Followers

nuffnang

Sep 30, 2010

STATEMENT ITU

tak nampak ye? kecik sangat?

boleh view kat facebook aku ye...
sila tonton..hahaha!

dan jangan beri komen apa2, terima kasih atas kerjasama anda :)

Muka Hodoh VS Perangai Celaka

Aku mintak maaf dulu ye kalau bahasa tidak menggambarkan bangsa...huhu!
bukan aku marah sangat, tak puas hati sikit-sikit je...dendam bawak mati ni sebenarnya,
kuikuikui!

Muka hodoh tak apa kan? tak dosa pun kan muka macam gampang ke, muka macam sial ke, muka macam pencuri ke, muka macam perogol ke, tak dosa pun kan, sebab muka tak bersalah, setiap muka adalah pemberian Allah..kan???


Sebenarnya ini kes tahun lepas, hehe! kalau korang dah lama baca blog aku, korang tau aku dengan qery pernah private blog dalam seminggu macam tu kot, korang nak tau kenapa?bukan sebab takut ke apa, sebab kami kumpul bukti bersama orang2 tertentu, ni kes perempuan gila tak puas hati cinta tak berbalas...hahaha! muka cun, tapi perangai macam sial..

Sebenarnya semua benda ni kami dah fail kan, cuma malas nak bangkit kan semula je, malas nak saman, malas nak kaya cepat..hahahaha! sebab tau dia pun tak ada duit kalau nak bayar saman kat kitorang ni..huahuahua! dan yang paling penting dia tu sebenarnya pembaca setia blog aku, setiap pergerakkan aku dengan qery dia still amik tau, kan? bagus kan, tau la lagi..hakhakhak!
bodoh ok da ada pakwe, tu la dulu perangai macam celaka sangat, kan qery dah buat report, lepas tu bila qery buat report kau tak puas hati kau nak ugut2 rogol aku la apa la, kan? kawan2 dia pun ada baca blog aku, baca la sayang, baca yang dari 2008 tu tau sampai habis, hehe!

Takpe2, dun wori, polis pun suka gila tengok muka kau, tengok tatu rm10 tahan seminggu kau tu, tengok lurah dendam kau tu, jangan risau, kalau kau buat hal sikit lagi je memang tak kemana dah..hahaha! seronok gila babeng, kau paham tak seronok gila babeng tu macam mana???setahun aku tunggu nak buat kes ni, kau duduk diam2 di sana, beria2 kata tak takut mati, ye la banyak pahala la katakan, tapi aku tau orang busuk macam kau tu liat nak mati, so jangan risau, dalam penjara tak lama mana pun..lalalalalalala~~


Sila baca, aku malas nak edit kasik kaler merah2 sebenarnya, biar orang tengok je muka dia, tapi kalau korang baca pun penulisan dia dah tau kan muka dia macam mana, ok muka tak bersalah, tapi perangai macam iblis, gila sawan ke apa perempuan macam ni, ni tak nak kasi malu je, karang tak pasal2 tak dapat jadi model dah kan, layak ke ko?

oh puas hati aku...pegi la kau main jauh2, kau datang dekat? nak ugut? ugut la der, lu perasan lu bagus? ada lagi bagus dari lu la, wa tak bising2 macam lu, lu mulut banyak, tapi tak ada hasil...boring boring....

ok kita lupakan dia...hahahaha! huish dah lama tak tulis benda2 tak baik macam ni...hahahaha!
jangan la paksa ai tulis, ai tak suka la...astagfirullah, sepet sila mengucap, biar orang buat kita ye, kita jangan dendam2, tak baik kan, tuhan marah, biasalah manusia mana tak buat silap, kan? semua orang pernah buat salah dalam hidup, dan kita mesti memaafkan, betul? aku boleh maafkan dia, cuma dia kene mintak maaf dengan aku face to face, dengan ikhlas, ye? macam tu baru boleh di maafkan, kalau dia taknak? hape haku kesah pulak ye? tapi tu la, dia tu sebenarnya ok, cuma perangai dia tu kadang2 luar kawalan, betul tak wahai perempuan? kau baik? tapi kau silap pilih orang, nak patah balik tu dah lambat, aku harap kau bahagia di sana, dan jangan mengganggu aku di sini..nak cantik boleh? tapi tak payah la melampau2 mengejarnya, sebab cantik perempuan bukan sampai ke tua, hati dan perangai yang cun baru boleh kekal, kalau muka cun masa muda2, dah tua ada pulak macam britney? tak ada pun....

tu la masa SPRA tak dapat mumtaz, sapa suruh dapat jaijidan je.... :P

apa pendapat korang?

TIPS: Elak Awek Meluat Kat Engkau!

1. Jangan kerap bertanya berkenaan berat badan diaorng (Sensitif tuuu.he)

Tau la saya gemoks, tapi saya masih dalam berat badan ideal tau, belum overweight lagi, baru naik sikit dah complaint, awak tu buncit saya diam je, awak ingat badan awak cantik macam malik nor ke???

2. Jangan merokok depan diaorang (kuarangkn sebab kebanyakan perempuan tak suka lelaki merokok, selalunya diaorang diam je walaupun meluat).

Awak ingat awak macho sangat ke? Hembus-hembus asap buat bentuk bulat la, petak la, awak tau tak saya nak hidup dengan awak lama, kalau awak tak sayang saya sayang la anak-anak kita nanti? awak suka saya dengan anak-anak awak mati sebab sesak nafas bau asap rokok awak tu ke?

3. Jangan Pakai Pewangi yg terlalu kuat sebb kebanyakkn perempuan suka kn bau yg lembut, kalau tak pakai minyak wangi lak nanti dia ingat korang jenis pengotor sbb badan berbau..

Awak dah wangi dah kalau awak tak pakai minyak wangi, cuma pakai deadorant je ye, yang tu saya tak boleh nak buat-buat wangi..hikhik!


4. Elakkn daripada memakai Gelang, Rantai dan Cincin Besar, sebb diaorang kata lelaki camni selalunya di anggap Jenis EGO, BERLAGAK, PANAS BARAN. (itu kata diaorang la)

Saya pun tak suka, nampak macam budak baru nak up. Lepas tu nampak macam orang tak semenggah, dan bertanya dalam hati, macam ni ke nak jadi suami n ayah n menantu? sesuai ke? macam orang hilang arah dan kurang kasih sayang je...kan??

5. Jangan Selalu sangat buat lawak, sekali sekala takpe dan elakkn dari buat lawak BODOH (yg tak masuk akal)

Jangan buat lawak dalam pawagam, sebab saya nak fokus tengok cerita tu, kalau tak kembalikan duit saya!!

6. Jangan terlalu KERAP Bersin atau Meludah DEPAN diaorng, menunjukkn korang ni banyak kuman dan pengotor.heee

Iyek, awak serupa macam mat bangla, mat indun, mat myanmar, tak reti hormat orang, geli tau tak?

7. Jangan sekali pun korang tinggikn suara kat awek korang, walau mcmana sekali pun

Awak cakap perlahan pun saya boleh dengar, lemak saya bukan kat telinga, so saya boleh degar lagi, tak perlu nak jerit2, lagipun suara awak tak sedap kalau jerit, macam suara ayam.

8. Jangan Terlalu mengongkong, sikit-sikit tanya itu la ini la, dan kalau nk keluar depan rumah kena beritahu, ehmm ramai awek tak suka disoal siasat cam polis, confirm tak sampai 3 bulan awek korang tinggalkn korang hee, lain la kalau dia rela hati nk beritahu kemana dia pergi dan apa dia buat..

Awak saya nak pegi makan ni, kat dapur je, sorang-sorang, jangan risau tak ada lelaki pun kat sini yang nak kacau-kacau saya, saya tengah kopik kulit udang ni, keras betul, awak jangan risau tak luka kot, saya hati-hati je, saya dah habiskan separuh ni, sedap betul rasa, awak jangan risau, saya makan tak banyak, saya nak basuh pinggan ni, kat singki dah ni, tengah cuci ni, glurppppp, alhamdulillah, awak jangan risau, saya ingat je kat awak.... pstttttttttttttttt!!

9. Jangan Sesekali PAU duit kat awek korang atau pun biar kn awek korang keluarkn duit utk belanja korang walalupun awek korang anak org kaya, mula-mula cam ok je, nanti lama-lama korang tgkla pasti awek tu pandang rendah kat korangdan anggap korang ni jenis lelaki yg tak ada maruah dan tk bertanggunjawb.

Awak nak pinjam duit saya? awak mampu ke nak bayar balik? duit saya yang awak pinja rm10 nak beli topup awak pun belum langsai lagi, awak mampu ke nak sara saya?

10. Jangan Makan Gelojoh depan awek korang menunjukkn korang jenis kebulur dan tak boleh bawa majlis.ha haha..

Awak, lapar sangat ke? bukan tadi awak dah makan 3 pinggan? awak bayar ye...awak bayar saya ok je...

hehehe! sila jangan buruk lantak ye, dan sila pergi ke blog araaz kalau nak tengok lagi banyak tips!

Memang Saya Yang Pengsan

(entry ini panjang, sila sediakan air milo atau biskut kalau dilanda kebosanan..huhu!)

Macam ni cerita dia..aku kan seorang perempuan, (lemah lembut) haha!
So macam biasa aku akan terangkan cara aku bekerja ye....

setiap jam 9, aku akan bersama lagi 2 orang pekerja iaitu KEW san dan Nazihah san,
akan bersilat di dalam farmasi, setiap pekerjaan yang kami lakukan adalah dalam keadaan berdiri,
kami key in ubat secara berdiri, amik ubat secara berdiri dan berjalan,
kadang2 berlari kalau nak cepat, dan kami tak di train berjalan lambat sebab kerja terlalu banyak ketika waktu itu...Nazihah akan tolong sapai jam 9.30 sahaja sebab lepas tu dia kene runner pegi farmasi OUTpatient, yup yup aku kerja kat inpatient, terima kasih kerana tidak bertanya..kehkehkeh!

kami akan menyediakan ubat setiap patient pada awal pagi, contohnya 1 ward ada 20 patient, dan ada 4 ward di situ, kami akan menunjukkan yang kami BOLEH! YAKIN BOLEH! begitu....lepas tu kami akan siapkan pulak drug TTH (to take home), iaitu patient yang dah boleh balik (discharge), kami akan return semua ubat yang dia tak guna, dan key in semua ubat yang dia perlu ambil semasa di rumah, paham? ok la tak payah paham sangat sebab bukan kerja korang pun,huhuhu! Yup hanya aku dan Kew sahaja yang ada time macam ni sebab ada sorang lagi dia cuti maternity selama dua bulan, so kami yang terkapai2 membuat kerja..

