Followers

nuffnang

Aug 31, 2010

kefenatan

hadeh, mata dah longlai ni, mata longlai, halah holeh hah *alah boleh lah*....hehehehe!

keluar rumah jam3, balik jam 10, berapa jam?? 7 jam kan?
dalam kereta je ada la kot 2 jam, betapa jem nya malaysia ni...
bangga betul...huh!

tapi naseb aku dapat kaut 3 helai baju tadi,
terasa dalam syurga pun ada...lalalalalala~~
sekarang tersangat lah penat,
rasa nak urut online, ada tak? huhuhu!

tulun tulun.......

esok aku tayang baju aku eh...tak cung pun....
macam baju orang gaji je...
tapi di sebabkan baru...
excited lebih sikit la...hahaha!

bajet2 nak beli 2 helai je kan, maklum la baju raya sekarang ni harganya berbaloi2,
anak buah aku sorang tu baru tingkatan 4, harga baju kurung dia dah rm230..
fitam aku dengar, tadi pun survey harga baju kurung memang lebih kurang harga tu...
hadeh, kat online lagi murah kot,
tapi di sebabkan aku malas nak keluar 2 3 kali,
buat penat dan buang masa dan buang duit nak bayar park minyak segala bagai,
maka aku beli jugak la...
agak-agak korang rasa harga baju aku 3 helai berapa??????
*tibe2 rasa nak buat contest sapa dapat teka harga baju raya aku dapat hadiah..kan????*
terfikir je eh......nanti kalau aku tibe2 rasa sewel nak buat aku akan buat entry lain...
begitu...huhu!

ok lah nak kemas2...
jangan tidur lambat ye...
gudnyte!

jum beli baju raya


korang mesti dah beli baju raya kan, santek tak? huhu!
aku ni tak beli lagi, bukan tak nak beli last minit, tapi last minit takut tak ada masa jugak, so time ada masa ni ingat ak gi usha selai dua..huhu!

bajet2 tahun ni nak beli baju kebaya la...huahuahua!
dah lama gila kot tak pakai baju kebaya..
aku tengok kat online semua baju kurung je,
if ada pun tak ada warna yang aku nak tu..ha cane?

so tadi dah mengada2 dengan MR penyelamat nak pegi beli baju raya,
so seronok....lalala~~ dia kata boleh beli baju raya dia sekali....
yeay! semalam tengok baju raya kebaya cantik kaler hijau, harga rm145 macam tu.
size dia aku tengok S, lepas tu try2 sekali besar, tanya akak tu XS ada tak, pastu dia kata paling kecik S la dik, huaaaaaaaawaaaaaaaaaa!!

MOTIF : nak bagitau saiz XS kan...hahahaha~~hei hei ceera pun saiz XS kot, sentap kan? hahaha!

badan dia dah ramping.sila jelez sekarang...lalalalalala~~


jum beli baju raya :)

cerita : saat diri ini dibelenggu lesbian

Apasal? Pelik? hahaha!
Tapi ini kisah benar ye....

Suatu masa dahulu, aku suka berkawan, tak kira lelaki tak kire perempuan,
come on lah...zaman sekarang ni orang tak kisah sangat kalau kau nak berkawan dengan siapa pun, kau nak jadi GAY? LESBIAN? MAK NYAH? TOMBOY? PENGKID? kan.......?

masa tu umur aku baru nak masuk 19 kot, ke 20 tahun. lebih kurang je lah. Macam biasa lepas clash dengan pakwe pertama kita akan rasa shock! sebab before ni ada orang tak care, bangun pagi2 cek-cek ada mesej, nak pergi kolej ada orang suruh hati-hati, kalau lupa makan ada orang ingatkan, balik-balik kelas tengok fon mesti ada orang suruh study hard! balik kolej mesti suruh rest, malam-malam mesti bagi semangat nak study, setiap malam ada orang wish nak tidur, atau temankan kalau tak boleh tidur. nice kan? hahahahahaha! ye sangat nice...lalalalalala~~

So bila dah clash, tiba2 rasa lain walaupun kawan-kawan ramai kat sekeliling kita, tapi benda tu tak sama dengan perasaan yang terpendam dalam hati kita. Aku teringin nak tengok life orang lain, sampaikan ada suatu masa ni di sebabkan terlalu rapat dengan seorang perempuan, bukan rapat ehem-ehem ye...hehe! tak pernah jumpa depan2, tapi dia selalu 3g aku, tanya aku kat mana, buat apa, dah makan ke belum, rindu kat aku, dia kata bila dia balik malaysia dia teringin sangat jumpa aku? Hei Ash I Miss U too :)

Ash, dia perempuan, dan suka perempuan...ha cane? hehe! taste dia bukan pengkid..tapi perempuan melayu terakhir, dia suka perempuan yang manja, dia suka perempuan yang berambut panjang, yang suka senyum, yang sambut baik setiap kali sapaan dia...Aku yang tak ada sesiapa masa tu tak ketinggalan la melayan dia, tapi bukan layanan mesra, aku suka dengar problem dia, bila dia gaduh dengan girlfren dia..hehe! so funny kan, sebab kita bukan dari golongan tu, then cuba paham apa yang dia rasa...

Hari-hari dia akan call aku, bayangkan lah, aku pun tak tau berapa bil telefon dia kene bayar setiap kali kol aku...hehe! dan sampai satu masa..aku dapat panggilan dia dalam jam 2 pagi macam tu...

Ash : hana......
Aku : hei Ash, tak tidur lagi?
Ash : i tengah mabuk..
Aku : u minum lagi?
Ash : Em...
Aku : dah la stop tak payah minum k. bahaya
Ash : i sedih, dia tinggalkan i
Aku : Ash, berapa banyak manusia dalam dunia ni sayangkan u, lebih dari gf u...
Ash : tak sama
Aku : Wait, buang dulu air tu
Ash : i sayang nak buang, mahal la u..hehe!
Aku : nyawa u lagi mahal atau air tu?
Ash : life's not important anymore
Aku : Ash, parent u ada kat malaysia tunggu u balik, so take care kat sana..ok?
Ash : Parent? hehe! Sebab dorang tak sayang i, then hantar i belajar kat sini.
Aku : u pening ni? give me a number..
Ash : for?
Aku : so i can ask them to take u home...
Ash : gila, i tak ada siapa2 kat sini kecuali dia, tapi dia pun tinggalkan i
Aku : dah habis minum?
Ash : belum
Aku : berapa botol?
Ash : tiga
Aku : usually?
Ash : half bottle
Aku : crazy girl
Ash : she makes me crazy
Aku : hurm, any words that can change u tonight?
Ash : jadi girlfren i
Aku : yes i am
Ash : maksud i lebih dari tu
Aku : then maksud i tadi macam mana?
Ash : setuju?
Aku : kalau u stop minum then balik rumah so i akan fikirkan
Ash : waste your time
Aku : ok then u win
Ash : for what?
Aku : for u my lovely sweety, boleh tak take care kat sana sebab orang kat malaysia ni dah risau kat dia pagi2 buta macam ni buat orang lain tak boleh tidur...boleh????
Ash : hehe! i tak sabar nak balik malaysia
Aku : welcome home
Ash : belum lagi la
Aku : i bagi u semangat, dah tu pegi balik rumah
Ash : for u
Aku : thanks, tapi bukti u balik rumah?
Ash : Ash tunjuk kat Hana MMS picture Ash dan time sekali ok
Aku : nice
Ash : tidur balik k
Aku : after u send me MMS
Ash : another 30 minutes
Aku : i tunggu, bukan problem pun
Ash : sure?
Aku : yup
Ash : thanks, sebab layan i baik-baik
Aku : tak siapa pun dalam dunia ni yang kite kene layan dia jahat2..
Ash : tapi i bukan orang baik-baik
Aku : dan tak semestinya u jahat...
Ash : tapi i orang islam, i minum, i bukan suka lelaki, i tak pentingkan family
Aku : balik rumah, then MMS k, duduk luar pagi2 buta macam ni bahaya
Ash : siapa kata kat sini pagi buta? sini baru jam 9 malam..
Aku : balik..
Ash : ok..

