku ni siapa sebab aku kat sekolah memanglah tak popular pun...Sukan memang tak main..muka pun tak berapa nak cantik, so duduk diam-diam je...
Kerja, okey sekarang ni aku kerja bahagian Farmasi, baru kerja dalam 3 tahun macam tu..tak sampai pun..2 tahun setengah je..tapi dah start boring macam harem nak kerja..so plan nak berenti kerja...hahaha! Kalau korang nak tanya pasal ubat tu boleh la..tapi jangan la menaruh harapan aku akan jawab dengan detail sebab aku pun bukan pandai sangat.. kadang-kadang dah datang bodoh tu kelaut la jugak...hehe!
Blog aku kalau korang perasan asik la ada nama Qery, korang nak tak nak terpaksalah biasakan sebabnya aku tak ada idea nak letak nama siapa..hahaha! Siapa Qery? Dia tu bukan penting sangat bagi korang, so aku terangkan sikit-sikit je lah..Qery tu teman lelaki (iyek) aku... So kompomlah aku pun boleh tahan macam lipas kudung..eh lipas kudung pulak..hahaha! boleh tahan macam belangkas dengan si Qery tu..kenapa? Yang tu nanti aku terangkan di perenggan lain.. *poyo ke tidok*
Aku ada satu blogshop yang ber-url kan http://sepetshop.blogspot.com, jualan utama aku adalah beg, so kalau korang bukak blog Sepet Shop tu nampak muka aku tapayah la nak fikir bukan-bukan, takut orang lain guna muka aku la, guna nama aku la dalam blogshop tu..eh eh jangan begitu..hehe! Itu aku punye jugek....tapi Bos Besar dia Qery, Haaaaaaaaaaaaaaa...sebab tu la aku asik berkepit je dengan dia..kena beli beg sama dia, kena bincang beg dengan dia, nak amik gambar beg pun dengan dia..dating pun dengan dia..eh?
Selain nama Qery, akan ada banyak nama adik beradik aku yang lain, sebab aku ada 9 orang adik beradik, so korang mungkin akan terkonfius sikit lah mana satu yang aku sebutkan..kakak yang mana abang yang mana..tak payah pening, yang penting aku anak bongsu...tu je yang aku cuba nak sampaikan..hahaha!
Lagi apa yang korang perlu tau? Ha cukuplah tu...kalau ada penambahan tu, tengok la setahun dua lagi aku buat entry baru..hahaha! walaupun tak ada siapa yang kesah.... *mata ke atas*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
Oh! gitu.. dah tau dah! ('',)
hee.. dah baca lama.. harus tahu walaupun tak de nyer selalu tinggal jejak...=p
so u n Qery not married? but the picture at the side..'My Bos n Me' ?
just wondering..u r sepet..is it becos u r chinese or ur parents?
ok,.. dah tahu dah,.. ::))
akak suka sepet ni pasal straight away jek..ikhlas and tak berselindung..."D
ok fine! dah lama gila godek ur blog, bru tau umur sama. ish
yeay. senang mak nak kenal ngn adik sepet bila ada entri nih :)
salam kenal.
tak buat lawak tak boleh ke sepet?penat aku gelak,.hahaah
hihihi sempoi2 :)
hai sepet.kita sebaya ^^
hai sepet.kita sebaya ^^
dah tak ingat laa cmner leh terjumpe blog sepet88.. kalo ingt nak jugek buat entri penemuan sepet88. sejarah tuu!
ok kenal dah sapa sepet ni..
sepet kerja hospital mana?
Post a Comment