Sebenarnya tak ada hal pun n ak buat kerja-kerja tu sebab dah biasa memang rutin harian macam tu kan, kaki ni dah biasa berdiri dah pun, kalau kene denda dengan cikgu sekolah suruh berdiri setiap masa pun takde hal lah...huhu! tapi jangan kau mimpi la nak kene denda apa kau feeling umur 15? tidaklah ku tahu....

Aku ni memang jenis tak makan pagi, sebab tekak ni rasa payau nak telan makanan pagi2, kadang2 kalau lapa pukul 10 macam tu pun boleh tahan sampai kul 1 kan, sebab memang dah latih perut macam tu, ish, sebenarnya benda2 ni memang tak ada apa sangat la, cuma yang tibe2 jadi masalahnya........hari ni hari pertama aku PERIOD! cilaksss kan????? suwei......

Selalunya kalau aku ABC (Allah Bagi Cuti) pun, aku rilex je, setakat lenguh2 biasa, sakit perut sakit pinggang tu benda biasa sangat, aku pun gagah lagi nak key in ubat amik ubat semua walaupun badan dah bongkok2. Kew tau aku first day period, so dia pun macam kesian2 kat aku...huhu! aku cakap kat kew, aku punya period kalau macam ni sakit sikit2 ok lah kot, mintak2 la jangan yang sampai tak boleh bangun tu, takut sangat sebab tak pernah kene kan. Aku ni kerja tak berhenti2 sampai la pukul 11.30 tengah hari tu..

Aku pegi toilet sebab aku rasa perut aku sakit sangat, sakit yang sangat sampai kaki aku dah menggigil, tapi aku kan macam tak dapat terima aku memang betul2 tengah sakit, aku bajet macam kejap lagi ok ni, so aku duduk dalam toilet, aku tekan2 perut aku, fine memang sakit la kan, tapi aku tak ada la nak nangis ke apa, nangis pun bukan sakit tu hilang pun, aku dah doa dalam hati jangan la pengsan sebab aku nak kerja ni...kalau aku pengsan tak ada sapa nak cover aku, kesian kew kerja sorang2, kerja kalau boleh tunggu esok takpe, ni tak, kau hantar slip, 5 minit dia nak siap..kecoh gila..huhu!

Lepas tu aku rasa kaki aku dah gigil2, dengan perut sakit tuhan je yang tahu, aku sangkut labcoat kat penyangkut dalam toilet tu, masa aku bangun nak amik labcoat tu aku dah berpinar2 dah, dalam hati aku, ah sudah ni...jangan macam2 dah la, aku amik je labcoat tu, aku tak pakai pun, aku kuar toilet, aku dah tak nampak apa dah, dah putih je, aku pejam2 mata kot2 la lepas tu boleh nampak balik kan...aku nampak pokok bunga kat luar toilet, aku budget nak landing situ jap, tapi cam nanti orang tau la aku sakit, i dun like ok. aku jalan jugak dengan tak nampak apa pun, semua kabur ni, aku pegang dinding sampai la kat farmasi. dalam hati aku berdoa kaki aku ni boleh langkah sampai farmasi pun jadi lah, nak pengsan kat situ ok lagi dari pengsan kat tempat orang awam kan..malus maks! hehe! dalam sakit2 pun tak malu..tak paham..

pintu farmasi tu kene pakai kad baru dia terbukak,aku dah tak larat gila nak amik kad dalam poket labcoat aku tu, bayangkan la nak amik kad pun tak larat kan, giler, dah sampai farmasi aku tengok pintu terbukak sebab ada cleaner tengah sapu lap2 farmasi, memang time macam ni dorang datang farmasi pun, dalam hati dah alhamdulillah kan, masuk2 tengok bayang orang tengah buat kerja, aku budget itu kew sebab memang dah tak nampak apa ni..aku nak cakap pun tak larat tapi kalau tak cakap camne kan, gagah jugak la, 'kew i rasa nak pengsan la'

terus kew suruh aku duduk, ' eh hana duduk dulu, pegi rehat, duduk kat belakang tu'

masa lalu kat belakang tu terus jatuh, huarghhhhhhhhhhh!!! dah jatuh sedar balik, bangun carik kerusi, kew kat depan tengah bizi prepare ubat, fine tade sapa perasan tapi tak boleh salahkan dorang, sebab memang tak cukup staff pun time tu, ko bayangkan, kami ada 9 orang termasuk bos, so tolak bos ada 8 orang, kan??? bos memang tak kan buat kerja semua ni dia ada banyak kerja lain nak setel, betul? lepas tu ada dua orang yang tengah cuti, sorang cuti bersalin, sorang cuti sakit, dan 2 minggu dia tak kerja, lepas tu tinggal la 6 orang, kan? dua orang lagi adalah orang dalam store? dorang bizi buat kerja dalam store? kan???? so tinggal la 4 orang..paham? 4 orang tu bahagi dua tempat outpatient dah inpatiet, so tinggal dua orang, kalau aku sakit, kew tinggal sorang, see? ko nampak tak serbe salah aku ni, aku tak boleh sakit, tapi aku tak boleh nak tahan sakit tu...tidakkkkkkkkk!!!

Jadi, kew tengok aku kat belakang, dia kata nak jumpe dokter tak? aku cakap nak, dia tanya lagi larat jalan tak? aku cakap tak...dia tanya nak dia panggilkan orang amik aku tak bawak wheelchair, aku cakap nak...sebab memang tak larat gila babes...terus kew call kan orang kat emergency, aku duduk sambil dongakkan kepala, sebab masa masuk pengakap, cea tetibe feeling aktif masa kat sekolah kan..boleh bla..huhu! masa dulu kalau rasa nak pengsan kami kene dongakkan kepala sebab oksigen tak cukup kat otak, lubang hidung kita kan kebawah, so kalau kite dongak, oksigen senang sikit nak masuk..begitu. sepanjang aku tunggu staffnurse amik aku, aku mendongak je la. bukan ai sombong ye...huhu!

lepas tu masa keluar farmasi semua orang tengok, malunyaaaaaaaa..tak suka sakit! tapi memang sakit...huhu! sampai2 emergency, nak tunggu dokter kemain lambat sangat rasa, rasa nak hentak2 kaki je, tapi tak boleh, lepas tu dokter sampai tanya aku first time ke apa ke, aku pun cakap la first time, tak boleh jalan, kaki menggigil,bukan kaki je, semua gigil2, badan dah sejuk2, jantung laju sangat2, dokter bagi aku injection kat vontot, saja tau....................tak suka! huhuhu!
lepas tu 5 minit macam tu aku jalan pelan2 gi farmasi, terus mesej qery...

S: kamu, tadi kita pengsan, kamu balik sekolah amik kite terus eh, kita tak larat.

terus qery kol, oh penyelamat...hahahaa!

Q: kamu kenapa ni?
S: tak tau..sobs sobss......
Q: kamu tunggu situ, kita amik sekarang...
S: tak larat nak jalan pun ni...
Q: jalan pelan2 k sayang....
S: erm.....

huwaaaaaaa! terus rasa serbe salah susahkan semua orang....

tak sampai berapa minit qery dah sampai, risau betul dia....
kawan-kawan aku suruh balik rehat, tapi aku macam tak rela nak balik pulak...huhu!
masuk2 kereta je qery senyum kat aku...

Q: kenapa boleh jadi macam ni? tak makan pagi ke?
S: selalu tak makan ok je, tak tau, period ni teruk sikit la..
Q: balik rehat k, kite ada benda tak setel lagi kat skola ni...
S: ok, sori eh
Q: kamu tu tanggungjawab kita...

eh???? belum kawen pun da kene tanggungjawab eh? hehehe!
so suwittttttttttt....fine sakit2 pun nak feeling suwit boleh bla...
balik2 rumah mak aku pelik..

Mak : ko kenapa? sakit ke?
Aku : tak la, ok je....eh mak makan sup ketam eh? (tukar topik)
Mak : yela kan kko suruh makan sup ketam, mak makan la..

aku memang tak suka bagitau mak aku kalau aku sakit, sebab mak aku dah risau opah aku masuk spital semua kan, badan dia pun tak sihat tu, so tak payah la tau aku sakit ke apa, lagipun sakit aku ni biasa2 je, tak teruk pun...tapi lepas tu dia tak puas hati, masa aku dah landing dalam bolik nak rest, bajer nak tido je, dia ketuk2 pintu,aku bukak pintu terus dia pegang muka aku nak tengok demam ke apa...hehe! kelakar...

well, aku tak manja, dan aku pun tak manjakan diri aku selalu sakit ke apa, dan jangan manjakan diri, dokter nak kasik cuti 2 hari aku mintak sehari je...badan kene kuat, baru best! Perempuan kene biasakan kuat mental dan fizikal, sebab lagi banyak dugaan kita nanti, ada anak-anak, badan lemah longlai sakit sikit tak boleh buat kerja, nanti anak2 ikut, not good, wah belum kawen dah fikir, poyos...tahu tu..hahahahaha!

Sep 29, 2010

Saya MC hari ni...

Tak pernah dalam setahun lebih ni aku amik MC,
MC (medical certificate) MC (mintak cuti),
last amik MC masa sekolah menengah kot,
Tapi MC yang rugi sebab bukan dapat cuti satu hari,
hehe!

kenapa aku MC separuh hari,
yela kalau dah tak sihat tu tak payah la datang kerja kan,
tak payah susahkan orang semua..
tapi nak buat macam mana..
mula2 gi kerje sehat je,
dah nak masuk tegah hari baru nak jadi macam2..
dah nak terPENGSAN kat tempat kerja....
terima je la...

so cuti la ye, cuti cuti malaysia tak dapek la sebab sehari je aku nak MC,
dokter tak payah bagi lebeh2, tak best pun cuti...
okey la, nak sambung rest..
bye!

p/s : aku ni sakit pun macam tak kan? tak paham lah...huhu!