Dalam keadaan macam ni, nak nasihat agak2 korang dia lagi tertekan atau nak dengar nasihat?
helo aku bukan lesbian ye, aku just nak layankan aje supaya tak jadi benda2 yang tak di ingini...kan? buatnya dia bunuh diri atau pun apa2 kan..

Lepas kejadian tu, aku tak dengar lagi cerita pasal dia, tak tau la apa kisah dia, dah kembali ke pangkal jalan ke, dah jumpe gf baru ke, dah balik malaysia ke, sebab lepas tu dia tak ada MMS aku pun..esok-esok aku try mesej pun tak ada orang reply dan number dia pun dah tak ada orang jawab. so biarkan je, dan aku makin menghargai life aku.

Ingat ye, walau apa pun terjadi, hidup hanya sekali, cuba yang terbaik, tak kira la sebelum ni kita terjatuh banyak kali, tak kesah jugak la kita bangun sendiri atau ramai yang mengeji dari menasihati, tu semua lumrah kehidupan, warnai kehidupan dengan warna2 syurga (salah satu adalah hijau terima kasih..hehe! dan pink adalah salah satu warna kesukaan nabi kita)

motif cerita : bukan nak burukkan sapa2, cube jangan mencaci orang, tapi cuba menasihati, cara lembut, itulah cara islam, bukan paksaan, tapi kelembutan. ISLAM ITU MUDAH :)

kejap. saya sangat caring kan...sebab tu lah pakwe saya sayang saya..muahahahaha! SEMPAT....

Aug 30, 2010

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN

Sedar tak sedar dah 53 tahun kita menyambut hari kemerdekaan kan? Betapa Malaysia dah membangun dari anak kecil yang merangkak lalu bertatih, kemudian berdiri dan kini mampu berjalan sendiri. Mungkin kita tak sedar Malaysia sudah dikenali di segenap ruang dunia, jauh berbeza dengan 30 tahun yang lalu.

Tapi sejauh mana kita menyayangi negara kita? Adakah kita menjaga negara kita, adakah kita mengikut setiap peraturan yang ditetapkan? Adakah kita membuang sampah di tempat yang disediakan? Tepuk dada tanya selera. Adakah perkataan sayang Malaysia yang dilaungkan kita kini setimpal dengan apa yang kita berikan untuk negata tercinta kita?

Di mana maruah bangsa kita? Adakah kita menjaga maruah bangsa kita? Apa yang kita mahu banggakan? BUANG ANAK? Mungkin kah itu trend yang perlu Malaysia banggakan? BUNUH MEMBUNUH? Apakah itu tahap intelektual daya pemikiran rakyat Malaysia masa kini? Adakah gelaran Gangster yang perlu kita war-war dan bangga-banggakan? Sedarkah kamu, apa erti kemerdekaan?

Jikalau dulu, bangsawan negara bermati-matian demi mendapatkan WARGANEGARA MALAYSIA.... Tapi kini, SESIAPA pun boleh menjadi WARGA MALAYSIA? Apa bukti kamu CINTAKAN Malaysia?

Apakah punca pertelagahan rakyat Malaysia? Di mana pergi Unsur nilai-nilai murni yang diterap sejak dari sekolah rendah?Kita mengajar anak kita cara beretika dengan betul sedangkan kita? Apakah perumpamaan GAJAH DI DEPAN MATA KAU TAK NAMPAK, KUMAN DI SEBERANG LAUT KAU NAMPAK sudah sebati dalam jiwa kamu semua? Adakah itu orang-orang yang merdeka?


Wahai rakyat Malaysia, merdeka atas dasar kebebasan bukan lah noktah semata-mata, tapi kesedaran yang hakiki kunci kemerdekaan yang berkekalan...

SELAMAT HARI KEBANGSAAN SAYA UCAPKAN KEPADA MEREKA YANG BERWARGANEGARA MALAYSIA :)

MALAYSIA TANAH TUMPAHNYA DARAHKU...

Sayang pulak :(

P/S : SORI YE....DUA2 BEG TU DAH DI JUAL :)

susah jugak kan jual beg ni...bukan susah apa, jual senang, tapi nak menahan nafsu nak jual tu..
dalam hati kan...

sayang gila nak jual, ish pakai sendiri pun best jugak....
ish best jugak kalau aku yang pakai ni...
rasa cam tak nak jual la pulak, pakai sendiri...

boleh? TAK BOLEH YE...hahahahaha!!

sebab beg2 itu terlalu comel..dan cantik...
haih...sayang kan nak jual, tengok la camne...muahahaha!

yang ni pun sama, jenama gucci, dun wori, selalunya barang2 yang aku jual, zip2 dia pun ada lambang gucci, dalam beg pun ada lambang gucci, memang gucci lah...kehkehkeh!! semua pun sama, coach, channel, bonia, yang ada jenama lah ye.. :)

qery suruh aku pakai sendiri je gucci ni.....aku dah senyum lebar2 dah, cume kalau korang nak, aku terpaksa la batalkan hasrat ku..helo ada 1 stok je setiap design ok....benci kan...huhu!

if korang nak, boleh email aku.....aku tak masukkan lagi dalam sepetshop aku, sebab tengah fikir2...hahahaha! aci tak? aci je lah kan...lalalalalalalala~~

Dia dah bagi HINT....

Hurm, semalam masa nak ambil stok baru (beg), aku tunggu qery datang sebab dia kompom2 kene pegi dengan aku, barang2 yang di ambil adalah TASTE Qery, if kat mata dia cantik, so aku ok je, terus bayar...gitu... So masa tengah tunggu dia, sambil2 tu mesej la kan...

