Followers

nuffnang

Oct 31, 2010

Anak Buah Yang Sweet

Merah : maksu, kita nak cantik kan maksu la, kita pandai buat rantai
Aku : yeke? mana rantainya?
Merah : maksu kene duduk
Aku : ok
Merah : tutup mata tau
Aku : dah siap?
Merah : susah la, rambut maksu panjang sangat, kita buat gelang la
Aku : ok
Merah : kejap eh, sikit lagi siap
Aku : dah siap ke?
Merah : dah! cantik tak?


ehem!

Aku : cantiknya, siapa ajar merah buat?
Merah : kite belajar sendiri

hehehe! comel gila...

Sweet Sunday

hari ni pukul 6.30 qery dah mesej sebab nak amik beg kat rumah aku..
dush! mengantuk mamai2 jumpa dia, lantak lah kau lihat muka bangun tido ke apa ke apakukesah..huhu! cantik jugak kan??? euwwwww! huhu!

lepas tu dia mesej suruh tido balik, oh terpaksa tidur balik, betul betul terpaksa tau...he he he! bangun2 tengok jam pukul 11, my oh my, seronoknya dapat bangun lambat, dah lama gila babeng tak bangun lambat macam ni, terus pegi depan tengok anak buah main, borak2 dengan jemah, tengok melodi...

ha sekarang ni tengah edit gambar beg...huish! nak update beg jap eh...

love u :)

ada masa datang sepetshop eh, kene refresh banyak kali tau, sebab aku nak update satu satu..

bye!

and happy sunday!

Oct 30, 2010

Qeryana Lover 18


Lepas clash dengan exboi, memang aku blur, blur habis , kaw-kaw punya blur, hahaha! serius! aku try jugak mesej2 exboi aku, kot-kot la dia nak ok balik ke kan.. kuikuikui! memang ada mesej pun, dia tanya aku buat apa , dah ok ke belum, dalam kepala hotak aku, kepala hotak ko ok, ko tak tau aku macam setengah mati sedih kat sini..hahahaha! Dan lama-lama, bila aku mesej dia, dia mengeluarkan kata-kata macam ni...

rimas la aku dengan kau ni, boleh tak jangan nak mesej2 dengan aku, jangan sampai aku benci kat kau!

apa agak-agak yang aku rasa? haha! sentap ok, lepas tu aku terus tak mesej dia, langsung tak mesej....LANGSUNG....dengan jayanya...hahahaha! sebab aku sakit hati gila babeng, hello???? fine kalau kau rimas dengan aku, kau pegi main jauh2 sana, kau nak mabuk dengan kawan-kawan kau kat sana, kau nak jadi apa pun apa kupedulik, begitu...huhuhu! memang tahap BENCI gila aku dengan dia. dan kehidupan aku dengan lawak-lawak qery, hahaha! Qery memang suka buat lawak, dia jugak la yang lupakan aku kat exboi aku tu, hari-hari buat lawak, hari-hari mengada2..haha!

suatu hari, qery tanya aku.....

Q: kamu sayang lagi ke kat dia?
S: kenapa tanya?
Q: saja la tanya, mana tau nanti kamu pegi balik kat dia?
S: tak mungkin, tak nak dah, cukup la...hehe!
Q: kenapa?
S: sebab kita dah start sayang kat orang lain?

miawwwwwwwwwwwwww!! hahahahaha!

terus qery senyum..hahaha! cis!!
lepas tu masing2 buat2 pandang tempat lain...
nak tahan gelak punya pasal...

Q: siapa laki tu?
S: oh, dia tu mengada2, macam perempuan manjanya..perangai dia tak sononoh, macam budak-budak..........
Q: oit lebeh la tuuu cakap camtu....
S: apa? apa? kita bukan cakap kamu punnn....
Q: eh??? hikhik!
S: perasannn...hehe!
Q: kita pun dah start sayang kat sorang perempuan ni...
S: siapa?
Q: ROZITA CHE WAN

erk???

fineeeeeeeeeee...huhu!

Oct 29, 2010

Ibu yang kelakar :)

well, aku ada sorang kawan (chinese) perempuan yang baru lepas habis pantang,
so dia datang hari ni 10 minit lewat, sebab dia kata anak dia nangis sampai tak keluar suara, lepas tu air mata je keluar..haha! so comel gila baby dia tu...

