Followers

nuffnang

Apr 26, 2011

Ex-boifren gila?

'Awak nak tau tak, ex-boy saya tu dia gila, dia kata kalau dia tak dapat saya, orang lain jangan harap boleh dapatkan saya'

'Awak tau tak? dia selalu ganggu hidup saya, saya dah ada boyfren pun dia nak kacau hidup saya lagi'

'Awak tau tak ex-boy saya, dia tu panas baran, nasib dulu tak jadi kawin dengan dia'

'Awak tau tak??? ramai lelaki nak kan saya.....'

pfffffffffffffffffffffff!!!!!

bila orang dah bercerita kat kita macam ni, apa pandangan korang? dalam hati aku maybe dia tak suka di ganggu, takut bekas pakwe datang menjelma depan mata dan buat kecoh....kan???

tiba2.....

'Awak, ex-boy kita nak jumpa kita la..awak rasa patut tak kita jumpa'

and jawapan aku....

'tak payahla...dia kan gila, nanti mana tau jumpa2 dia gi simbah acid ke, apa2 kan awak ke'

yela dah dia kata ex-boy dia gila...huhu!!

beberapa hari lepas tu...dia borak dengan ex-boy dia dalam fon..

'hai awak...awak kat mana...kat **** ke? hikhikhik! yeke? hehehe...awak buat apa sekarang???'

aku bukan sibuk nak dengar okey, dah kata sebelah..lalalalala~~
dalam hati aku....

fineeeeeeeee....dia yang gatal...hahahaha!! bukan main burukkan ex-boy, tiba2 dia yang cari ex-boy dia..tak faham betul....

bilakah kejadian ini??? lama dah..baru sekarang nak cite...huhu!!

*beg dari Sepet's Shop*

biasalah....itu namanya yang belum puas enjoy....gi enjoy dulu ye....nanti dah jumpa betul2 sila jangan curang...kesian kat girlfren/boyfren yang setia kat korang...aku ni ha nak kata teringin nak curang tu memang la 99% dalam hati nak...hahahahaha! tapi bila fikir balik, sampai bila nak macam tu.....nanti terbawak2 sampai dah kawen adalah sukar untuk dibendung okey...so sila behave dari sekarang...huhu!!

Selama aku hidup ni, aku boleh nampak.....

perempuan cantik - dorang biasa2 je, kebanyakkannya setia (kawan-kawan aku ramai cantik okey), bila ada lelaki yang mengorat dorang pun tak over excaited sebab dorang dah biasa sangat hadap...tak berlagak dengan muka dorang yang cantik....

perempuan yang perasan cantik - (tak terasa tak terasa..hahaha) yang ni memang gelabah la jugak, perempuan macam ni kebanyakkannya akan tunjuk apa yang dorang ada...muka tak cantik sangat tapi body dorang cantik, so memang jenis ni gatal sikit, memang nak show kat the jantanesss how perfect she are lah kan...yang ni pun ramai gila aku kenal...

cer kalau dengar dorang bercerita...

'eh mamat ni nak aku..aku malas nak layan'
'eh perempaun tu bukan lawa sangat pun, body tak ada'
'aku kalau tak pakai tudung ni, lawa sangat lah'

hahahaha!! kadang2 kalau aku terdengar benda2 ni memang kelakar...yela kadang2 aku pun ada cakap kat Qery yang aku cun, aku sopan, aku penyayang (muahahaha), tapi atas unsur2 nak buat lawak la...padahal muka macam tak boleh bla...

perempuan yang rasa dia tak cantik - perempuan macam ni, sangat setia.....hehe!! lelaki sila pilih perempuan macam ni..jangan pilih perempuan macam aku (perasan cantik) dan kalau rasa tak cemburu sila pilih perempuan cantik tapi rendah diri..begitu.....perempuan perasan cantik macam aku ni memang sukar di kawal...ahaks!!

tapi tak kisahla perempuan tu cantik ke, perasan cantik ke, rasa diri dia tak cantik ke, yang penting pilih yang setia...fuh!!

S : kamu tau tak kita playgirl.... (bajet lawa nak playgirl...hahaha)
Q : tolong la nak tipu kita....tipu anak buah kamu boleh la...
S : eh betul la.... ( teruk tau dia ni tak nak caye pulak)
Q : kita tau la dulu2 kamu setia dengan *** macam mana....dah la pilih lelaki hitam..haha!
S : jahatnyaa kamooooo...jahatnyaaa kamoooo.. (ikut cara stacy nyanyi...)

aku tak setia sangat okey....kadang2 ada jugak curang dulu2...time tu budak lagi kan..bajet nak hot je...cer sekarang...bukan tak nak curang...TAK BOLEH JE..hahahaha!! gilaaa ko.... Qery adalah lelaki paling gila pernah aku kenal...curang? wa tak sanggup der....huhu!!

3 comments:

Cik Cammy Lia said...

mane sambungan qeryana tuh? nak tahu ni

syazwana said...

kita tag awak dalam entry kita.
hik hik
:p

Cik Buya said...

aku ske entry ko yg ni sepet. hahaha.. camne nak letak like kat post entry ni eh ?? tutorial sket.. hihi