Mood Aku Tak Berapa Baik Lately

Ni sebab tak makan pil hormon YASMIN la ni kan..huhu!
Hormon tak menentu, period tak stabil,
jerawat naik kat muka,
Letih, huhu!

Nak tunggu makan pil tu, kene tunggu period pulak,
tapi entah ke tahun bila nak datang ni,
feeling mengandung je lah...huhu!
im gonna be a mummy!! boleh bla...

Qery pun sekarang mood letih jugak,
saja nak tiru2, kadang2 terlupa nak cakap ILOVEU, uwek..hahaha!
ha cane ni? balik rumah pikir nak merajuk ke tak eh?
kalau merajuk pun macam penat jugak kan? kehkehkeh!
haih...

Semalam aku tanya dia, kenapa suka kat aku....soalan boring la tu..hahaha!

S: kenapa suka kita?
Q: tak suka, tapi sayang
S: hikhik! malu kita... (tutup2 mulut, poyos gila)
Q: kita je sayang kamu, kamu tak sayang kita pun kan? (ayat perangkap nak suruh aku cakap sayang di jugak, layannnnnnnn)
S: eh sayang jugak la,
Q: hikhik! kita pun nak malu (tiru tutup mulut)
S: mana boleh tiru tutup mulut masa gelak.
Q: kenapa?
S: sebab muka kita comel kalau wat camtu, muka kamu ngeri.......iloveu iloveu..hahaha! (terus iloveu kan....dah kata muka orang ngeri kan, tapi nak jugak kata muka aku comel apakah??)
Q: iyek nak muntah comel...muka ada jerawat..uwek!

sentap.......arghhhhhh!! kenapa period ni tak nak keluar, keluar la sayang, mak tak marah...huhu!

dah sentap terus feeling tengok kaki je...hahaha!

Mood tak baik sangat sebab, ish malas pulak nak bagitau..huhu!
tau aku tak ada mood sangat je cukup lah ye...
mood ada, tapi mood tu nakallll sekali...huhu!

mood sila pulang kerumah dan jangan lupa bawak buah tangan yang manis2 sahaja...
fuh!

Kenapa Perlu Berubah?


Aku paham manusia sentiasa berubah,
fine kadang2 diri sendiri pun berubah kan..
diri sendiri tu sedar, tapi bila orang cakap kita dah berubah tak pernah nak mengaku pun...
tak kisah la nak berubah mendadak ke, berubah secara halus? ada ke? hehe!
berubah ke arah yang baik-baik belaka tu bagus la kan,
boleh mak korang feeling2 sejuk perut masa mengandung..kan?

Tapi aku tak dpat terima la kalau suami berubah jadi ganas?
yela kite sendiri tak tau perangai kita nanti macam mana...
so tak boleh nak kata orang, fine la memang betul pun..
tapi kalau lelaki yang dulu sayang2 kat kita,
bukan main lemah lembut,
yang protect kita kalau kita takut,
yang selalu remind kat kita hati-hati,
yang sayang kat budak2,
yang berjiwa halus,
tibe2 berubah jadi orang yang perperangai binatang...
pukul isteri,
pukul anak,
dera mental fizikal,
kadang-kadang kita sendiri tak tau betul ke suami kita boleh protect kita?
boleh ke family kita protect kita?

sebab tu aku tak suka baca paper,
bila aku tau hal-hal yang akhir zaman ni...

bapa rogol anak, abang rogol adik, adik rogol kakak, family bunuh family, ayah pukul anak, suami pukul isteri, itu ke yang di janjikan masa korang akad nikah? untuk jaga isteri? untuk jaga family? sometimes kita rasa tak selamat, mana tanggungjawab yang korang janjikan tu? kenapa buat perempuan kaum lemah macam ni? padahal anak yang korang zuriatkan tu tersemat dalam badan isteri korang 9 bulan lama korang tatang penuh kasih sayang, kenapa sanggup buat macam tu? mana semua sifat yang dulu tu pergi? ingat lah, itu semua kurnia dari Allah, kita semua datang dari Allah, tak kisah kau lelaki atau perempuan, tak kisah la kau marah macam mana pun, sedangkan binatang sayangkan anak2..

aku tak tau apa yang aku akan lalui untuk masa depan, kita semua tak tau,
sedih bila baca paper, bila tengok manusia semakin kejam,
ragut, kelar sana sini, lari dengan lelaki lain,
bukan nak salahkan orang yang mendidik,
tapi orang kata melentur buluh biar dari rebungnya,
manja kan anak tangan-tangankan,
kalau waktu kecik kita ajar dia bukan2,
bukan2 la jadinya.
kalau kita tak ajar dia bukan2,
tapi kita biarkan je dia buat perkara bukan2...
kite macam lepaskan tanggungjawab pula,
takutkan???

sebab tu la aku takut nak kawen, takut suami berubah,
takut tak pandai jaga anak,
takut anak jadi bukan2,
kadang2 rasa takut sangat,
korang tak takut ke?
ok la fine memang takut dengan Allah je....
tukar perkataan la camni..hehe!
korang tak scary ke? hikhik!

Qeryana 20


Malam tu tidur lena di buai mimpi...hahaha! sangat geli kan...
aku tau aku macam jijik gila, gado dengan boifren, lepas tu curang dengan orang lain..
eh eh di sini konsepnya bukan curang ok...
masa tu tak nak pun kat qery, tapi saja bosan2 nak keluar kan..
begitu..tak jijik sangat kan...kekekeke!

Esoknya bangun dengan fresh sekali....
tunggu si qery datang amik aku...sebab dia dah janji nak datang amik..
seronok tak? seronok la kan..hahahaha!

sungguh gedik sekali waktu itu ye, tapi masih di dalam kawalan...kannnn...lalalalala~~
lalu aku pun menunggu Qery, dia sampai dalam pukul 2 3 camtu aku tak hingat la,
tapi yang fenting....????
mari kita lupakan boifren buat sementara waktu...huah huah huah!
hebat tak? perasaan boleh di bahagi? kalau tak suka lupakan saja...
nak ingat buat apa? tak UNTUNG.....

gaduh kan, walaupun malam semalam dihujani perasaan bersalah,
kehkehkeh! tapi tidaklah ku mengisahkan...
begitu la cik sepet, senang je nak lupakan orang,
perempuan handal...feeling HEBAT sebentar...hahaha!

Nampak kereta Qery sampai rumah ceera, terus seronok gila, hikhik!
Lepas tu bai bai atam bai bai rumah atam ai nak curang ni jangan risau ai curang sikit2 je tak ada buat yang pelik2 pun cuma kenyit2 mata sebelah je, cuit2 bahu..oh terlebeh pulaks...tsk tsk!

Dalam kereta kan, yang paling aku tak boleh lupa, aku nak kuatkan sound radio, kan dia macam picit2 banyak kali kan..lepas tu, time tu jugak qery nak tukar gear, kereta manual kan...huhu! lepas tu masa tengah tekan2 nak pelankan radio, sekali qery pegang tangan aku..omaigod omaigod dah nerves ni..hahahahaha! lepas ni dia nak buat apa ni apa ni! hahahaha! ok yang tu over, sile simpan yang seterusnya di dalam kolbu....huhu!

S: kamu! tepi la.... (sebenarnya nak gelak)
Q: eh sori, kita ingatkan gear...
S: ha menipu!!!! gatal!!! dasar lelaki gatal!! (jegil2 kan mata, tapi yang comel tu..nak jugak..haha!)
Q: oit mana ada, huhu!
S: habis tadi tu apa???
Q: kita nak tukar gear la, kamu sapa suruh time tu nak pelankan radio? ha?????
S: kite pulak! kamu la...!
Q: kamu saja nak kita amik kesempatan kat kamu kan kan kan???
S: hoi kita tak salah! kamu tu gear dengan tangan kita yang lembut ni pun tak dapat beza...
Q: lembut??? yeke? nak pegang boleh tadi tak perasan lembut ke tak?
S: hoiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!
Q: hhahahahahahahahaha~~
S: (cakap pelan2 tapi boleh dengar la) ele cakap je la suka kat kita, pastu buat2 terpegang tangan pulak, taktik ayah kita dulu, boringggg...... (sambil pandang tingkap, buat muka bangga..haha!)
Q: hehe! kita tak hingin la kat kamu...
S: ade aku kesah???

tengok? gedik kan? nak terpegang tangan konon..blah la lu...huhu!
perangai.......benci je..lalalalalalalala~~

lepas tu borak2, pasal perempuan tu perempuan ni..
well paham2 la qery tu banyak nau perempuan2 masa tu,
dia tanya aku dengan orang ni ok tak orang tu ok tak?
lepas tu dia cerita kisah dia dengan exgf dia, yang ok, yang tak ok,
fuhhh, macam2 ada, berapa ramai makwe ko pernah ada ye?
hish terus rasa tak adil, hahaha! pakwe aku tak ramai pun tau...
rugi dulu tak playgirl...hahaha! penyesalan berganda...

Lepas dia cerita2 kami kuar jalan2 lepas tu dia cakap nak hantar aku balik seremban...
ye la aku kan praktikal lagi, kene balik seremban la....
dan yang paling kejam, eh aku ada boifren eh? hahahaha! anggap je dah clash boleh?
kahkahkah! ok tak kelakar, malam tu entah apa mimpi aku mintk clash dengan pakwe aku..
dan dia selamber badak tak fikir apa terus approve! yeay!!!

apa yeay yeay??! menangis lah kau di situ ye...hahahaha!
ye memang menangis....sile percaya... :P

masa tu sedih la kan, sebab kite bukan sayang orang saja-saja,
betul tak? kita sayang orang sebab tak boleh nak tahan hati ni nak sayang orang,
cecece, gelisss, boleh tahan geliss lagi kan..nak sambung ni...huhu!

tapi nak buat macam mana, ada salah faham sana sini, tak boleh paham ke, tak nak paham ke, terlebih faham ke, tak suka nak faham ke, pendam tak terluah, lama-lama kalau kita rasa tak puas hati dan rasa tak boleh nak survive, buat apa nak seksa hati kan, oh hati maafkan daku kerana telah mengoverdose kan kau masa itu..kuikui! sekarang kau suka kan hati? suka sangat kan? hahahaha! suka hati kau lah ye...tidak la ku tahu...huhu!