Chau : hana, wangi la..pakai perfume ke?
Aku : ha'ah, tak ada wangi sangat la chau, kenapa?
Chau : aku pun pakai perfume..
Aku : perfume apa? tak dapat bau pun... (cubaan menghidu)
Chau : petang2 nanti u bau la.. (muka bangga)
Aku : kenapa?
Chau : sebab aku pakai perfume susu ibu...hahaha!

hahahahaha! mengong betul, dia kata nanti mesti dia bau susu basi...lepas tu kejap2 suruh aku bau ada bau susu tak?

dia cerita, dulu2 masa lepas bersalin anak pertama, petang2 tu dia naik bas, berdiri sebab ramai orang dalam bas kan, lepas tu ada sorang laki ni tibe2 dia cakap kat kawan dia..

wei ko bau tak? bau dia...bau apa ni eh? macam bau susu....kan??

kawan dia pun cakap...

ha'ah la....bau susu...

chau kata dia buat muka tak tau je..hahahahaha! hadui la dorang ni..kelakar gila...
bau susu tak best ke? best la. berkrim!

ada perfume susu? nak sikit...... :P

kau fikir kau hebat

manusia sekarang....

dia fikir dia hebat....
dengan pisau di tangan...
dia fikir dia hebat..
dengan tatu di badan...
dia fikir dia hebat...
dengan pistol yang mencengkam..
dia fikir dia hebat.
dengan kawasan taklukan..
dia fikir dia hebat....
dengan tiada kewarasan..
dia fikir dia hebat...
konon nya tak ade orang yang boleh melawan..
dia fikir dia hebat...
dengan cara percakapan...

manusia sekarang lupa...

dia lupa yang....
allah sentiasa melihatnya...
dia lupa yang...
ade yang lagi hebat darinye iaitu DIA
dia lupe yang...
9bulan ibunya mengandung kan nya...
dia lupa yang...
setiap susu yang di minum masih mengalir dalam badannya...
dia lupe...
perasaan bersalah terhadap orang tua..
dia lupe...
setiap sesuatu perbuatan..pasti ada pembalasan...

manusia sekarang..........

ENGKAU FIKIR ENGKAU HEBAT?

teruskan lah dengan kehebatan kau....
suatu hari....anak engkau yang akan membalas nye....

terus kan.....

aku kat sini...
akan melihat....dari jauh......
semua pembalasan....
dan dalam hati....

*tu lah...dulu dogil sangat..pikir diri tu hebat...hamik kau*

hehehe!

tu aje nak cakap....bye!

(p/s : belek2 entry draf, eh bila masa aku buat ni? hahaha!)

siapa dia? cuba teka?

-beli beg di Sepet Shop :)-

Cerita Sedih :(

Aku dapat ni kat facebook sapa entah, so copy paste sini ye, aci kan..sedih sangat wooo....uhuk uhuk!

**********************************

Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,

Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,

Ara memang cinta padamu,

Dan Ara menangis bila abang melamarku

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,

Luaranku mungkin ramai yang terpesona,

Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,

Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa,

Ara hanya mampu tersenyum pada abang,

Andai abang mahu Ara berjenaka,

Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

Kerana Ara tak mampu berbica,

Seperti orang lain berbicara,

Kerana Ara tak mampu ketawa,

Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,

Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,

Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,

Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,

Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..

Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..


*****************************************

sedih kan...


-beli beg di Sepet Shop :)-

Berkat Hari Jumaat...

uhuk2! terasa keinsafannya.. :)

tak tau la kan, tapi hari jumaat ni, semua staff farmasi yang sakit2 dah boleh datang kerja, yang pantang pun dah boleh masuk kerja, boleh la tarik nafas sikit...huhuhu! dah boleh cakap one family at home...huhu!

minggu depan aku start keje kat outpatient, yeay!!!!!
boring....huhu!
aku bukan tak suka kerja kat outpatient, sebenarnya seronok tau kerja kat outpatient,
sebab boleh tengok ramai orang sakit.. erk? boleh? pastu kan...yang paling best! ramai artis selalu datang spital ni..hai...hai....saya tak nak sign pun....nak hai je...tak payah kuarkan pen..uhuk! serius pelis..

then lagi satu, banyak pemain bola sepak SELANGOR (MALAYSA) datang sini wat checkup! fewit! tapi buat masa sekarang ni, aku tak berapa minat perangai budak2 bola kita...kehkehkeh! tapi main bola kene bagus tau..walaupun perangai cam harem, main bola macam harem jugak, memang siapla ko di situ...huhu!

lepas tu, qery dah risau2, kan awek dia ni muka cam nasha aziz (ke?), tu yang risau tu...ei pelis la...huhu! dia kata aku memang tak lawa pun, tapi aku gatal...lahabauuuuu......hahahaha! eksekiusme........... :P


semalam dalam kereta aku buat ayat sedih....