S: kat mana da?
Q: dah on the way
S: kalau dah nak sampai bagitahu eh
Q: pakai tudung eh?
S: tak la
Q: pakai la, please....
S: kenapa?
Q: sebab kakak yang jual tu dah biasa tengok kamu pakai tudung
S: so?
Q: pakai eh? nanti kakak tu ingat kita bawak orang lain, pastu kata kite playboy
S: tak de maknanya, kamu tak cakap awal2, kite dah tunggu kat atas ni...
Q : ok la....lain kali if nak beli beg pakai tudung tau
S: tengok la dulu...
Q: please...

boleh??? hehe! dah keluar dah dia punya kuasa VETO...hadeh ni alamatnya lepas kawen kene pakai tudung ke apa abang qery? huhuhu! aku sebenarnya tak kesah pun pakai atau tak...
tapi sebab aku dah tunggu kat atas lepas tu baju lengan pendek mana sesuai (padahal ade je baju lengan panjang kan...muahahahaha!)

masuk2 kereta qery dah buat muka, cea, konon2 merajuk aku tak pakai tudung...
ha lantak kau la kat situ...pastu aku cakap kat dia....

S: apsal merajuk?
Q: kamu tu tak paham kita... *wah dan dan tu tak paham kannnn..huhu!*
S: la pasal apa ni? sebab tak pakai tudung je ke?
Q: kamu fikir la sendiri *helo apa kau ingat ni exam ke nak pikir2 sendiri...bengang je*
S: kalau dah susah sangat, apsal masa nak carik awek dulu tak carik yang pakai tudung terus..senang tak payah suruh2..pastu tak payah susah2 merajuk macam ni...
Q: nak kamu je, tak pe la kalau tak paham...
S: hei ndak tahu la saya.....

pastu diammmmmmm lama, tibe2 ok balik...hahahah! begitu la keadaan nya ye...

pastu diap nak kate badan dia ketul2 macam ahli bina badan..tak kuasa kan?????
PAKWE SAPA LA NI????

kalau merajuk no 1, kalau mengade2 no 1, kalau sewel pun no 1, kalau emosional pun no 1.
periksa dulu2 dapat no 1 tak abang? lalalalalala~~

Jam Sehati Sejiwa Ke???

Sebenarnya jam ni dah lama dah Qery belikan, ala yang aku pernah cerita pasal dia beli jam ada tulis I LOVE U kat dalam tu.. entry ni la ---> TQ SAYANG

Tapi disebabkan jam yang dia hadiahkan tu tak potong lagi, tak kan la aku nak pakai tali yang gelebeh2 kan, tak feel la..huhu! bukan main lama baru dia nak potong, siap aku perli2 *hei bila la dapat pakai jam baru tu ye* *hurm ada lagi ke tak bateri agaknya jam tu* sampai dia penat nak dengar..hahaha! so sabtu lepas dia dah potong cun2 dah....

terus aku bukak jam lama aku, pastu paksa dia bukak jam dia sekali...

oh selamat tinggal jam lama...hehe! dah duduk dalam tu baik2, mak bukan tak sayang, tapi kau dah ada adik, mak perlu beri kasih sayang kepadanya.....TIBE2..

see? ada gaya power rangers tak? paling2 pun power puff girl la kan...huhu!
qery suruh aku mengaku yang tangan aku yang gelap tu...ok la aku bagi dia can feeling2 putih...muahahahaha! tapi yang pastinya....malas la kan nak cakap...hahaha!


see??? jam baru, alamak jam baruku tertutup oleh watermark ku...jap2..nice tak watermark tu....haha! sempat....so korang sila beli jam sama2 supaya boleh show off dalam blog...hahaha!

Aug 29, 2010

Tudung Ariani Itu....

Tadi jemah pegi beli tudung ariani..
aku kan memang dah lama nak beli tudung macam tu, tapi tak tau kat mana yang cun,
bukan apa, jemah kata kalau nak beli kene test sebab bukan semua kene dengan muka kita kan...pastu kan.....dia pun pergi la dengan ayie naik moto je sebab kedai ariani tu ada kat jalan TAR (tengku abdul rahman)

Tibe2 masa dia balik, aku cuba2 la pakai, sekali cun..oh apakah ni semua...
jemah kenapa tak beli dua tadi? uwaaaaaaaaaa!!!
aku terus tanya jemah...

Sepet : andak, kenapa tak beli dua..
Jemah : ko tak pesan tadi, ni ada diskaun tau..
Sepet : ala, tudung ni andak buat contest ke?
Jemah : benyak la kau...hahaha!
Sepet : kalau wat contest kita nak join nak memang..hahaha!
Jemah : ko ajak la ayie beli tak pun ajak qery
Sepet : wuwuwuwuwuwuwu!! agak2 kalau amik satu andak punya ni andak tak perasan sangat kan...
Jemah : hoi...

ala benci tau...kenapa ni? nanti ajak qery gi beli la...senang kan tudung camtu, tak payah susah2 beli pin ke hape...sarung je...hush!

malas nak pegi jalan TAR sebenarnya sebab tahu jem kaw kaw punye...shah alam jauh sangat...
hadeh....berdoa hari yang aku nak pergi nanti jalan clear...tapi MEMANG TAK LA.....

sedih....

Sebab tu la I LOVE U


wah tajuk bagai membunuhku....kannnn....hehehe!
semalam citooo nak pujuk bagai kan...
yang kite sama2 nerves lebeh kan...muahahahaha!
cea tibe2 heret korang sekali nerves sama....lalalala~~

ala sebenarnya banyak kali dah qery merajuk ngan aku..
manja kan...abang sulung kan...
dalam family tade adik beradik perempuan kan...
tu yang tak pasal2 kene manja lebih sikit tu..
tak paham..nice kan perangai dia....umur 26 tahun memang macam tu la kot eh??
ke dia sorang je macam tu...huhu!

merajuk sebab apa?
hehe! ala biasa la dia tu terlebih risau kalau aku seksi2...
susah ada pakwe macam ni...
ada macam2 jenis laki...

1. laki yang suka kalau awek dia hot..suka awek dia di pandang, kire nya macam kalau lalu orang pandang dua kali la...pastu orang akan sok sek sok sek cakap cun n hot gila awek dia ni...badan terbaek...ha gitu la....

2. ada pulak laki tak suka if awek dia orang pandang 2 3 4 kali, tak suka kalau nak tayang2 kat orang lain..ha yang ni kategori qery...boring boring...hahahaha!!

ala, dia risau aku bubuh yang seksi2 dalam blog kan, dia kan tak ada laptop so tak boleh buat spotcek...wakakakakaka!! lepas tu terus feeling2 nak merajuk ngan aku...hampeh betul...

so aku dah prepare la ayat terbaik kan..ada depan mata senang je..pegang tangan ke, cuit bahu dah kautim...jauh ni susah sikit sebab kene fikir ayat relevan sikit sebab sekali pakcik kau ni dah keluar ayat tazkirah susah nak habis...hahaha!! kadang2 terfeeling pegi ceramah hal ehwal pulak...oh titak.....tapi bagus jugak dapat laki macam ni kan....tak de la aku ni perangai syaitonnn memanjang...fuhhh lega kan...hahaha!

lepas dia balik terawikh tu aku dah standby je ni...tibe2 dia mesej rilex je....