Lepas clash, hidup tak keruan, tapi tak kesah la, sebab ada orang support dari belakang kataaaaaa..hahahahaha! menyampss!!

Sep 28, 2010

Hikhikhik!

Ini namanya rindu.....

sila geli.... :) ok ni bukan contest :P

saja nak kasik korang tatap dan berkata-kata dalam hati,

*busuk punya perempuan edit-edit guna fon, ni mesti laptop murah tak ada fotoshop...*

tapi rasa nak kelip2 mata kat korang la..hahahaha!
ai rindu la nak wat camne kan?
terpakse la PAKSE korang rindu sekali....
kuikuikui!

Anak Buah Yang Kelakar

ada anak buah aku tu dia baru lepas abis exam UPSR,
so dia cakap kat aku,

maksu, maksu dulu maksu dapat 4A kan?

erm, kenapa?

tak de la, ajai rasa tahun ni semua paper senang kecuali bahasa melayu penulisan

senang? kalau senang nanti graf naik la maksu rasa

graf naik? lepas tu kenapa?

kalau graf naik, contohnya dalam malaysia ni, matematik 70% dapat A, so dia akan naikkan graf la

ajai tak paham

ok, biasanya 8o markah dah dapat A kan, so dia akan naikkan graf matematik 90 baru A. macam tu la.

ha???? mana boleh, semua orang pun nak A

biasalah tu ajai, tu namanya persaingan, senang dorang nak tempatkan budak2 nanti. kalau dah satu sekolah tu ada 100 orang murid amik UPSR, lepas tu 90 orang dapat 5A, ha macam mana dia nak agihkan kelas masa form 1 nanti, kan susah, so dorang terpaksa la buat macam tu.

lepas tu terus dia runsing, hahahaha! terus aku gelakkan dia...masa dia nak balik, dia nak salam aku kan..lepas tu dia cakap kat aku..

maksu ni buat ajai risau la....

hahahahaha! ajai kan pandai...

nasib dia tak cakap *ajai tau ajai pandai*
kalau tak mendapat je....huhu!

maksu curik gambar ajai dalam fesbuk..hahaha! terbaik la jai amik gambar macam ni...nak signnnn!

rasa kelakar je budak2 sekarang ni, dulu aku tak kesah pun dapat berapa A,
sebab main jawab je masa exam, exam feeling ujian je..hahaha!
kencang lagiiiiiii.....
:P

Saya Bukan Taugeh!

hai taugeh hai taugeh...!
salah, hai taugeh taugeh....
taugeh = taukey

Kadang2 rasa geli bila orang panggil aku taukey..haha! Sebab bila dengar ayat tu rasa macam sesuai dengan apek tua yang ada taik lalat hidup kat pipi, sambil ada misai panjang kaler putih sambil diri sebelah kaki letak atas kerusi sambil kira duit dan menggentel misai..paham tak?
takpe2 tak paham takpe tak masuk PMR pun, tak payah nak amik kelas tuisyen bagai k...huhu!

Tak tau la kenapa ye minat berniaga? mungkin faktor keturunan kot, cea konon2 nak kata mak ayah aku otak bisnes pastu turun kat aku la tu..puiii...hahaha! tak sangat la, sebenarnya minat tu memang ada, cuma tak yakin je, sebab tak biasa sangat kot, mak n abah berniaga, adik beradik mak yang perempuan semuanya berniaga, yang perempuan2 memang otak berniaga kenapa ya? sama macam otak isteri rasul kita kan? dulu dia pun berniaga? kan??? hikhik! lagipun agama Islam galakkan umatnya berniaga..betul?

gambar lama, masa praktikal dulu, rantai tu kalau qery nampak makan hati je la tu...
hakhakhak!ye udah di buang, dun wori ye, i lap u je, haih.....! betul ke apa yang aku katakan itu..hahahaha! boleh tarik balik tak? kekekeke!



ekceli aku baru je order beg2, so dah sampai kan, tapi tak semua...ni pun mintak qery amikkan gambar, kalau kat rumah susah nak amik gamba..sorang2 kan kata...eh jum la singgah rumah saya kat http://sepetshop.blogspot.com, rumah saya sentiasa terbuka..uhukuhuk!

kalau korang nak design beg yang korang tak tau nak carik kat mana, boleh request kat aku, aku boleh tolong carikkan :)

gampang amat deh..jum pegi kedai SEPET!

TQ kepada (sha, norziana, pieja, karensisco, nurul azhan, mida, azma, emy,puteri kure2, helena, syeeda, mahfuzah,shuhada, rahizah, noralia, hidayah, airina dan lain2) yang dah beli, love u all :)
lepas ni kalau beli saya bagi name card saya ye, baru siap wei..hahaha! TQ again :)

Kuih Bulan

Tempat kerja aku ramai chinese, so aku ni tibe2 aku pun tau dah sikit2 perayaan orang cina ni..kuikui! hari tu dorang ada hari hantu berkeliaran tau...dorang cerita malam2 jangan keluar, ada orang yang bakar kuda la apa la..hehe! tapi yang aku kompius tu, hari hantu berkeliaran dorang tu adalah hari pertama puasa kita? hari puasa kita kata kan hantu kene ikat? ha cane???? ke hantu orang melayu dengan hantu orang cina lain2...kehkehkeh!

lepas tu baru2 ni dorang ada pesta kuih bulan kan? dorang ada bagi kuih bulan yang halal punya kat aku..baik kan dorang?

ni perisa red bean..hahahaha! kelakar je rasa bila makan, macam makan kuih jugak, ada yang tak halal, tapi dorang kalau tak halal dorang dah bagitau awal2, dorang lagi peka tau..huhu! Sometimes, kalau dah terlalu bizi buat kerja, dorang yang ingatkan aku...

*hana, u pegi sembahyang dulu, kerja ni memang tak kan habis, pegi dulu k*

so nice kan dorang...ada certain soalan yang kadang2 aku tak dapat jawab bila dorang tanya..

*hana, orang islam boleh derma organ????*

erm, i dun think so...bcoz what i've learned before said, what God gave us, so we have to return back to Him.

atau ada yang lain??? boleh di derma jika necessary? huhu! tidaklah ku tahu ye...sebabnya, apa yang terfikir di otakku sekarang, walaupun secebis kulit, kita kene mandikan, inikan pula organ dalaman? yup aku tahu benda ni benda baik, menderma, tapi ianya organ! huhu! tolong saya beri jawapan, saya nak jawab dengan kawan saya ni....huhu!

kerana jumaat ni kami ada talk pasal organ donation...fstttttttttttttt!!

Sep 27, 2010

Ter....Tido

balik2 kerja terus tertido, ni baru terjaga..
over sungguh, konon penat sangat la tu,
ni pun qery gerak berapa ratus kali...
huhuhu!

Lapar, tapi tak nak pegi dapur,
sebab merajuk dengan abah...
kan??????

:P

syhhh...rahsia...hahahaha!
mengada2 dah besar nak merajuk,
tak paham....

Kempunan Nak Jadi Artis

Kan aku pernah pegi UJIBAKAT AF kan.....kencang gila lah...hahaha!
bajet suara dah sedap sangat lah tu..saing2 siti nurhaliza kan kata?
kalau nyanyi lagi nazam lebaran tu dah kompius dah siti ke sepet?
Oh boleh pitam kan? hahahaha! padahal kalau tikus dengar aku nyanyi boleh meninggal...
tsk! tsk!

So aku ni dah gian sebenarnya nak karaoke...yela abah kau tu dia lagi suka tengok wayang..
mak ehhh ni feeling siti nurhaliza pulak..kan ke payah tu...
jadi aku pun amik keputusan nyanyi dalam bilik sendiri je la...
lepas tu terus pick lagu-lagu yang aku suka..antaranya...

1. stacie oricco - stuck
2. i will survive - glorie
3. destiny child - survivor
4. (There Gotta Be) More to Life - stacie oricco

ok sila tarik nafas dan berdoa semoga hari ni tak hujan...huhu!

sangat kan???? hahahahahha~~

ok, ni bukan sebab feeling sangat, tapi overdose..

hebat tak?? aku tau korang mesti nak dengar suara aku yang mantap kan?? hahahhaha!
gila perasannnn...tapi takpe, nanti aku buat video? suka? suka??????
ha memang tak la! malu kot...hahahaha! tapi percayalah..
memang macam siti nurhaliza...wakakakakka!
ok tak baik menipu bula syawal kan...
maaf... :P

Terasa Gila!

Hari Sabtu tu kan aku pegi open house rumah Qery, memang la aku perasan ada dua orang perempuan ni (muda) dengan mak dia (datin), aku cam muka dorang sebab tahun lepas masa Qery buat open house pun dorang ada datang jugak..

So aku pun senyum2 je la kan, aku bajet kawan mak Qery tu, nak borak2 pun segan la sikit kan..huhu! aku try jugak nak cakap2 ngan pompuan 2 orang tu sebab aku kan sorang2 tak ada kawan, tapi dorang buat tak tau je, so aku pun buat tak tau je la kan..
huhuhu! tapi aku tau yang dia tu dokter, baru lepas belajar, atau tengah praktikal aku pun tak tahu lah ye, sebab dorang cam tak banyak cakap pun...

Makanya lepas dorang balik, mak Qery pun bagitau la yang dorang tu dokter tu...aku pun ooooooo je la kan..huhuhu! Macam2 orang yang datang rumah Qery malam tu, ada tu lawyer, ada tu Pengetua, ada tu Datin, ada tu ontah la den pun tak ingat, ramai benor...huhu! Aku ni orang biasa2 je, terus rasa rendah diri...huahuahua! tak suka tau...

Balik tu, Qery kata kat aku, mak dokter tu (datin tu ye), suka sangat nak menantukan si Qery ni.....anak dia yang dokter tu...suka kat Qery masa dia datang open house tahun lepas..aku dah macam...eh mak kamu pun suka dokter tu ke? tibe2 nak wat sentap kan...hahaha! ok la macam ni dialog dia..