S: kamu, rumah hantu tak siap lagi?
Q: malam ni nak buat.
S: yeke? tak boleh mesej lagi la?
Q: mesej je la, tapi kita balas lambat2 la, tangan kita kotor..
S: hari-hari kamu bizi, esok pun kamu gi sekolah lagi?
Q: tak la, hari ni nak buat sampai pukul 1 2 pagi.
S: lamanya...
Q: yela, nak setelkan, esok boleh teman kamu pulak, sian kamu rindu kita eh???


erk????????????????????

apa entah tanya camtu kan??? mana ada rindu...ish mengarut je..hahahaha!

lalalalalalalalalala~~~

-beli beg di Sepet Shop :)-

Oct 28, 2010

Thanks membeli di Sepet Shop

Thanks....ini order untuk hari ni, nak post esok :)

siapa yang dah bank in, insyaallah aku post esok, siapa yang masih beremail2 pulak kata nak bank in esok, saya terpaksa post isnin ye..hehe!

terima kasih banyak!

korang yang lain tak nak beli? ececece...tiada paksaan dalam pembelian...
ok la, nak update untuk esok yaw!

saja tak ada benda nak update..

lepas tu tayang barang2 yang ada jual kat kedai online aku..hahahaha!


tapi aku memang minat gila beg camni, nanti aku nak kebas satu...

kenapa update cam harem? sebab waktu aku update ni adalah pukul 3 pagi, mata tak boleh bla...
bla pun nak gi mana ann...huhu!

jum gi sepet shop (tak habes2..kehkeh!)

Kalau Kamu Dah Popular?

Dulu-dulu kan, masa tade apa2 dengan qery kan, pernah la dia cite ahad ni ada fotoshoot, sabtu ni nak kene gi sana sini amik gambar, selalu cakap camni kat dia..

kalau kamu dah popular, ajak kita dating tau..boleh la kita belagak, eh eh model tu PERNAH dating ngan kita la..tak herannn....booooo booooooOO!

hahahahaha! rasa cam bodoh pulak cakap camtu kat dia..

fine, orang biasa2 macam aku ni, duduk rumah jaga diri dah la..paling2 sedih pun pakai baju cun2 lepas tu posing sendiri dalam bilik feeling bintang sensasi...huhu!

kan aku cakap aku saja buat-buat merajuk dengan qery sebab dia tak ajak aku pegi sekali dengan buat shooting kan...baru aku tau..rupanya2 ramai awekss!

asparagus! takpe2, kau main2 di sana...nanti kita ada masa kita balas2 dendam di sini..apakukesah? hahahaha!



erk? nama model ni tak tau, tapi konfem tinggi dan cun..huhu! boleh beri saya ketinggian awak tu 5 minit pun jadi la..hehe! nampak dorang macam sesuai kan?

sentapkesepet? hahahahahaha! nak tepon hans isac la camni...huh!

Saya dah Update Beg baru!

haluuuuuuuuuu, jum singgah sepet shop , aku baru update malam semalam, macam biasa first come first serve :)





ada banyak lagi beg, boleh singgah sepet shop eh, dan isi borang, tapi mungkin aku hanya sempat balas pada waktu malam sebab siang kat tempat kerja aku tak boleh nak online.terima kasih...

mari bershopping ONLINE!

Oct 27, 2010

this perempuan sangat sayang kamu!

muka buat2 suci sekejap, sila layankan saja...sepanjang aku berhenti kat KPJ selangor, aku memang tak jejak2 kat sana, sebab kan memang asik lupa je nak gi sana..nak pegi tapi tak pegi2, so isnin lepas la. aku dengan qery nak pilih cadar, so kene amik jugak katalog kat kawan aku ni ha yang keje kat sana..

kiri : sepet paling selekeh, kak ina (anak dah dua perasan baby face...ke? hahaha!), kak herda baru potong rambut siap warna sekali terus nampak sebaya..over tak? huhu!, priya gemok, naim nebulizer....kenapa nebulizer, sebab dia perokok....ah malas la nak gitau korang..kuikuikui!

lagi sekali nak terangkan dari kiri sepet yang cung...eh salah eh?? huhu!

aku masuk2 je dorang kata aku kurus la apa la tak cantik la, nak sign la sebab muka masuk majalah pengantin, mintak qery sign la...holoohhhh hholllloohhhhh! beraninye kamu di situuu....huhu! nak sign eh? nak saya korekkan hidung sekali (garang tak garang tak? hahaa!)

hari ni hari rabu..........semalam kan....jeles dengan qery..hahahaha!
sebab kan...dia kannnn...amik kan...gambar kannn..dengan kan...perempuan lain kann...
sebab tu la kannnnn..kekekekekeke!

nak tengok tak????? nanti malam kita zasssssssssssss.............huhu!

