Followers

nuffnang

Jul 28, 2011

Spa bersama adik beradik/rakan karib

Okey, bgtau awal-awal gambar adalah dicuri bulat-bulat dari blog Ceera, kerana dia kakakku, maka dia takkan saman saya kalau saya tak minta izin..hehehe! Mesti korang dah baca kat blog dia yang dia ajak kami adik beradik perempuan (adik beradik lelaki sila makan hati sekarang..hehe) memggedikkan diri bersama-sama padah hari jumaat lepas..

Ceera dah mesej aku sebulan lepas untuk aku meng-free-kan diri sehari untuk dorang, maklumlah dalam ramai2 adik beradik aku yang paling susah nak free kerana aku memang feeling timbalan Perdana Menteri kata ko....so aku pun dah sound ceera awal2 sila bagitau tarikh awal 2 minggu sebab aku nak apply cuti kan..tempat kerja aku ni bukan macam kau boleh cuti, then kerja tu boleh sambung bila kau naik cuti..jangan lah kau mimpi itu akan berlaku...

kerja aku ni sangat stess sebab everyday pun bermain dengan nyawa orang..tak boleh silap sikit, silap banyak apetah lagi..so bila sorang cuti pun akan memberi effect kat orang lain sebab tak cukup staff bla bla bla bla bla bla..so bila aku nak cuti aku bagitau mereka awal2 untuk mereka membuat persediaan mental dan fizikal..hehe!

So Jumaat lepas aku dengan Ceera dah janji nak bertolak jam berapa semua lah...dia kena datang ambik aku la kan..dia kan kakak...hehehe! Kitorang ada la membuat ketupat sikit2 dalam kereta, maklumlah dah nak raya.. :P

Sampai2 sana tunggu kakcik sebab aku ceera dan kakcik sesi petang, akak, kaklang dengan kak ida sesi pagi, jemah pun sesi pagi tapi disebabkan dia ada hal lain so tak dapat attend, jumpa2 kakcik sangat terkejut sebab dia dah kurus sangat...

Aku : kenapa kakcik ni kurus sangat, tetek pun dah tak ada
Kakcik : eh ada lah, sukati korang je..huhu!
Aku : Kakcik macam anak dara dah (saja nak up-up kan dia..haha)

So bila dah sampai tu kami lepak dulu kat papa rich sebab kakak aku yang sesi pagi tu tak habis2 lagi, tak kuasa nak tunggu kat tempat spa tu..so lepak makan sebab kakcik tak makan lagi..

Ini budak yang membelanja adik beradiknya..hehe! semoga dimurahkan rezeki :)

aku pulak sibuk main facebook, eksaited la bukan senang nak keluar dengan perempuan-perempuan je kan..selalu keluar dengan qery je...hehe!

lepas habis makan minum terus berdesup pegi spa...

masuk2 sini terus isi borang...

komen untuk spa kali ni, tang spa okey, tang urutan kaki okey, tang dia buat treatment telinga pun okey, tapi tang dia urut kat belakang aku tak boleh bla..sakit gila..maybe sebab aku tulang je kot, dah la urut pakai batu kan..so apa rasa kau kalau tulang kau kena gesel2 dengan batu panas...erghhhhhhhhhh!! mula2 okey lagi, tapi kalau dah sampai 30 minit, memang 3 malam tu aku tidur tak tenang...huhu! malam pertama tu, aku nak taip SMS pun aku paksa jari aku push...tak larat gila..aku ingat macam dah nak demam..demam urat kot, tapi aku rilex lagi la..esok aku kerja pun jalan pelan2 je...tapi lepas 2 3 hari tu dah okey sikit...hehe!

tapi yang lain semua okey, tak perlu bogel2...jangan risau ye..hehe!

ini adalah kakak2 ku yang sesi pagi..akak dan kaklang...
kaklang bersama kak ida...

okey tu je la buat sementara waktu ni..banyak cerita tapi aku malas nak cerita...dasar pemalas..kadang2 aku tau aku eja salah..tapi aku malas nak betulkan balik...ini pemalas tahap kronik...lantaklah..bukan masuk exam pun..hehe!

3 comments:

ღ p!nk veLvet ღ said...

sepet pakai ipad ke tuh? wahhh~~

GaDis BuTtErFLy said...

spa... bestnya... :)

lily lotus said...

seronoknya tgk korang ni, sangat bersatu jiwa gitu..hehehe