Q: mak kata kat datin tu, kalau nak jadi menantu anak nombor dua dia boleh la, anak nombor satu dah ada yang punye..
S: ye la tu mak kata camtu...
Q: iye, mak kata anak datin tu dah suka sangat, harini anak datin tu kerja, tapi sanggup nak datang jugak..
S: oh, mak kamu suka ke dokter?
Q: kita tak kenal pun la anak dia tu, tak pernah tegur pun...
S: yeke?
Q: adui tak caya pulak..
S: kita bukan dokter oh...tak layak pun nak jadi dokter..
Q: dokter tak ade life kot, lagi tak best..
S: tapi mak kamu suka..
Q: mak kita tak cakap pun suka kat dokter..
S: iye mak kamu suka..
Q: mak kita rekemen untuk syah (adik dia), syah takde gf lagi
S: yela tu..


Terus feeling cemburu..hahaha! Terus emo ok, dulu mak dia nak calonkan dia dengan cikgu perempuan, mak dia suka cikgu wooo....ni yang nak jadi cikgu tuisyen ni...muahahahaha! over tak over tak? sekarang ni dokter...ha yang tu tak dapek den nak nolong...lalalalala~~

Pastu Qery kata kat aku....

Q: mak suka la dengan kamu....
S: tak oh...
Q: mak pernah kata, kalau kita rasa serasi dengan kamu, mak kite tak kisah...
S: yeke?

Yela tuuuuuuuuuuuuuuuuu...kuikuikui!

Sentap tak? huhuhuhu!

Sep 26, 2010

Takpe lah, Terima Kasih Je....

Harini sabtu dia discharge, ramai betul yang nak ambil gambar dengan dia,
Semua staff perempuan berebut, beratur amik giliran..
aku dari jauh tengok je, dia ada kat bilik fisioterapi tu...
tak tau la apa dia buat kat dalam tu..
aku lalu sambil tengok gelagat dorang yang nak amik gambar,
yela dia kan popular,
kalau tak amik gamba nanti rugi pulak kan?
dia pandang aku, dia senyum,
aku pun senyum balik,
aku pun jalan meninggalkan kemeriahan bilik sebelah billing tu...
dalam hati seronoknya kalau dapat amik gamba dengan dia..
hehehe!

lepas tu aku lalu lagi sebab nak balik farmasi,
aku tengok dia dah tak ada dalam bilik fisio tu..
tibe2 ada orang tegur entah dari mana aku pun tak perasan..

*nak amik gamba dengan saya???*

OMG, terkejut gila....lalu secara spontan aku tercakap..

*eh tak pe lah, ramai lagi tu nak amik gamba dengan awak, cepat sembuh ye*

lepas tu dia senyum, aku pun tundukkan muka, lepas tu senyum dan jalan ke farmasi dengan cepatnya...

dan dalam hati.....hell, kenapa cakap macam tu...arghhhhhhhhhh!

rugi woooooooooooooooo!!

dan kerana itu lah saya tak ada gamba dengan dia..sekian terima kasih :P

sedih tak? siapa agak2 laki tu??


aku kene padam yang berkenaan sebab tu semua detail dalam spital, kau cannot tau la ye..hikhik! nama dia tu yang kat tengah2 tu..hahaha! sila buat check up lagi ye artis...lepas tu kita boleh amik gamba...dush dush dush!

Raya Di Rumah Qery

Nerves tak nak raya rumah pakwe korang?
aku tak suka sebenarnya, sebab tak reti la kan...
nak cover2 senyum, kene buat muka suci setiap masa..hoh!!
sungguhhh menyiksakann....huhu!

Ok ok tak payah nak berwirid sebelum pergi,
tak nerves pun...kehkehkeh!! aku pergi rumah dia lepas maghrib,
sampai2 je rumah dia aku dah nampak dah mak dia tertinjau2 menantu wanabe dia ni..
hahaha! perasan gila kata....
lepas tu qery jemput masuk....
yela tak kan la aku nak masuk sendiri kan...
tu dah kencang sangat tu...lalalalala~~

Masuk-masuk ada ayah dia tengah duduk2 kat luar dengan kawan2 ayah dia la kot,
pastu kawan2 ayah dia tanya...

*ini anak abang punya la ni ye???* pastu senyum2 angkat kening..

pastu ayahnya gelak2 je.hollohhh hollohhhh hollohhhhhh...rasa nak mengaku sendiri je..

*ye la saya, kenapa nak kenalkan saya dengan orang lain pun boleh jugak..kekekeke!*
(tapi yang tu dalam hati ye..)

lepas tu salam2 ngan ayah n kawan2 ayah nya...masuk dalam rumah salam omak eh pulak, lepas tu ada kakak ni aku kenal dia jugak la..kenal masa buat show menari anak murid qery kat dewan sanding..eh macam pelik kan bahasa yang aku gunakan itu..sila abaikan..huhu! so borak2 sekejap, kakak tu balik, mak qery suruh makan, aku cakap malu nak makan sorang2, na tunggu kawan2 qery yang aku kenal..ahahahah! boleh? yela makcik, saya malu tak ada kawan nak makan, nanti saya tunggu kawan2 qery boleh makan sama2 kan..mak qery kata..yelah..boleh je...huhu!

sebab bosan melanda...

aku sempat snap gamba sorok, ramai yang lepak kat luar sebab kat luar memang dia dah susun kerusi kan, lagipun makanan buffet ada kat luar, tu yang dorang lepak sana je, malam2 kan angin sepoi2 bahasa..dah cun sangat la tu...aku duk dalam dulu sebab geng2 kat luar ramai kawan2 ayah dia..

Lepas tu gambar makanan pulak lupa nak amik, sebab macam segan gila nak amik, ramai orang lepas tu nanti dorang kata aku ni buang tebiat kan..oh tidak...

dalam pukul 8.30 macam tu sampai lah geng2 qery yang aku kenal macam alim, fuad, shana, cibung dan isteri, ha so aku pun makan2 la dengan dorang sekali...lepas makan aku terus amik port kat dapur basuh pinggan....

HELLO??? ini bukan kes nak amik hati mak qery yeaaa....hahahahaha!
ni sebab kesian pinggan banyak, mak dia tak menang tangan, nak layan tetamu lagi,
nak basuh pinggan lagi...fuhhhh! aku pun macam kesian kan..
mak dia cakap tak payah la apa la, tapi aku tau tu dia suka..hahahaha!
yela kan..sapa yang tak suka kalau orang lain nak basuhkan pinggan rumah ko????
cakap sikit dengan aku.......

adik qery pun nak tolong aku basuh sekali, tapi aku cakap kat adik dia..

*cepul pegi la layan tetamu..akak boleh buat ni..trust me! hahahaha!*

si qery kejap2 datang mintak maaf sebab susahkan aku la apa la...
poyo gila...aku selamber je cakap kat dia...

*dari tak tau nak buat apa kat depan tu baik basuh pinggan lagi best*

ni kalau mak aku tau ni dia boleh pengsan melihat kerajinan anaknya yang tanpa di suruh ni..huahuahua!

ok ni dah bosan sebab dah tak ada pinggan nak kene basuh..

qery tengok bola, seronok betul dia chelsea kalah..cis!

cepul tukang amik gambar..

NAK BALIK!!! HUAAAAA!!

tu yang aku malas nak raya rumah pakwe ni...kompom2 kene duduk lama2 kan...
lepas tu nanti orang tanya bila nak ehem2, bila nak ehem2...
tsk tsk!

lepas tu balik rumah...qery pulak dia pegi main badminton...mak ayah n adik dia asik tengok aku pastu senyum2....tak paham hokey...huhuhu! lepas tu aku pun kene la senyum balik kan..hehe! mak dia borak2 ngan aku biasa2 je...tak ada luar biasa pun...tapi yang kelakar..qery terlepas cakap *hubby honey* kat depan adik dia..muahahahaha! lepas tu malu sendiri..wakakakakaka!!

Saya Tak Merajuk

punnnnn....hehehehe!!

kelakar je bila orang email tanya aku merajuk ke apa kan...
orang kata dah besar panjang merajuk buruk,
walaupun aku cute kalau merajuk,
tapi aku tidak mahu menunjukkan kekiutan aku tu..
lalalalalalala~~

Penatnya hari sabtu....
Tertekan dengan kepala hotak lagi,
Kerja hari sabtu memang lah terbaik kan...
balik pukul 1 aku terus tido,
gila fenat...lepas tu bangun2 terus siap2 nak g umah qery...
huahuahua!

rumah qery?
esok je la aku cerita,
yang penting...dah success!
sopan ke tak?
erm, sukar di terangkan..kehkehkeh!

esok aku update lah...
dah ngantok ni..babai!

Sep 24, 2010

Mood Bertanya

Ni bukan tiru kak jemah tau..huhu!
ni di sebab kan malas nak update,
jadi aku tibe2 rasa nak tanya korang...

Suka aku update selalu?
atau yang penting-penting je?
nak aku update 4 kali sehari, atau 3 kali sehari, atau dua kali sehari..
atau korang tak kisah,
kalau aku tak update sehari pun ramai lagi blog yang sangat best-best korang boleh baca?
ha????

Tibe-tibe hari ni aku rasa malas amat nak update ni...
Korang tak kesah kan kalau aku tak update selalu?
korang tak nak tau sangat hal-hal harian aku?
Korang nak tau benda2 yang ilmiah je kan???
kannn??? So, aku rasa korang tak kesah kot...

So, korang agak-agak macam mana?
aku kene tanya korang jugak ni..
sebab korang jugak yang baca blog aku..hehe!
tentiu... :P

lepas ceera buat contest duit raya, jemah akan buat contest pulak, bila jemah dah habis buat contest, sila tunggu contest aku pulak ye.. :)
jangan risau contest aku tu senang sangat...hehe!

Ok semula-semula..huhu!
korang suka yang mana?
update selalu?
update jarang-jarang?
atau update kalau ada benda ilmiah je?
ke tak kesah yang macam sekarang ni pun dah ok?

