Followers

nuffnang

Jun 26, 2011

My Sunday

Bersiaran secara langsung dari tempat kerja yang paling indah aman dan makmur dengan masakan makcik kitchen yang lazat tiada bandingannya, dan tidak lupa kepada doktor-doktor yang seronok mendiscaskan pesakitnya dari pukul 8 pagi tadi sehinggalahpukul 1 tengah hari, syabas kerana pesakit anda sudah kembali pulih, kepada misi yang sedaya upaya melayan kerenah pesakit, kepada pesakit yang tidak lagi sakit, saya ingin memberitahu, saya kerja hari ini dengan happy sekali walaupun dari tadi makan tak tentu, tapi kerana tugas kepada rakyat (oh tiba2...huhu!), saya rasa sangat bangga sekali kerana hari ini hari Ahad......

Setelah saya menyorokkan loceng pintu farmasi selama 3 jam dan mungkin sampai saya pulang nanti, saya rasa aman sekali kerana saya sangat stress bila dengan bunyi 'tinggggg' 'tingggg' namun tiada siapa di situ. ini bukan persoalannya siapakah yang menekan loceng, namun begitu perkara sedemikian rupa kerap berlaku kerana pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang 'gatal tangan' telah melakukan jenayah kecil itu. Walaupun ianya amat menyukarkan saya fokus terhadap kerja saya, itu bukan alasan saya untuk tidak buat kerja seperti yang ditugaskan.

Sedar tak sedar hampir setahun jagung saya berkhidmat dengan syarikat ini, walaupun ramai yang menganggap saya senior di sini mungkin faktor muka saya yang agak dimamah usia, ataupun cara saya bekerja yang sangat berlagak dan macam dah tahu semua itu membuatkan mereka rasa saya selalu 'bajet pandai macam lah kau dah 10 tahun kerja'.

Sepertimana yang tidak diketahui oleh semua orang, saya telah memesan makanan dari dapur hospital 'nasi putih dan tomyam campur' ,rasanya memang lazat pedas sangat menepati citarasa cucu negeri perak yang sejajar dengan kata-kata ibunda saya 'tak pedas tak boleh telan' dan telah dieksperimenkan oleh saya sendiri, memang tak boleh telan kalau tak pedas, maka saya harap makcik dapur hospital ada anak lelaki (okey ini sudah terpesong).

Sedang saya menikmati hidangan itu, tiba2 pesakit datang mengambil ubat, saya sambung makan, ada pesakit datang, saya sambung makan, ada pesakit datang lagi, lalu telah membuatkan perasaan mahu makan itu hilang dan saya telah membuang nasi itu tanpa rasa bersalah.

dan sekarang, saya rasa nak muntah sebab minum air terlalu banyak dan rasa perut sangat comel (motif?)

oh entry ni memang tak ada motif, cuma mengisi masa lapang yang boring di tempat kerja...terima kasih kerana sudi membuang masa bersama2 saya..hehe!

Good Sunday to you!

1 comments:

eykameow said...

hehehehe cian ko...xpe2...enjoy what sekali sekala keje ari ahad...hihi aku pun penah rse mcm ko dulu =P