Q: buat apa?
S: edit gambar, miss u (wah ayat pujuk ni)
Q: miss u too, bla bla bla bla bla....
S: bla bla bla bla too....hehe!

bukan dia suruh aku bla eh..tapi dah borak macam biasa balik...
tak paham kan..lelaki ni aku tak paham betul...
kata nak merajuk...
kalau nak merajuk tu..merajuk la betul2...
ni tak...main2...aku nak pujuk pun terbantut tau....
boleh? huhu!
penat je aku prepare zahir batin mental fizikal..jap..batin??? belum perlu...wakakakaka!!

ok...ape2 pun tq bagi pendapat....lain kali kalau dia merajuk betul2 aku boleh guna...lalalala~~

Aug 28, 2010

to orang lelaki

aku tak reti la nak pujuk lelaki....

korang ada idea tak?
bagi bunga ke? kehkehkeh!
wahai lelaki...korang suka perempuan pujuk macam mana?
hadiahkan samting atau blanje makan?
atau pegang tangan je?
wakakakaka!!

help me! qery merajuk pulak...tapi tengah berdoa ni supaya lepas dia sembahyang terawikh dia dah ok...lalalalalala~~

how how??

helo everybody...

saya baru je mengUPDATE beg baru....
boleh la beli sekapal dua...muahaha!!


jum jum!!

Manusia Suka Di Puji?

Cantiknya kau hari ni..
Rambut lembut sangat....
Mana beli baju ni lawa...
Lembutnya suara, terpukau lah...
Cute nya awak...

Korang suka kene puji????
tak ada siapa tak suka kan...
tapi kalau nak puji pun orang kata berpada2 la jugak kan...huhu!
ni ada cerita ni...(tak habes2 cerita..haha!)

kak fifi : Hana, handsome la abang hana, sepadan dengan Hana
aku : ha? tak ada la, dia tu biasa2 je, saya pun biasa2 je...
kak fifi : serius hana, muka abang Hana macam cerita cinitreon indonesia tu..semua handsome2.
aku : *nasib baik qery pegi kat kereta amik barang..kusss semangat..haha!*
kak fifi : hana pun sama macam artis2 gitu...kan ibu kan...
ibu : iye, sepadan sangat, bila rancang nak dapat baby hana?
aku : *terkujat....*

tibe2 ada orang menyampuk dari belakang...

belum ada rezeki.....

perhhhhh...............qery dah sampai...siut!

kak fifi : hehe! tengok muka hana dah malu merah2 dah...
aku : *dalam hati, ni bukan taha malu, ni tahan nak gelak..muahahahaha!*
kak fifi : takpe la hana pelan2 ya...nanti ada sampai juga rezeki tu....
qery : ha tu lah....
aku : hehe! akak cantik sangat hari ni... *nak tukar tajuk*
kak fifi : terima kasih hana...hana pun lagi cantik sepadan dengan abang macam artis2 dari indonesia yang gantang2 tu....
qery : *muka bangga*


sampai2 kereta, aku pukul qery..

aku : hoi sapa kata kita dah kawen? rezeki mendanya...huhu!
qery : mana ada kita cakap..akak tu main teka je...kite iyekan je...
aku : bulan pose kot tak baik tipu..huhu!
qery : yang penting kita macam pelakon cinitreon...muahahahha!!
aku : ?????????????

aku tak dapat terima..

1. bila nak ada baby?
2. muka macam artis indonesia (keturunan ada tapi jauhhhh eh....pehlissss)
3. muka qery gantang? boleh bla
4. tak ada rezeki???

boleh fitammm...

Aug 27, 2010

siapa mahu??

beg ni sumpah cute! haha! terasa sayang gila nak jual....tapi apakan daya, memang ku beli untuk di jual..hadehhh......

siapa nak beg ni? sila lihat sepetshop esok ye, sebab malam ni guwe nak edit gamba...
esok baru letak picture banyak2.... :) oh siapa nak malam ni pun boleh booking...wah begitu..haha!

kesian kan aku, amik gamba sendiri, kata pun tak ada orang nak tolong aku amikkan, bujang kannnnnn...jadi lah ye...

itu beg channel, maaf ye...aku jual satu pattern hanya 1 je, paham tak? kira nya....kalau patern macam tu..ada 1 je, maka....if sorang dah beli....dah tak ada stok lagi...kalau ada pun entah tahun bila..yang tu baru sampai...jadi sebab tu la first come first serve, mula2 aku ingat korang boleh la booking lama2, tapi tak boleh la, 3 hari je k...hikhik! sori ye kakak2 adik2 abang2 angkat...ops! *soli naik loli laaaa*

iklan di sepet88???

wah agak2 poyo kan taip macam tu....
ekceli benda ni baru nak start lite2..
if ada sapa2 yang berminat nak letak iklan kat blog aku...
boleh tengok rate berapa sikitnya yang melihat blog aku pada hari2 tertentu...kuikui


ok, yang tu semua rating untuk hari hari, sehari dalam 2 ribu lebih unique visitor kecuali sabtu dan ahad, biasalah sabtu ahad tak ramai pun orang view sebab tak ramai yang duduk depan laptop kan..semua kuar dating la apa la (aku pun sama)...huhu!


yang ni pulak untuk semingu semingu sampai la sebulan, korang pun tau aku start aktif blog balik bulan 8 kan...so bulan lepas seminggu mungkin sekali kot aku update...tak jiwa kan...ahahaha!!
so ada la dalam 48 ribu sebulan..... (nanti aku akan update yang latest k)

sekarang mari lihat harga...jeng jeng jeng....nerves tak? huhu!!

banner : iklan yang kecik untuk letak kat side tepi sekali tu.... aku letak harga rm50 untuk sebulan :) mahal ke?? bukan sehari atau seminggu rm50 ye...sebulan rm50, so aku rasa ok kot..hehe! itu pun harga permulaan, sebab saja nak cube2 buat... :)

entry : ekceli dulu aku letak harga iklan yang ***** bagi kat aku, if ****** letak iklan 2 hari kat blog aku (kiranya entry tu akan menjadi sticky mode selama 2 hari kat blog aku), ****** akan bayar aku dalam lingkungan rm350, tapi aku tau kadang2 ada yang tak berapa nak ok dengan harga tu, so untuk permulaan aku hanya letak rm100 untuk sehari (sticky mode).

ok?? dapat?

banner : rm50 sebulan
entry : rm100 sehari

if berminat baru email aku ye, terus bagitau korang nak iklan pasal apa,
berapa lama,
dan bila tarikh yang korang nak aku post kan?

harga akan bertukar selepas selepas raya :)


borak-borak kosong dengan rakan sekerja


kitorang cerita pasal penjawat kerajaan dpat bonus rm500..
si kawan aku ni adik beradik dia polis tentera, boifren pun tentera, lepas tu dia terus cakap...