Sep 23, 2010

Jum Pegi Pameran Pengantin!

Setelah menjadi model untuk Dina Halim Bridal Butik, sejak November 2009,
aku rasa BEST..haha! Ok la, ada orang tanya kat email aku, sepet ni model ke? qery ni model ke? korang berdua ni model ke? tak la ramai benar yang tanya, kalau ramai tu aku tibe2 feeling artis nak buat conferes kan...hahahahaha! Jawapannya = TIDAK! aku hanya model tak laku dan bukan bidang aku pun model2 ni, so aku tak berapa nak tau la kalau korang tanya aku macam mana cara jalan yang betul zik zak ke, lurus bongkak ke..tidak ketahuan nye...huhu! Qery pulak? aku sendiri pun tak tahu dia tu model ke tak sebab aku pun malas nak tanya dia tu model ke? hahaha! tapi bagi aku TIDAK SAMA SEKALI...huhu!

First jadi model untuk pakaian pengantin Butik Dina Halim masa tu kat PWTC, rasa macam main-main sebab kelakar..hahaha! tak nerves pun...cuma pelik eh jangan la ambil gambar saya...hahahaha!! Masa tu kami pakai baju kaler putih pink, rasa tibe2 girly girly kan....

Lepas tu kali ke dua kat midvelly, bulan julai..masa tu pakai baju kaler oren, cun! ok boleh tengok gambar sekarang!


Ok yang kat depan tu orang yang menjayakan Pameran Pengantin (URBAN VIBE). nama aku tak ingat sebab tak sempat pulak nak berkenalan masa ni...masing2 duk ralat senyum bajet artis kan...haha!

Yang jadi pengapit tu kumpulan penari dari mana entah, badan dorang lembut terbaik! nampak aku macam pendek kan...ah lantak lah ye..kekeke!

See? memng konon2 nya kawen...siap dah prepare buat-buat malu je kalau orang tanya nak anak berapa...?? pehlisss la...huhu!


Sapa nak tau pasal URBAN VIBE sila usha kat sini :)

Dan orang-orang kuat yang menjayakan pameran pengantin...Bulan depan ada lagi tau..
8 sampai 10 oktober, dan aku lagi sekali kene naik pelamin kan....ha sapa yang rancang2 nak kawen tu meh la..waktu2 macam ni dorang banyak buat offer, serius...! Sambil2 tu boleh la kita amik gamba comolot sikit kan...huhu!

kat mana? KLCC je....jum jum! jum laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....... :)

Mahu Belajar Farmasi?

Korang ada anak yang form 5? tuanya korang...hakhakhakhak!
Ok la semula semula....korang ada anak form 5? atau umurnya 18 tahun?
atau anak buah yang tengah terpikir-pikir nak masuk course apa?
atau ada kawan-kawan tanya course apa yang sesuai?
tak tau? tak tau tak apa..tak berdosa besar pun..tak payah nak rasa bersalah sangat pulak...
huhu!

Aku? Korang bajet aku suka farmasi ke? HA MEMANG TAK LA...kannn...huhu!
budak-budak sekolah teknik kata aku MURTAD MEKANIKAL..tapi hade haku khesah?
lalalalalala~~ wa tau memang wa pandai subject mekanikal...habis wa memang pandai belajar apa pun wa boleh bawak punya (ini tipu..hahahaha!)

So, disini, aku saja nak eksyen buat-buat pandai, nak kasik tunjuk jalan, sebenarnya bukan tunjuk jalan yang benar ye..ni nak bagitau korang apa yang korang kene belajar kalau amik jurusan farmasi..begitu...alah kalau ko amik science tulen, subjek dia korang dah tau kan bio, kimia, add math, fizik, dan lain-lain...So di sini aku nak roger apa subject yang ada dalam farmasi :)

1. Micobiology

(tau? Microbiology tu kacang goreng je, ala korang selalu tengok orang teropong2 tengok mikroorganism ye kecik molek tu sama ada streptokokus, streptokines, atau pun apa-apa je la kan..tidak la ku tahu..hahaha!)

2. Anatomy dan Physiology

(ni pulak pasal sistem dalam badan kita semua lah...proses nak buang air besar, air kecil, ejakulasi, begituuu...muahahahahaha! seronot boleh lukis ehem-ehem kamu ye... :P )

3. Physical Chemistry

(ye atom atom yang korang belajar masa kat sekolah kan kene hafal 2 baris je kan, bila belajar farmasi kene tau yang beberapa ratus lagi di bawah sana ye..lepas tu sambungan atom atom i like...hahahaha! jadi la pentagon-h-o-oo-h, ke? gulp!)

4. Mathematics For Medical Science

(kacang goreng...pedih tak pedih tak? hahahaha!)

5. Experimental Design And Special Topics

(ha eksperiman lah kau di situuu....)

6. Biochemistry

(adakan kita mempunya chemistry...jangan perasan...kita tidak sehaluan..)

7. Pharmacology

(indication pasal ubat ye...apa yang interact bila ubat dah masuk dalam badan bla bla bla bosan)

8. Alternative Medicine

(contoh, saya tak suka makan ubat, boleh tak saya ambil apa-apa makanan tambahan untuk gantikan ubat??

jawapannya, tak suka amik syrup duphalac untuk buang air besar yang senang, maka jangan lupa ambil sayur dalam pemakan..begitu..so, sayur is alternative madicine :) :) tak paham udah )

9. Instrumentation And Research Methodology

(tahukan anda bahawa saya lupa subjek ni wujud..hahahaha!)

10. Communication Skill For Medical Science

(cakap banyak-banyak, bayar kurang)

11. Drug Therapy

(yoga..ye saya hanya ingat yoga..hahahaha!)

12. English For Science

(saya tak paham kenapa ini wujud, sama macam kita belajar kat sekolah-sekolah dulu je)

13. Human Behaviour

(Perangai manusia memang pelik-pelik dan aku membencinya..lalalalala~~)

14. Pharmacy Practice

(WAJIB LA ADO....kata pun belajar farmacy..)

15. Malaysian Studies

(saya sayang Malaysia, tapi saya tak suka subjek ini kerana saya memang budus sikit bab2 ini...jadi sebab saya tak suka subjek ni saya terpaksa baca betul-betul tak boleh tinggal sepatah ayat walaupun noktah..sila percaya)

16. Introduction to Pharmacy

(bla bla bla bla)

17. Public Health

(buka public phone ye)

18. Islamic Studies

(jika anda orang islam...huhu!)

19. Clinical Training

(itu namanya praktikal!!)

Biochemistry II, pharmacology II, III, Introduction to pharmacy II, III, dan ada banyak lagi yang ada II, III ye...haha!

Amacam? dah sedia nak amik kos farmasi? senang je...nampak je nama macam garang...tapi dia suka gelak..hoh!

kalau nak amik kat MSU,

anda mesti lah.

PALING cikai dia nak 5A, subjek BM, MATH, BI, FIZIK, KIMIA, BIO, ADD MATH...ha ada beran??????

ha kalau tak ada, menangis lah kau di situ....huhu!
jangan risau aku teman korang nangis..hahahaha!
ha kepada emak-emak sekalian, pesan kat anak...

*nak, kau nak jadi farmasi tak? dapat la A semua subjek kau ye..*

ha lupa, kalau kau nak sambung belajar nak jadi PHARMACIST! kene target cgpa:3.8,
dan sekarang saya pulak yang nangis..hahahaha! hoi mana nak sampai woi........!! kalau tak dapat macam tu, sila redha...jangan salahkan pakwe sebab masa exam dia curang dengan perempuan lain, tapi salahkan tukang kasik markah sebab mungkin dia salah letak markah..huahuahua! ada hati lagiii...


jadi ni lah wajah2 durjana ketika mengetest air kencing.. :)

COMEL kan??? ye bikar tu memang comel...tsk!

Nikmat Bila Gaduh

bila gaduh, anda akan rasa silent, macam yang dalam fon tu..
ini silent mode, sila jangan kacau saya, tapi still kene alert apa yang berlaku..
kannn....


Kenapa lelaki suka salahkan perempuan bila perempuan tu tak manja...???
Kenapa lelaki suka diam bila dah salah??
Kenapa lelaki suka cari kesalahan perempuan?
Kenapa lelaki cepat marah dan hilang mood?
Kenapa lelaki suka perempuan ikut cakap dia?
Kenapa lelaki suka meletakkan dirinya di tempat orang yang benar-benar belaka?
Kenapa lelaki suka kita ikut cara dia?
Kenapa lelaki suka mengatakan mereka matang padahal?
(helo adakah kau tahu tempoh matang seorang lelaki adalah 30 tahun ke atas? kalau kau belum 30 ke atas, maknanya aku yang matang..paham? dan adakah kau tahu tempoh matang untuk perempuan ada 18 tahun dan ke atas, sila terima FAKTA itu)..

dan sekarang sila tukar lelaki = qery, perempuan = sepet..
hahahahaha! hei nasib baik la kau baik....kalau tak, ndak tau la saya...
jum plan clash secara beramai-ramai...hahahaha!
clash la ko sorang-sorang di sana ye...jangan ajak orang sedih sama-sama dengan kau...
lalalalalalalala~~

Ni sebenarnya sakit hati sebab saja nak buat-buat sakit hati..zaquan adha kat atas kannn....
silap langkah ai naik lif pegi bilik dia jugak ni kang...hahahaha!
buat-buat tercicir name card kat dalam plastik beg ubat agak-agak dia baca tak blog aku?
muahahahahaha!

Ok, tak ada kene mengene pun ayat-ayat di atas walaupun bukan semua lelaki macam tu..dalam 100 orang lelaki, ada la 99 orang perangai macam kat atas tu..huhu! kindat betul... :P

Lepas buat-buat gaduh sila makan..kalau tak kau rugi la...

makanan qery, dia dan kurus, turun 7 kg, terbaik! lepas tu kalau pesan nasi mintak separuh...hell je...

aku pulak yang makan banyak..hahaha! gemuk pun sayang jugak kan?? hehehehe!

ala kita gado2 pun kita sayang-sayang jugak kan....
kann?? hahahahahaha!
awak tu mana tahan merajuk lama-lama,
tak tahan nak pegang tangan saya la tu..
dush dush dush..malu pulaks..wahahahah!!