Pendengki...........

Dulu kan, masa aku kerja kat shah alam, setiap kali balik kerja, selalu jog dengan akak aku, nak di katakan, seminggu tu 4 hari la jugak...bg badan fit (lah sangat) padahal jendul (tibe2).

tak caya annn annnn annnnnn? mari lihat gaya (je lebeh) terhandal dari aku dan akak..

see? berusaha untuk kurus....!dulu berat badan aku paling berat 52 tau...gila scary...
lengan ni boleh nampak la keriakkannya..lemak bawah dagu tak yah cakap....perut buncit (bajet sexy). fineeeeeeee....


hohohoho!

sekarang bila ajak qery gi jogging, dia tak bagi, dia bebel2 dah kurus apa la kering la...
alah orang bukan nak kurus sangat pun, saja nak jog untuk kesihatan kan....ceaaa dan dan tu la keluar kesihatan bagai...lepas tu kan, dia kata kat tempat jog tu banyak orang merompak...

betul ke??? tak berani la pulek nak jogging...

hei masa annual dinner ni kene pinjam kosek sapa2 la ni...tak pun pinjam PB dari ceera...muahehehehehe!

Maca haremmmm...huhuhu!

aku sekarang ni tengah berangan2 nak simpan rambut panjang kat depan...sebab bila tengok gambar kat bawah ni..terasa loya sekali...


umur masa tu : 20 belum tahun tolak cuti sekolah, mc, annual leave, public holiday (perlukeberitahu)

umur sekarang 18, percayalah......huhuhu!

sekarang ni tengah nak apply USM, mintak2 la dapat (harap yang ni pun anda percaya..kekeke!)

huish! lambat sangat la rambut ni nak keluar, keluar la rambut....jangan malu2, mummy tak marah pun...mummy jaga pakai dove? nak nak nak???

orang kata nak capat panjang pakai minyak kelapa...ala busuk la fulak, kawan aku masa kat teknik kata, kene buang air besar selalu..masa kita teran tu dia kuar cepat...ha aku dah konfius...apa yang kuar cepat entah..tak boleh pakai nye petua..hahahaha!

tarik rambut, putus pulak....rambut depan ku yang toncit, sila keluar ye..mummy push ni! hiyarkkkkkkk!!!! ho ho ho!

?ada petua?

Oct 26, 2010

Sweet la sangat....

gambar itu dari carian google (boleh bla) hahahahaha!

korang ni suka tau cakap sweet la apa la, ha tak sweet pun..
aku bajet dia nak hadiahkan kereta ke masa mintak kapel..
takpun hadiahkan coklat ke, paling2 pun bunga la....

TAK ADA BUNGA...MAKNANYA TAK SWEET....

huhuhuhu!

well, if korang ada cerita menarik contoh nya saat2 manis masa si dia mintak kapel, email la aku...nanti aku publish kan...hikhikhik!

mau ka????

Annual Dinner is around the corner :)

aku sebenarnya bengap sikit bab2 dinner ni, sebab aku tak reti sangat la berdinner2 ni...
dinner je ok, tapi bile keluar konsep bagai, terus rasa budus..huhu!
hei kenapa semua orang dah start beli pil kurus ni wei? korang nak pakai baju cane ni?

tahun lepas punya annual dinner aku tengok gambar, semua pakai yang dress yang nampak lengan tu..alamak. aku taknak la yang nampak lengan tu...huhu! malus tau...tahun ni temanya DISKO...eh cane pakai disko eh? kene ada baju kelip2 ke? hahahaha! bodoh kan, tu pun tak tau..yela aku ni mana la pegi club2, so bongok sikit bab2 yang tu...aku rasa la, kalau disko mesti kene pakai sarung tangan hitam, baju licin kilat kaler hitam, kasut but kaler hitam yang tinggi sampai lutut tu..rambut pulak pakai cekak, lepas tu macam sarang tebuan tu....kan? ke aku salah...huhu!

jap jap aku google, kang salah tema malu tau, mau aku syok sendiri je...

baju ni seksi sangat la, tak kan nak pakai inner kan...ahahaha! erm....jap yang lain..

erm, baju dah ok, tapi kaki nampak pulak...em, ada ke dress disco yang tak seksi sangat? ha??

Tudung Ogy?

Erm, ni bukan jual beg tau, hehehe! sekarang nak bagitau akak aku si jemah ni ada jual tudung, ala mesti korang dah tau kan...kannn...kannn....hehehehe! so aku show off je la tudung2 yang dia jual kat blog dia eh...