wah balik kampung ni aku nak suruh dorang belanja aku...sorang 500, maknanya semua orang campur2 ada rm1500 la...yeay!! eh hana abang kau pun kerajaan kan, apa lagi suruh dia belanja la..

aku??????

ha lupa la pulak...boleh pauuu..hahahaha!! (sila kikis ye..lalalalalalala~~)

aku : ala tak tau la, nanti la aku bgi ayat paling manis aku kat dia..dah lama tak praktik ni...muahahaha! setahun sekali kata bonus kan..harus yang kali ni lebih mantap ayat aku...

jojo : eh aku ingat nak beli cincin la, boifren aku senang je kalau nak belikan aku cincin dia sarung kat jari kelingking dia muat2 so senang nak carik...

aku : ha?? muat? cincin aku ni...satu jari dia pun tak ada yang muat...tangan dia gemok2...haha!

jojo : ha meh sini aku nak test cincin ko....ha ah la, jari ko kecik, muat kat kelingking aku je..

aku : yeke?

jojo : eh ada nama la dalam cincin kau ni....apa ni qery love hana...romantik la tuuuuu..

aku : hahaha! harusss.........

lepas tu kawan chinese aku pun tanya2...

kew : eh kenapa letak nama kat dalam...
chau : ya la bukan nampak pun...

aku : memang la, masa tu saya pun tak nak wooo...tapi boyfriend saya kata, kalau saya hilang ingatan, lepas tu tak percaya yang dia tu boyfriend saya, dia boleh tunjuk nama dalam cincin tu...lepas tu dia pun ada satu cincin yang sama macam saya, kat cincin dia pun ada tulis nama saya dengan dia..hehe!

jojo : wallawei....romantik la tu...

aku : jijik kan...hahahahaha!!

kew n chau : hahahaha!


sangat poyo kan hilang ingatan...konon2 sweet la tu cakap camtu ngan aku...tak boleh bla....

BEG BARU...

boleh singgah kat blogshop saya :)



first come first serve :)

aku pelik dan tak paham...

hari ni nuzul quran kan....
so aku cuti....bestttt....
dan ada lagi beberapa negeri yang selected cuti jugak..
tapi kenapa ada certain2 negeri tak cuti?
apa orang islam kat negeri tu tak payah sambut nuzul quran ke??
siapa yang tentukan negeri mana cuti eh?
kenapa ada yang cuti ada yang tak cuti?
korang tau tak kenapa?
dari sekolah2 dulu sampai la sekarang aku pelik sangat...huhuhu!

siapa burung hantu??

hades macam2 jawapan nama kuih tu..nak percaya mana 1 ni aku pun dah tak tau...
karang tak caya yang ni kecik hati..huhu! tapi jawapan yang tradisi kuih nyonya tu tak boleh bla..
memang nampak fakta gila2 ok...terus nak percaya..hahaha!
nanti aku rekemen kan supaya masukkan cerita tu dalam buku teks sejarah...
super duper la...hebat oh korang ni...huhu!

berjaga waktu malam, korang syif malam ke hari ni??
ke tak boleh tidur?
ke boring asik tidur je..
ke tengah masak sahur (gila awal)
ke baru balik dari jalan2?
ke tengah lepak ngan kawan2 sambil tengok cite hantu?
ke tengah gayut ngn boifren?
ke tengah study?
ke tengah buat kuih orang order?
ke tengan tukar lampin anak?
ke tengah gado sampai tak boleh tido?

huhuhu! macam2 alasan korang tak boleh tidur malam,
yang penting aku ngantuk sangat...
and nak wish...
selamat tidur semua burung2 hantu yang cantik dan hensem...
korang semua baik hati (tibe2)

gudnyte.... :)

Aug 26, 2010

ini kuih apa?

dalam dia inti kacang,
mak kate kuih koci....
kuih koci warna warni eh?? bukn kuih doremon ke ni????

proses pujuk yang boleh diterima


semalam merajuk kata....bukan merajuk tapi marah dan tak puas hati kan..huhu!
biasalah perempuan emosi lebih, feeling2 garang pulak..huhu!! lepas qery main badminton dia mesej aku...

Q: buat apa?
S : buat2 sakit hati..
Q: oh rest la...

* boleh???*

S: sakit ati mana boleh rest
Q: kenapa ni? pasal tak bawak kamu gi param..
S: yela, abis tu apa lagi..
Q: maaf sayang, kite nak cepat, maaf eh...
S: ok, nak dengar kamu mintak maaf je..hehe!
Q: mengade...
S: biar laa.....

huhuhu!'kadang2 kene ajar dia cara mintak maaf sebab laki yang ABANG2 ni memang ego lebih susah nak minta maaf.....kannnnnnnnnnnnnnn....

Aug 25, 2010

merajuk di kala puasa

tak seronok kan bila merajuk time puasa....
sebab tak dapat bebel (kurang pahala kot..huhu!)
tak boleh buat muka garang (kene sentiasa buat muka suci)
tak boleh marah (batal puasa kang)
jadi....benganggg je la....huhu!

cite dia camni,

aku n qery nak pegi param, aku kan suka jalan2...
tibe2, sampai kat param dia kata aku duk dalam kereta je,
dia runner beli makanan ngan air...terus keluar lari2...

hell...pastu suruh aku tunggu dalam kereta, bajet nak cepat,
padahal sama je kalau aku pegi sekali...
sampai2 je dia dalam kereta, dia belikan aku air tembikai, dan kuih2...

Q: amik kuih tu pilih2...

aku buat bodo je, aku tak suka ok kuih yg dia beli tu...

Q: amik la sikit, kite tak larat nak makan semua2 tu nanti...

dalam hati aku, lantak kau la kau yang pilih kau makan la sorang2...pergh ganas tak?
aku amik air je letak tepi...
OTW balik aku diam je....memang banyak pun dia beli kuih, aku rasa ada la dalam 4 jenis...
dah sampai rumah aku salam pastu amik air bla...pastu aku dengar dia mengeluh,

Q: haih sapa nak habis kan semua ni...

pastu masa nak masuk rumah tu aku cakap dalam hati...wah ni semua kes cakap dalam hati je..puasa kateeee...huhu!

*ko makan la sorang2..tak kuasa, tak bagi aku ikut pegi param sangat kan...rasa kan...malas nak layan*

see? marah ni....huhu! tapi marah2 pun masuk bilik terus mesej wajib.

hati2...
selamat berbuka...
dah sampai bagitau...

pastu tadi dia nak gi sembahyang terawikh baru dia mesej aku....
itu pun aku balas lite2 je....
masing2 bengang kan...hahahaha!!

dah habis terawikh tadi pun dia mesej aku....
kata nya nak main badminton..hah kau main jauh2 sana...
senang aku nak update...

mood : masih tak puas hati sampai sekarang...lalalalalala~~~

bukan semua pemain bola sepak kaki perempuan

wah tetibe cakap macam tu kan...matik lah kalau qery baca ni dia kompom cemburu,
lalalalala~~
ye la, haritu aku baca paper dorang kata pemain bola sepak ni semua kaki perempuan..hehe!
dan soalan ni pernah di bangkitkan oleh aku suatu ketika dulu...

pernah aku YM dengan seorang hamba Allah ni... cecece konon tak nak bagitau sapa...