OK la OK la, kita kawan balik, salam balik cepat!

Sep 22, 2010

Kene Prepare Mental Dan Fizikal !!??!!

Nerves tak? nerves tak?
Aku ada masa 2 hari lagi nak prepare,
tak cukup sebenarnya,
tapi dia baru bagi tau tadi kan...
ate nye, malam ni kene try senyum depan cermin...
SUSAH WOOO......

Cuba la buat rumah terbuka jangan ajak aku..
kan senang....aku tak kecik hati pun...
kekekeke!!

Si QERY la..
rumah dia ada buat open house sabtu ni,
dia nak aku duduk rumah dia dari petang sampai ke habisnya open house..
boleh? apa kau ingat aku ni tuan rumah ke nak kene ada kat situ sepanjang hari?
bukan apa..
kalau lama-lama sangat,
nanti mak mertua wanabe boleh nampak kelemahan2 kita kan...
kahkahkah!

contoh 1,

tak sopan...ish, aku ni sebenarnya sopan gila...hahahaha!
tapi sebab takut esok ternerves lebeh,
lain rancang lain pulak aku buat kan..
rancang nak basuk pinggan je,
sekali termop toilet bagai...
kannnnnnnn......
ha cane???
bukan nak jadikan menantu nanti,
terus nak jadikan orang gaji...
tidakkkkk!!

contoh 2,

kantoi suka menjawab cakap qery...
huihhh! ni yang seksa ni, maknanya hari sabtu tu,
satu hari aku kene dengar cakap qery...
meratapi je la ye...sobs sobsss....

contoh 3,

kuat makan, pantang orang suruh makan,
ni pun susah jugak,
HOW????

Tak suka la....huhu! belum ada apa-apa tak payah la datang raya...
kannn????


mesti korang rasa aku jijik kan..hahahaha! kecoh sepet ni, belum ada apa-apa nak datang raya siap sepanjang hari pulak tu...BUKAN KEMAHUANKU......uwaaaaaaaa!!

Qery suruh aku pakai losyen vaseline supaya masa salam tangan mak mertua wanabe, terus dia nak jadikan menantu...muahahaha! hoi selama ni tangan aku tak licin meh?? ketitttt hatii kiteeee!! LEMPANG!

ADV :URBAN VIBE ONLINE CONTEST

STICKY MODE FOR TWO DAYS :) ENTRY BARU DI BAWAH :) :)

Tak nak cerita panjang2 sangat,

KEPADA SEMUA BAKAL PENGANTIN SELURUH SEMENANJUNG MELAYSIA....
jom masuk contest ni, boleh memang baju sanding woo.....
ini namanya mengantuk di sorong bantal kapas pulak..huhu!

kalau korang nak tengok syarat2 contest ni sebenarnya ada kat sini
mari tiru macam saya :)


syarat-syaratnya...

1.Pertandingan terbuka kepada bakal pengantin seluruh semenanjung malaysia yang berumur 20 tahun ke atas sahaja. Tidak dibenarkan mewakili mana-mana pihak menyertai pertandingan ini..

*ye saya dah 26, dah boleh join dah..hehe! Kenapa tak boleh nak terime ke saya yang nak kawen tu..bukan mak saya...mak saya tak boleh kawen dua...hakhakhak!! lepas tu saya memang duduk semenanjung, memang la saya ada darah kacukan malayu-jepun-minang (takmo sebut indonesia sebab tak suka..haha!) tapi IC saya 840504-14-7894, 14 tu KL tau..hahahaha!bukan seberang...*


2. Peserta hendaklah mempunyai BLOG dan HENDAKLAH MENJADI FOLLOWER di sini, click kat perkataan SINI, lepas tu kene add dekat Facebook Pameran Pengantin Malaysia.. ada paham? Tak susah kan, senang sangat lah..

*iye, web saya ni namanya memang blogspot, tak caya tanya mak saya...haha! dia selalu canang kat jiran-jiran saya anak dia semua ada blog...cehhhh...lepas tu dah jadi follower dah kat blog pameran pengantin tu, lepas tu lagi dah jadi rakan bertauliah dah kat facebook pameran pengantin...suka tak?? hahahha!*

3. Lepas tu tajuk Entry korang kat atas sekali tu hendaklah menaip URBAN VIBE ONLINE CONTEST...

*sudah sudah..walaupun saya ada tajuk yang lagi hot dari itu, tapi sebab syarat2 dia macam ni..saya redha...lalalalalalala~~*

4. Sila letak banner badge rasmi pertandingan ini di atas blog atau side bar blog anda dan juga entry pertandingan, Dan sila linkkan ke blog Pameran Pengantin Malaysia.

*boleh cek kat side bar saya kompom ada banner itu..dah siap link sekali tau..., dekat dalam entry ni pun saya letak...tamak tau...hahahah!*

5. Buat satu esei jgn tak kurang dari 200 patah perkataan dan bertajuk "Pameran Pengantin Malaysia ; Pilihan Utama Bakal Pengantin", begitu...

contoh esei :

"Pameran Pengantin Malaysia ; Pilihan Utama Bakal Pengantin"

Kenapa saya mahu menang? Dengarlah cerita sedih ini, sepatutnya, 2 tahun lepas, saya merancang berkahwin dengan jejaka pilihan saya, namun begitu, sering bergaduh untuk memilih busana pengantin, setiap kali nak pilih baju, mesti suami (belum jadi) saya tu komplen harga mahal, tp saya buat tak dengar je sebab dia tu gula2 hacks 4 biji 20 sen pun kata mahal.. Abaikan dia, berbalik kepada cerita tadi, saya memang nak kawen, tapi tu lah, saya malas nak cerita lebih-lebih takut nanti semua hadiah nombor 1 2 3 semua dapat kat saya..hehehe! Haritu saya tak dapat pegi Pameran Pengantin Malaysia yang kat Midvelley tu, tapi sebab lepas ni ada lagi kat KLCC 8.10.2010 sampai 10.10.2010, saya mesti pergi lepas tu kenyit-kenyit mata sikit kat pengarah Pameran Pengantin Malaysia dengan harapan saya memang contest ni..huhu!

(eh cukup tak 200? ke kurang? kalau kurang kene baca lapanbelas kali lepas tu jadi la ayat tu macam banyakkan??? hahahaha!)


6. Penganjur, lokasi dan tarikh Pameran Pengantin Malaysia seterusnya????

*eh tadi masa tengah cerita pasal kisah sedih saya nak memang tu ada terselit kan bila..takpe la saya kan baik suka ulang-ulang bagitahu, kan? nak menang kan...haha! tarikhnya 8 hingga 10 oktober 2010, dekat hall 4 KLCC, dan penganjurnya kompom la urban vibe event kan??? ke aku salah...ha korang carikla sendiri yang aku cakap ni betul ke tak ye..kekekeke!!*

7. Letakkan LOGO penganjur dan LOGO rasmi Pameran Pengantin Malaysia..



*senang sangat la...hehehehe!*

8. Letakkan gambar candid tercomel anda & pasangan anda . (Hanya dibenarkan meletak sekeping gambar, dan gambar anda berdua sopan dan tidak menyinggung mana-mana pihak)


*gambar candid memang takkan ada..hahaha! tapi saya rasa gambar ni tak akan menyinggung mana-mana pihak kecuali ex-gf qery...muahahahaha!!*

9. Hadiah sepanjang tahun 2010 sehingga 31 mei 2011

*lama lagi tu kan? seronot ronot*

10. Tinggalkan komen di entry INI SAHAJA

Semua keputusan adalah muktamad...sebarang email pujuk rayu tidak akan di layan. Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 27 september 2010 sebelum 12 tengah malam..

*dah dekat kan? korang cepat-cepat la buat contest ni...boleh menang punya...cepat cepat!!*

Nak tau hadiah?? boleh tengok sini....

cepat-cepat...kekekekeke!!
kalau lambat nanti rugi...jangan kopipes kat blog aku tau, sebab dalam blog aku ni dah di ubah sikit-sikit ayatnya..karang korang ter disqualified fulak sila jangan salahkan aku ye..
apa-apa syarat nak kopipes sila ke blog pameran pengantin malaysia :)

Dan jangan lupa, datang ke KLCC 8 sampai 10 oktober 2010, jumpa di sana :) :) :)

Zaquan Admit kat Spital Aku..

sila jelez....hahahahaha!
semalam zaquan admit,
dah la masuk VVIP...
kompom-kompom la aku akan dispen ubat kat dia..
TERBAIK LA...!!
(if ward VIP, so memang kitorang yang kat farmasi ni akan naik hantar ubat kat patient, tapi kalau ward yang sebilik 2 orang, 4 orang, ha kau turun lah sendiri yo..tak kuasa ku melayan...kehkehkeh!!)

hari apa you nak discharge ye en zaquan...
ai nak pakai baju seksi2 sikit time tuh...muahahaha!
tak dapek la ye..
mungkin Ayu Raudah suruh aku dispen kat dia je..
kannn....hahaha!

Ish, kalau dia discas time aku kerja boleh la gedik-gedik amik gamba,
tapi itupun kalau ayu raudah ada la....
sebab boleh cover line konon-konon nak amik gamba dengan ayu raudah sekali kan..
padahal...hakhak!!

oh zaquan, kita sebaya...
yu tak suka ai ke?
ai pun lembut macam ayu raudah juga...
kannnnnnnnnnnn...............

fuhh, berdebar-debar pulak nak tunggu dia discas kan....
doktor yang merawat zaquan,
sila bagi zaquan ubat untuk di bawa pulang,
kalau tak daku hampa...
kehkehkeh!!

ha jelez la tu...uwek!!

zaquan, walaupun saya tak pernah tengok pun awak main bola..
tapi sebab saya suka lelaki main bola...
saya pun terus minat...
nanti awak main bola saya tengok eh,
tapi 5 minit jela, sebab saya sebok nak update blog,
tapi awak jangan pikir bukan-bukan,
saya update pun saya ingat kat awak tau...
awak bangga tak?
awak bangga pun tak guna kan sebab awak nak kawen da bulan januari,
kalau macam tu awak krirm salam je la kat pemain bola no 4...
ada bran????

hai ayu raudah...kite tumpang lalu ye...hakhakhak!!
qery? siapa tu? muahahahaha!
i love u qery...kadang2 muka qery pun macam zaquan jugak..
pehlissssssssssssssss.........huhu!


ini zaquan dengan ayu...


ha???!! lagi SESUAI KAN????
tau dah....tak payah komen k..
lalalalalala~~~~

Sep 21, 2010

Love Bite??

