Followers

nuffnang

Jan 11, 2011

I want my life back :)

Hello lessy and gay....

semenjak menjak ni aku kan suka mengstress kan siri sendiri dengan hal-hal positif (cecece tak nak kalah, padahal....) biasalah der, aku ni saing2 PM je, sebab tu la bizi gituu....tapi takpe, bila bizi kadang2 tak perasan pun umur dah meningkat walaupun muka memang la baby face (iyek) tapi mana sangka kan umur dah 40, huhuhu (gelak tutup mulut)

sekarang ni rasa macam life Ahli Korporat (sila percaya, kekeke!) sebab 24 jam kene buat benda yang bermakna untuk bangsa dan negara (geli tak geli tak), nak tidur pun tak senang bila pukul 2 4 6 orang kol tanya pasal ubat rasa nak baling telefon tapi apakan daya Pakwe hadiahkan, karang sentap tak tau nak pujuk itu dah satu masalah pulak, jadi angkat je la telefon biar la dorang nak dengar suara gemersik aku ni yang ala2 ana rafali (wah tetibe kau...hahaha!) tapi kalau nak telefon ai waktu2 malam macam tu, staffnurse lelaki pleaseeeeeeeeeee :)

Lepas tu yang aku paling bengang dengan doktor2 sekarang ni, dorang ni nak ubat main order je, apa kau ingat farmasi ni bapak kau yang punye ha???? huhu! order je la ubat yang ada kan..ni suka hati je nak order ubat yang tak ada, saja la tu carik masalah dengan pretty princess.. (hikhik!) dah tu nasib baik aku ni penyabar, tu la lebih sifat mahmudah dalam diri ni nak wat cane kan...terpaksa la jugak layan...sikit2 boleh, lebih2 siap la kau...membencikan...

Dua tiga hari ni aku and qery macam dah bercerai (clap clap..nak buat kenduri kesyukuran tak? hahaha!) tak la bukan camtu, masing2 bizi, si qery bizi dengan training bola, badminton, meeting kat skolah, aku pulak bizi dengan kerja aku kan, balik pukul 10, bla bla bla bla...tak ada sapa pun nak bagi kasih sayang kat aku..wuwuwuwu! bila mesej qery cakap dia dah berubah...dah tak macam dulu, nanti dia pun cakap aku dah tak macam dulu, asik kerja kerja kerja..hahaha! yela2 sama2 la kita kerja ye... :P

tapi kan, bila fikir2 balik (eh boleh berfikir jugak zuhana ni ye, kuikuikui) best je keje, walaupun kene marah maki buat salah kene tulis incident report (bapak gelabah kau tauuuu), mau tak gelabah, ada parent masa kat tempat kerja lama aku tu...cite dia camni, kawan aku dia salah bagi ubat, sepatutnye doktor bagi antibiotik, tapi tulisan doktor kan memang haremmm, dorang ni nampak ubat selsema, so dengan yakin dan tawaduk nye telah memberikan ubat selsema ni dengan begitu konfiden kat bayi tu...eh eh eh dah la bayi kan..hehe! selalunya ubat selsema ni kan mengantuk, lagi2 syrup atarax, perghhh terbaik......

so baby ni pun minum....tak bangun2...ha apa lagi bapak baby tu gabra, tanya apa ubat yang doktor bagi...sekali hamik kau baru tau yang salah bagi ubat, tapi sebenarnya tak ada apa2 sebab ubat tu mengantuk je, so baby dia memang la tidur lebih lama sikit berbanding biasa kan..tapi sebagai naluri kebapaan harus la nak yang terbaik untuk anak, so kena panggil la kawan aku ni..dorang berjalan muka gelabah gila la kot, macam dalam jail nak gi hukuman gantung....lepas tu kena maki la ngan parent tadi..sob sob sob, nangis tau kawan2 aku tu...

kesiannn kan...huhu! tapi apakan daya....itu la kerja....kalau tak kene marah, kene la puji....yang tukang kipas, yang tukang urut, semua tempat pun ada...hehe! tu tak penting..yang paling penting, balik2 jumpa pakwe...........wohooooooooooo!!! siapa jelez sekarangggg??? hahahah!

3 comments:

misz sheyla said...

huaaa...very the bahaye..sekali bagi ubat lain kat baby...ngahahahahahahhaahha....

aliza said...

bahaya tol kalau tesalah bagi ubat kan..

lily lotus said...

uish..seb baik ubat selsema jer. blame the doctor..hiks!