A bukan nama sebenar...

S: bukan saya tak nak kat awak, tapi orang kata semua pemain bola sepak ni tak boleh percaya
A: maksud awak?
S: awak tau maksud saya
A: bukan semua macam tu
S: saya tak ada kawan pemain bola selain awak, saya tak tau benda tu betul ke tak
A: ada betul ada tak
S: tapi ramai yang macam tu kan?
A: ada yang macam tu, tapi saya bukan macam tu
S: awak tau saya dah ada bf, tapi kenapa awak dot dot dot?
A: sebab awak belum kawin lagi
S: tapi saya tak nak pemain bola sepak
A: kenapa?
S: sebab saya set kat mind saya semua pemain bola sepak macam tu
A: awak, tak kisah la pemain bola sepak ke, orang biasa ke, tukang sapu sampah, jurutera, kalau dorang kaki perempuan, tak ada orang tau dan ambil kisah pun, tapi kalau salah sorang je pemain bola sepak macam tu, semua orang pun terkene tempias, awak tak baik judge saya macam tu...
S: erm, kalau awak tak macam tu, kenapa awak nak jadi scandal saya, padahal awak tau saya dah ada boyfren?

ting ting ting....dia offline....
(perbualan ini sewaktu aku tiada apa2 dengan qery harap maklum..kekeke!)

merajuk dengan aku atau kecik hati....hehe! sekarang aku accept lah, tak kesah la sapa pun, kalau dah kaki perempuan tu, tetap sampai ke tua la kaki perempuan...kan....huhu!

kaki perempuan?? sampai bila?? yang penting.....kembar yang sorang tu dah nak kawen..frust..hahaha!!

dan tibe2 nak promote lagi, meh la pegi blogshop aku :) ---> sepetshop

INFO : AMBIL UBAT SEBELUM MAKAN

tak sempat pulak nak tanya kat farmasi tadi kenapa ambil sebelum makan, ah lantak la, dah makan pun apa salahnya.....masuk perut jadi taik jugak.....

JANGAN! NO! DONT! STOP! tapi kenapa??

aku tau manusia ada perasaan ingin tahu kenapa dan kenapa...kan??

bila kita kata, jangan makan selepas atau sesudah makan, kau paham arahan tu, tapi kau nak try test tengok apa jadi kalau kau makan selepas makan....tak gitu?

ala perasaan nak cuba, nak try test, nak buat eksperimen sikit2 tu biasalah, ha suka hati korang lah ..korang yang sakit, bukan aku kan..huhu!

aku tak nak bagitau korang ubat apa yang makan sebelum makan, tapi kalau korang dapat makanan yang boleh di ambil sebelum dan selepas makan (tertera pada label : take with or without food) , itu maknanya, ubat itu lebih berkesan semasa perut tengah kosong, masa perut tengah kosong, kita anggap tiada bahan2 lain di dalam perut hanya kosong semata-mata, maka ubat senang menjalankan misinya...paham??? dan boleh di ambil selepas makan kerana makanan itu tidak mempengaruhi ubat tersebut..

contoh : jalan raya kosong, so korang akan pandu dengan lebih lancar..bukan? tapi bila jalan raya sesak, penuh dengan kereta, dun wori, masih boleh lalu dengan lancar bila menggunakan basikal...gitu...hehehe!! paham tak? hahahaha!

ok sekarang, ambil ubat sebelum makan SAHAJA? eh kenapa?

sebab? ubat hanya berkesan apabila perut kosong, kerana ubat ini tidak boleh di ganggu oleh anasir2 lain yang hadir di dalam perut..maksudnya sekali lagi, ada certain ubat yang tidak boleh berfungsi apabila terdapat makanan, bila hadirnya makanan bersama ubat itu, ubat itu terus tak berkesan, jadi sia2 je kau amik ubat tu....tak ada gunanya...

tapi jangan gabra bila korang terlupa makan ubat,

alamak, dah termakan nasi la, lupa pulak nak makan ubat..hadui, matilah aku macam ni....

huhu! jangan risau, kalau korang terlupa ambik ubat, dan termakan nasi pulak, tunggu 1 hingga 2 jam dan boleh makan ubat tu balik...tak payah runsing2 dah nak jumpa dokter balik k, mahu dokter lempang korang....lalalalala~~

kenapa ambil ubat selepas makan? yang ni aku rasa korang tau kot....

kerana ada ubat yang memerlukan makanan untuk memberi keberkesanan yang memuaskan...ades tak reti la aku nak buat ayat..kau paham2 sendiri lah ye...huhu!

dan kenapa ada makanan yang perlu dia ambil bersama makanan????? why why why???

maksudnya...ini nasi, kau makan sesuap, dan terus telan sebiji ubat, lalu sambung makan nasi...hehe! kau kene makan ubat di iringi dengan makanan...kenapa? kerana ubat itu hanya berkesan ketika makanan ada di dalam perut...oh yang ni tak payah la, sebab selalunya ubat yang di ambil di iringi makan ni adalah ubat kencing manis, GLUCOBAY...yang lain....ko paham kan..tak paham nanti aku terangkan lagi ye...

sekarang ni paham yang tu dulu, lepas ni korang tak nak ikut sebelum selepas suka hati lah...hehe! aku dah bagitau, penat beli ubat mahal2, tapi tak berkesan buat apa kannnnnn....

qeryana lover 17

lepas kenduri ceera habis, aku pun balik ke seremban,
masa tu still tumpang rumah andak, sebab aku tengah praktikal kat KPJ seremban kan,
so masa tu aku bosan sikit2 sebab pakwe aku (bukan qery) selalu bizi, stadi hard sangat,
pedehal stadi hard sangat kan, study sikit2 dah la, bijaksana biasa2 jugak, muahahahaha!

so, bila aku bosan2, aku start la belek2 henfon, mesej lelaki2 yang terhebat masa kini...kehkehkeh! dulu aku memang jenis boleh borak2 dengan sapa pun, borak kat tepon je eh, so aku pun mesej la sorang laki ni, (ASRARUDIN PUTRA), ala pemain bola sepak selangor tu, ala yang sekarang ni dah jadi pemain bola sepak melaysia (ceaaa....bangga la tu...muahahaha!! kompom korang terus carik kat google kan..hahaha!) erm kami sebaya....wah tibe2 kannn....kekeke!! so bila pakwe aku tak mesej aku pun, aku tak berapa nak heran kan....lantak kau lah kat sana, nak stadi sangat kan..kau stadi sana diam2..tak nak layan aku takpe, orang lain boleh...(see?? aku memang camtu dulu...muahahahah!)

so tengah2 aku bermesej2 tibe2 datang pulak kol dari nombor entah pape, aku malas nak angkat sebab aku jenis memang malas nak angkat fon kalau keluar nombor, sampai lah sekarang..huhu!
5 6 minit lepas tu, ada orang mesej...

sombong.....

aku biarkan je, ala ni semua kes orang mula2 nak kenal, tibe2 kata sombong kan...
dah selalu dapat mesej macam ni sampai malas nak layan....(perghh ayat macam kau ratu malaysia kannn...ratu dengar ni boleh meninggal okey...haha!)

aku pun buat tak berapa nak tahu sebab aku tengah syok mesej 3G bagai dengan si asra, tibe2 dapat mesej lagi....

sampai hati kamu tak layan kiteeee......

ait? aku macam pernah dan biasa je dengar perkataan kita kita kita...hahaha! erm, aku hanya cakap kita kamu dengan qery sahaja, sebab aku tak akan panggil dia abang..jijik gila rasa...ahahahaha!! so aku dah standby jiwa dan raga je ni kalau betul tu qery kan...kalau silap orang ni lentak la...huhu! so aku terus anggap tu qery, dan balas mesej dia tanpa ragu...