Gigitan cinta lah sangat kan? huhu!

Dua hari lepas, aku mimpi...
mimpi apa aku pun dah tak bape nak ingat,
tapi dalam mimpi tu, ada orang pegang tangan aku...
pegang tangan je ye..
yang lain dia tak pegang..kekekeke!
malu ai... :P

Tibe-tibe tersedar,
alih-alih tengok kat tangan ada merah-merah...
tapi tak sakit...
hei hantu, yu pegang tangan ai jangan la kasar-kasar punnnn...huhu!
pegang sikit-sikit dah la ye...
tak suka tauuu...



see? merah-merah...

dia cium tangan aku kot...
hahaha! ada hati ye...suka ai datang la meminang...
kita buat cara baik ye...
wakakakakaka!!
Haluuuuu

Semalam kecoh gaduh dengan abang aku kenapa dia dengki pegi tutup wireless,
cis betul, mentang-mentang dia yang bayar kan...hhuhuhu!

So aku redha je lah dengan ketentuan ini..huhu!
aku pun apa lagi mesej qery suruh hantar broadband dia..lalalala~~
ni yang nak sayang lebih ni kan... :P

Tapi tu lah, line ***is kat rumah aku ni tak berapa bagus sangat,
dulu bagus, sejak kabel dia entah la aku pun tak paham,
kabel tukar tempat ke atau kabel tak sempat pasang ke..tidak lah ku tahu..

Tapi takpe, aku tak marah cuma kesal sikit la kan..
cerita pungpang pungpang semua tempat ada line,
rangkaian terbesar di mana saja,
buang masa je ada fon 3.5G tapi tak boleh guna pun...
cecece! sangat kesal lah tu....lalalala~~

Semalam opah aku dari perak nak datang rumah..
bukan datang beraya, tapi datang duduk rumah aku..hehe!
yelah, dengar-dengar pagi tadi mak sok sek sok sek ngan abah aku,
katanya opah dah tak larat nak bangun,
so mak offer tinggal ngan mak,
senang apa-apa hal dia boleh hantar opah pegi hospital ampang,
record opah aku ada kat situ..
so senang sikit la,
lagipun kat sini ramai sikit orang nak tengok-tengokkan opah aku tu..
kat kampung ada cik intan je,
cik intan sorang susah sikit, yelah mana nak tengok ayam kucing kat reban..
ada puluh-puluh tu..
kalau opah masuk hospital, lagi susah cik intan,
suami dia dah meninggal, dia kan tak ada anak..
so dia sorang, mak aku pun kesian kat dia,
dia tu guru besar, mana nak buat paper work untuk sekolah,
tak terkejar..

Mak kol opah pesan suruh siap-siap,
akak aku pegi amik dia kat perak,
pesan suruh bawak kerusi roda semua..hehe!
dah lama dah opah aku tu sakit,
masuk ward pun dah tak terkira dah...
Dia ada penyakit hati..
apa korang ingat korang je ada sakit hati?
hehehe!

dulu-dulu aku tak tau wujudnya penyakit hati tu..
bila aku tanya mak aku opah sakit apa..
mak aku cakap opah sakit hati..
aku bajet mak aku gurau,
sebab malas nak layan anak dia yang banyak tanya..
aku pulak yang feeling2 sakit hati dengar kan..
so aku pun malas la nak tanya lagi kan..
ada ke sakit hati kan..haha!
rupa-rupanya memang ada ok sakit hati...

(itu dia tongkat sakti dan kerusi roda opahku tersayang)

Sakit hati ni, kesan dia adalah badan kau tak boleh keluarkan air..
contohnya, kau susah nak kencing,
peluh tak keluar..
so bila dah terlalu teruk,
perut kau akan membesar...
membesar bagaikan juara...huhu!
so opah aku ni perut dia besar la..
kesian kan....
tapi tak boleh nak buat apa...
kene makan ubat je la..

Nak tengok opah aku tak?

(opah aku ni nampak sipi-sipi pun dah tau cun masa muda-muda!)
family aku ejek muka aku macam opah aku...
so aku redha je la..
kalau dah tua2 muka aku macam tu kan..
so kene bagi qery tengok muka opah aku dulu...
tengok dia dapat terima ke tak?
hahaha!!


sila kata opah aku cun walaupun tak nampak muka, cepat cepat... (muka bajet stok garang)

adik beradik ku, adakah kalian tahu opah dah ada di rumah ku :)
sila datang berborak dengan opah ye, tapi kalau nak borak kene pastikan opah sedepa sahaja sebab opah dia tak berapa dengar, kene cakap kuat-kuat..tapi takpe, family ku memang tak pernah cakap pelan2...senang sangat nak cakap kuat2..sap sap sui je...hahaha!

Kenapa Saya Begitu CIntakan Nuffnang?

Di sini ada banyak reasons kenapa saya sayangkan nuffnang :)


Dulu, aku pernah join iklan lain (bukan nuffnang, yang orang lain hebohkan lagi best dari nuffnang) so aku bajet-bajet nak try seminggu dua sebab nak tengok betul ke lagi best dari nuffnang kan? Tapi lepas seminggu tu aku tak reti nak buang iklan (bukan nuffnang) tu...bila aku cari HTML dia tak jumpa, dan tak reti nak buang, kebetulan masa tu aku memang jenis tak tengok blog, malas nak update sebab penat kan, dulu kerja jauh kat shah alam, balik-balik dah penat, so lantak kau lah di situ wahai iklan (bukan nuffnang), nanti aku dah rajin baru aku suruh sapa-sapa buang ko..begitu ye...huhu!

So selepas beberapa bulan aku tengok kat website nuffnang yang aku ni dah tak glitterati, terus sedih, huhu! Dan aku cuba nak buang iklan (bukan nuffnang) tu, tapi still tak boleh...bayangkan, duit dalam akaun nuffnang masa tu ada dalam dua ratus lebih, terus dia tarik balik...kannnn?? haha! tapi tu la, padan muka..orang kata jangan tamak, nanti rugi...Tak kan nak buat cerita sedih pegi syarikat nuffnang kal KL tu sambil terangkan satu persatu kan..huhu! So aku redha dan anggap benda ni sebagai hukuman..wah gitu..hahaha!

Beberapa lama lepas tu, sebab dah fedap tak boleh buang iklan (bukan nuffnang) tu, aku amik keputusan nak tukar template design kat blog, tu yang korang pernah tengok kejap blog aku kaler pink, lepas tu esoknya tukar kaler merah, lepas tu kaler tahi ayam, dan last sekali baru kaler hijau...kan?? ingat tak yang korang komen page aku tak lawa serabut alam pening nak tengok tulisan kecik-kecik corak buat korang nak muntah berpinar-pinar, hamboi kalau kutuk aku berpadu-padu kan..tak baca bismillah pun..huhu! benciii tauuuuuuu :P

Motif tukar template adalah sebab dia akan delete semua HTML yang aku pernah add dulu termasuk la iklan (bukan nuffnang) tu kan...kehkehkeh! seronok gila bila iklan (bukan nuffnang) tu dah hilang, terus aku masukkan iklan nuffnang balik, yup iklan nuffnang SAHAJA...tapi tengok kat status tu still non-glitterati..takpe-takpe, dalam hati nuffnang tengah merajuk tu...hahaha! kejap-kejap lagi dia dah ok dia tukar la jadi status giltterati...kan? Dan tak sampai sebulan..aku tengok dia dah jadi glitterati...Walaupun masa tu aku tengok ada orang kutuk nuffnang, padahal dorang tak tau konsep nuffnang kan...kutuk macam-macam lah, tapi nuffnang still steady sampai sekarang...CAYALAH....kau kutuk2 lah kat sana, nuffnang kat situ tetap NO 1..

Terus sayang nuffnang sampai bila-bila... :)

Dan tambah-tambah sayang lagi bila nuffnang banyak bagi iklan... :) :) :) :)



Ok tak payah nak kepochi berapa aku dapat eh, walaupun tak sehebat Red Mummy, Ceeramoon, Jemah, Proudduck, Iz , Hanis Zalikha, tapi aku bersyukur nuffnang masih lagi nak bagi aku advertorial... See? Betapa baiknya staff-staff nuffnang bagi kepercayaan kat aku balik, lepas tu staff dorang memang super duper peramah (pernah datang sekali kat pejabat nuffnang sebab nak amik barang advertorial), tapi belum pernah pegi event2 dorang..sedih tak? haha! Ingat lepas ni kalau ada event yang dorang buat macam nak pergi kan, tapi tengok la kalau ada rezeki...kehkehkeh! (hei hei saya dah ada name card tau..muahaha! tu yang excited kalau nak join event, lalalalalala~~)


Rasa bahagia bila tengok duit kan...hikhik!



Korang memang best! Seronok join nuffnang...Korang jum la join! Jangan risau, ni bukan skim cepat kaya.tak ada rugi sikit pun, kalau korang tak join korang lah rugi....kalau korang pandai gain up blog korang...berusaha sikit...korang jugak yang dapat hasilnya.. bak kata ustazah ape entah, *ANDA BUAT, ANDA DAPAT*
hahahhaha!!

Nuffnang is the best ever :)

(ni bukan entry membodek ye, tapi apa salahnya kita puji secara ikhlas orang yang dah banyak memberi kita semangat dalam berblogging kan..serius, tak ada nuffnang, buat apa buat blog? kan?? tak ada nuffnang, nak blog pun tak semangat...ada nuffnang, baru la style!)

_macam korang puji kawan korang , puji ikhlas tak mengarapkan apa-apa, tapi berdoa yang kawan terus maju jaya..kan? hehe! ke korang tak pernah puji ikhlas..selalu puji ada makna je ni..kantoi sudah..hahahaha!_