*****************************************
Contoh pemakaian tudung tanpa Inner.

Code: V004 RM35.00 TOGETHER WITH INNER - Available


Ini pulak contoh pemakainan hijab bersama inner


Code: V011 RM35.00 TOGETHER WITH INNER - sold

boleh pelbagaikan cara pemakaian samada nak begini,

maafkan wajah saya yang pucat lesi itu :p


Dan lain-lain design seperti di bawah, kalau tak pakai memang tak berapa nampak kecantikan dia. Tapi bila dah pakai, konfem meletop2 ok haha. Cepat sebelum terlambat :p



v016 RM35.00 TOGETHER WITH INNER - sold to masdiana


v018 RM35.00 TOGETHER WITH INNER - Available



Code: V005 RM35.00 TOGETHER WITH INNER - Available


Code: V007 RM35.00 TOGETHER WITH INNER - Available


[Klik untuk banyak lagi koleksi Ogy by Fauziah Ahmad Daud]

Jika berminat, emelkan code hijab ke viruspadu@yahoo.com


then jemah ada jual sejadah dan telekung jugak tau...jum usha!






Pakej yang viruspadu.com sediakan:

Pakej 1: RM135.00 (termasuk harga pos)

Sejadah Raudah disertakan bersama kad ucapan (boleh pilih kad hari lahir atau kad terima kasih, bergantung kepada permintaan). Ucapan dalam kad boleh emel sendiri pada saya. :) Kotak dibalut dengan pembalut hadiah.

Pakej 2: RM130.oo (termasuk harga pos)
Sejadah Raudah bersama kad kecil. Ucapan dalam kad boleh emel sendiri pada saya. :) Kotak dibalut dengan pembalut hadiah.

Pakej 3: RM120.00 (tidak termasuk harga pos)
Sejadah Raudah sahaja. Kotak dibalut dengan pembalut hadiah.


SEJADAH RAUDHAH

Maroon = Available
Coklat/Krim = Available
Hijau = Available
Kuning = Available
Jingga / Peach = Available



Jika berminat, pilih pakej yang anda minati dan emel ke viruspadu@yahoo.com.


Pembayaran melalui maybank2u.

Sejadah Raudhah:-
*sesuai dijadikan hantaran
*sesuai untuk ibu kamu yang sakit lutut sebab kainnya lembut sekali
*sesuai untuk yang ada resdung dan elegik dengan bulu
*mudah dibawa
*styloooooo

Kenapa Tempat Kita Beribadat, Bersujud, Berdoa Dikatakan Mahal???

Knp Bila Beli Kereta Mewah, Rumah Mewah, Barang2 Kemas Mahal2, Baju Mahal2. Itu Tak Masuk Dlm Kategori Mahal Ke..Berbanding Tempat Kita Bermohon Pd Yg Maha Esa Utk Mendapat Barang2 Mahal ...Utk Duniawi..Menjual Sejadah Kan Akaun Utk Dunia & Akhirat..Correct Me If I'm Wrong.. ~ Fauziah Ahmad Daud

Step membuka SEJADAH RAUDHAH











amacam? berminat? seronok kan solat bila telekung cantik, yela, jumpe boifren suami bukan main cun, apa salahnya mengadap Allah tu kita cantik2 jugak..kan....tak salah...

atau pun sapa2 yang nak kawen tu, nak bg hantaran...ataupun nak bagi mak, mak mertua yang nak pegi haji/umrah ke, atau nak hadiahkan kat para saudara baru :) pakwe2 suami2 nak hadiahkan kan kat isteri,percayalah....kami sebagai perempuan tak pernah rasa anda perli kami bila anda hadiahkan kami tudung/telekung, malah bertambah sayang lagi..serius! huhu!

sapa2 nak usha dan nak tau lebih lanjut boleh pegi tanya jemah dan email dia kat viruspadu@yahoo.com

Macam mana Qery mintak Kapel????


hikhikhik! malu la nak cite... ok cite je la...janji korang jangan perli2 tau...
ouch! (gedik tak? hahaha!)

suatu malam, di rumah kawan aku....masa ni aku tidur rumah kawan aku sebab esoknya ada presantation kat kolej, so ingat nak pegi ramai-ramai. lepas tu qery cakap nak jumpa bagai, dia kata lepak kejap pun jadi la, so kawan aku pun ok sebab dorang nak gi makan, so dia tak kesah kalau aku nak lepak keluar gi mana-mana kejap, tapi dorang dah warning qery bawa aku balik sebelum pukul 11, hehe!

lepas dah makan dengan qery, dia hantar aku balik rumah kawan aku, tibe2 dia ajak duduk kat tempat duduk simen tu..ala rumah teres kan ada tempat duduk simen kat luar kan, ha kat situ la...