S: kamu nak apa?
Q: kita nak tanya sesuatu....
S: em apa dia?
Q: apa perasaan kamu kalau orang lelaki pandang gf kamu atas bawah atas bawah
S: maknanya gf kite hot
Q: maksud kite pandang macam nak makan
S: sebab dia sangat hot dan badan dia baik punyeee
Q: perasaan kamu?
S: biasa je
Q: tak marah?
S: tak, kenapa?
Q:tanya je..
S: gila eh tibe2 tanya camni, apsal ada orang pandang gf kamu atas bawah ke?
Q: tak ade lah.
S: habis tu apsal tibe2 tanya camtu?
Q: sebab kita pandang gf kawan kita atas bawah
S: oh kamu tu memang dasar gatal
Q: sapa suruh dia pakai baju camtu, kite tengok la
S: so apsal tibe2 nak pendapat kite?
Q: nak tau je. tapi kan, yang kawan laki kita tu marah gf dia sebab pakai camtu
S: oh eh...oh ok, lepas tu kenapa?
Q: kalau kamu?
S: kita? kita bukan lesbian, so tak tau la apa perasaan kita...
Q: ok lah bye
S: bye

bagus kan tibe2 tanya aku macam tu, ribut tak ada petir tak ada..
soalan lebih UPSR ke bang? tak paham haku...

da aku boleh sambung mesej2 balik dengan kawan aku tu....lalalalalala~~~~
masa tu umur, erm, 20 tahun....2 tahun lepas ye....hehe!! memang la perangai najis sikit....

Aug 24, 2010

kerana trauma...

aku and qery pergi PARAM yang kereta kene pecah tu....
then aku tanya dia,

S: kita park kat mana ni?
Q: kite ingat nak pusing dulu la
S: park je kat sini pun boleh

(jauh jugak nak jalan kaki)

Q: ish tak nak lah, nanti kene pecah lagi
S: ala kalau nak jadi tu kat mana-mana pun boleh
Q: kat mana eh? kite nak carik yang dekat-dekat sikit
S: susah la nak carik, kan tengah banyak kereta ni..
Q: ada, kamu tengok-tengokkan jugak eh
S: susah susah sangat kite drive thru je lah!
Q: oit!
S: senang, masuk je dalam param tu, nak beli bukak tingkap..hehe!
Q: perli nampak....
S: dah tu takut sangat..hehe!
Q: biadap eh dengan kite..huhu!!

kesian kan...sampai nak parking pun dah fobia....
orang jahat ni memang tak kan hilang,
nak mati pun susah, kan best kalau dia mencuri, masa dia tengah lari lepas tu kene langgar ngan lori babi, baru puas hati... (see aku marah kan...hahaha!)
naseb ABC hari ni..muahahahaha!!


muka lelaki yg cuak lebih....hehehe! siannnnn dia, nanti kita belikan kamu kereta invisible k....tak payah risau2 lagii....


senanggg hati....
;p

aku suka..bila...aku tak suka...bila....

kadang-kadang dalam kehidupan seharian kita yang fana ini kita perlu menerima ketentuan bahawa terdapat sesuatu perasaan yang tidak dapat dielakkan iaitu suka dan tidak suka. setuju?

untuk saya....

lelaki : suka
makanan : suka
barang cantik : suka
mulut manis : suka
kaya : suka
dendam : tak suka
iri hati : tak suka
mulut jahat : tak suka
pencuri : tak suka

dan macam-macam lagi yang kita boleh tentukan dengan hati kita tak suka atau suka, walaupun kadang-kadang kita tidak mempunyai sebarang alasan untuk suka atau tak suka contohnya,

awal ashari : tak suka, kerana ........ tak tahu
siti nurhaliza : suka, kerana .......... tak tahu

ye begitu...huhu! walaupun korang mempunyai seribu alasan kenapa korang tak suka aku, aku terima je, kerana bak kata diri ku sendiri, bila kite membenci seorang, 10 orang akan membenci kita, sama ada nak terima atau tak, itu lah kenyataan.

suka atau tak suka? aku mula pelajari sedari aku kecil lagi, waktu itu emak membelikan aku susu tepung, tapi aku muntahkan semula, kerana? aku lebih suka kan susu ibu..

sebenarnya apa yang cuba aku sampaikan di sini...

aku suka sangat beg ni!! hahahahaha! hadeh, wahai beg, kenapa baru sekarang kau nak sampai..
ye beg itu dah sampai, nanti aku update kan warna yang menarik ok... :)

masih boleh order, sila ke kedai ku beralamat sepetshop.blogspot.com

TQ..barang saya post hari ni ye semua, maaf kerana kelewatan sebab hal-hal yang tidak dapat di elakkan minggu lepas... :)

qeryana lover 16

huishhh! rasa berdebar2 pulak nak sambung cerita ni,
macam jatuh cinta semula (apakah??)
oh tak baik menipu kan...haha! entah bila masa jatuh cinta kat qery aku pun tak tau,
ni mesti qery main bomoh ni sebab tu la aku hilang kawalan lalu tersuka kat dia..
(ceaaaa alasan baik tak nak mengaku sediri sayang..muahahaha!!)

setelah aku mem BLACK LIST qery dalam kehidupan ku yang ceria tatkala itu,
bayangkan aku bahagia bersama ex-boyfriend, bergelak ketawa tak kira pagi petang siang malam subuh, mimpi indah setiap hari *wah feeling lebih pulak..haha!* hidup aku SENANG sekali tanpa di ganggu oleh lembaga itu...hamik kau lembaga..hahahaaha! tak suka ok, suka kacau-kacau, masa dia kacau2 aku tu terasa la hot sikit2 kan...bagi la can....kekeke!!

dan di saat perkahwinan ceera,


masa tu aku memang bizi sekali, walaupun lebih kepada bizibodi takpe aku tatap feeling2 bizi, suka ok rasa macam orang penting..hahaha! TIBA2 NAMPAK KELIBAT SEORANG YANG AKU BIASA TENGOK, biasa tapi tak suka..ha cane??????



wtffff....hahaha!! helo???? macam mana mamat ni boleh ada kat sini, tapi apa aku fedulik kan, harus aku buat tak tau...ingat tu musuh tu, jangan bermain bersama api zuhana...huhuhu! so aku pun sambung buat2 bizi tadi di sebabkan ceera bising2 suruh aku jumpe semua kawan-kawan dia and sign kat guestbook,


kene la aku menatap sorang2 muka kawan-kawan dia lepas tu cakap nak signnnn.....hahahaha!!

aku pun keluar rumah pegi ke meja-meja makan sambil buat muka tak malu tanya sorang-sorang dah sign dah sign??? ha macam tu ye demi kakak ku yang ******* hahahaha!! tibe2 sampai turn qery, hadehhhhh................ni kes pahit pun ku telan jua lah ni....aku pun panggil qery...

