Sebab tu kalau kita tengok kat status FB macam2 luahan yang mereka taip tanpa mereka sedari, kita boleh menilik beberapa sifat mereka..wah ada macam manisnya kurma itu tak? haha! okey sila fokus apa yang cuba aku terangkan ni...
Pernah tak korang rasa badmood secara tiba2? walaupun tak ada apa2 yang terjadi tapi korang rasa tak ada mood nak melayan kawan-kawan..please, atleast jangan layan kawan-kawan korang macam gampang kerana itu membuatkan mereka menyampah nak layan korang next time..huhu! kalau korang rasa badmood, terus terang dengan kawan-kawan seperti 'harini aku badmood tau, korang jangan kawan dengan aku harini je, nanti aku dah mood okey aku miskol korang'. berterus terang lagi baik daripada korang layan kawan korang nak tak nak tanpa kami ketahui punca mengapa engkau sebegini rupa..
atau kalau korang rasa harini nak marah je...mengaku je.. 'harini aku piyed, hari first biasalah bulu singa aku kembang lain macam, tunggu aku piyed hari ke 5 baru aku jadi kucing parsi korang ye, sebarang kesulitan harap dimaafkan'
Kita semua ada bahasa yang melambangkan bangsa, kalau ko tiba2 nak mengamuk, tiba2 jadi sawan, bukan setakat orang je tak nak kawan, sila hari bulan semut pun tak nak tumpang lalu...hehe!
adakah anda suka melihat muka di atas ini, muka masam dan macam sombong , malas nak tegur kalau muka orang macam ni sebab macam tak best... walaupun muka dia cute... (masih di situ..hahaha)
atau anda suka melihat muka orang yang manis seperti contoh di atas, (berusaha gila nak buat muka semanis kurma ituwwww..haha) Okey la...saya bagi beberapa tips untuk anda mengawal mood anda...walaupun ini bukan tips yang di study oleh sesiapa pun..ini adalah sukahati saya sendiri...1. bila awak rasa marah, then let it go...kerana awak yang mengawal kemarahan itu, bukan kemarahan mengawal awak...
2. bila awak rasa sedih, let it go...kerana itu akan membuatkan diri anda penat, you knoe how kesian your body yang asik melayan kerenah hati dan perasaan anda sedangkan hati dan perasaan tu tak kesiankan badan awak, padahal perasaan itu boleh di kawal
3. bila awak rasa apa sahaja yang negatif, just let it go, kerana semua yang terjadi ini adalah proses pembelajaran di mana kita tidak tau apa kesannya apabila kita terlalu mengikut perasaan kita.
4. Smile bukan sahaja manis, tapi smile juga adalah salah satu treatment untuk penyakit sakit jiwa dan raga..hehe! tak ada sorang pun dalam dunia ni tak pernah ada perasaan sakit hati dengan orang lain, tapi buat apa kita nak sakit hati lama-lama, biarkan orang tu dengan tidak berapa kepandaiannya..huhu!
5. Cuba cakap yang perkara yang baik2 ketika sakit hati, contohnya....
'Hana, kau tau tak kau salah label, letak mata kat mana? lain kali tengok elok-elok, muka je cantik (ini point tambah sendiri) tapi kerja entah apa-apa)
dalam hati ~watd ef ak~
'sori, lain kali saya cuba untuk jadi tak cantik dan mungkin kerja saya sebaik awak'
(ini pun bukan! jangan perli ketika sedang kerja kerana akan mengundang notis berhenti kerja 24 jam..huhu)
'sori, saya dah cek tapi tak perasaan tersalah tampal label, lepas ni saya try to be uncareless person ever :P'
(sama ada nak buat ~tangan di dada mata ke atas~ atau tidak lihat kepada keadaan..hehe)
My colleague selalu berkata yang aku ni ayat manis, suka cakap benda yang happy-happy (feeling badut menceriakan kanak-kanak yang berduka), pandai cakap dengan orang tua, dan yang paling penting, dorang cakap...
'Mesti bakal mak mertua Hana sayang Hana sebab dia BEGITU PANDAI layan orang'
okey, motifnya saya amat berharap Qery baca entry ini...hahaha!
ingat ya, ambil hati dengan kaki kipas adalah sama sekali berbeza..kalau anda seorang yang suka mangambil hati orang lain, please jangan salahgunakan sifat anda itu dengan mengipas bos anda, itu sangat meloyakan...huhu!
Be Proffesional...Not Emosional..
Anda mampu mengubahnya :)
9 comments:
Sepettt cantik le ang pakai tudung. hihihi.
betul ni, aku tak tipuu.
and, ada satu iklan krim muke ke pencuci muka tah, sekali pandang cam muke ang. aku igt kan ang la.. dua kali pandang. awek korea daa. hihi mane le tau kan, tibe-tibe jadi model krim muke ke. hihi
saya sangat setuju dengan tips-tips sukahati cik sepet itu..ehehe..
tak ramai yang ada kebolehan mengambil hati..sebab it's comes from heart naturally..
tapi ramai yg ade kebolehan mengipas-ngipas vontot terutama kipas vontot bos..ekeke..
sepet dah matang?
hai sepet yang sepet...
sepet cantik..
cantik la shawl..
sesuai sgt...
gerammmmmmmm
saya stuju point 'let it go' tu
saya slalu diamklusaya tgh marah tapi most of the time..org slalu paksa saya ckp time saya tgh marah....maka keluar lah segala mcm ayat sampah...dorang yg xpaham..bkn salah saya ;p
u are so true :)
I like your words...be professional not emotional..
Bagus...
Sebab ada kawan yang cenggitu..suka piyed sesuka ati dia pastu nak kita je paham die..
ingat kita Prof X (dalam x-men tuh) ke yang boleh baca akal fikiran die?
Apa-apa hal pun...lantaklah kan...asal kita tak kacau orang sudey!
Hayati Buya : santek ke?? kalau macam tu nak selalu pakai laaa..hehe!
♥CIK SHA♥ : tips sukahati tu memang sukahati je..hehe! kaki kipas memang membencikan...kan..huhu!
Nani Aling : tak la, sepet belum akil baligh lagi..ahaks!
d!LLah : eh eh puji ni nak shwall free ke?? hehe! shwall tu cantek kan....beli kat viruspadu..
yellowie roses : hehe..itu la, kalau tak ada mood atau tiba2 tension baik bgtau awal2, kerana kawan2 boleh prepare for fire..haha!
edlidza : you are so beautiful btw :P
Rawlins Ichigo Takashi Lutz : yup, saya pun tak tau kenapa period selalu menjadi alasan untuk para wanita marah2 padahal tak period pun marah jugak... :)
tak lah sepet...puji ikhlas ni...kalau nak bg shawl free pun apa salahnya
Post a Comment