Q: kamu, betul ke kamu tak ada boifren?
S: kalau ada kita tak keluar dengan kamu..
Q: kamu nak jadi girlfren kite tak?
S: hehe! mengade la kamu ni, kamu kan ramai pompuan yang menanti.
Q: kita tak nak dorang, kamu jadi girlfren kita eh?
S: tak nak la...
Q: kenapa?
S: nanti kamu tinggalkan kita macam laki2 lain, kita dah malas nak ada boifren
Q: kita takkan tinggalkan kamu..
S: semua orang cakap camtu, bila nak kapel semua janji macam2, bila dah kapel lain jadinya..
Q: kita dah taknak main2 macam dulu lagi
S: macam mana kita nak percaya?
Q: kalau kita dah kapel dengan kamu, memang kita tak nak orang lain dah.
S: yela tu, kalau kamu main2 kan kita?
Q: kamu, kamu bagitau kita macam mana kita nak main2 kan kamu..
S: macam2 mana la...
Q: kite tak boleh lari dah...
S: kenapa?
Q: kite kenal ira (ceera), kite kenal ciput, kite kenal efi, kite kenal fuad..kamu bgtau kita...kamu kenal tak dorang tu semua?
S: mesti la kenal...
Q: kalau kita mainkan kamu, mati la kite dorang belasah..dorang sayang kamu kot..
S: kalau kamu lari jugak?
Q: kamu boleh suruh dorang bawak kamu gi rumah kita, cari parent kita. kita tak main2kan kamu...
S: janji..?
Q: janji......
S: kamu betul ke nak kat kita?
Q: muka kita nampak cam main2 ke?
S: hehe! sekarang ni kita dah ada boifren ke?
Q: hehehehe! dah gi masuk, nanti kawan kamu kata kita kidnap kamu pulak..
S: bye!
Q: bye.......

qery pun naik kereta..aku usha dalam pagar je, lepas tu dia bukak tingkap dia...

Q: i love u.... (terus dia tutup tingkap)

auwwwwwwwww! hahahaha! tergamam terus..tsk tsk tsk!

macam tu la caranya...hahaha! poyo sangat kan... :P

Oct 25, 2010

HANA WO KUDASAI!

bila teringat sushi, mesti teringat nak makan sushi..boleh? huhu! tak la, bila teringat sushi, mesti terus nak sebut HANA WO KUDASAI! apakah kemaknaannya??? aku pun tak tau sangat, tapi pakwe lama aku suka cakap camtu...bila aku tanya apa maksudnya, dia cakap maksudnya hana yang ku perlukan...oh so suwit! kuangkuangkuang!(i love u qery i love u..hahaha!) sempat jugak la aku belajar maksud ajinamoto (sesedap rasa), yoko yoko (gosok-gosok), dan lain-lain, tapi jodoh setakat 6 bulan aje kan, ha turn perempuan lain pulak dia nak ajar..kuikuikui! lepas tu tibe2 nak sebut Qery wo kudasai, begitu indahnya kalau encik membelikan saya se set sushi itu... :P

kenyit2 mata camni dia dah tak heran dah...yela kan, mula2 dulu heran la apa aku mintak semua dihajati...sekarang ni kenyit la camne pun..bukannye dihajati...makanhatijelakaudisitu...huhu!

qery kata sushi tak sedap, bau dia tak best, tapi bila aku beli, dia yang habiskan...tsk!

Q: kita nak yang ada ketam tu, pastu yang ada telur oren tu, yang ada maiyonis tu, tau tau tauuuu! hehe!
S: hoi lebeh nampak....

mr sushi, dun wori, i love u more, sushi wo kudasai! hehe!

tapi aku tak makan yang ikan tak masak tu, getah (sotong) tak masak tu...rasa dia tak ajinomoto...huhu! sapa dapat makan yang tu memang hebat gila...

Coklat super duper sedap :)

hoih.....jumaat tu kan korang, balik2 rumah kan korang...tetibe kan korang...aku terkejut sangat2 kan korang...huhu! tak de la, camni cite dia, balik2 kerja, aku kan merajuk dengan kaede rukawa kan, sebab dia tu pagi bizi, petang bizi, malam bizi, sukahati dia je nak bizi, habis sapa nak curahkan kasih sayang kat kite kan kan? oh pitam..hahahaha! fine cite tu tak menarik punggg...boring boring boring.....huhu! lepas balik keje, selalunya sampai2 rumah memang menuju puncak ke bilik je, sebab dah tak saba nak baring nak manja2 kan badan ai yang menggiurkan letih ni..kannn.....