S: qery sini jap?

pastu pandang kiri kanan bajet2 aku panggil orang sebelah dia konon..blah la lu...uhuhuh!

Q: siapa? kite ke???

hadeh mamat ni, tak kan la aku nak panggil orang lain nama qery kan...ha kau la tu...huhu!!

S: yela sini jap...
Q: kenapa?

ok bayangkan masa ni dia tak nak datang dekat aku lagi, masih ragu2 yang aku panggil dia (helo tak kuasa tak nak panggil ni pun rela terpaksa je..kuikui!!) dah la tak nak datang, terpaksa la aku gunakan vokal aku yang tune ke 5 tu, agak2 nyaring tapi syahdu lagi la...huhu!!

S: kejap la..!

ha kelam kabut kau dia datang, dia bawak sekali adik dia..hahaha!! aku tak tau tu adik dia, sebab muka tak sama kan, aku ingat kawan dia, so aku pun still buat muka tak puas hati lagi..

S: kamu ni ingat kita nak ngorat kamu ke? kite tau la kamu tu dah ada makwe, tak de nye kita nak kat kamu tu...

Q: eh kite mana ada makwe, tak caya tanya adik kita....

dalam hati....WHAT!! ADIK!! aku tau tadi cakap sopan2 sikit...muahahahahahhaha!!

(tu adik dia yang belakang tu..muahahahaha!!)

S: alah kamu dah kautim adik beradik macam la kite tak tau...
Q: kite tak ade makwe la..

BOHONG ok, malaun betul, masa tu dia da ada makwe, tapi biasa la lelaki kannn...hahaha!!

S: sign kat sini, ira suruh, semua kawan-kawan dia kene sign kat sini pastu tulis ucapan sikit2...
Q: oh ok..

(dia pun tulis la bla bla bla bla aku tak tengok pun tak kuasa, tengah2 dia tulis tu dia sempat tanya aku soalan)

Q: mana boyfriend kamu?
S: mana ada (ceaaaaaaaaaaaaa!! nak jugak tak ada boifren..hahahaha!!)
Q: sudahhh la kamu, dari dulu tak nak mengaku....
S: hehe! boifren kite blaja lagi la. mana sempat nak datang..
Q: penipu...
S: okey la babai kite nak suruh orang lain sign pulak....

dan qery pun berlalu pegi, aku tak amik tau pun ke mana dia pegi dengan sapa semua sebab bukan masalah aku pun...hahaha!!

bersambung....

Aug 23, 2010

masih ada yang sudi?

hekhekhek! rasa macam nak lempang diri sendiri bila taip tajuk macam tu...
tak kene jiwa betul, aku kan jiwa makcik-makcik, tibe-tibe tulis macam a. samad said (phewww)

sebenarnya aku memang nak tulis lagi qeryana lover tu,
tapi macam nanti bila aku tibe2 tulis, korang paham ke? tak susahkan korang pulak nak kene bace balik yang episode sebelom tu kan, kompom dah lupa..haha! sebab kan aku sesuka hati stop tanpa tekan brek gitu......ai memang suka yang stop secara tibe-tibe, baru berdebar-debar kan??? ke??? hehe!


aku akan start dan sedaya upaya habis kan...chayok2!!

korang mau ke tamau???? tamau alhamdulillah la...hakhakhak!!

tumpang tanya......

boleh beritahu saya, dekat mana jual baju raya yang cun dan murah..yang penting murah murah dan murah, hahahahaa! saya ni miskin je, hehehe!

kat PKNS??? jauh la, malas pulak nak pegi, dah la panas2 macam ni kan,
sapa2 yang ada jual baju raya, boleh tak tinggalkan URL anda? saya saiz XS (cea saja nak bagitau kan..hahaha! mampuih kene jeling)

tema family saya tahun ni kuning hijau, tapi kalau tau kat mana yang ada jual baju raya cantik-cantik macam kat masjid india tu....saya tak nak la pegi masjid india, sesak sangat, panas, jem, ramai orang asing, ramai orang jahat, takut...huhu! kalau boleh nak beli online je..hehe! if korang ada kawan-kawan ke, tinggalkan url pelis, kat facebook pun takpe, kat blog pun ok, nanti aku usha..

thankss....

dapat macam ni pun cun kan...huhu!

(gambar dari balqiscollections.blogspot.com)

haih malasnya nak cari baju raya...hehe~

apa menu anda??

cea, mula-mula harus jobo muka aku dulu kan...nampak sipi-sipi ingat hot sangat la tu, sila buat-buat tak perasan je lah ye, biasalah aku kan budak baru nak up...huhuhu!
budak kata, 22 kan budak lagi...kannnn.........

ok gambar ini tidak seksi...haha!! motip??

ulam ni macam perkara wajib tau dalam family aku...mesti ada, kompom ada, wajib ada..huhu!

ini rebung campur perut, mak aku masak sedap, aku harap rebung dan perut ni tak ada la banyak lemak kan....tapi gulai tu pakai santan..kompom la lemak...huhu! mak ni memang menguji betul...

yang ni pun ikan masak lemak, haih lemak lemak...susah la macam ni...

yang ni sayur rebus je, bagus...rebus2 macam ni i like, tak ada minyak...hehehe!

sambal tempoyak? ada kolestrol kan??? kan kan???

oh ni tak tau kuih apa tapi sedap, aku sempat amik satu je, yang lain dorang berebut..cis!

kentang goreng ikan bilis....sedap!

telur kecik2...amik 2 bijik je...hehehe! karang banyak2 kang orang kata tamak...lagipon nanti gemok...tsk tsk

belimbing ni pun sedap, manis gila, ciput bawak balik....nanti boleh bawak lagi...hahaha!

kuih muih, aku tak berapa...hehe!

sepanjang berbuka, aku tak usik langsung kuih walaupun aku yang beli...hahaha! sebab tak gemar sangat makan kuih..

yeaaaaaaaaaa........mempersembahkannn...

makanan ku......yummy!!

walaupun makan banyak, yang banyak nye kene la sayur...ok???? cea...poyo sangat kan...hahaha haih lantak korang la nak makan banyak ke tak..perut korang kan bukan aku...huhu!

bye!