bukak2 lappy, sedang merajuk seminit dua, sempat ok merajuk, walaupun tau lambat lagi nak kene pujuk..eh lupa, MEMANG dia TAK PUJUK PUN..CINABESS sekali...dah berubah betul...huhu! tibe2 aku pun semangat membara2 nak usha YM, nak tulis alamat bagai nak post segala mak nenek kejadahnya itu....tengah2 best main facebook, eh lupa nak gitau, facebook tu tempat yang best kalau nak tulis status : nak merajuk ke, nak menggelabah ke, nak hate u ke, hahahaha! tengah syok2 sendiri tu, tibe2 mak aku jerit dari dapur, (sebut dapur tibe2 lapar, jap eh aku nak makan jap). ok dah kenyang! sambung, kat mana tadi....ha! mak aku jerit bukan sebab dia nak test vokal tau, sebab dia nak gitau aku pagi tadi ada orang hantar samting kat anak dia yang come lote ni..mak ni suka tuduh2 anak dia comel, malus las....hakhakhak!

aku pun turun ke dapur dengan sopan santunnya, melangkah dengan penuh tertib, lalu depan opah sambil bongkok kan badan (tipu tipu tipu), sekali mak aku cakap TADAAAA!!! ni ha ada orang bagi baby kotak, sapa bagi kat baby ni???? mak pun memang suka panggil kita baby tau...!
BABY PUN TAK TAU SAPA BAGI...! ngeri kan??? baby ke bab satu entah la..hahahaha! ok dah dah! sambung cerita....


ini la kotaknya, aku tengok2 kotak ni, aku ingat kan kurma, sebab tak perasan sangat apa ada kat dalam, dan memang hilang ingatan siapa yang bagi sebab tengah merajuk dengan kaede kan..(alasan nyanyok), bila renung seminit tiga, ha baru ingat! apakelembab hotak ni kan...semut mana yang berenang dalam minuman aiii tak bagi salammmmm ehhh?????!! ceaaa salahkan semut..

apa lagi bukak la laju, mak aku pun tunggu kat tepi nak tengok apa kan....saja tau nak kepochi sekali...hahahaha! sekali bukak2, OMG! homaigod! so comel !

comel tak comel tak? tiqa, awak patutnye kene letak Qery kat atas, kalau camni nampak sangat la saya yang love dia, tak main la saya yang love dia..tak cool..hahahah! banyak cengkadak kau ni, apa kau diva nak suruh2 orang letak nama sapa dulu??? itu orang dah bg syukran jazilan ya tiqa saja la.....hahahaha! tapi memang comel, rasa sayang gila nak makan...dan tibe2 jugak mak tanya2, dia tulis apa tu???? ops!!!!! apayangpatutkulakukan??? tell me tell me!

erk??? terus menjadi designer terkemuka dengan sekelip mata...tak caya???

hahahahahaha! aku rasa mak aku tengok mungkin dia purak2 tak tau la kot apa yang telah terjadi....huahuahua!! tak suka tauuu...huhu! lepas tu aku dengan mak gi dapur sebab opah kat dapur kan, aku pun bagi la mak dan opah seketul, mak nak huruf N, sebab dia kata nama bapak aku start huruf N, ele mak ni dia pun nak sweet2...opah aku pulak bg bunga tu...aku makan love tu...

opah : sedapnya...bagus la liat2 macam ni, senang opah nak makan...

mak : sedap la baby, bagi mak lagi satu....

baby : nah (bagi bunga jugak) tak nak kasi QERY sebab nak bagi kaede esok kan....


mak : sedap la baby, sapa bagi?

baby : kawan baby bagi, dia buat sendiri ni mak..sedapkan?

mak : mak nak lagi satu...ada huruh O tak?


amboi2 mak ni,,,,,lebeh tau nak feeling2 semua huruf ada...huhu!

baby : tak ada, huruh H ada la, amik la, H kan nama mak...

mak : ha'ah la....dah tu, gemuk nanti mak..

baby : opah nak lagi? amik ni huruf A....


pastu aku offer lagi dorang dah taknak, dorang kata nanti gemuk makan banyak sangat lagipun dah malam...ala mak, pakai la PB (premium beautiful..) hahahaha!

masuk2 bilik, aku makan huruf A, uish! sedapnya....! tinggal 5 je, simpan untuk kaede, dah la aku yang merajuk, tibe2 aku bagi dia coklat, cam tak sesuai kan...huhu!

so esoknya bagi kat kaede, dia terus ngap 5, tak offer aku sikit pun...aku jeling2 je dia makan, dia kata sedap gila...sob sob sob! tiqa, nanti kite tempah kat awak lagi eh, tapi awak kene tulis kat situ , WHO'S love HANA? hahahaha!

sapa2 yang tak caya boleh la tempah kat TIQA eh, coklat dia sedap dan comel :)

bye!

Urban Vibe in Pesona Pengantin Magazine (Qeryana's inside too..hahahaha!)

korang dah beli majalah pengantin? cea tibe2 tanya kan, tak pernah2 ada la tu...huhuhu! saja je nak tayang muka sendiri kat dalam majalah pengantin itu...walaupun muka lapok, tetap di majalah...tibe2 rasa diri ini sangat berharga..huhu! lempang! padahal gamba sekeping je, kecoh mencanang kan...huhu!


ekceli nak ucapkan tahniah kat Puan Nadia dan suami serta semua rakan2 seperjuangan sebab berjaya memimpin sebuah syarikat di beri nama Urban Vibe sehingga berjaya dan berdoa semoga Urban Vibe dan Butik Dina halim mencapai matlamat yang kalian inginkan.. :)

ok dah takyah berbahas2 tak suka tau...huhu! orang lain dah ada syarikat dah...aku bila lagi? wah poyo sangat kan...nak jugak tak nak kalah..kekekekekeke!

well, hari ini hari isnin, dah tetap hari isnin, tak kan bertukar hari jumaat, ataupun sabtu atau pun ahad...kenapa eh? kan best kalau boleh pilih...huhu! kadang2 aku terfikir, sejak bila ada hari2 dalam setahun. kenapa ada nama hari isnin sampai ahad, kenapa ada 7 hari je, walaupun cikgu sains dah bagitau dulu tapi dah lupa, kenapa ha cuti sehari setengah je, kedekut tau..bagi la cuti selang sehari..kan syiok! (ko ingat ni bapak ko punya syarikat?)

Oct 24, 2010

Bila keboringan itu menjadi hobi..grr grr!

bila aku bosan, aku akan tengok henfon, belek-belek mesej, walaupun tau tak ada new mesej, sentap sekejap, tapi kembali normal lepas tu..huhu! tengok2 gambar, delete gambar syok sendiri...pastu buat2 terkejut sebab banyak sangat gambar syok sendiri, dalam hati 'eh siapa yang curi2 snap gambar ai ni' padahal.....hahahahaha!

lepas tu mula meng edit gambar yang seraya menghuduhkan diri sendiri....fine! tak edit pun huduh....mengaku mengaku..kuikui! lepas dah berpuas hati dengan hasilnya terus send kat pakwe cakap comel tak comel tak? dengan harapan nak suruh dia cakap comel nya makwe aku ni...hoih!

feeling comel sebentar, sebentar je..janji tak lama2 pun...huhu!

lepas tu bila tengah merajuk dengan qery, dia dah tak tau nak pujuk cane, sebenarnya bukan aku kuat merajuk pun...(ceaaaa..yela tu) saja je nak try test marah2 kat dia kan, mana tau dia nak give up ke kan...hahahaha! lepas tu....dia pun pandai edit dah sekarang ni...hahahaha! terus dapat MMS dari dia...trut trut!

hakhakhak! ye la tu sayang gila...kalau dia baca ni kompom dia malus giles..
qery tu kelakar kan...hahahahah!

lepas tu belek2 fon, tibe2 ternampak gambar tahun lepas, masa tu befday dia, first time sambut befday dia kat secret recepi.. :)

masa ni dia kurus...pipi tak tembam, dan rambut aku pendek...kan???????? dan baju tu sexy...kan?? hahahah! tibe2, hei dulu dia bagi aku sexy2, sekarang tidak lagi..terima kasih... :P

nak tau tak camne qery mintak aku jadi gf dia??? nak tau tak nak tau tak?? hahahahaha!
ayat dia sangat kelakar...nanti la aku gitau korang...! ke nak tau sekarang? ok la gitau sekarang la...eh tak nak la..tunggu hari selasa la eh....kuikuikui! bye!

Sapa Vote dia Sangat Cantik dan Hensem..!

Aku dengan tak malunya nak mintak bantuan kat korang tolong vote kami kat sini....please please please...aku bagi dia nye link then korang tolong vote eh eh ehhhh...hehehehe!

http://apps.facebook.com/freeyourideas/?entry=35&ref=mf

tajuk dia pulau redang, tapi ceera dia gi taip pulang redang, nerves sangat kot...huhu!

korang cantik sangat, hensem sangat, tapi kalau vote lagi super duper cantik hensem...betul tak tipu...rasa nak ngorat je korang.... :P

vote eh.....terima kasih, makin sayang kat korang tauuuuuu.. (ini bukan ayat manis..lalalala~~)

again the link :)

http://apps.facebook.com/freeyourideas/?entry=35&ref=mf